PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA

PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA
Tawaran Istimewa ini SAH HANYA PADA 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA. Jimat sehingga RM40

Monday, December 09, 2013

Day 1 Challenge: Serba sedikit tentang diri saya dan gambar terbaru saya

Kenapa tajuk saya begini? Baca 'di sini'

As-salam..

Rasanya memang saya tak pernah ta'aruf tentang diri saya dalam blog ini..Alhamdulillah, nama cantik yang ayahbonda saya berikan dengan izin Allah ialah Siti Raihana Ismail. Kebanyakan kawan-kawan saya cuma panggil Ana atau Siti. Saya berasal dari Kuala Terengganu dan kini menetap di Setiu, Terengganu. Saya bekerja sebagai pensyarah Multimedia di Kolej Universiti Bestari, Setiu. Saya punya 5 orang anak-anak yang comel, 3 puteri dan 2 putera..alhamdulillah...saya berkahwin ketika masih belajar di UTM Skudai dalam jurusan Sains Komputer Pengkhususan Multimedia. Alhamdulillah, kini anak yang sulong juga dah nak masuk darjah 4 tahun 2014 nanti..Nama anak-anak saya? Cukuplah saya perkenalkan mereka sebagai Husna, Husni, Husnina, Hasan dan Husein...semua nama anak-anak saya bermaksud 'Yang Baik' saja..insyaaAllah mereka memang anak-anak yang baik dan bakal jadi saham akhirat saya..

Gambar konvo dengan anak sulong dan suami tercinta..oh, ya sedang pregnant anak ke-2 5 bulan masa tu..

Saya dan anak-anak tersayang

Saya memang berasal dari keluarga yang cintakan perubatan semulajadi. Bermula dari ayahanda saya yang juga Pengamal Perubatan Homoepathy. Sejak kecil saya dan keluarga memang tak pernah ambil 'ubat hospital' yang base on drugs..nak kata kami menolak 100%, tidak juga..cumanya sebolehnya kami mengambil perubatan semulajadi sebagai alternatifnya..alhamdulillah, sekarang saya dan adik saya Siti Norlida juga adalah pencinta supplement semulajadi Shaklee dan kami sama-sama berkongsi kebaikan Shaklee dan menjana pendapatan sampingan darinya..alhamdulillah..jumpa yang semulajadi juga!! Oh, ya..Encik Suami saya juga pengamal dan menjual makanan sunnah, Madu Lebah Asli, Cuka Kurma, Jus Delima dan sebagainya yang juga dikategorikan sebagai Makanan Semulajadi juga..Walaupun kami mengamalkan Shaklee sebagai makanan tambahan, kami tak lupa juga makanan sunnah yang sentiasa menjadi gabungan hebat dalam menu Shaklee kami...

Saya(Pengedar Shaklee Setiu,KT), adik Ida-Pengedar Shaklee Kuantan(Siti Norlida) dan Ila-rakan pengedar Shaklee (Ummu Fayyadh)

Saya menyertai Shaklee bukan untuk mencari wang sampingan atau menjadi kaya...saya menyertai Shaklee dengan harapan untuk untuk bekerja dari rumah suatu hari nanti..menjadi ibu dan isteri sepenuh masa di rumah dan mempunyai pendapatan sendiri. Itu adalah cita-cita awal saya semasa mula-mula menyertai Shaklee..walaubagaimanapun, semakin hari saya makin merasakan tanggungjawab saya bukan sekadar itu..sambil menjual, sambil saya berkongsi dan akhirnya semakin ramai jugak yang dapat saya bantu dengan izin Allah..saya amat yakin pada ayat-ayat Allah dalam surah al-Insyirah..

Surah ini terdiri dari 8 ayat  dan terjemahannya adalah seperti berikut:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
1-Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
2-Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
3-yang memberatkan punggungmu?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
4-Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
5-Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
6-sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
7-Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
8-dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar

Surah al-insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al Quranul-kareem 

Allahuakbar!! betapa terkesannya hati saya setiap kali membaca ayat-ayat ini..terasa Allah meringankan seluruh beban saya dengan hanya mengatakan bahawa apapun yang sulit itu pasti akan dipermudahkan kemudiannya..


  • Bagi saya setiap kesusahan yang saya lalui untuk menjadi seorang pekerja, anak, ibu dan isteri yang baik bagi keluarga saya hari ini adalah suatu cabaran untuk membolehkan saya menempuh hari esok yang lebih manis, insyaaAllah..asalkan saya berusaha ke arahnya..
  • Bagi saya setiap penyakit yang menimpa umat manusia ini juga pasti ada penawarnya...asalkan kita mencarinya..
  • Bagi saya setiap yang berdosa itu pasti akan menemukan jalan taubat dengan hidayah dan izin Allah terhadapnya..asalkan kita terus sujud padaNya..
  • Bagi saya sesudah sesuatu kesulitan itu, pasti ada mudahnya pula...asalkan kita berusaha untuk keluar dari kesulitan tersebut..

kerana itu janji Allah..
asalkan kamu mengerjakannya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh!!
(Saya berpesan untuk diri saya sebenar-benarnya!!)

Mohon didoakan semoga saya berjaya menemukan kemudahan itu suatu hari nanti untuk menjadi seorang anak, ibu dan isteri yang baik serta menjadi salah seorang yang Allah izinkan untuk membantu anda..alhamdulillah, syukur sangat2..apabila seorang demi seorang yang telah saya cuba bantu Allah izinkan sembuh dengan ikhtiar Shaklee yang saya cadangkan untuk mereka...Saya tidak punya kuasa menyembuhkan, Shaklee juga tiada kuasa untuk memberi jaminan..kerana tetap yang menyembuhkan adalah Allah..itu yang saya yakinkan pada setiap pelanggan Shaklee saya...dan kerana lemahnya saya, maka saya sentiasa memohon dengan Allah supaya membantu mereka yang berusaha dengan Shaklee..dan hanya dengan izinNya anda akan sembuh dan berjaya dengan apa jua usaha anda..

Semoga dengan perkongsian hari ini anda lebih mengenali diri saya dan memahami niat saya..

ikhlas, 
Raihana.









0 komen terkini:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.