Thursday, June 27, 2013

Set Ibu Hamil Shaklee

Assalamualaikum ibu-ibu semua..

Kalau saya bertanya apa persiapan yang telah ibu-ibu atau bakal ibu lakukan sebelum menyambut kelahiran si kecil tersayang pasti  ramai yang menyenaraikan segala keperluan si kecil setelah lahir nanti..

(Situasi Pertama)
"Ini anak sulong saya, saya sanggup belikan baju yang paling cantik untuk dipakai anak saya ni nanti..mahal sikit pun takpe, tapi berbaloi tengok anak saya jadi yang paling cantik."
(Fikirkan berapa harga yang paling mahal untuk baju yang paling cantik untuk bayi anda??RM50?RM100?)

"Saya geram sangat bila tengok kasut prewalker untuk baby  yang kecik-kecik tu..tak sabar nak tengok baby berjalan dengan kasut ni nanti.."
(Fikirkan berapa kos untuk beli sepasang kasut bayi yang hanya boleh dipakai beberapa bulan sebelum bertukar saiz??setahun anda mungkin akan memperuntukkan minimum RM60 untuk 3 pasang kasut bayi anda kerana tapak kaki sikecil dah 3x bertukar saiz..)

(Situasi Kedua)
Anda terbaca satu pos di FB mengenai produk Shaklee untuk ibu-ibu hamil..apa yang terdetik di hati anda??

"Isyy..mahalnya set ibu hamil ni..berbaloi ker aku minum?orang lain tak amik supplement pun elok jer beranak keluar comey-comey jugak baby diorang..."
"Daripada aku perabih duit beli supplement utk aku sendiri baik aku guna duit beli kelengkapan baju baby..."

Kesimpulannya:
Berapa ramai ibu-ibu hamil yang memahami akan keperluan mengambil nutrisi secukupnya untuk bayi anda ketika hamil...Selain menyediakan keperluan si kecil anda setelah bersalin, anda juga perlu menyiapkan diri dan tubuh badan anda untuk membawa si kecil selama 9 bulan..dan memastikan bayi anda mendapat nutrisi secukupnya sejak dalam kandungan..Jangan menafikan nutrisi untuk anak yang bakal dilahirkan...Jika anda sanggup berbelanja lebih untuk keperluan si kecil anda selepas dilahirkan, kenapa tidak ketika si kecil masih dalam kandungan??Pada hari ini, anda maupun anak anda terlalu mudah terdedah kepada pencemaran dan penyakit. Terpulang sejauhmana anda mengambil berat apa yang anda, isteri anda atau bayi anda perlukan..APA YANG ANDA MAKAN,MINUM, dan AMALKAN, ITULAH HASILNYA TERHADAP BAYI ANDA..

Untuk pastikan anda memberikan yang terbaik untuk si kecil sejak dalam kandungan apa kata anda mencuba Set Ibu Hamil Shaklee...

Set Ibu Hamil Shaklee

Shaklee mempunyai set ibu hamil yang lengkap untuk keperluan ibu-ibu hamil sepanjang kehamilan. Set ini terdiri daripada:

B-Complex
  • Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang, dan kecacatan organ dalaman bayi sejak dalam kandungan.
  • Asid folik juga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok.

Vitalea-Iron Formula
  • Vitalea Iron Formula mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah. Ia juga sangat membantu untuk menaikkan HB si ibu di samping pengambilan nutrisi lain yang diperlukan. 
  • Penting bagi ibu mempunyai HB yang baik supaya dapat menyediakan ibu daripada sebarang risiko lain seperti tumpah darah sebelum dan selepas melahirkan.
  • Zat besi yang terkandung dalam Vitalea juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan.
Vitamin C
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi akan membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema. 
  • Di samping itu ia sangat membantu dalam penyerapan semua nutrien yang anda ambil semasa kehamilan.

Ostematrix
  • Kalsium adalah salah satu mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix adalah kalsium-magnesium yang membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah si ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil apabila kandungan semakin membesar.Ia juga membantu dalam pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi.

Energizing Soy Protein(ESP) 
  • ESP adalah makanan berindek glisemik rendah, jadi dapat memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
  • Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru. Pengalaman ramai ibu yang mengamalkan ESP semasa mengandung: Kulit anak memang lembut dan halus sangat. Pengalaman saya mencuba ESP semasa mengandung anak ke-5 juga begitu, walaupun baby boy. Alhamdulillah, kulit baby tak sensitif, susah kene ruam, dan tak berparut walaupun kene gigit nyamuk..
  • Mempersiapkan anda dengan menjadi milk booster pada akhir trimester kandungan walaupun anda belum melahirkan.

Omega Guard  
  • mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi (diambil pada trimester ke-2 dan ke-3)

Perkembangan bayi dalam kandungan
Jadi, jika anda mampu, apa salahnya memberikan yang LEBIH BAIK bagi anak anda dengan mengamalkan Set Ibu Hamil Shaklee..jika tidak mampu untuk membelinya sekaligus, saya sarankan anda mencubanya mengikut keperluan bayi dan anda mengikut trimester kandungan..Mau lebih cadangan?? Boleh hubungi saya untuk konsultasi. Saya akan membantu anda memilih produk yang sesuai mengikut keperluan dan bajet anda..

Baby Shaklee Husein(Anak ke-5) Hari pertama dilahirkan..




Jika berminat, boleh hubungi saya:
ElRaihan,
Pengedar Shaklee Anda,
ID:911750
SMS/Whatsapp:0199387282
elraihan82@gmail.com





COQHealth

Mencari supplement untuk pesakit JANTUNG??

Dengan izin Allah, Vivix dan omega guard telah banyak membantu pesakit jantung yang sering mengalami serangan jantung untuk pulih..begitu juga dengan Garlic..satu lagi produk terbaru shaklee iaitu COQ Health juga diperkenalkan sebagai produk yang sangat baik untuk lelaki..terutamanya yang mempunyai masalah jantung dan tekanan darah tinggi..Anda atau ahli keluarga anda pengidap sakit jantung??cuba baca ni...

Kuat merokok, kurang aktif, makan tinggi kolestrol, dan macam-macam penyebab lagi mungkin menyebabkan anda atau orang tersayang berisiko tinggi mengidap PENYAKIT JANTUNG. PEMBUNUH NO 1 bagi LELAKI di Malaysia..

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Ramai yang tak tau tentang kelebihan coQ10 ni,kn?saya baru jer mendengat taklimat nutritionist semasa DSM Shaklee Jumaat lepas mengenai kelebihan coQ10 yang terkandung dalam coQHealth ni..pesakit jantung pastinya selalu dengar doktor mention mengenai coQ10,kan..

Di antara fungsi Co Enzim Q10 :

  • menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
  • bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )
  • membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung

Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Bagi pesakit jantung, untuk pastikan Co Enzim Q10 yang anda ambil mencukupi jumlahnya anda harus makan seekor ayam setiap hari...hmmm...takkanlah..kan??kene buang lemak tu lagi...
Harga runcit :
RM124.00 (WM)
RM130.00 (EM)


JADI, PENYELESAIAN TERBAIK YANG SAYA CADANGKAN..

mengambil COQHEALTH SHAKLEE..

Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Manfaat lain Co Enzim Q10 :

1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian

Apa bezanya COQHEALTH SHAKLEE dan produk COQ10 lain yang anda dapati di Farmasi?

Perbezaan CoQHealth Plus Shaklee

Di pasaran terdapat beberapa jenama produk berasaskan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini. Lantas apakah pula perbezaan dan kelebihan bagi produk CoQ10 keluaran Shaklee ini?

✔ Mengandungi 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus ini dimana jika ingin mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 ini, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli dalam hidangan seharian. ( Wow!! Lebih kurang seekor ayam juga tu)

✔ Kombinasi CoQ10 dengan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.

✔ Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung)

✔ CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.

✔ Tanpa GlutenCOQHEALTH SHAKLEE mengandungi campuran Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau. Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.

YANG PALING PENTING!!Ianya SEMULAJADI dan tiada bahan sintetik. So, lebih cepat kesannya,bukan?


Jika berminat, boleh hubungi saya:
ElRaihan,
Pengedar Shaklee Anda, 
ID:911750
SMS/Whatsapp:0199387282
elraihan82@gmail.com

Sunday, June 23, 2013

Testimoni Mealshakes

Assalamualaikum dan Salam Ahad..
Hari ni hari bekerja bagi saya di Terengganu. Dan hari ni bermulalah kelas pertama saya dengan pelajar baru kursus DPB di Kolej Universiti Bestari untuk semester ini. Mungkin minggu ini saya akan lebih sibuk dengan persediaan kelas untuk mengajar. Apapun, masih banyak yang saya ingin kongsikan dengan anda pada hari ini. Time rehat ni bolehlah saya selitkan sedikit testimoni-testimoni pengguna mealshakes di seluruh Malaysia. Ini baru sebahagian sahaja..insyaaAllah lain masa saya tambah lagi. Tinggal lagi beberapa hari sebelum promosi mealshakes berakhir..so, hari ni saya hanya ingin bercerita dan berkongsi tentang Mealshakes, salah satu hot produk SHAKLEE.

Mealshakes Shaklee  544gm.

Kenapa anda perlu cuba mealshakes??
Sekarang musim JEREBU sedang melanda negara kita terutamanya di selatan tanahair, dan ramai anak-anak yang terdedah kepada penyakit dan mudah jatuh sakit. Mealshake adalah salah satu pilihan anda untuk melindungi kesihatan anda sekeluarga. Ramadhan juga sudah dekat, bancuh mealshakes dalam satu jag untuk hidangan berbuka juga sangat baik untuk melindungi kesihatan anda sekeluarga sepanjang ramadhan ini.

Kenapa mealshakes dapat memberi manfaat untuk anda?
Antara kebaikan Mealshake ini ialah :
  • ia mempunyai rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga(boleh bancuh dalam satu jag untuk sekeluarga minum)
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga/hidangan berbuka yang mengenyangkan sementara sebelum makan berat selepas solat maghrib.
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak(memberi ketahanan untuk tubuh jika selalu sakit, demam atau selsema)
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak(Sesuai bagi yang cerewet makan)
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 
  • Dicadangkan dalam diet yang diperlukan jika ingin menambah berat badan sekiranya terlalu kurus.

Ini adalah sebahagian daripada testimoni pengguna mealshakes yang dimasukkan dalam FB. Sebenarnya banyak lagi offline testimoni yang saya dapat daripada customer saya sendiri. Semalam ada seorang customer inbox saya di FB pasal kesan yang dia dapat setelah seminggu lebih ambil mealshake..Katanya dia minum 2x sehari mealshake sebab rasanya yang sedap dan perubahan pertama yang dia dapat ialah senggugut atau gangguan perut semasa datang bulan juga dah takde lagi sejak amalkan mealshakes. Asalnya dia mengambil mealshakes untuk menambah selera makan dan berat badan. tapi alhamdulillah, dapat extra advantage lagi..Pagi tadi juga ada sorang customer lain yang beritahu anak dia baru diberi mealshakes 2 hari terus menunjukkan perubahan positif daripada menolak nasi (main-main dengan makanan aje) ke makan nasi  sampai habis dan lebih kerap minum susu tidak seperti kebiasaan sebelumnya. Alhamdulillah, dapat juga saya bantu mereka ni..Ok, ini testimoni yang saya dapat dari pengguna-pengguna Mealshakes..









So, dah baca,kan..apa lagi yang anda tunggu? Jika saya berada berdekatan anda, boleh kita berCOD atau saya hantar terus ke rumah atau pejabat anda. Jika anda jauh dari saya pun tiada masalah, saya boleh poskan saja untuk anda atau SHAKLEE akan pos terus kepada anda..

Belum cuba, belum tau kan..apa salahnya mencuba untuk kepentingan anak anda atau  untuk kesihatan diri anda sendiri. Tak perlu bertukar kepada susu mahal untuk memastikan anak anda sihat, tetapi menambah sesudu mealshakes ke dalam minuman atau makanan mereka adalah jauh lebih menjimatkan. Satu canister seberat 544gm jika digunakan seorang boleh bertahan sehingga 2bulan atau lebih jika diambil dalam kadar yang dicadangkan.

Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya ya..

Raihana@elraihan,
0199387282
Pengedar Shaklee Anda,
SID: 911750


Thursday, June 20, 2013

Alfalfa Complex..1001 rahsia..

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak share tentang satu produk Shaklee yang saya sukaaa..sangat..ALFALFA..sebab apa..hmm..banyak rahsianya...sebenarnya sejak kecik lagi dah biasa sangat dengar ayah saya sebut tentang alfalfa..katanya untuk kesihatan dalaman dan juga....AWET MUDA..so alfalfa ni sebenarnya nama tumbuhan, bukan supplement shaklee semata-mata..hmm..boleh juga dipanggil Vitamin Cinta atau Milkbooster...Pengalaman saya: pertama kali saya makan masa tu waktu malam sebelum tidur, esoknya memang dah bengkak susu..tambah pula saya juga amalkan minum ESP sejak mengandung anak ke-5. Alhamdulillah, susu tak pernah kering sampai sekarang anak dah nak masuk 7 bulan.
TQ Pakcik Google..haa..inilah pokok alfalfa rupanya..

Kod Produk:

10159 (330 pil)
RM 53.75.00(Semenanjung)
RM 56.25 (Sabah/Sarawak)

10162 (700 pil)
RM 97.50(Semenanjung)
RM 102.50 (Sabah/Sarawak)

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik(SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Kat sini saya mahu kongsikan sebanyak mungkin kelebihan alfalfa untuk pengetahuan anda..

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Artikel tambahan:
Oleh : Atiqah Aziz
20 Kebaikan Alfalfa Shaklee Umpama Kedai Farmasi

Alfalfa Sahklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapa Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.

Kenapa saya katakan Alfalfa umpama kedai farmasi?
Kebaikkan Memakan Alfalfa
1. Kaya dengan vitamin dan mineral
Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.
Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa
Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak
dan Antioksidan.
2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat.
3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah
20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan
1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolestrol dalam darah
3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan simptom menopous
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit10. Menyahkan toksik dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
15. Mengurangkan masalah pundi kencing
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17. Meningkatkan kesihatan prostat
18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19. Menghangatkan hubungan suami isteri
20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki(Lelaki pun boleh makan yer)
Keistimewaan Alfalfa Shaklee
1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3. Di sediakan dalam dua pek bersaiz: kecil 330 biji dan besar 700 biji
4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5. Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6. Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7. Membersihkan hati
8. Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang



Monday, June 17, 2013

GLA Complex

Kod Produk 10620 (60 kapsul)
RM 91.25 (Semenanjung)
RM 95.00 (Sabah/Sarawak)
Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Apa lagi kelebihan GLA Complex?

GLA yang terkandung dalam bunga evening primrose sekian lama telah diamalkan di Amerika, untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.


Untuk wanita, GLA Complex berperanan dalam:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
  • Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopus 
  • Menguatkan kuku dan rambut 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangani ekzema 
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
  • Menguatkan imuniti tubuh 
  • Memperlahankan proses penuaan 
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
  • Mengawal kolesterol 
  • Untuk fungsi saraf 

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.




Vita-Lea® Iron Formula, Multi vitamin & Multi mineral


Kod Produk 10131(120 biji)
RM88.75(WM)
RM93.75(EM)
Multivitamin yang Hebat!!

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.


Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:


• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*

• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam

mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan

tisu.

• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D

untuk kesihatan tulang dan gigi.

• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk

memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh

• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah

merah.*


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

*Pengalaman sendiri:
"Pengalaman tumpah darah selepas bersalin memang menakutkan..HB drop daripada 13/14 sebelum bersalin ke 10.2 selepas bersalin dan tumpah darah 650cc..nasib baik doktor kata saya tak perlu transfer darah lain..sbb HB walaupun drop banyak tapi still mantain..alhamdulillah, vitalea iron formula adalah persediaan terbaik anda sekiranya masalah ini berlaku pada masa akan datang..sangat membantu untuk mantain HB anda..masa tu saya juga amalkan ESP sebelum bersalin dan saya teruskan dengan vitalea iron formula untuk upkan balik HB selepas bersalin...kita hanya berusaha, Allah menentukan segalanya..insyaaAllah.."

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


B-Complex

Kod Produk 10164(120 biji)
RM53.75(WM)
RM56.25(EM) 

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.


B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan

menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada

tenaga.*

• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Sunday, June 16, 2013

Perfomance Drink untuk lebih tenaga sepanjang hari..



Salam..
Pernah dengar Perfomance Drink?
Kod Produk 20496 (539 g)
RM 82.50 (Semenanjung)
RM 87.50 (Sabah/Sarawak)
Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Hasil Nukilan Oleh Adilah Manaf
Kita sering dimomokkan dengan minuman isotonik (sport drinks) yang berkarbonat (bergas) dan mengandungi gula berlebihan.

Anda sudah penat dengan minuman isotonik tidak sihat yang berlebihan gula & berkarbonat?

Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonuik, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)!
Mengapa saya beria-ria benar berkempen kepada anda untuk membeli Performance Drink Shaklee?

Jawapannya mudah. Bagi saya minuman Performance Drink Shaklee ini diperlukan oleh setiap ahli keluarga anda yang tersayang. Sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda yang riang dan aktif!

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:
Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
Para pesakit yang menghidap gout.
Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
Anak-anak yang demam.
Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.


Sempena kedatangan Ramadhan, cubalah bagi anak-anak minum Perfomance Drink ni insyaAllah, boleh membantu mengatasi keletihan ketika berpuasa..rasa orennya pun sedap..mak-mak dan ayahayah yang nk cuba pun boleh..sempena nak warming up to Ramadhan ni bolehlah cuba dulu..Kalau seorang sahaja yang guna, mungkin sampai Ramadhan pun xhabis lagi ni..Sape nk cuba boleh PM saya yer..

elRaihan@ Ana,
Pengedar Shaklee Anda,
ID:911750
0199387282


Monday, June 10, 2013

ESP oh ESP..

Kebaikan mengambil ESP
Ini antara produk kegemaran saya dan merupakan antara yang mula-mula saya cuba selepas mealshake..saya menjadikan  ESP sebagai rutin diet saya bukan semata-mata untuk kecantikan tetapi sebagai salah satu milk booster untuk membantu saya meneruskan penyusuan ekslusif anak saya yang ke-5, Husein..

ESP+Sunquick mandarin adalah bancuhan kegemaran saya...kadang-kadang saya juga gemar mencampurkan sesudu ESP ke dalam susu untuk diminum pada waktu malam..Kalau dulu sewaktu menyusukan anak ke-4 saya apabila masuk sahaja 6 bulan breastfeeding, pengeluaran susu saya mula merudum sehingga saya jadi agak tertekan kerana terlalu banyak masa yang terpaksa diperuntukkan untuk sesi mengepam dan hanya sedikit susu yang keluar setiap kali..Alhamdulillah, amalan menambah esp dalam minuman kegemaran saya membuahkan hasil yang berbeza kali ini...setiap pengambilan ESP pada malamnya pasti akan memberikan susu yang banyak untuk saya pam keesokan harinya. Sekarang setelah 6 bulan dua minggu usia anak saya yang ke-5, saya masih mampu mengepam sehingga 10-14oz pada satu sesi sahaja..Sangat berbeza dengan pengalaman 4 orang anak sebelum ini, saya hanya boleh mengepam sekadar 9-12oz sahaja dalam satu sesi...

Alhamdulillah, sebagaimana semua ibu-ibu di luar sana..saya juga berhasrat untuk menyusukan anak saya dengan susu saya sendiri sehingga usia 2 tahun..mengambil ESP adalah salah satu usaha saya...di samping minum susu dan makan kurma sebagai diet ibu menyusu yang disarankan dalam Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi...madu juga salah satu makanan tambahan yang sangat baik diamalkan...

Kalau ianya berhasil untuk saya, kenapa tidak dengan anda? Banyak yang kita boleh kongsikan bersama tentang penyusuan terbaik untuk anak-anak kita..janganlah segan silu untuk hubungi saya ya..insyaaAllah jika anda berada di area Setiu bolehlah dapatkan stok ESP terus daripada saya..selagi masih ada stok ya..nak berCOD pun apa salahnya..mungkin lebih banyak yang dapat kita kongsikan apabila bertemu mata..

Selamat menjadi ibu yang terbaik!!Jom berSHAKLEE..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kod Produk 11003(850g)
RM150.00(WM)
RM155.00(EM)







Semoga hari esok lebih bersinar..

Assalamualaikum...

Alhamdulilllah bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikanNya kepada saya...mempunyai anak-anak  ceria seramai 5 orang cukup menguji mental dan fizikal saya...sebagai ibu dan isteri, banyak tugas yang harus saya sempurnakan setiap hari bagi memastikan orang yang saya kasihi mendapat perhatian dan sentuhan saya secukupnya..setiap hari adalah hari yang berbeza..dan sebagai seorang Islam, sudah tentu kita mengharapkan hari ini lebih baik daripada semalam dan begitu juga hari seterusnya....

Kenapa saya berjinak-jinak dengan SHAKLEE? Hmm...satu pertanyaan yang sering keluar daripada mulut sahabat-sahabat dan suami saya sendiri..saya sendiri tidak pasti kenapa saya memilih untuk menceburi bidang MLM..namun saya memang berniat untuk memperbaiki hidup saya supaya lebih baik dari  hari ke hari...Berniaga sebenarnya sesuatu yang di luar kebiasaan saya..dari segi kewangan, saya bukanlah terlalu terdesak untuk mengejar kekayaan...namun Allah membukakan hati saya untuk melihat kejayaan yang diperolehi oleh orang-orang di sekeliling saya..adik saya, Ida@ MamaLutfi adalah salah seorang inspirasi saya untuk menceburi bisnes SHAKLEE...selama setahun lebih sahaja dia telah berjaya mencapai matlamatnya dalam bisnes ini..dan kini bonus bulanannya dalam Shaklee juga lebih banyak dari gajinya sendiri sebagai pensyarah..dan saya tumpang gembira melihatnya dan kagum dengan usahanya...sejak kecil dia memang sangat berbakat dalam berniaga...

Me with my sis, Ida

Saya masih ingat ketika kami masih di sekolah rendah lagi, kami memang jauh berbeza..sering bercanggah pendapat dan selalu gaduh2 sayang.. :) ..apapun kami memang sepakat dalam satu perkara...mencari duit poket..hmm..bermula dengan menjual aiskrim dengan harga seposen sebatang kami mula berniaga seawal darjah dua(ketika itu Ida baru darjah 1)..hasrat kami dibantu dengan modal dari ibu yang membelikan plastik aiskrim dan asam masin untuk kami buat aiskrim...biasanya saya akan jadi tukang rasa dan bancuh sementara Ida akan membantu saya membungkus aiskrim kami...nak tau aiskrim apa yang kami jual?hmm..banyak jenis juga...aiskrim milo, jagung, asam masin, sirap, bandung, n special skali aiskrim nangka..(erm...masih ingat lagi rasanya yang sangat sedap)..aiskrim teh susu pun ada(haa...yang ni bila milo dah habis..huhu)..Kami berniaga dari rumah dan pada hari sekolah kami akan membawa sebahagian aiskrim yang telah dipesan kawan-kawan ke balai mengaji pada waktu petang..so, sebelum ngaji, kami akan keluarkan dlu aiskrim kami dan jual masa tu....hmm...masa tu memang tak malu pun...sebab budak2 lagi..asyik fikir nak collect duit je..bila tok guru mengaji naik balai, smua dah selesai makan aiskrim, dan sambung mengaji..apapun itu adalah salah satu kenangan berniaga masa kecik yang sangat indah dikenang..macam-macam yang kami cuba jual, gelang n cincin manik pun ada..kami belajar untuk  buat semua tu daripada orang dewasa...Sewaktu di sekolah menengah pula, saya mencadangkan warden membenarkan kami berkebun di belakang asrama sebagai aktiviti riadah kami petang-petang..hasil sayur yang kami tanam kami jual pada guru-guru yang tinggal di rumah guru dan sebahagiannya kami bagi juga pada tukang masak asrama supaya masakkan untuk kami... itulah antara kenangan dulu yang sangat sukar saya lupakan...berniaga memang seronok...dan mendapat hasil daripada perniagaan (yang halal) adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi kami...kami belajar menghargai titik peluh kami sendiri...

Akhirnya saya sedar yang saya juga punya kemampuan untuk melakukannya kerana saya pernah melakukannya dulu  tanpa saya sedari...Ida tidak pernah memaksa saya untuk turut serta dalam SHAKLEE...sejak tahun lepas, saya sekadar pengguna biasa yang mencuba produk ini sekadar untuk suka2 pada mulanya...namun setelah banyak kebaikan yang dapat saya rasai sendiri setelah mengambil produk ini selama lebih 6 bulan, saya akhirnya tidak lagi ragu untuk mendaftar sebagai ahli kerana ingin mendapatkan harga ahli dan bermula bulan lepas, saya akhirnya nekad untuk menyebarkan dan berkongsi kebaikan produk ini dengan orang di sekeliling saya pula...dengan menjadi pengedar sah SHAKLEE.

Mungkin atas dasar itulah akhirnya saya berani berbisnes dengan SHAKLEE ...dengan bermodalkan yuran keahlian RM65 seunur hidup rasanya sangat berbaloi dengan apa yang saya akan dapat nanti...insyaaAllah...rezeki itu akan datang pada mereka yang berusaha...saya ada menyimpan niat untuk bekerja dari rumah sahaja suatu hari nanti...mungkin setelah saya stabil saya akan berhenti kerja dan meluangkan lebih masa untuk anak-anak dan suami di rumah dan menjalankan perniagaan SHAKLEE hanya dari rumah...itu adalah salah satu impian saya..dan anda mungkin saksinya..

Kerjaya sekarang sebagai pensyarah memang sesuatu yang saya sangat saya sukai...namun bersama keluarga tetap pilihan no.1 saya...Mohon anda semua mendoakan semoga saya akan berjaya suatu hari nanti..ameen..semoga saya dapat menyaksikan setiap jatuh bangun anak-anak saya dan sentiasa berada di samping orang-orang yang saya kasihi...soal rezeki, Allah menentukan segalanya...semoga Allah merestui niat saya untuk membantu keluarga dan orang-orang di sekeliling saya.

Jika anda juga  mempunyai cita-cita seperti saya, apa salahnya jika kita sama-sama melakukannya...insyaaAllah, kita boleh saling menyokong satu sama lain untuk melangkah dengan lebih baik dalam bidang ini...saya juga masih bertatih dalam bidang ini dan tidak sabar rasanya untuk berkongsi kejayaan mereka yang berada di belakang saya dan menyokong saya saat ini...Banyak yang boleh dikongsikan dan lebih banyak usaha yang diperlukan untuk mencapai kejayaan...dan kenapa tidak bermula dari sekarang??Semoga Allah merestui perjalanan saya dalam apa jua yang saya lakukan..Wang bukanlah segalanya, redha Allah adalah hal yang paling utama...Allah sukakan mereka yang berusaha...untuk dunia dan akhirat juga..insyaaAllah...


Sekadar perkongsian:
Jika berminat untuk menjadi ahli dan mendapatkan produk Shaklee, bolehlah menghubungi saya ya..sms/whatsapp sahaja.

Saya pengedar Shaklee anda,
Raihana@ elRaihan..
0199387282..
elraihan82@gmail.com

Tuesday, June 4, 2013

Saya Pengedar Shaklee Anda!!



Assalamualaikum..
Saya pengedar sah Shaklee dengan ID 911750. Boleh dapatkan stok Shaklee anda dari saya.

Beroperasi kecil-kecilan dari rumah aje. Takde kedai stokis yer..insyaaAllah.. Stok2 hangat seperti alfalfa, esp, vitalea, gla, mealshake, ostematrix dan b-complex dah ada pada saya tapi terhad.. Klu takde dgn saya pun tak mengapa.. Anda buat pesanan..saya suh Shaklee yg terus hantarkan ke alamat umah/ofis anda. InsyaaAllah dalam 1-4 hari bekerja anda akan terima depend pada waktu pesanan diuruskn.

Klu nak ber COD boleh juga.. Saya available untuk COD di Setiu especially area Jalan Pantai Merang, Penarek, Saujana, Bandar Permaisuri, Pak Kancil dan sekitarnya.. Kalau saya balik kampung di Padang Midin, Kuala Terengganu pun boleh COD dengan saya..boleh anda jumpa dengan saya di mana-mana on the way saya nanti..bisa diaturkan ya..

Kalau anda berada di luar Terengganu or Setiu pun takde masalah..khidmat pos pun ada..nak by pos seluruh Malaysia juga saya boleh poskan..dengan harga standard.

Kalau anda pengguna Shaklee yang setia, tapi belum lagi mendaftar sebagai ahli, dan berminat untuk menjadi ahli bagi mendapatkan harga ahli, boleh hubungi or SMS saya juga...insyaaAllah harga ahli pasti lebih istimewa..dan lebih banyak penjimatan untuk anda sekiranya anda ingin menjadi pengguna setia Shaklee..


So, hubungi saya sekarang untuk mendapatkan produk Shaklee anda..

Raihana @ Ana Your Shaklee Independent Distributor,
Emel: elraihan82@gmail.com
sms or whatsapp: 0199387282



Mealshakes yang lazat!!


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Siapa yang sesuai mengambil Mealshake Shaklee ini?
  • Bayi bermula 1 tahun ke atas – sebagai multivitamin utk membantu pembesaran yang sihat dan kuat.
  • Kanak-kanak yang selalu sembelit
  • Kanak-Kanak yang kurang selera makan
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua dan seisi keluarga

Kelebihan Meal Shakes Shaklee
  • membantu perkembangan minda dan IQ anak
  • menambah selera makan anak-anak
  • membantu masalah sembelit
  • mengatasi masalah selalu selsema dan asm

Promosi Jun Shaklee - MEALSHAKES!!

Assalamualaikum..

Bulan Jun ini Shaklee ada promosi Mealshake Buy 6 Free 1...so, boleh pakat2 dengan member untuk beli yer...harga 1 Mealshakes  RM113.75 per jar 544gm....Cepat-cepat grab selagi stok masih ada..





ELRaihan@Ana, Your Shaklee Independent Distributor

@ Setiu Shaklee Distributor
SID:911750
elraihan82@gmail.com

sms/whatsapp: 0199387282
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh saya bantu anda?? Sila semak emel untuk jawapan.

Name

Email *

Message *

Disclaimer

Disclaimer
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit...Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, ingatlah bahawa dengan izin ALLAH juga segala penyakit anda sembuh..bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen. Suplemen Shaklee adalah suplemen semulajadi yang selamat dan halal dengan kelulusan ISA, badan yang diiktiraf oleh JAKIM