PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL

PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL
Daftar ahli Shaklee secara percuma dengan pembelian sekurangnya 2 botol VIVIX atau belian sekurangnya 200uv. Istimewa buat pembelian VIVIX 2 botol anda akan jimat hingga rm40+ daripada harga ahli apabila anda mendaftar AHLl SHAKLEE. Tawaran Istimewa ini SAH sehingga 30 NOV 2017. Whatsapp 0199387282 sekarang!

Thursday, November 21, 2013

Vivix dan testimoni pengguna

As-salam..

VIVIX, produk paling ekslusif daripada Shaklee..dan harganya jugak ekslusif...RM400+ sebotol 150ml tahan hingga 2 bulan dengan hanya sesudu teh saja setiap hari. Kelebihannya? saangat banyak. Dan kandungannya juga istimewa. Meh baca ni..

Apa ada dalam vivix?
Kredit: Kak Cery

Bahan-bahan Utama Vivix™ dari Ekstrak botani yang perlu anda tahu!



1) Polygonum Cuspidatum - Sumber yang unggul bagi Resveratrol
Akarnya ("He Sho Wu") kaya dengan kandungan resveratrol
Digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat rambut beruban di negara China & Japan selama lebih 100 tahun
100% semulajadi
Min. 98% tulen
100% bebas emodin = Selamat dan Mudah diterima oleh tubuh




2) Anggur Muscadine

  • Lebih Kromosom : 20 berbanding19 kromosom - Membantu melanjutkan usia
  • Kuasa Antioksidan - 40 X lebih tinggi
  • Polifenol yang penting dalam Anggur Muscadine : Elagik Asid, OPCs (oligomerik proanthocyanidins) & Kuercetin
  • anti-kanser, antioksidan, anti-inflamasiKebaikan Polifenol Anggur Muscadine
  • Anti-kanser
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung 
  • Mengurangkan komplikasi diabetes
  • Mengurangkan risiko bronkitis & penyakit lelah


3) Elderberi Eropah

4) Lobak Ungu Mengandungi polifenol Anthocianin yang amat berkuasa untuk:
  • Antioksidan
  • Anti-inflamasi
  • Agen Anti-bakteria
  • Mengurangkan kolesterol Kebaikan kesihatan
  • Meningkatkan fungsi imun
  • Meningkatkan penglihatan visual
  • Antibiotik semulajadi
  • Melindungi daripada penyakit jantung

KEBERKESANAN 

Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.
10x ganda lebih hebat dari resveratrol
rahsia: Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...

Apakah itu Resveratrol? 

• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser

Manfaat VIVIX



Testimoni vivix:












Kenapa VIVIX?



insyaaAllah, semoga artikel ini boleh membantu anda atau orang-orang di sekeliling anda yang memerlukan.
Boleh PM saya untuk harga. Saya benar-benar berharap, semoga Allah memberi kemampuan untuk anda mencuba vivix lebih-lebih lagi yang menghidap penyakit kronik seperti kanser, diabetes, stroke dan sebagainya. Saya akan membantu anda dengan memberikan konsultasi terbaik, insyaAllah.. Oh, ya..Bagi setiap pembelian vivix, anda layak mendapat pos percuma.

Dengan kuasa Allah dan izinNya, semoga vivix adalah asbab terbaik untuk anda sembuh dan hidup sihat bersama yang tersayang. Izinkan saya membantu anda:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

*produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Tuesday, November 19, 2013

Set Slimming Ibu Menyusu

Set menurunkan berat badan Shaklee khas untuk ibu menyusu

As-salam..

Hari ini saya ingin berkongsi tentang Set Slimming Shaklee untuk ibu menyusu...

Persoalan di bawah pasti selalu bermain-main di fikiran ibu-ibu menyusu yang ingin menurunkan berat badan atau kembali ke berat asal.

Adakah anda juga pernah terfikir seperti ibu-ibu ini?


  • Saya nak turunkan berat badan, tetapi masih menyusukan anak, boleh ke ambil supplement untuk turunkan berat badan? 
  • Adakah supplement ini akan jejaskan penghasilan susu badan untuk anak saya?
  • Adakah supplement menurunkan berat badan ini akan menyebabkan proses detoksi yang boleh mengganggu kesihatan anak saya?
  • Saya risau anak saya ada jaundis..bolehkah saya ambil supplement ni? Tak panas ke?

JANGAN RISAU!!

Shaklee telah mengambilkira semua pertanyaan anda itu:

  • Set Slimming Shaklee ini memang digabungkan khas untuk ibu menyusu.
  • Langsung tidak menjejaskan penyusuan atau penghasilan susu badan dan masih membekalkan kalori secukupnya untuk anda menyusukan, bahkan Alfalfa dan ESP adalah gabungan milkbooster terbaik dari Shaklee. Ini bermakna, bila anda ambil Set Slimming Ibu Menyusu, anda sebenarnya turut dapat Set Milkbooster Shaklee. So manfaatnya DUA dalam SATU.
  • Proses detoksi bagi ibu menyusu yang ingin menurunkan berat badan adalah SECARA LEMBUT. InsyaaAllah, maksudnya tidak menyebabkan anak juga mengalami kesan yang sama atau cirit birit walaupun ibunya mengambil alfalfa untuk detoks.
  • Anak anda ada jaundis? Tiada masalah, anda cuma perlu mengurangkan sedikit dos alfalfa sekiranya anak masih ada jaundis, dan selepas anak bebas jaundis anda boleh teruskan mengambil alfalfa seperti portion yang dicadangkan kerana ia tidak menyebabkan kesan sampingan ke atas bayi anda.

*Pesakit SLE tidak dibenarkan mengambil alfalfa atas nasihat doktor. Sila  rujuk doktor anda terlebih dahulu untuk mengesahkan.

Testimoni saya:

Pengalaman saya sendiri, daripada berat 75kg sebelum bersalin, 68kg selepas bersalin dan hari ini berat saya alhamdulillah dah jadi 48kg  dalam tempoh 6-7 bulan pengambilan berbanding berat asal semasa berkahwin, 51kg. Dengan izin Allah atas usaha saya mengamalkan ESP dan ALFALFA dalam set menyusu saya. Susu badan juga masih boleh dibuat stok dan anak saya yang berumur hampir setahun (hujung bulan nov ini) masih lagi dapat menyusu dengan susu saya sepenuhnya..Alhamdulillah..

Bagaimana Set Slimming Ibu menyusu Shaklee dapat membantu anda?

ALFALFA UNTUK DETOKS & MILK BOOSTER:
  • Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak & lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Ia berfungsi secara lembut dan tidak menyebabkan anak anda mengalami pembuangan yang kerap.
  • Selain itu Alfalfa berfungsi merangsang metabolisme & memberi efek rasa 'ringan' badan.
  • Alfalfa juga digunakan mempunyai galactogue atau milkbooster semulajadi untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.

LECITHIN UNTUK BAKAR LEMAK:
  • Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar dari badan.
  • Selain itu, Lecithin juga bagus untuk otak dan kebiasaannya selepas pengambilan Lecithin selama sebulan paras kolesterol akan turun/kembali normal.
  • Lecithin turut membantu mengelakkan clog duct atau bengkak susu bagi ibu-ibu menyusu.

ESP UNTUK BINA OTOT & ENERGY/ MILK BOOSTER:
  • Untuk ibu menyusu, disarankan mengambil ESP kerana mengambil sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan amat penting untuk penghasilan susu ibu.
  • Protein juga membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Ia juga membantu memulihkan kesihatan rahim selepas melahirkan.
  • Bonus lain selepas pengambilan ESP ialah mencantikkan kulit, menganjalkan aset-aset wanita (payudara & punggung) serta menambah & memekatkan susu ibu

Lagi Testimoni:



Anda pun berminat nak mencuba? Boleh hubungi saya seperti di bawah:
insyaaAllah konsultasi percuma dan tips diet dan menyusu serta konsultasi cara pemakanan terbaik juga akan diberikan.

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

*produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, November 14, 2013

Ouch!! Sakitnya ibu menyusu..

Assalam...

Saya pasti ramai  ibu-ibu di luar sana yang mungkin mengalami masalah yang sama..iaitu sakit ibu menyusu..Oh, jangan salah faham ya..bukan bermaksud menyusu itu sangat menyakitkan, tetapi ini adalah situasi biasa yang dialami ibu yang menyusu badan anak mereka iaitu:
  • Digigit semasa menyusu
  • Bengkak susu
Digigit semasa menyusu??Ouch, sakitnya..

Berikan teether untuk anak anda ketika gigi baru tumbuh
Memang ini adalah perkara biasa yang dilalui ibu menyusu ketika menyusukan bayi yang berusia 6 bulan ke atas. Anda harus berdepan dengan situasi ini melainkan anda tidak mahu anak anda tumbuh gigi comelnya..takkanlah, kan? Bayi yang berusia 6 bulan ke atas cenderung menggigit ketika sedang disusukan. Hal ini kerana gigi sudah mula tumbuh pada usia ini..dan bayi anda akan terasa "gatal gusi" atau ingin mengacip gigi atau gusinya dengan sebarang makanan atau apa saja yang disuakan ke mulutnya kerana bayi sudah mula rasa sakit atau tidak selesa pada giginya. Dalam peringkat gigi mulai tumbuh, ibu-ibu harus bersedia menghadapi situasi ini dengan tenang dan bukan dengan memarahi bayi anda yang mungkin masih belum mengerti apa-apa.

Pengalaman saya sendiri, sepertimana diajarkan ibu, setiap kali hal ini berlaku, saya akan memicit sedikit dagunya supaya mulutnya kembali terbuka dan gigitan dilepaskan. Kaedah kedua ialah memicit hidung bayi anda yang sedang menggigit ketika menyusu. Kebiasaannya, bayi akan melepaskan gigitan apabila dirasakan susah nak bernafas...Awas ya..jangan picit terlalu lama..cukup sekadar picit main-main sahaja. Ini hanya boleh dipraktikkan ketika bayi anda dalam keadaan sedar, bukannya tidur. 

Ramai ibu yang merasa takut digigit dan serik apabila menghadapi situasi ini sehingga ada yang membuat keputusan menghentikan penyusuan gara-gara tidak tahan sakit digigit bayi. Bagi mengelak situasi ini, ikuti beberapa panduan di bawah.
Sumber: PaMa
Menghisap dengan teknik yang salah adalah penyebab utama timbulnya rasa sakit pada payudara.

Teknik Menghisap Yang Tepat

1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara    
2. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
3. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
5. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.

Jika anda mengalami luka akibat digigit bayi anda, boleh rujuk beberapa petua merawat luka puting susu ibu.

Bengkak susu adalah suatu keadaan di mana susu terhasil melebihi keperluan bayi. Bagi ibu-ibu yang mengalami bengkak susu, jangan mudah panik. Saya ada terbaca info yang menyalahkan supplement milkbooster kerana menyebabkan bengkak susu sehingga boleh merosakkan kelenjar susu. Dari banyak sumber yang saya baca, dan dari pengalaman saya sendiri menyusukan 5 orang anak, bengkak susu itu adalah perkara biasa. Supplement milkbooster cuma merangsang hormon prolaktin untuk mengeluarkan susu atau membantu memberikan tenaga dan nutrien untuk ibu meneruskan penyusuan. Soal banyak atau sedikit, itu bergantung juga pada pengambilan air dan pemakanan ibu itu sendiri. Susu akan bengkak apabila tidak diperah atau dikeluarkan atau diberi minum kepada bayi. Bengkak susu tidak boleh dibiarkan kerana boleh menyebabkan rasa sakit kepada ibu dan juga menyebabkan ibu boleh demam bengkak susu.

Di sini saya kongsikan beberapa tips:
Sumber: PaMa

Mengatasi bengkak susu
  • Uncang Teh: Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu badan kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.
  • Mengepam Susu Badan:  Jika si ibu terlebih dahulu mengepam susu badannya sebelum memberi si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara si ibu
  • Tuam:  Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Sambil itu bolehlah cuba diperah secara perlahan.
  • Mandi air suam:  Boleh juga mandi dengan air suam sambil memicit dan mengurut payudara anda bagi melancarkan pengeluaran susu yang mungkin tersumbat.
  • Menyikat/urut: Menyikat payudara dari atas hingga ke puting untuk melancarkan lagi peredaran susu.
  • Mengambil Lecithin: Lecithin boleh didapati dari farmasi atau klinik. Sesetengah lecithin boleh menyebabkan pengeluaran susu drop. Biasanya kami pengedar Shaklee menyarankan pengambilan Lecithin Shaklee untuk mengelakkan susu bengkak. Lecithin boleh memecahkan lemak dalam salur darah dan membersihkan sebarang unsur yang tersumbat dalam salur darah. Dari pengalaman pengguna, pengeluaran susu mereka tidak terjejas walaupun mengambil Lecithin Shaklee. Walaubagaimanapun, anda juga masih perlu mengeluarkan susu yang menyebabkan bengkak tadi melalui perahan atau diberi minum kepada bayi.
Mungkin banyak lagi cara yang dilakukan untuk mengatasi masalah bila terjadinya bengkak susu. 
Bagi anda yang belum mengalami bengkak susu, sebagai persediaan, anda boleh mengikuti tips berikut:



Tip Elak Bengkak Susu

• Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.

• Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.

• Bayi anda perlu menghisap susu dengan kaedah yang betul.

• Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut buah dadanya perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.

• Jika kesakitan yang dialami agak kuat, ada sesetengah doktor menyarankan supaya mengambil paracetamol.

**Bagi saya, paracetamol tidak banyak membantu dan tidak elok jika diambil dengan kerap. 


Cara Alternatif

Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa. Antara pad gel yang boleh anda cuba ialah :

Contoh Gel Pad


1. Therapy Gel Pads
Produk pelbagai guna ini boleh digunakan untuk melegakan masalah saluran susu tersumbat, mastitis dan mengurangkan pembengkakan payudara.

Produk ini boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas, sangat lembut dan fleksibel demi memberi keselesaan kepada si pemakai. Diperbuat daripada material yang selamat dan diluluskan oleh FDA.

2. Jingle Jungle Reusable Warm
Hangatkan pad terlebih dahulu dan letakkan pada payudara sebelum menyusukan bayi. Ia membantu melancarkan aliran susu. Jika anda mengalami pembengkakan atau rasa tidak selesa, sejukkan pad gel ini terlebih dahulu dan letakkan pada payudara di antara waktu penyusuan.

3. Feme Pad Natural Pain
Produk ini membantu untuk mengurangkan pembengkakan atau rasa tidak selesa selepas melahirkan. Pad ini sangat lembut digunakan walaupun selepas dibekukan dan ia mengikut bentuk tubuh si pemakai. Bagaimanapun, pad ini hanya sesuai untuk kegunaan suhu sejuk sahaja dan tidak sesuai untuk dipanaskan.

Semoga anda terus sukses dengan penyusuan anda. insyaaAllah, anak-anak anda akan menjadi anak-anak yang sangat rapat dengan anda hanya kerana dia mendapat yang terbaik dari ada.

Untuk mendapatkan lebih lagi tips penyusuan melalui produk Shaklee, bolehlah menghubungi saya seperti berikut:




Wednesday, November 13, 2013

Vitamin E Shaklee dengan ekstrak biji anggur

As-salam..

Hari ni saya nak kongsikan tentang satu lagi produk Shaklee iaitu Vitamin E..hmm..bagi mereka yang mementingkan kecantikan biasanya akan mengambil Vitamin E untuk luaran dan dalaman mereka. Vitamin E memang dikatakan vitamin yang banyak khasiat dan kelebihannya terutamanya untuk kulit.

Dari mana kita boleh dapatkan Vitamin E?

Sumber Makanan Yang Mengandungi Vitamin E
  • Avokado
  • Biji bunga matahari
  • Kacang soya
  • Buah zaitun
  • Badam
  • Labu
  • Kacang buncis
  • Ubi keledek
  • Sayuran hijau
  • Minyak sayuran, minyak zaitun, minyak jagung dan minyak matahari

Kebaikan Vitamin E



  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak
  • Membantu mengecutkan jerawat.(Bagi mereka yang kulitnya berminyak tidak digalakkan)

Gejala Kekurangan Vitamin E?

Masalah kekurangan Vitamin E biasanya berkait rapat dengan sel badan yang tidak boleh menyimpan lemak sedangkan Vitamin E adalah bersifat larut lemak dan perlukan lemak untk bergerak ke bahagian yang diperlukan dalam badan.

Kekurangan Vitamin E alpha-tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.

Masalah kekurangan Vitamin E:
  • Anemia (kurang bilangan sel darah merah atau haemoglobin)
  • Masalah berkaitan system pembiakan
  • Susah mengamdung
  • Senang keguguran
  • Tanda penuaan pada kulit (age spots)
  • Katarak
  • Hilang nafsu seksual(Dingin)
  • Rambut kering & gugur
  • Kelemahan otot (myopathy)
  • Luka lambat sembuh
  • Kebas kaki (cramps)
  • Penyakit berkaitan usus
  • Mati pucuk
  • Prostat membesar.

Jika terlebih Vitamin E?

Vitamin E bertindak sebagai antokoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran dalam badan adalah lancer.
Terlebih dos Vitamin E mungkin menyebabkan mudahnya berlaku pendarahan seperti hidung berdarah.

Vitamin E Shaklee

Ini adalah produk Vitamin E Shaklee.Dulunya Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium.




Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Formulasi baru Vitamin E Shaklee telah ditambah dengan Ekstrak biji anggur. Warnanya juga lebih gelap kemerahan.

Sebotol Vitamin E Shaklee mengandungi 120 biji dan tahan sehingga 4 bulan dengan pengambilan sebiji sehari. Selain dimakan, Vitamin E Shaklee juga boleh dibuat masker untuk kecantikan luaran dan juga memperbaiki parut.


Apakah Perbezaan Vitamin E Shaklee Dan Vitamin E Biasa di pasaran?


Vitamin E Shaklee:

  • Bersumber semulajadi
  • Pada label ada huruf 'd' (ini bermakna ia adalah sumber asli)
  • Lebih mudah diserap oleh badan
Vitamin E Biasa :
  • Vitamin Sintetik
  • Pada label ada huruf 'l' (ini bermakna sumber tiruan atau sumber kimia)
  • Tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudian hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Kenapa ditambah Ekstrak biji anggur?

Kerana banyak kebaikan biji anggur ni..
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan


Siapa yang Perlukan Vitamin E?

  • Lelaki dan wanita.
  • Mereka yang ingin kelihatan muda
  • Mempunyai masalah jantung atau kolestrol
  • Sukar mengandung
  • Dingin untuk melakukan hubungan kelamin
  • Mengalami masalah kulit dan parut
Jika anda juga termasuk dalam kategori mereka yang memerlukan Vitamin E, silalah jangan segan silu menghubungi saya untuk konsultasi tentang produk ini dan dapatkannya daripada saya jika berminat.




Monday, November 11, 2013

Omega Guard: Minyak ikan terbaik!!

Omega Guard minyak ikan terbaik?

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.





Kenapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu kajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak Omega-3 EPA dan HDA.




Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan propietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semualjadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) merupakan bahan kimia industri yang sanagt bertoksik.


Kebaikan Omega 3

Asid Lemak Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS serta membantu kulit licin dan kemerah-merahan.


Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu Menyusu

  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

Kanak-kanak

  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan

  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke
Jika anda berminat untuk mendapatkan Omega Guard Shaklee, bolehlah berhubung dengan saya, Pengedar Sah Shaklee anda..














Diet ibu menyusu: Cukupkah?

Alhamdulillah..lagi beberapa hari nak masuk setahun saya menyusu penuh Amir Husein dengan susu badan..Setiap kali ke klinik,cik misi mesti ingat saya dah campur susu memandangkan saya bekerja sebagai pensyarah dari pagi dan pulang lewat petang..katanya kalau susu dah makin kurang, bolehlah campur susu formula..
Bagi saya, selagi saya masih punya susu badan yang mencukupi, kenapa saya perlu menidakkan keperluan anak saya. Walaupun anak saya tidaklah termasuk dalam kategori chubby, namun asalkan dia sihat dan mendapat nutrisi yang cukup dalam pemakanannya, itu adalah lebih baik bagi saya...Selagi berat badannya sentiasa naik setiap bulan dan aktif dalam perkembangan fizikalnya, itu adalah petanda bayi kita masih sihat dan aktif.

Untuk memastikan ibu mempunyai susu yang cukup untuk bayinya, seorang ibu itu harus mengambil makanan yang mempunyai 2000-2200 kalori sehari. Apakah makanan yang sesuai untuk ibu menyusu?

Oh, ya..tadi saya ada google tentang diet bagi  ibu menyusu dan saya nak kongsikannya dengan anda juga.
Di sini, saya sesuaikan fakta yang ada dengan beberapa soalan.

  1. Saya menyusukan anak , tetapi ingin menurunkan berat badan. Apakah diet yang sesuai untuk saya supaya tidak menjejaskan penyusuan bayi saya?
  2. Saya ada masalah susu tidak cukup. Apakah diet yang sesuai untuk saya supaya saya dapat meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun.
  3. Saya suka makan. Tetapi bimbang makanan yang saya ambil boleh menjejaskan penyusuan untuk anak saya. Ada cadangan?

Cadangannya:

Ibu menyusu perlu menjaga pemakanan harian mereka.
 Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar.

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). 

Makanan sumber zat besi
Makanan sumber protein
Makanan sumber kalsium


 Makanan seimbang
 ibu menyusu





Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda. Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum. Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak. Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan.

Ramai wanita telah mengurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.

Jika anda hanya mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 

Sumber: Baby Center

Hmm..namanya pun vitamin2 ni makanan tambahan, so, anda kena makan dulu mengikut keperluan asas anda. Dan mungkin vitamin tambahan boleh membantu memberi kecergasan untuk anda meneruskan penyusuan. Zat besi tambahan sangat penting untuk keperluan ibu menyusu. Begitu juga protein dan kalsium sangat penting dalam diet harian ibu menyusu.Yang paling penting..selain diet ibu menyusu, anda juga perlu mempraktikkan  konsep apply & demand untuk memastikan susu sentiasa ada untuk bayi anda..
Kalau tak dikeluarkan susu anda, macamana nak ada susu yang baru, kan??

Semoga sukses dalam penyusuan anda!!

*Jika anda memerlukan makanan tambahan @ set penyusuan untuk memastikan anda sentiasa cergas semasa menyusukan, Shaklee juga menyediakan Set Penyusuan. Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk mengambil makanan yang seimbang juga..




Wednesday, November 06, 2013

Ibu Hamil: Vitamin yang boleh dan tidak boleh diambil!!

As-salam..

Hari ini saya cuma ingin berkongsi dengan anda tentang vitamin-vitamin yang tidak digalakkan ambil semasa hamil. Walaupun Shaklee merupakan supplement atau makanan tambahan, namun untuk memastikan anda dan kandungan anda sihat dan selamat, maka anda perlu alert beberapa jenis vitamin dan kandungan vitamin yang tidak sesuai diambil semasa hamil. Nak tak nak anda harus bersabar sehingga selepas kelahiran untuk mengambil vitamin-vitamin tersebut..






IBU HAMIL,

Sila elakkan diri anda daripada mengambil vitamin-vitamin seperti di bawah:

  • Alfalfa Complex
  • DTX Complex
  • Collagen Powder
  • Carotomax
  • Garlic Complex
  • Herblax
  • Vitamin E Complex
  • GLA Complex
  • Vivix

*Pengecualian untuk teruskan pengambilan hanya jika anda mendapat saranan doktor.

Kenapa ibu hamil tak boleh ambil?

Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan seperti Vit E, vivix, GLA dan Carotomax tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Begitu juga dengan alfalfa yang boleh merangsang pengecutan rahim anda. Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya. Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung. Oleh itu, sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Jadi, apa Vitamin yang sesuai untuk ibu hamil?

Ibu hamil digalakkan mengambil multivitamin dan vitamin yang tinggi zat besi, mengandungi asid folik yang cukup kerana ia penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan kecacatan, kalsium yang mencukupi, vitamin c dan minyak ikan. Sebahagian vitamin ini juga dikenali sebagai 'hematinic vitamin' sebagaimana yang dibekalkan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Namun, jika anda mempunyai bajet sendiri untuk vitamin pilihan anda, tidak salah untuk anda mencuba Set Ibu Hamil Shaklee.

Apa yang terkandung dalam Set Ibu Hamil Shaklee?
Vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk ibu hamil
Set Ibu Hamil Shaklee terbahagi kepada 2 kategori iaitu Set Ibu Hamil Trimester 1 dan Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3. Boleh baca pos Nutrisi Tambahan Ibu Hamil untuk mengetahui fungsi setiap vitamin yang dicadangkan:

Set Ibu Hamil Trimester 1
  • BComplex (dengan asid folik)
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
  • Ostematrix(Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3
  • BComplex (dengan asid folik)
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
  • Ostematrix(Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
  • Omega Guard(Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA)
Add On
  • ESP(Untuk kecantikan kulit semasa hamil serta kulit bayi yang sihat dan membekalkan tenaga tambahan)
Anda adalah apa yang anda makan..begitu juga dengan anak anda..Jika anda telah mengamalkan pemakanan sihat yang mencukupi keperluan nutrisi anda ketika hamil, itu adalah lebih baik. Set ini hanya membantu anda melengkapkan pengambilan nutrisi anda ketika hamil..Namanya pun makanan tambahan, kan..
Semoga anda mendapat yang terbaik sepanjang kehamilan anda..

Jika berminat untuk mencuba Set Hamil Shaklee boleh hubungi saya seperti di bawah:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.