Monday, December 30, 2013

Vitamin Shaklee Bajet Bawah RM100

As-salam..

Ramai yang tanya kat saya, harga vitamin Shaklee ni mahal tak?

Hmm..saya senyum aje..anda sendiri boleh menilainya dengan info yang saya berikan di bawah.
Terdapat  8 jenis Vitamin yang telah saya pilih di bawah kerana harganya kurang daripada RM100 sebotol.


VITAMIN
 KANDUNGAN
HARGA(RM)
B-Complex


dengan acid folic
Membekalkan asid folik dan keperluan vitamin B dalam badan. Juga untuk menambah tenaga dan mengurangkan stress
        120 biji
     (1 biji sehari-
     tahan 4 bulan)
53.75


Alfalfa Complex


Sebagai milkbooster dan juga berfungsi untuk detox toksin dan lemak daripada badan

        330 biji
    (3-10 biji sehari-
     tahan 1-3 bulan)
53.75
Lecithin


Meningkatkan fungsi otak dan membantu mengemulsikan lemak dalam badan untuk tujuan slimming
     
     
        180 biji
     (2-6 biji sehari-
    tahan 1-3 bulan)
52.50


GLA Complex


Meningkatkan kesuburan wanita, membetulkan hormon dan mengatasi PMS
          60 biji
   (1-2 biji sehari-
   tahan 1-2 bulan)
          91.25


Zinc Complex 

Untuk pertumbuhan rambut, dan kuku dan kulit yang sihat
dan mempercepatkan proses penyembuhan luka/pembedahan
          120 biji
    (1-2biji sehari-
     tahan 2-4 bulan)
                      33.75


Ostematrix


Membekalkan kalsium untuk gigi dan tulang dan membantu mengatasi cramp, migrain , sembelit dan buasir
          120 biji
     (2-4 biji sehari –  
    tahan 1-2 bulan)
    61.00


Vitalea iron formula

Vita-Lea merupakan multivitamin yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Sangat digalakkan bagi mereka yang ingin menaikkan HB darah.
   120 biji( 1-2 biji sehari      –tahan 2-4 bulan)
    88.75


SR Vita C Plus 500mg


Antioksidan, badan lebih cergas, Vitamin C bantu Iron untuk serap oksigen dalam darah. Oksigen yang cukup bantu kita lebih cergas. Kulit pun cantik dan gebu, luka pun cepat baik.
    180 biji( 1 biji sehari-       tahan 6 bulan)
      92.50



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk-produk ini, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

*produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Jenis-jenis Kegemukan

As-salam..

Hari ini saya cuma ingin berkongsi tentang jenis-jenis GEMUK..hmm..agak sensitif bagi sesetengah orang yang mengalaminya..namun penting untuk mereka mengetahui mereka dari kategori yang mana supaya mudah untuk dibantu ketika ingin mencari penyelesaian terbaik untuk menurunkan semula berat badan.

Macamana nak tau saya gemuk?

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yang masuk(food intake) kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.


Kegemukan juga boleh dikenalpasti apabila BMI anda melebihi 26.5 ke atas.
Anda boleh gunakan BMI Calculator yang saya letakkan di kiri blog ini untuk mengetahui BMI anda.

BODY MASS INDEX
StatusBMI
Kuruskurang 20.6
Normal20.7 - 26.4
Gemuk26.5 - 30.9
Obese31.0 - 45.2
Bahayalebih 45.3


Terdapat 3 Kategori Kegemukan iaitu:

Gemuk Air
Gemuk Air boleh dikenalpasti daripada bahagian tubuh yang mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan. Caranya, anda boleh picit bahagian bawah lengan dan lihat samaada bawah lengan anda ada bahagian yang menggelambir atau lembik. Badan orang yang mengalami gemuk air juga akan terasa cepat letih dan mudah mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
Gemuk Angin boleh dikenalpasti apabila perut selalu terasa sebu dan kerap sendawa. Mereka yang mengalami gemuk angin juga mempunyai bahagian bawah lengan yang lembik dan menggelambir. Adakalanya sukar untuk membuang angin keluar (sukar untuk sendawa) dan sangat mudah mendapat sakit kepala.

Gemuk Lemak
Gemuk Daging menyebabkan badan terasa berat dan pejal. Apabila dipicit bahagian bawah lengan, akan terasa pejal dan padat dengan daging. Selain itu, tubuh juga mudah penat apabila melakukan tugas harian. 

*Gemuk air dan Gemuk angin lebih mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. 

Kegemukan daripada zaman kanak-kanak


Gemuk Air

Gemuk air terjadi berpunca dari faktor-faktor berikut:
  • Makan makanan yang mengandungi kandungan sodium(garam) yang tinggi. Sodium yang berlebihan akan bertukar kepada cecair dalam badan yang menyebabkan selulit dan penahanan air atau water retention.
  • Terlalu kerap minum minuman berkafein seperti kopi dan teh
  • Makan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. 
  • Sebenarnya, menurut para ahli dari Mayo Clinic, “gemuk air” kebanyakan disebabkan kerana kekurangan minum air putih. Banyak mana kene minum? Setiap 25Kg badan mesti minum 1L air. So kalau berat 75kg, kene lah minum 3L air kosong setiap hari untuk membantu pembuangan toksin daripada tubuh.
*Kesimpulannya, gemuk air ni bukannya disebabkan minum banyak air kosong yer.Bahkan minum banyak air kosong boleh membantu meningkatkan metabolisma badan, membuang toksin dalam badan. Apabila toksin telah disingkirkan, badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga. Supplement Shaklee yang boleh membantu pembuangan angin adalah Peppermint Ginger Plus dan Garlic.

Gemuk Angin

Gemuk angin pula adalah kegemukan yang berpunca daripada angin yang banyak di dalam badan. Oleh itu, penting untuk anda yang mengalami masalah gemuk angin memastikan angin dalam badan dibuang terlebih dahulu untuk menurunkan berat badan. Ini boleh dilakukan dengan memulakan pengambilan supplement atau ubat untuk membuang angin dari badan.


Gemuk Daging/Lemak

Gemuk Daging pula berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging. Untuk anda yang mengalami masalah gemuk daging digalakkan melakukan senaman yang lebih berat dan mengeluarkan peluh. Ini adalah cara terbaik untuk membakar lemak dan kalori yang diambil secara semulajadi.


Saya tak nak GEMUK!!

Jadi, jika anda termasuk dalam salah satu kategori di atas, janganlah risau. Masih ada peluang untuk anda menurunkan berat badan dan mendapatkan berat Badan yang Ideal. Anda boleh merujuk kepada pos Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Berkesan. Banyak tips yang saya kongsikan di situ.

*Shaklee mempunyai DUA produk untuk penyingkiran lemak iaitu LECITHIN dan OMEGA GUARD. Anda juga boleh merujuk Perbezaan Lecithin dan Omega Guard untuk mengetahui perbezaan kedua-dua produk ini.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Monday, December 23, 2013

Zinc Complex, vitamin termurah Shaklee

As-salam..

Hari ni saya nak berkongsi mengenai Zinc Complex, vitamin termurah Shaklee. Harganya jika dibandingkan dengan khasiat dan kelebihannya memang rasa macam terlalu murah. Cuma RM33.75 untuk sebotol Zinc Complex yang mengandungi 120 biji. Hanya sebiji diperlukan setiap hari. Ini bermakna sebotol tahan sehingga 4 bulan bagi seorang pengguna.

Apa itu zinc?

Zinc adalah mineral penting untuk membantu mempertahankan fungsi tubuh normal seperti penyembuhan luka, mineralisasi tulang, pertumbuhan jaringan, dan fungsi tiroid. Kekurangan zinc dapat menyebabkan anemia, cacat lahir, kemandulan, intoleransi glukosa, dan proses penyembuhan luka yang lambat. Zinc dapat diperoleh daripada makanan yang kita makan atau dari suplemen zinc.

Sumber makanan yang mengandungi Zinc
Kita boleh mendapatkan zinc dari sumber makanan yang dimakan. Antara makanan yang mengandungi zinc ialah:

Daging
Daging lembu, ayam

Makanan Laut (Seafood)
Tiram, kerang, lobster, ikan. Zinc sering hilang selama proses memasak. Untuk mempertahankan kandungan zinc, masak makanan dengan air sesedikit mungkin dan dalam waktu sesingkat mungkin.

Produk Susu
Beberapa makanan dari produk susu merupakan sumber zinc yang baik. Yogurt, Keju Swiss, cheddar dan susu juga mengandung zinc.

Biji-bijian dan Kacang-kacangan
Tepung gandum sebenar merupakan sumber zinc yang baik. Biji Labu, kacang almond, biji bunga matahari juga merupakan sumber zinc yang juga baik. Meskipun zinc yang ditemukan dalam kekacang tidak seperti yang ditemukan dalam daging, tapi masih menyediakan jumlah yang cukup dan merupakan sumber zinc yang penting terutama untuk vegetarian. Pilihan sumber zinc yang baik dari kacang-kacangan adalah tempe dan tauhu.
Kepentingan Zinc



Secara ringkasnya, zinc penting untuk fungsi-fungsi berikut:

  • Untuk pertumbuhan rambut, dan kuku dan kulit yang sihat
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka/pembedahan
  • Meningkatkan imuniti tubuh melawan radikal bebas/ kanser
  • Menjadi faktor penting dalam mempertingkatkan pelbagai fungsi enzim
  • Sebagai detox yang mengeluarkan karbon dioksida yang berlebihan daripada tubuh
  • Untuk kesihatan kelenjar prostat
  • Mengatasi masalah tumpah darah ketika bersalin


Simptom Kekurangan Zinc

  • Hilang selera makan
  • Jerawat
  • Rambut gugur, kuku rapuh serta  bertanda putih
  • Deria bau dan rasa terganggu atau berkurangan
  • Kulit bersisik
  • Luka lambat sembuh


Jika anda mempunyai simptom-simptom seperti di atas, ini bermakna anda kekurangan zinc. Hmm..apa lagi, dapatkan sumber  zinc anda sekarang!! Baik dari pemakanan anda atau supplement Shaklee juga ada.
*Produk ini juga mengandungi alfalfa dalam jumlah yang kecil, walaubagaimanapun pengidap SLE perlu merujuk pakar atau doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk ini, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

*produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Sunday, December 22, 2013

20 Makanan tambah susu ibu yang diakui berkesan ramai ibu di Malaysia!!

As-salam..

Seronok kan bila dapat buat stok susu yang banyak macam ni? Apa rahsia mereka tambah susu ibu sehingga dapat sebanyak ini? Logiknya, apa yang ibu makan dan minumlah yang akan menjadi susu ibu. Betul tak??


Hari ini saya nak kongsikan 20 makanan untuk tambah susu ibu terutama bagi ibu-ibu yang berminat nak tambah susu ibu secara semulajadi melalui pemakanan harian mereka. Apakah jenis makanan yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu?


20 Jenis MakananYang Boleh Menambah Susu Ibu

Contoh-contoh makanan penambah susu badan

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, atau dal.

2. Jambu batu – makan begitu sahaja.

3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.

4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.

5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.

6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng atau pancake

7. Alfalfa - sejenis tumbuhan yang mempunyai galactogue yang membantu merangsang penghasilan susu. Juga terkandung dalam produk milkbooster Shaklee, Alfalfa Complex.

8. Barli – minum air barli atau makan bubur barli.

9. Pucuk manis – boleh buat masak lemak bersama ubi keledek.

10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.

11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.

12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe. Soya membantu memekatkan lagi susu ibu. ESP adalah salah satu produk soya non gmo untuk ibu menyusu juga.

13. Horlicks

14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium.

15. Teh hijau jepun

16. Makanan mengandung yeast seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.

17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah: rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnya sekali.

19. Halba-dijadikan minuman atau dimasukkan ke dalam masakan makanan. Halba secara khusus diketahui digunakan untuk membantu proses penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalahpemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati membantu meningkatkan pengeluaran susu kepada kuantiti yang banyak.

20. Kurma-paling mujarab bagi saya..boleh dicampurkan ke dalam makanan atau minuman harian. Memakan makanan sunnah seperti kurma juga boleh membantu memperbanyakkan susu.


Hari ini telah banyak juga makanan tambahan yang diformulasikan untuk menambah penghasilan susu ibu..bukan kuantiti susu semata-mata yang penting, bahkan kualiti susu adalah sangat-sangat diharapkan agar susu ibu yang terhasil adalah yang terbaik untuk bayi.


Shaklee juga turut menyediakan produk-produk milkbooster yang sangat membantu ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka secara eksklusif sejak lahir atau menyusu susu badan selama 2 tahun.


Boleh hubungi saya sendiri supaya saya boleh berkongsi dengan anda pengalaman saya sendiri mengambil suplemen Set Penyusuan ini.


Apa yang lebih penting?


Ibu yang menyusu memang harus mengambil makanan dan air secukupnya untuk memastikan nutrisi untuk bayi anda juga lengkap dan tidak menyebabkan anda kelaparan atau dehidrasi akibat penyusuan. Ibu-ibu juga perlu mengelakkan stress yang boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.


Yang paling penting!! Jangan lupa konsep demand and supply juga..kalau susu tak dikeluarkan(dipam atau bf direct), macamana nak hasilkan susu yang baru, kan?

Selamat mencuba!!

Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya”
{Surah 2 – Al Baqarah : Ayat 172}


Thursday, December 19, 2013

Day 9: Matlamat yang sedang saya usahakan

Kenapa tajuk saya begini? Baca 'di sini'
As-salam,

Ringkas sahaja saya jelaskan.

Saya punya beberapa matlamat dalam hidup.
Antaranya ialah menjadi muslimah yang berjaya dalam perniagaan..
Kerana..hasilnya nanti...
Sebahagiannya saya ingin kongsikan bersama mereka yang memerlukan..
Sebahagiannya saya ingin sumbangkan sesuatu untuk Islam..
Saya ingin menjadi umat yang boleh dibanggakan seperti Siti Khadijah..
dan semuanya saya ingin lakukan hanya dari rumah...
kerana sebaik-baik tempat bagi seorang isteri adalah di sisi suami dan anak-anaknya..
dan sebaik-baik dan semulia pekerjaan adalah surirumah..menjadi isteri dan ibu..

Inilah yang sedang saya usahakan.
Inilah matlamat saya berbisnes dengan Shaklee..
Saya masih punya hutang untuk dijelaskan..
Masih punya adik2 dan ibu bapa yang memerlukan bantuan..
Masih punya azam untuk ke Mekah..
Saya ingin skali berjaya dunia akhirat..

Saya yakin, dengan izin Allah..
Apa sahaja boleh saya lakukan...
Mohon anda do'akan..
Semoga semua urusan saya dipermudahkan
Semoga saya boleh jadi umat yang dibanggakan Rasulullah..
Seorang muslimah dan mu'minah solehah..

Ameen..

Raihana
(Matlamat Shaklee bulan ini?naik SV insyaAllah..)


Wednesday, December 18, 2013

7 Punca rambut gugur sampai botak?

Assalam..


Anda mungkin pernah menghadapi masalah rambut gugur seperti ini..memang menakutkan bukan?
Hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang masalah rambut gugur. Since saya sendiri juga pernah mengalaminya setiap kali selepas bersalin.



Jenis-jenis Keguguran Rambut
(Sumber: Mommy Lyna)

Keguguran Rambut Kekal

Androgenetik alopecia


Bagi lelaki, corak kebotakan boleh bermula dari awal, walaupun pada usia remaja atau awal 20-an. Ia biasanya dicirikan oleh garis rambut yang mulai surut surut di sisi dahi dan botak di bahagian atas kepala. Hasil akhir boleh botak separa atau botak terus.

Bagi wanita, biasanya mempunyai keguguran rambut bermula dengan penipisan di bahagian depan, sisi atau bahagian atas . Wanita biasanya mengekalkan garis rambut depan mereka dan jarang mengalami kebotakan lengkap.

Cicatricial alopecia

Keadaan ini jarang berlaku apabila berlaku keradangan terhadap folikel rambut. Parut yang terhasil menyebabkan keguguran rambut yang berkekalan. Kadang-kadang ia bermula dengan penyakit dengan gatal-gatal atau sakit lain.

Keguguran Rambut Sementara

Alopecia areata



Keguguran rambut jenis ini biasanya berlaku setempat. Ia boleh menyebabkan kehilangan rambut setengah-setengah di mana-mana kawasan yang mempunyai rambut, termasuk kening, bulu mata dan janggut. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia boleh maju menyebabkan keguguran rambut di seluruh badan. Jika kehilangan rambut termasuklah kulit kepala anda, keadaan ini dipanggil alopecia totalis. Jika ia melibatkan seluruh badan anda, ia dipanggil alopecia universalis. Kesakitan dan gatal-gatal boleh menjadi penyebab kehilangan rambut, tetapi gejala yang selalunya minimum.

Effluvium Telogen

Jenis keguguran rambut yang sementara ini berlaku secara tiba-tiba, paling kerap selepas penyakit yang ketara atau tekanan perasaan. Segenggam rambut boleh keluar apabila menyikat atau membasuh rambut anda atau mungkin akan jatuh walaupun diusap dengan lembut. Keguguran rambut jenis ini biasanya menyebabkan keseluruhan penipisan rambut dan tidak sampai botak.

Traction alopecia

Kesan botak boleh berlaku jika anda sering memakai gaya rambut tertentu, seperti pigtails, tocang atau cornrows, atau jika anda menggunakan penggelek yang ketat. Kehilangan rambut biasanya berlaku antara baris atau pada bahagian di mana rambut ditarik ketat.

Effluvium Anagen

Keguguran rambut jenis ini disebabkan oleh kimoterapi.


Punca Rambut Gugur

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.

Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

  • Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

  • Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

  • Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

  • Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

  • Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

  • Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

  • Masalah kekurangan hormon (Sumber: AristonS)
          Hormon yang mempengaruhi rambut wanita
    • Penurunan hormon progesterone dan penukaran esrtadiol yang banyak kepada testosterone mempengaruhi kadar pertumbuhan rambut wanita. Selain itu masalah kekurangan hormon tiroid membuatkan rambut tidak dapat tumbuh dengan baik.
           Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki
    • Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki adalah kesan penukaran testosterone kepada hormon-hormon lain akibat aromatization. Aromatization terjadi kerana kesan toksik dalam badan seseorang.

Kesan Rambut Gugur

  • Rambut kelihatan menipis dan berkurangan. Ini juga boleh dilihat pada banyaknya rambut yang gugur apabila disikat.


  • Botak pada bahagian tertentu sahaja. Kebanyakan lelaki berusia mengalami masalah botak sebahagian sahaja.


  • Botak keseluruhan. Ini berlaku apabila rawatan mengelakkan rambut gugur tidak diambil dan akhirnya semua rambut gugur degan sendirinya mengakibatkan botak keseluruhan.



Vitamin Shaklee untuk rambut gugur

Berikut adalah produk yang disarankan jika anda mengalami masalah rambut gugur.

Energizing Soy Protein-ESP
Berfungsi sebagai protein yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat, pembinaan sel baru dan baik untuk membaiki sel atau kulit

Zinc Complex penting untuk mengekalkan kesihatan kelenjar dan merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut

B-Complex
Vitamin B-Complex mengandungi beberapa sumber vitamin B yang penting untuk kesihatan rambut:

  • Vitamin B3(Niasin): Membantu melancarkan peredaran darah di kulit kepala
  • Vitamin B6(Pridoksin): Membantu mengelakkan rambut gugur dan menghasilkan melanin untuk mengelakkan rambut beruban
  • Vitamin B12(Sianokobalamin): Nutrien untuk mengatasi masalah keguguran rambut
  • Biotin: Untuk menghasilkan keratin dan juga membantu atasi keguguran rambut


  

Syampu Revitalizing atau Purifying dan serum rambut Nourishing Scalp Treatment juga membantu masalah rambut gugur secara luaran. Nourishing Scalp Treatment terutamanya sangat membantu menyelesaikan masalah rambut dengan serum yang mudah diserap oleh kulit untuk melancarkan peredaran darah di kulit kepala, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan membekalkan khasiat pada kulit kepala.



Ikuti pengalaman ibu ini yang telah mengalami masalah rambut gugur yang kronik.
Apakah yang telah beliau ambil? Rambutnya kini dah tak gugur macam dulu lagi.





BERMINAT NAK CUBA SET YANG SAMA BELIAU GUNAKAN?
BOLEH HUBUNGI SAYA, RAIHANA

SMS/WHATSAPP/CALL:

019.938.7282


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

*produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, December 16, 2013

Day 8: Tempat terbaik yang pernah saya lawati

Kenapa tajuk saya begini? Baca 'di sini'
As-salam,

Hmm..lama saya berfikir apakah tempat yang paling indah yang pernah saya lawati yang masih terpahat dalam ingatan saya..sebab saya ni tak banyak pengalaman bercuti. Maklumlah adik beradik ramai..10 orang semuanya..susah mak ayah nak angkut..kenderaan pula ada satu sahaja. So, saya akui memang tiada cerita tentang tempat yang terlalu best dibandingkan orang lain. Apapun, ada beberapa tempat best yang saya akan ingat sampai bila-bila..

Waktu itu saya baru berumur 12 tahun, kalo diikutkan itulah first time saya melawat ke luar negeri Terengganu. Saya menyertai lawatan sekolah selama 5 hari yang sangat awesome bagi saya. Cuma bayar RM150, saya dah berpeluang melawat ke 5 negeri di Malaysia..Perlis, Perak, Melaka, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah..seingat saya banyak juga tempat yang sempat saya kunjungi. Antara yang saya masih ingat ialah:

  • Gua Kelam

  • Padang Besar, Perlis

  • Menara Jam Condong Teluk Intan, Perak

  • Kota A Famosa

  • Taman Buaya Melaka

  • The Mines Wonderland


Semua tempat-tempat ni memberi banyak kenangan indah buat saya. insyaaAllah, ada masa, peluang dan keizinanNya, nak bawa anak-anak ke sana pula..

Day 7:Buku Mudahnya menjemput rezeki

As-salam..

Tugasan hari ini. Saya cuma nak berkongsi satu buku yang saya sukaa sangat.

Mudahnya Menjemput Rezeki karya Fathuri Salehuddin. Baru saja membaca bab pertama, terasa saya diajar berfikir mengenal rezeki..yang sebenarnya bukan dari wang semata-mata..bahkan seluruh nikmat dan lebih luas lagi apa yang kita miliki itu adalah rezeki. Anak yang baik, suami yang penyayang, ibu bapa yang memahami, cukup sifat, air untuk diminum, udara untuk bernafas, tanah untuk berpijak semuanya adalah rezeki.



Saya rasa sangat teruja nak berkongsi buku ni dengan kawan-kawan, lantas saya order banyak-banyak yang mini dan kongsikan dengan kawan-kawan(saya juga salah seorang pengedar Buku Mini dan Full Version Mudahnya Menjemput Rezeki)..

..alhamdulillah, sejak amalkan sebahagian(baru sebahagian..;)) tips yang diajarkan daripada buku ini terasa lebih 'mesra' rezeki bulan ni..biz Shaklee saya pun alhamdulillah, semakin  baik. InsyaaAllah, saya akan cuba amalkan dan istiqamah dengan amalan-amalan yang diajarkan..Yang paling penting, saya harus meminta terus dari Allah..dan saya yakin, selagi kita berusaha mandekatkan diri denganNya, pasti banyak kebaikan dan rezeki pun akan terus mendampingi kita..

Sedikit tips dari penulis buku ini yang saya boleh kongsikan dengan anda sebagai amalan untuk menjemput rezeki agar lebih mesra dengan kita:

  • Mesrakan diri dengan solat. Solat berjemaah di masjid bagi lelaki dan solatlah di awal waktu bagi wanita.
  • Bersedekahlah dengan sistematik. Jangan tunggu orang meminta, tetapi carilah orang yang perlu diberi sedekah.
  • Bersilaturrahimlah. Mana yang putus, sambungkan kembali silaturrahim itu. Samaada dengan keluarga, apatah lagi ibu bapa, dan juga kenalan.


Semoga, setelah diamalkan ketiga-tiganya tadi, akan lebih 'mesra' untuk rezeki datang pada kita. Selamat menjemput rezeki yang tidak disangka-sangka!!

Raihana-0199387282
*Boleh order dari saya juga ya..

Sunday, December 15, 2013

Day 6: Babak paling menyentuh hati dari filem "Children of Heaven"

Kenapa tajuk saya begini? Baca 'di sini'

As-salam..

Saya sudah lama menonton filem iran ni..

Hampir lupa jalan cerita perinciannya..tapi saya tak lupa pasal kisah 2 orang watak utama kisah ini..si abang dan si adik yang saling berkasih sayang dan sanggup berkorban antara satu sama lain..

Saya lantas membuat carian jika ada yang berkongsi kisah dari filem ini di Google Search..alhamdulillah, bertemu juga satu coretan ulasan penulis blogger ini, dari pos nya tentang kisah ini yang rupa-rupanya turut menyentuh hati beliau...terasa kembali menyentuh hati saya tatkala membaca kisah ini semula ibarat saya menonton kisah ini sekali lagi dalam bayangan saya..

inilah kisah yang saya maksudkan..sangat menyentuh perasaan..

kisah anak-anak syurga...

Sumber: Hasanah Ayop



Alangkah kagumnya melihat besarnya pengorbanan sepasang adik-beradik yang biarpun hidup dalam kemiskinan, tetapi masih mampu untuk bersyukur dengan apa yang ada. Masih sempat untuk membuktikan bahawa kesempitan hidup bukanlah penghalang untuk menunjukkan bahawa si anak ini sebenarnya memahami apa yang berada di benak akal dan di pundak bahu kedua ibu bapa mereka.

Yang buat ana bertambah kagum dengan kisah mereka ialah, sungguhpun mereka benar-benar dhaif dan kesempitan, mereka masih berjaya merebut kedudukan pelajar cemerlang dalam kelas mereka. Apa lagi yang membuatkan hati si ibu dan si bapa melonjak kegembiraan melainkan dengan memiliki anak-anak yang soleh dan solehah seperti mereka, bukan?

Bagi ana, children of heaven sangat memberi pengajaran dan wajar dijadikan pedoman. Kisah ini bermula apabila si abang telah menghilangkan kasut adik perempuannya betul-betul seusai kasut tersebut dibaiki oleh tukang kasut. Kasut tersebut sebenarnya sudah lusuh pun. Kalau kita, mungkin kita dah buang pun kasut tu.




Maka menangislah si adik tadi. Tapi yang comelnya...waktu buat homework malam tu, abang cuba memujuk adik. Si abang meminta adik tidak menceritakan kepada ibu bapa mereka kerana sedar yang ibu bapa mereka tiada duit untuk membeli kasut baru! Dan sebatang pensel yang berharga 20sen pun diberi abang kepada si adik sebagai pengubat kesakitan kesedihan kehilangan sesuatu yang penting, sepasang kasut! Terharunya....

Tapi si adik hendak pakai apa untuk ke tadika??? Tahu tak, nak kata hebatnya kesanggupan si adik mengalah dan bertolak ansur dengan abangnya, adik itu memakai ‘sneakers’ ke tadika. Dengan saiz sneakers abang yang besar, dengan sneakers abang yang tidak berbasuh, malu pun malulah..pakai juga demi belajar!




Di pendekkan cerita, adik pakai sneakers waktu pagi dan abang pakai sneakers yang sama untuk ke sekolah pada waktu petang. Rutinnya senang saja, mereka akan berjumpa di satu lorong untuk adik bertukar sneakers dengan selipar rumah abangnya. Ok...pun boleh...

Sampai suatu ketika, si abang memasuki acara merentas desa peringkat apa pun tak tahu, yang penting bukan peringkat sekolah lah..hanya semata-mata untuk mendapatkan tempat kedua dalam acara tersebut, tapi kenapa tempat kedua?
Sebab hadiah pemenang tempat kedua ialah sepasang kasut. Ya, si abang mahu memiliki kasut tersebut untuk menghadiakan kepada adik perempuan kesayangannya, untuk menggantikan kasut adik perempuannya yang hilang itu!

Sepanjang pelariannya, eh..sepanjang si abang berlari di trak yang berapa kilometer entah itu, hanya bayangan adik perempuannya sahaja yang ligat bermain di fikirannya. Dari pengorbanan adiknya itu, dari kesanggupan adiknya itu, dan dari keikhlasan adiknya yang sudi memahami kesusahan mereka itulah yang memberi suatu kekuatan yang sangat luar biasa untuk si abang berlari semahu mahunya dan sepuas puasnya untuk mengembalikan kekecewaan yang pernah bertandang di hati adik kesayangannya itu dek kerana sepasang kasut itu, kerana kecuaiannya! Ya, dia mahu mendapatkan tempat kedua!



Pembaca yang sudi membaca, jangan berhenti di sini, ikuti coretan ini sampai habis ya *^_^*


Namun Allah menginginkan yang lain. Allah telah merencanakan yang lain untuk anak-anak calon penghuni syurga tersebut. Benarlah, manusia hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah! Si abang hanya mampu mengalirkan air mata kekecewaan ketika sesi penggambaran bersama ‘VIP-VIP’ acara tersebut.

Tapi kenapa bergambar sambil menangis kekecewaan? Ini kerana, bukanlah tempat kedua yang dimenanginya tetapi si abang tadi memenangi tempat pertama! Hancur luluh hati si abang mengenangkan kasut yang bukan miliknya itu. Kekuatan yang datang bersama ingatan tulus terhadap adik perempuannya ternyata sungguh memberi sebuah tenaga yang membolehkan si abang mengatasi segala-galanya!

Harapnya kisah yang ana nukilkan tadi sebagai sebahagian daripada kisah hidup kita, iaitu menjadi seorang anak yang bukan sahaja memahami keadaan ibu bapa kita, bukan sahaja sanggup berbakti kepada ibu bapa kita, bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran walaupun dalam serba-serbi kekurangan tetapi juga sanggup berkorban untuk satu sama lain!
-------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah lebih kurang peangakhiran cerita tersebut..sangat menyentuh hati..rasanya setiap kali ada ulangan cerita ini beberapa tahun sudah pun saya masih lagi mengalirkan air mata melihat kasih sayang yang digambarkan dalam kisah ini...

Semoga kita sama-sama dapat berkasih sayang dan menyayangi keluarga serta tidak mementingkan diri dalam apa jua keadaan pun..Allahuakbar..semoga Allah memupuk kasih sayng sedemikian dalam hati setiap anak-anak saya..

Semoga anak-anak saya juga adalah anak-anak syurga..ameen...

Ikhlas,
Ummi Ana..

Vitamin C Shaklee..kenapa hot sangat??

As-salam..

Hari ni saya nak berkongsi tentang satu lagi produk hot Shaklee..lama jugak produk ni out of stock dari tahun 2012 sehinggalah bulan Oktober 2013 yang lepas barulah muncul kembali dengan formulasi baru yang lebih superb kesannya, insyaaAllah..

Inilah yang saya maksudkan..

SR Vita C Plus Shaklee

                         
Vitamin C SR Plus 500mg dengan formulasi baru yang ditambah dengan bioflavonoid


7 Sebab kenapa anda perlu vitamin C
  • Merangsang Pembentukan kolagen - Kolagen ialah sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab utama kepada masalah gusi berdarah, lebam pada kulit, lambat pulih dari kecederaan atau luka, kulit kering, ruam dan kulit kasar serta bersisik.
  • Meningkatkan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, meningkatkan pemulihan alergi pada hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan lebih berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kepada masalah jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Vitamin C memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. Secara ringkasnya Vitamin C bertindak sebagai Anti-Stress.
  • Mengekalkan kolestrol pada paras yang sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan penyakit skurvi.
Vitamin C memang sangat penting untuk kita. Oleh kerana Vitamin C tidak boleh bertahan lama dalam sistem tubuh kita, maka kita perlu mengambilnya setiap hari. Apakah tanda-tanda anda mungkin kekurangan Vitamin C?



Tanda kekurangan Vitamin C
  • Gusi mudah berdarah setiap kali memberus gigi
  • Mudah tertekan dan stress
  • Kulit kering dan bersisik. Apabila digaru, meninggalkan kesan putih
  • Kulit keras dan kasar
  • Mudah selsema, demam atau terkena jangkitan
  • Mudah lebam pada badan
  • Luka lambat sembuh
  • Kulit mudah berkudis
  • Penurunan berat badan secara drastik akibat tulang semakin lemah
  • Mempunyai masalah anemia
  • Kelihatan lebih tua dari usia akibat kekurangan kolagen semulajadi

Keistimewaan Vitamin C SR Plus Shaklee

Kenapa hot sangat Vitamin C Shaklee ni??

  • Vitamin C SR Plus ni dihasilkan daripada kanji jagung..bukannya oren..tetapi tetap mempunyai jumlah vitamin c yang tinggi iaitu 500mg vitamin c dalam setiap biji. Oleh itu ia selamat untuk pesakit gastrik dan tidak menyebabkan pedih perut kepada pesakit gastrik yang ingin consume vitamin c.
  • Teknologi penghasilan Vitamin C Shaklee adalah sustained release.Kenapa perlu teknologi sustained released? Sebab vitamin c mudah musnah,bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan. Sustained released adalah teknologi yang membantu Vitamin C untuk kekal lama dalam badan dimana hanya 100mg vitamin C dilepaskan ke dlm badan setiap sejam. Selagi Vitamin C berada dalam sistem tubuh kita, selagi itulah kulit akan kekal lembap dan Vitamin C melindungi diri kita..especially daripada radikal bebas!!
  • Berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan vitamin c bagi 7biji setengah oren.
  • Formulasi baru Vitamin C SR Shaklee membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada vitamin C. Ini bertujuan untuk membantu mengelakkan salur darah dari bocor, meningkatkan fungsi vitamin C, mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel.
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C akan digunakan oleh badan. 
  • Oh, ya..Vitamin C SR Plus ini juga boleh dijadikan masker. Ketahui cara-cara membuat masker dengan Vitamin C.

Vitamin C Shaklee termurah di pasaran?



Percaya atau tidak, inilah faktanya..memang telah banyak jenama vitamin C organik di pasaran..walaubagaimanapun, harganya pun agak mahal jika dibandingkan dengan Vitamin C SR Shaklee.

Anda boleh lihat perbandingan harga seperti jadual di atas.

Vitamin C SR Plus walaupun telah ditambah dengan formulasi baru masih belum berubah harganya. Harga runcit bagi sebotol RM92.50 bagi 180 biji, iaitu untuk 6 bulan penggunaan bagi seorang makan. Ini bermakna RM0.50 setiap biji. Jika dibeli dengan harga ahli pula, harganya cuma lebih kurang RM0.40. Jauh lebih jimat, bukan?

Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang mendapatkan Vitamin C terbaik ini daripada pengedar Shaklee anda. Saya juga adalah pengedar sah Shaklee di Setiu dan Kuala Terengganu dan available untuk pos ke seluruh Malaysia..

Jika anda berminat untuk mendapatkan Vita C SR Plus ini, bolehlah menghubungi saya seperti di bawah. Saya juga boleh poskan ke tempat anda jika anda inginkan vitamin ini atau sebarang produk Shaklee melalui pos.


Order sekarang!! Jangan tunggu vitamin c anda out of stock lagi!!
Nanti lama pulak nak tunggu restock...

SMS/Whatsapp/Call:
Raihana-019 938 7282

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

*produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh saya bantu anda?? Sila semak emel untuk jawapan.

Name

Email *

Message *

Disclaimer

Disclaimer
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit...Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, ingatlah bahawa dengan izin ALLAH juga segala penyakit anda sembuh..bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen. Suplemen Shaklee adalah suplemen semulajadi yang selamat dan halal dengan kelulusan ISA, badan yang diiktiraf oleh JAKIM