PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA

PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA
Tawaran Istimewa ini SAH HANYA PADA 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA. Jimat sehingga RM40

Wednesday, June 04, 2014

Penjagaan pesakit buah pinggang

Assalam..

Dalam entri saya sebelum ini saya ada berkongsi mengenai tanda-tanda dan punca berlakunya penyakit buah pinggang. Hari ini saya nak berkongsi sedikit mengenai penjagaan dan pemakanan yang sesuai bagi pesakit buah pinggang. Pesakit buah pinggang yang mengalami kegagalan buah pinggang memerlukan dialisis untuk membantu menjalankan fungsi buah pinggang. Makanan yang diambil oleh pesakit buah pinggang juga perlu dipantau agar tidak membebankan buah pinggang mereka.


Makanan yang kita ambil adalah untuk bekalan tenaga dan membaik pulih tisu-tisu badan sementara bahan kumuh dan buangan akan dialirkan keluar melalui darah. Darah bersama sisa buangan tisu badan akan ditapis oleh unit-unit kecil di dalam buah pinggang yang dikenali sebagai nefron. Melalui proses penyaringan ini, bahan buangan serta air berlebihan akan disalurkan keluar dari badan melalui air kencing. Namun, apabila unit-unit nefron ini rosak, maka daya tapisan bahan buangan akan berkurangan. 
Rawatan dialisis akan membantu tugas-tugas buah pinggang yang rosak serta membantu pengeluaran lebihan air serta bahan-bahan kumuh dari darah dan membantu mengimbangi elektrolit dalam badan. Rawatan dialisis merupakan salah satu rawatan pilihan di samping rawatan pembedahan pemindahan buah pinggang bagi pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik.

Sumber: Utusan
Pesakit buah pinggang perlu menjaga pemakanan mereka seawal mereka didiagnos mempunyai masalah kegagalan buah pinggang. Terdapat banyak pantang larang dalam pemakanan pesakit buah pinggang. Pantang larang dan panduan yang akan saya kongsikan ini saya perolehi daripada rujukan internet, dan juga daripada perkongsian jururawat unit renal HSNZ serta pesakit di wad tersebut. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada mereka yang sedang menjaga pesakit buah pinggang.


  • Pesakit buah pinggang harus mengawal pengambilan air atau cecair mereka dengan mengehadkan jumlah air atau cecair yang diambil setiap hari sebanyak 500ml sahaja. Oleh itu, pengambilan air mereka perlu disukat setiap hari. Pengambilan air yang terlalu banyak dalam sehari boleh menyebabkan pembengkakan pada bahagian badan akibat penakungan air dalam badan dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Cecair berlebihan juga boleh mempengaruhi tekanan darah dan akan membuatkan jantung bekerja keras. Bentuk air dan cecair yang perlu dikawal termasuklah apabila memakan aiskrim, tembikai, dan makanan berair.
  • Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan mengambil makanan yang tinggi protein seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu. Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam. Hal ini kerana, makanan yang tinggi protein boleh membebankan buah pinggang kerana kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang yang bermasalah. Pesakit disarankan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein.
  • Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Walaubagaimanapun, pesakit boleh bekerja seperti biasa atau melakukan aktiviti sukan biasa untuk kesihatan. Jika pesakit melakukan dialisis, proses dialisis itu sendiri menyebabkan banyak nutrien yang diperlukan tubuh turut tersingkir dan tubuh pesakit akan cepat lemah dan tidak bertenaga. Oleh itu, pesakit mungkin perlu mengambil vitamin tambahan untuk menggantikan semula nutrisi yang  telah hilang sewaktu dialisis. Pesakit buah pinggang biasanya akan diberikan kalsium dan vitamin seperti vitamin C dan vitamin B untuk membantu memulihkan tenaga menggantikan semula nutrisi yang hilang setelah mereka melakukan dialisis.
  • Pengambilan garam perlu dikawal oleh pesakit buah pinggang. Agak mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkan garam terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan. Walaubagaimanapun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau makanan perlulah dikawal. Makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan. Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan terproses termasuklah dalam burger, keju, telur masin, ikan kering, dan bilis. Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label dan memeriksa kandungan garam sebelum memilih makanan yang siap dibungkus atau makanan dalam tin.
  • Mengurangkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kalium(pottassium) seperti bayam,  kailan, brokoli, sawi hijau, petai dan ubi keledek, anggur, nangka, ciku, durian, pisang, mangga, oren dan kurma. Walaubagaimanapun, pesakit masih boleh mengambil sayuran dan buah-buah tersebut dalam jumlah yang sedikit, ataupun mengambil sayuran dan buah-buahan yang rendah kandungan kaliumnya seperti kangkung, kobis, petola, taugeh, epal, jambu batu, pir atau nenas. Kalium yang tinggi jika diambil boleh menyebabkan pesakit buah pinggang boleh mengalami degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba. Saranan kalium bagi pesakit buah pinggang adalah kira-kira 1500-2000 mg sahaja sehari. Bagi yang mengambil kurma, dicadangkan mengambil kurang daripada 5 biji kerana 5 biji kurma mengandungi jumlah kalium yang melebihi 200mg.
  • Pesakit buah pinggang juga perlu mengawal kandungan fosfat dalam pemakanan. Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, fosfat akan terkumpul di dalam darah. Fosfat yang banyak di dalam darah akan menarik keluar kalsium dari tulang. Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak atau patah. Contoh minuman yang tinggi fosfat ialah teh tarik dan kopi susu. Manakala mimuman yang rendah fosfat ialah air tebu, sirap ros dan teh cina. Makanan yang tinggi fosfat pula seperti roti canai, mee segera, makaroni, kacang dhal, soya, dan daging atau ayam. Manakala makanan yang rendah kandungan fosfatnya adalah seperti putih telur, bihun, kuew tiow atau laksa.
  • Memandangkan selera makan pesakit ginjal selalunya agak kurang, penting bagi pesakit untuk cuba makan pada waktu yang tetap. Sekiranya kuantiti yang dimakan terlalu sedikit, pesakit dinasihatkan untuk cuba makan lebih kerap supaya jumlah pengambilan kalori harian mencukupi.

"Dalam usaha kita untuk mengelakkan penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan rawatan dialisis, termasuklah kesan-kesan sampingan daripada penyakit ini, kita harus mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam serta menjaga berat badan. Kita tidak sepatutnya memandang ringan kegagalan buah pinggang dengan adanya rawatan dialisis kerana ketika itu, semuanya sudah terlambat," kata Pakar Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.

Rujukan: 
Doktor dan Jururawat Unit Renal Hospital Sultanah Nur Zahirah
Pesakit Buah Pinggang Wad Renal HSNZ


5 comments:

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.