PROMOSI

PROMOSI
Tawaran Istimewa ini SAH SEHINGGA 31 MEI 2017

Tuesday, February 25, 2014

4 Soalan tentang Set Kurus Shaklee

Assalam..

Sejak saya berkongsi di blog ini tentang Set Slimming, ada ramai pengunjung blog yang bertanya kepada saya tentang cara makan   Set Kurus/ Slimming Shaklee. Di sini saya kongsikan serba sedikit tentang vitamin-vitamin yang ada dalam Set Slimming Shaklee, cara pengambilan, dan apakah langkah seterusnya yang perlu anda ambil setelah membeli Set Slimming Shaklee..

Soalan 1:
Saya nak cuba set Slimming Shaklee, tapi tak tahu vitamin apa yang sesuai untuk saya?

Secara asasnya, vitamin yang dicadangkan untuk Set Slimming adalah seperti berikut:


Soalan 2:

Saya dah beli Set Slimming Shaklee, tapi saya tak tahu bagaimana cara makan yang betul bagi set ini. Bagaimana cara makan Set Slimming Shaklee?

Untuk makluman anda, sebenarnya tiada cara pengambilan atau jadual makan yang spesifik ditetapkan oleh Shaklee. Apa yang dicadangkan adalah berdasarkan cadangan nutrisi oleh nutritionist, doktor, dan mereka yang berpengalaman menurunkan berat dengan suplemen Shaklee..Cepat atau lambat nya keberhasilan set ini bergantung juga pada pemakanan dan gaya hidup anda setiap hari..

Terdapat beberapa cara makan yang dicadangkan untuk Set Slimming Shaklee. Berikut adalah 2 cara yang biasa saya cadangkan bergantung kepada pengambilan diet harian mereka.


Cara makan 1 sesuai untuk mereka yang tidak mengalami masalah untuk detox

Cara makan 2 sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sukar membuang dan mengalami kegemukan akibat toksin dalam badan

Soalan 3:
Bagaimana caranya saya nak follow up perkembangan diri saya setelah mengambil Set Slimming Shaklee? 

3 Langkah awal yang anda boleh lakukan sebelum mula makan set ini. Sila...
  • Timbang berat semasa anda. 
  • Ambil ukurlilit anda
  • Ambil foto anda
..dan catatkan. Setiap 3-4 minggu sekali, anda ulang semula proses follow up ini. Anda juga boleh merujuk pengedar Shaklee anda mengenai kaedah terbaik untuk anda lakukan follow up.

 Perhatikan perubahan pada fizikal anda samaada anda turun berat dahulu(weight loss) atau kurang ukurlilit dahulu(inch loss)..Setiap orang berlainan hasilnya..Ada yang berjaya turun dengan cepat, dan ada yang mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan berat badan.

Dari catatan tersebut, anda dapat menilai potensi tubuh badan anda untuk kurus.

Soalan 4:
Adakah saya masih perlu bersenam setelah makan set kurus/slimming Shaklee?

Ya. Bersenam adalah salah satu cara untuk mempercepatkan pembakaran kalori dan membantu memejalkan kembali otot-otot anda setelah turun berat badan. Anda boleh cuba melakukan senaman ringan seperti berjogging, skipping, atau sekadar bergelek dengan gelung rotan..ini antara aktiviti senaman yang biasa dilakukan oleh mereka yang tidak punya banyak masa untuk ke gym atau bersukan. 10-20 minit senaman jika dilakukan setiap hari dan konsisten pasti akan membawa perubahan pada berat badan anda..Cubalah!!

Bagi ibu-ibu yang menyusu badan..suatu kelebihan bagi anda kerana menyusu badan itu sendiri adalah suatu proses pembakaran kalori!! Setiap sesi penyusuan, ibu-ibu dapat menurunkan hingga 500 kalori mereka..Alhamdulillah..Saya sendiri berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin anak ke 5 yang lalu sebanyak 20kg iaitu dari 68kg ke 48 kg dalam masa 6 bulan sahaja kerana penyusuan eksklusif di samping konsisten mengambil alfalfa dan ESP...


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

10 Punca kegemukan

Assalam...


Hasil carian bersama pakcik Google hari ini, saya akhirnya terjumpa artikel tentang 10 punca yang dikenalpasti boleh menyebabkan kegemukan.

10 Punca Kegemukan
Credit: Dr.Ezairy

National Heart Lung and Blood Institute menyenaraikan 10 sebab mengapa badan boleh gemuk.

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.

Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.

Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.

Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.

Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.

Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!

Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itu saya katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.

Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.

Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

3. Genetik dan faktor keluarga.

Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).

Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.

Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.

Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.

Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.

Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.

Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?

Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.

Ya, yang nombor tujuh ni saya rasa sesuai untuk semua yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.

Bukannya apa, sebab mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.

Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.

Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.

Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.

Walau bagaimanapun bang, kak, dik, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan,

Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.

Maka, nasihat saya, berhentilah merokok.

8. Umur

Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.

Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil).

Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.

Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.

Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul, apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.

Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.

Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.

Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

9 Tips Mudah Azam Kurang Berat badan oleh Kevin Zahari


Sedikit panduan untuk anda menentukan samaada anda gemuk atau tidak..Boleh kira BMI-Body Mass Index anda sendiri menggunakan BMI Calculator di sebelah kiri blog ini yer..

Anda termasuk kategori GEMUK hanya apabila BMI anda melebihi 26.5 ke atas.


BODY MASS INDEX
StatusBMI
Kuruskurang 20.6
Normal20.7 - 26.4
Gemuk26.5 - 30.9
Obese31.0 - 45.2
Bahayalebih 45.3

Jika anda termasuk dalam kategori gemuk, jangan risau..banyak cara dan tips yang saya kongsikan dalam blog ini tentang Cara menurunkan berat badan dengan berkesan dan tips untuk kembalikan berat badan anda. Anda boleh merujuk kepada pos Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Berkesan. Banyak tips yang saya kongsikan di situ.

*Shaklee mempunyai DUA produk untuk penyingkiran lemak iaitu LECITHIN dan OMEGA GUARD. Anda juga boleh merujuk Perbezaan Lecithin dan Omega Guard untuk mengetahui perbezaan kedua-dua produk ini.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Testimoni Pengguna Vitalea Iron Formula Shaklee

Assalam...

Dah cuba Vita-Lea Shaklee?? Promosi Vita-lea Iron Formula Shaklee ini hanya sah sehingga 28 Februari 2014 ini..rasanya rugi jika anda tak dapatkan Vita-lea dengan promosi Beli 6 Percuma 1 bulan ini. Boleh pakat dengan officemate or family yang nak try Vita-lea juga..BELI 6 botol, anda akan dapat free sebotol lagi Vita-lea dan harganya bagi sebotol juga jauh lebih murah daripada biasa..sangat berbaloi...mengandungi 120 biji, tahan 4 bulan bagi seorang pengguna...Bagi mereka yang tak tau apa kelebihan Vita-Lea, boleh baca details kelebihan Vita-lea di sini.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa testimoni pengguna Vita-Lea Iron Formula Shaklee..














Mereka dah mencuba...dan alhamdulillah berhasil untuk mereka dengan Izin Allah...
Jika anda berminat untuk mencuba, boleh dapatkan dari pengedar shaklee anda sekarang!! Saya juga pengedar sah shaklee area Setiu, dan Kuala Terengganu. Jika anda di luar kawasan saya, saya akan pos terus kepada anda melalui POSLAJU..insyaaAllah, beserta konsultasi percuma daripada saya..


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, February 20, 2014

Perbezaan vitamin sintetik, vitamin organik dan vitamin semulajadi

Assalam..

Ramai yang bertanya pada saya, apa lebihnya vitamin semulajadi ni? kenapa vitamin semulajadi lebih baik daripada vitamin sintetik dan organik? Hmm..untuk memudahkan penilaian anda..saya huraikan serba sedikit seperti berikut:

Vitamin Sintetik

Vitamin sintetik adalah vitamin buatan sahaja. Walaupun nampak sama, tapi isi kandungannya adalah komponen bahan kimia yang dihasilkan supaya menyerupai rasa dan bahan semulajadi. Ibaratnya macam makan buah-buahan tiruan..


Dari segi kandungan bahannya juga, kebanyakan vitamin sintetik menyenaraikan bahannya dengan akhiran
xxxide atau xxxate yang menunjukkan nama-nama bahan kimia yang merupakan bahan tambahan dalam makanan (additif). Contohnya: Acetate dan Palmitate. Beberapa jenis bahan yang terdapat dalam makanan ini perlu diberikan perhatian. Sekiranya ada yang menghidap penyakit tertentu, elakkan daripada mengambil vitamin yang mengandungi bahan tambahan makanan tersebut kerana kita tidak tahu apakah sumber yang dijadikan bahan tambahan tersebut.

Vitamin Organik

Dihasilkan daripada sumber organik, walaubagaimanapun, vitamin ini telah melalui proses pendedahan kepada haba yang tinggi untuk penghasilannya dan ini menyebabkan nutrien yang terkandung di dalamnya telah hilang sebahagiannya.

Jus buahan yang telah diproses

Vitamin Semulajadi

Diperolehi daripada sumber semulajadi dan penghasilannya memerlukan bekalan dari sumber semulajadi yang sangat berkualiti tanpa dimasukkan bahan tambahan makanan atau perisa tambahan. Sebab itulah, vitamin semulajadi kebanyakannya tidak mempunyai rasa yang terlalu 'enak' kerana sebolehnya ia diproses secara halus agar masih lagi mengekalkan kualiti kandungan dan rasa asalnya.

Buah-buahan dan sayuran sebenar


Perbandingan Vitamin Sintetik, Vitamin Organik dan Vitamin Semulajadi

Secara kesimpulannya, ketiga-tiga jenis vitamin ini boleh dibezakan seperti berikut:


Shaklee Vitamin Semulajadi

Ya, Shaklee adalah vitamin semulajadi. Ianya telah terbukti selamat dan berkesan dengan pengujian klinikal. Anda boleh memastikannya dengan melihat kandungan vitamin Shaklee yang disimpan tanpa perlukan silica gel untuk memelihara kualitinya. Sama sekali tidak perlu kerana Vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi dan tidak mengandungi pewarna, pengawet atau perisa tiruan.

Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Sunday, February 16, 2014

Pengalaman tumpah darah selepas bersalin..suatu kisah di labour room..

Assalam...

Terpanggil untuk berkongsi tentang Postpartum Bleeding atau tumpah darah selepas bersalin. Saya mengalaminya sendiri kali akhir melahirkan baby Husein, anak ke 5 saya akhir  Nov 2012 yang lepas..Masih terbayang rasa sakit diseluk berkali-kali untuk mengeluarkan darah beku yang sangat banyak selepas bersalin..nasib baik saya punya Hb yang sangat cantik sebelum bersalin..dan tiada jahitan luka diperlukan selepas bersalin..alhamdulillah...

Sangat menakutkan peristiwa tersebut walaupun nurse kata saya nampak cam rileks je nampak walaupun dah tumpah darah..xde rasa cemas langsung!! Takkan saya nak gelabah kot..ingat mati?? Allahuakbar..itulah sebenarnya yang bermain di fikiran saya waktu itu...

Dalam hati saya hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya waktu tu..doktor sendiri tak dapat nak kenalpasti puncanya.. Bermacam telahan doktor termasuklah uri lekat, uri expired dan sebagainya..setelah uri diperiksa, katanya dah complete keluar..lastly, doc kata rahim saya lambat mengecut dan saya diberi suntikan untuk bantu kecutkan rahim selepas bersalin..650 cc darah saya tumpah termasuk darah beku..tapi itu hanya pada anggaran yang tumpah di pad (anggaran nurse penuh 6 keping pad)..3x pakaian saya ditukar sewaktu kejadian kerana lencun dengan darah di belakang saya sepanjang berbaring 6 jam di labour room walaupun dah dibuang darah beku tu banyak kali kerana bleeding yang belum berhenti..sakit 'rengat' ala contraction nk bersalin semula dan sakit semasa diseluk untuk buang darah beku tu tak tercerita rasanya..ngeri pun ada..semoga jadi kaffarah buat saya..

Allaaahuakbar..sungguh!! Waktu itu saya berserah padaNya..doktor dan nurse berkali-kali meminta saya terus istighfar dan berdoa semoga selamat semuanya..andai saya mati selepas melahirkan, saya redha demi memberikan zuriat ini buat suami saya..saya mohon Allah berikan kesudahan yang baik buat saya..mohon Allah jaga anak2 dan suami saya..waktu itu juga, teringat pelbagai cerita yang pernah saya baca sebelum tu..antara punca utama ibu meninggal selepas bersalin adalah tumpah darah selepas bersalin..tak henti2 saya berdoa dalam hati semoga pendarahan berhenti dan saya selamat...

Alhamdulillah, selepas 6 jam, doc periksa last time sebelum ditolak ke wad..katanya, perut dah ok, contraction dah stop dan darah pun dah berhenti, tandanya rahim telah mengecut kembali..suami saya waktu itu memang tak tau apa yang berlaku di dalam kerana dah diminta keluar selepas azankan baby..lama dia menunggu saya di luar wad bersalin..6 jam lebih...dari lepas bersalin jam 2 a.m lebih, hampir jam 9 a.m barulah saya ditolak keluar wad bersalin..walaupun nurse dah jelaskan sikit2 condition saya pada suami, namun suami saya tak tau ianya adalah antara hidup dan mati...

Selepas dimasukkan ke wad biasa, doktor datang melawat saya..waktu itu, doktor beritahu, ada kemungkinan peristiwa tersebut boleh berulang pada kelahiran akan datang. Saya terdengar doc bersembang dengan nurse dengan suara perlahan..katanya 3 hari lepas, mereka dah kehilangan seorang patient akibat pendarahan selepas bersalin..innaalillaah..saya sangka itu mungkin jarang berlaku..tapi kuasa Allah semuanya..dah sudah sampai masa ibu tersebut..bagaimana pula agaknya jika itu yang berlaku pada saya..na'uzubillaah..saya berserah...saya bersyukur kerana masih diberi peluang menatap wajah orang-orang yang saya sayangi...alhamdulillah Ya Allah..besar sungguh nikmatMu pada hambaMu ini...

Doktor mintak saya planning betul-betul untuk akan datang..means jika saya nak hamil dan bersalin lagi..saya kene pastikan Hb saya tinggi sebelum hamil lagi dan kesihatan saya pada tahap yang sangat baik..dan doc mintak saya jarakkan tempoh untuk  hamil seterusnya..untuk memastikan saya benar-benar pulih lepas kejadian tersebut..alhamdulillah, doktor kata kali ini saya memang sangat bernasib baik kerana last bacaan Hb saya sebelum bersalin adalah 13-14 g/dl (gram/deciliter)..lepas tumpah darah, Hb saya still dalam bacaan selamat walaupun drop sampai jadi 10 g/dl lebih sikit jer bacaan Hb selepas kejadian tersebut..bayangkan kalau Hb saya waktu itu cukup2 makan jer..11 something ker..maybe saya dah kene transfer darah kalo drop sampai 6/7 g/dl..alhamdulillah, doc cakap Hb still Ok walaupun drop..dan saya tak perlukan darah tambahan..cuma kene berehat secukupnya dan ambil iron vitamin untuk upkan balik Hb darah lepas bersalin..

Ramai yang tanya, termasuk doktor sendiri apa yang saya makan or ambil sampai dapat Hb secantik tu sebelum bersalin walaupun dah masuk anak ke 5...dari situlah sebenarnya bermulanya cinta saya dengan Shaklee..saya pun tak sangka itu hasilnya setelah saya consume Shaklee pada saat2 akhir..2 bulan terakhir sebelum bersalin saya terdetik nak consume ESP, mealshake dan Omega Guard..tiada paksaan dari sesiapa..sekadar nak mencuba memandangkan Hb saya agak rendah awal kehamilan..waktu itu saya belum jadi ahli pun..sebab rasa dah untung beli dengan ID adik saya sendiri, Ida Iar...bulan2 seterusnya saya mula rasa nak tahu lebih tentang Shaklee..selepas bersalin sewaktu pantang, saya mula mencuba set B untuk bantu penyusuan ekslusif baby Husein..sedikit demi sedikit saya mula yakin Allah izinkan saya dapat kebaikan produk Shaklee dan berhasil usaha saya mencuba...hampir 8 bulan consume, barulah terdetik di hati saya untuk berkongsi kebaikan Shaklee dan saya convert diri menjadi ahli serta pengedar Shaklee pada bulan seterusnya...

Semuanya perancangan dariNya..saya pun tak sangka boleh terjebak dengan Shaklee ni..apapun, sangat berbaloi mencuba daripada mendengarnya dari pengalaman orang lain semata...

Saya dah rasa, saya dah cuba dan saya yakin Allah izinkan Shaklee serasi dengan diri saya..
Semoga sedikit perkongsian saya ini dapat dijadikan info berharga buat anda yang masih tercari-cari suplemen yang serasi dengan anda...

Saya amat menggalakkan anda untuk mencuba sendiri dan merasa terlebih dahulu kebaikan Shaklee..tak kenal maka tak cinta..jika anda juga ingin berkongsi kebaikan Shaklee sebagai pengedar pula, insyaaAllah, tiada masalah bagi anda kerana anda sendiri sudah merasai kebaikannya sendiri... insyaaAllah, saya boleh membantu anda dari langkah yang pertama...

Yang baik itu semuanya datang dari Allah..yang kurang baik adalah dari kelemahan saya sendiri...
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda..

"Buat ibu2 hamil di luar sana, jaga kesihatan diri sepanjang kehamilan, dan ambillah supplemen yang benar2 dapat memberi kebaikan untuk anda..Jaga Hb, jaga BP dan level glucose anda sepanjang hamil..semoga anda selamat melahirkan cahaya mata anda...buah cinta anda..aameen. :)"

Baby Husein fresh hari pertama dilahirkan..buah cinta hati saya..

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Tips legakan mual dan alahan ketika hamil

Assalam..

Ada satu kisah yang dikongsikan suami saya sendiri. Suami saya waktu itu masih dalam tempoh nak mendalami ilmu rawatan alternatif Darussyifa. Katanya Ustaz Dr Harun Din pengasas Darussyifa selalu didatangi ibu-ibu dan bakal ibu yang meminta dirawat alahan ketika mengandung. Lalu apa jawapan beliau??

ALAHAN BUKAN PENYAKIT. IA TIADA UBAT. SETIAP IBU SEBAIKNYA HARUS MELALUINYA DENGAN KESABARAN..

..kerana itulah nikmat ketika hamil yang mana tak semua orang mengalaminya. Ibarat melengkapkan proses untuk anda bergelar seorang ibu. Cabaran yang hebat untuk wanita daripada ALLAH..dan sangat besar pahalanya bagi seorang IBU HAMIL jika dia bersabar.

Walaupun begitu, tidaklah bermakna ibu-ibu yang mengalaminya tidak perlu berbuat apa-apa untuk membantu meredakan alahan.

Kenapa ibu-ibu hamil mengalami alahan mengandung?

Hal ini disebabkan kehadiran hormon hCG yang dikeluarkan lebih banyak pada awal kehamilan. Tempoh alahan selalunya bermula seawal minggu ke 6 hingga ke minggu ke 16. Kadangkala bagi sesetengah orang, ianya boleh berlarutan hingga ke akhir kehamilan.

Apakah jenis alahan yang dialami ibu hamil?

  • Mual dan muntah-muntah
  • Pening-pening
  • Bau busuk


15 tips mengurangkan mual dan alahan semasa hamil
Sumber: bayi-ibu.com
  1. Anda boleh makan craker ataupun makanan ringan kesukaan anda sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah.
  2. Cuba makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari anda untuk memastikan perut anda tidak kosong dari mengisi asid mencetuskan loya.
  3. Jangan lupa snek sebelum tidur anda! Ia merupakan salah satu cara mengatasi muntah.
  4. Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti buah avocado; protein; keju; susu; yogurt; mentega, kacang disapu di craker dan roti; pasta dan lain-lain.
  5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon atau minum jusnya, ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dapat perut.
  6. Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
  7. Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti gula-gula, coklat, kek dan lain-lain.
  8. Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.
  9. Elakkan meminum sejumlah besar air atau minuman lain semasa makan.
  10. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.
  11. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon ibu hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.
  12. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah.
  13. Anda boleh cuba menarik nafas yang panjang.
  14. Tidur untuk mengelakkan keloyaan.
  15. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan pil mencegah muntah sekiranya keloyaan anda teruk.

Shaklee juga mempunyai vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami alahan mengandung.


Set Alahan Mengandung Shaklee


Ini adalah cadangan vitamin untuk alahan ketika hamil. Tidak semestinya mengambil ketiga-tiganya. Jika anda mengalami alahan teruk, dicadangkan mengambil ketiga-tiganya. Untuk set alahan bajet dicadangkan Peppermint Ginger Plus dan B-Complex sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

7 Tips turunkan berat badan tanpa berlapar

As salam..
Apa yang nak saya kongsikan ini saya rujuk dari artikel ini, The "7 Things" I did to lose 220 pound without dieting..
Teruskan membaca..

Perubahan John Gabriel setelah beliau mengamalkan 7 Tips di bawah...

Apakah 7 PERKARA yang John Gabriel ini lakukan sehingga beliau dapat menurunkan berat sebanyak 220 pound daripada 400 pound lebih (gambar asal)??

Saya kongsikan untuk anda  7 TIPS MENURUNKAN BERAT TANPA BERDIET/BERLAPAR yang dikongsikan beliau daripada laman ini:

1. I stopped dieting and started nourishing my body.

I learned through my research that my body was chronically starved for certain key nutrients, such as omega-3 fatty acids, live foods and high-quality proteins. I made sure I gave myself as much really high-quality nutrients as possible. If I wanted junk foods like candy, chips or pizza, I would eat them whenever I wanted, without hesitation. Eventually I lost my taste for all junk food as my body learned to prefer high-quality, nutrient-dense foods.

2. I healed my digestion.

I discovered that one of the reasons why I was so badly starving for nutrients is that my digestive processes were compromised, so I was unable to effectively extract the nutrients from the foods I was eating. Digestion problems can also cause inflammation and the inflammatory hormones put our bodies into fat storage mode. I started eating lots of fermented and cultured foods, and taking probiotics and digestive enzymes in order to normalize my digestion.

3. I got a CPAP machine for my sleep apnea.

Sleep apnea is a condition that affects many overweight people. It creates a hormonal environment in the body that encourages weight gain by causing elevated cortisol levels, which leads to junk food cravings and insulin resistance. Sleep apnea is easily treated with a CPAP machine. The machine blows air into your nose and mouth to keep your windpipe open, so you can sleep through the night without problems.

Most people who have sleep apnea don’t even know that they have it, although the people they live with would know, because people with sleep apnea snore very loudly. It turns out I had one of the worst cases of sleep apnea that my sleep study technicians had ever seen. From the moment I got the CPAP machine I started having more energy and less junk food cravings. And the weight started to melt away for good.

4. I started using mind-body practices to reduce stress.

Just like sleep apnea, stress causes elevated levels of cortisol and inflammatory hormones. These hormones lead to constant cravings and put your body into chronic fat storage mode. Many people don’t realize how important it is to learn how to reduce stress. I began meditating and visualizing every morning, which I found to be extremely effective for reducing stress.

5. I created a much more sustainable life.

I also lowered my expenses, moved to a more affordable house and started growing some of my own foods. My life felt much more sustainable and I felt calmer and more supported. I loved knowing that anytime I was hungry I could go into the back yard and eat something fresh and full of vitality. The stress hormones where no longer coursing through my system, wreaking havoc and turning my body into a fat storage machine.

6. I worked through some important emotional issues.

Some people feel safer with extra weight on their body. It’s as if the body actually uses weight as a buffer from the world. I was in that situation and I knew I had to address the emotional issues that were making my body feel unsafe. I started doing visualization practices that helped to resolve past traumas and to get my body to feel safer in letting go of the weight.

Over the years I’ve found that 65-70% of the clients I work with are using weight as a form of protection. I call this “emotional obesity”. When you work through the issues that are causing emotional obesity and break the association that fat equals safe, the body is much more willing to let go of the weight. After I broke this association and the weight no longer served its purpose - that is, the armor of fat no longer made me feel any safer - the weight all but went away.

7. I detoxified my body.

After I had lost about 180 pounds I started doing a lot of research about toxins and how the body processes and deals with toxic chemicals. It turns out the body uses fat cells to store excess toxins. I realized that the last 40 excess pounds that my body was holding onto was because it was a storehouse for accumulated toxins. I started living what I call a “detoxifying lifestyle”. Basically, I started flushing my body with lots of alkaline liquids, like water with lemon juice or apple cider vinegar, green juices, super greens and lots of salads and sprouts. That did the trick, because I lost the last 40 pounds much more quickly than I lost the first 40 pounds, so the rate of my weight loss continued to accelerate to the very end.

Taking a mind body approach that nourishes the body and reduces the physical, mental and emotional stresses that cause weight gain is the most sensible and sustainable way to lose weight. I’ve now worked with tens of thousands of people in 60 countries teaching this approach and we’re getting amazing results.

People who have spent a lifetime of yo-yo dieting have now lost weight - 50, 100 and 200 pounds, without dieting by following this exact formula.


Thank you Gabriel!!
-----------------------------------------------------------------------------------------

Tips turunkan berat badan ala2 Shaklee..

Daripada artikel di atas, saya dapati 2 daripada 7 perkara yang dilakukan Gabriel untuk menurunkan berat badan beliau ialah mengambil asid lemak Omega 3 sebagai pembakar lemak dan detoks dengan minuman atau makanan beralkali..

Sebagai contoh, titisan alkali kuat yang dimasukkan ke dalam air boleh membantu tubuh meneutralkan asid kumbahan yang mungkin telah dibina dalam sistem tubuh kita..caranya mencampur air minum dengan sedikit perahan lemon, cuka epal, atau seperti yang disarankan Rasulullah s.a.w iaitu mengamalkan cuka kurma..

Makanan atau minuman beralkali yang diambil juga membantu untuk detoks. Contoh makanan beralkali ialah sayur-sayuran seperti asparagus, brokoli, bayam mentah, timun, taugeh, bawang putih, limau, lemon, mangga, betik, stevia, kacang hijau, kacang soya, salad, kubis, tembikai, kurma dan buah tin, keledek, teh hijau, wheatgrass, epal, anggor, kismis, kiwi, karot, nenas, buah pir, oren, pisang, tomato, avocado, madu liar, kulit kentang, buah berangan, susu soya, susu ibu, susu kambing, keju dan teh halia.

Hmm..sebab itulah set slimming Shaklee juga mempunyai pembakar lemak yang lebih hebat selain Lecithin iaitu Omega Guard. Omega Guard dicadangkan kerana ia kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Alfalfa complex pula, yang mengandungi klorofil yang bersifat alkali mampu untuk meneutralkan toksin dalam badan dan melalui proses detoksifikasi dengan lebih baik.

What a helpful tips!!

Untuk mengenali lebih lanjut tentang 2 vitamin yang saya maksudkan tadi, bolehlah merujuk pautan di bawah:


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, February 13, 2014

Cara makan Set Kesuburan Shaklee

Assalam..

Hari ini saya nak berkongsi  tentang cara makan set kesuburan Shaklee. Cara makan ini dicadangkan berdasarkan pengalaman cara makan yang paling berhasil daripada pasangan-pasangan yang telah berjaya memperolehi cahaya mata setelah mengamalkan set kesuburan Shaklee termasuklah customer-customer saya sendiri.

So far alhamdulillah, saya ada beberapa customer yang memang consume Set Kesuburan Shaklee sebagai salah satu usaha mereka untuk mendapatkan cahaya mata..ada beberapa orang daripada mereka telah berjaya hamil dan sedang menunggu masa untuk melahirkan, insyaaAllah..Set kesuburan ini bukan saja diambil oleh pasangan yang baru nak mendapatkan cahaya mata, malah yang berusaha untuk dapatkan anak ke 3, ke 4 pun juga boleh mengambil set kesuburan Shaklee ini. Kadang-kadang masalah kesuburan juga berlaku pada pasangan yang telah punya anak. Saya kategorikan mereka yang mengalami masalah kesuburan ini kepada 3 kategori.

TIGA Kategori Pengguna Set Kesuburan

  1. Isteri ada masalah haid, haid tidak teratur @ hormon tidak stabil
  2. Suami Isteri tiada masalah, pernah dan telah buat pemeriksaan doktor, mungkin telah ada anak, cuma belum ada rezeki untuk hamil lagi atau hamil pertama kali.
  3. Isteri pernah hamil, tetapi keguguran

Setelah mengetahui anda berada dalam kategori yang mana, maka lebih mudah untuk anda memilih cara makan set kesuburan Shaklee yang sesuai untuk anda dan pasangan.

Secara umumnya vitamin asas untuk masalah kesuburan adalah seperti berikut:

Set Kesuburan Shaklee untuk suami dan isteri
Untuk Isteri:

  • BComplex(dengan Folic Acid)
  • GLA Complex


Untuk Suami:

  • Zinc Complex
  • Vita E Complex






  • Bagi kategori pertama, biasanya saya akan mencadangkan isteri supaya menambah Alfalfa dalam set kesuburan(GLA Complex+ BComplex) untuk membantu mengatasi masalah hormon yang tidak stabil dan haid yang tidak tetap.
  • Kategori kedua memadai mengambil set asas ini sahaja.
  • Kategori ketiga dicadangkan menambah minuman berprotein ESP untuk membantu menguatkan dinding rahim dan kesihatan dalaman isteri. Protein diperlukan untuk pembinaan sel baru dan membantu memulihkan kesihatan rahim isteri yang pernah mengalami keguguran.

Untuk mereka yang mengambil Vitamin Asas Set Kesuburan Shaklee, suami boleh mengambil Zinc Complex dan Vitamin E sebagai usaha bersama untuk mendapatkan cahaya mata.

Apa peranan Zinc Complex dan Vita- E untuk suami?

Zinc Complex: Zinc dapat meningkatkan bilangan, motiliti (pergerakan sperma berfokus) untuk membantu meningkatkan peluang persenyawaan dengan ovum, insyaaAllah.

Vita-E Complex: Gabungan Vitamin E dan Selenium dalam Vitamin E Complex dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan kualiti sperma. Ia juga membantu meningkatkan keinginan seksual suami yang dingin.

Cara makan Set Kesuburan Shaklee

  • Bagi suami, bolehlah mengambil 1 biji Zinc Complex semasa perut kosong atau sebelum makan sekali sehari. Vitamin E boleh dimakan sebiji sehari sebelum tidur.
  • Bagi isteri, cara makan B-Complex adalah 1 atau 2 biji sehari untuk bekalan acid folic. 
  • Untuk pengambilan GLA Complex, cara makannya adalah berbeza mengikut kategori masalah isteri tadi. Sebaik-baiknya sebelum mengambil GLA Complex, lakukan ujian UPT terlebih dahulu untuk memastikan anda bukannya hamil. JIKA TELAH HAMIL, PENGAMBILAN GLA COMPLEX HARUS DIHENTIKAN SERTA MERTA.

Bagi pengambilan GLA Complex:
  • Isteri ada masalah haid, haid tidak teratur @ hormon tidak stabil


    • 1 biji selepas sarapan, 1 biji selepas dinner. Jika anda masih mengalami haid tidak teratur, anda dinasihatkan mengambil GLA Complex setiap hari sehingga anda dapati haid anda telah mula tetap. Dalam tempoh ini, anda dinasihatkan mengambil Alfalfa Complex juga untuk membantu mengatasi masalah hormon anda.
    • Setelah haid anda mula teratur(kitaran hampir tetap, jika beralih, cuma dalam tempoh seminggu sebelum atau seminggu selepas), anda bolehlah meneruskan pengambilan  GLA Complex hanya pada waktu haid bermula hari pertama haid sehingga waktu subur sahaja. Pada hari selebihnya anda boleh pause seketika daripada mengambil GLA Complex dan memulakan kembali pengambilan pada bulan seterusnya. Sebaik-baiknya sebelum meneruskan pengambilan GLA Complex, lakukan ujian UPT terlebih dahulu untuk memastikan anda bukannya telah hamil. JIKA TELAH HAMIL, PENGAMBILAN GLA COMPLEX HARUS DIHENTIKAN SERTA MERTA.
    • Bagaimana mengira waktu subur? Anda boleh mengira dengan cara di bawah:
      • Cara mengira waktu Subur | Credit: PaMa
          • Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudnya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.
          • Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.
          • Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.
          • Banyak alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu subur. Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT). Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu subur seseorang.
          • Waktu subur adalah waktu yang paling tinggi peluang anda untuk hamil. Maka digalakkan kerapkan 'bersama' dalam tempoh waktu subur ini.
  • Suami Isteri tiada masalah, pernah dan telah buat pemeriksaan doktor, mungkin telah ada anak, cuma belum ada rezeki untuk hamil lagi atau hamil pertama kali.
    • Bagi pasangan yang tiada masalah kesuburan, cuma belum ada rezeki, bolehlah mengambil vitamin kesuburan dengan cara yang dicadangkan di atas juga. GLA Complex hanya dicadangkan ambil pada hari pertama haid sehingga waktu subur sahaja pada setiap bulan.
  • Isteri pernah hamil, tetapi keguguran
    • Bagi isteri yang pernah keguguran, dicadangkan mengambil B-Complex 2 biji sehari dan minum ESP yang dibancuh 2-3 scoop setiap hari sebagai tambahan protein untuk pembinaan semula sel dan menguatkan semula dinding rahim sebagai persediaan untuk kehamilan yang baru. B-Complex juga boleh membantu mengelakkan keguguran. Kandungan acid folic dalam B-Complex insyaaAllah membantu mengelakkan kecacatan pada bayi yang dikandung. Jika pernah keguguran, dinasihatkan supaya berehat 5-6 bulan sebelum kembali hamil selepas keguguran. Ini bagi membantu memulihkan dan memastikan anda benar-benar telah sedia untuk kembali hamil. 

    • Tips Kuatkan Rahim dan Elak Keguguran:
      Credit: Green Vitamin
      • Pertama : Amalkan makanan yang segar dah elakkan makanan yang diproses. makanan yang diproses mengandungi bahan kimia yang memudaratkan.

      • Kedua: Elakkan pemakanan yang bersifat “tajam” dan “sejuk” – termasuk jeruk, asam boi dan seangkatan dengannya.

      • Ketiga : Amalkan zikir ini- Al Musowwir. Amalkan secara konsisten dan berdoa bersungguh-sungguh.

      • Keempat: Amalkan makanan tambahan yang mampu menguatkan otot rahim dan penghasilan telur yang sihat. 

Setelah segala usaha dilakukan, teruskan ikhtiar dengan memohon doa dariNya. Bagi muslim, terdapat doa yang diajarkan Nabi Zakaria untuk mendapatkan anak. 

Doa Nabi Zakaria. a.s.
Sumber: Mudah Hamil


Surah Ali Imran 3:38

Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.


  • Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat
  • sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.
  • Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. 

(Sumber:  101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran – Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed)



Surah Al-Anbiya:21:89

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”

Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.




"SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN CAHAYA MATA YANG SOLEH DAN SOLEHAH UNTUK ANDA BERDUA.." AAMEEN.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Monday, February 10, 2014

Masalah Kekurangan Zat Besi Ibu Hamil

Assalam..

Hari ini saya cuma ingin berkongsi tentang info penting yang saya jumpa dari laman ini. Ramai wanita hamil yang tidak mengetahui kepentingan mereka mengambil zat besi secukup sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kehamilan. Akibatnya?? Sila teruskan baca...

Sumber makanan yang kaya dengan zat besi
Masalah Ibu Hamil Kekurangan Zat Besi
Sumber:

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:

  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya


Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila

merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.

Memahami anemia dan kehamilan

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan

Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.

Pencegahan dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.



Tingkatkan HB dan Zat Besi dengan Vita-lea Iron Formula


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk ini, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Promosi Shaklee Februari 2014: Vitalea Iron Formula

Assalam..

Bulan Januari telah berlalu..bulan lepas Shaklee dah promosi Alfalfa Complex, now bulan ni Shaklee buat promosi untuk Vitalea Iron Formula pula...Multivitamin tertua di dunia yang telah wujud sejak 1915 lagi...tetapi diformulasikan semula ke bentuk yang baru dan dilengkapi dengan 28 jenis Vitamin dan mineral dan dikatakan sebagai Multivitamin terbaik!!

Set-set Shaklee yang berikut mengandungi Vita-lea, jadi inilah peluangnya anda boleh dapatkan set-set ini pada bulan promosi Vitalea ini:
  • Set Tambah Berat Badan
  • Set Menyusu
  • Set Hamil
  • Set Bersalin/Berpantang
  • Set Kesihatan Optimum
  • Set Darah Rendah
  • Set Diabetes




Apa istimewanya Vita-lea Iron Formula Shaklee?


  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
  • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopoten
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga


Siapa yang memerlukan Vita lea?

  • Mereka yang mengamalkan pemakanan kurang sihat(banyak mengambil makanan ringan dan tidak mengambil secukupnya nutrisi diperlukan
  • Mereka yg ingin maintain bertenaga sepanjang hari
  • Ibu-ibu yg mengandung yg memerlukan iron tambahan untuk membantu menaikkan hemoglobin darah(Hb)
  • Ibubapa kita yg telah berumur dan selalu ada masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi atau rendah, dan kesihatan tulang.
  • Pelajar-pelajar dari peringkat rendah hingga ke universiti(untuk mantain tenaga dan kecerdasan semasa belajar)
  • Semua golongan disarankan ambil kecuali KANAK-KANAK 12 tahun ke bawah, PESAKIT HYPERTIROID dan SLE. Kita memerlukan multivitamin memandangkan kebanyakan makanan yang diambil tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi harian

Masih ragu-ragu?


So, tidak salah untuk membeli supplement jika anda mampu. Kerana supplement Shaklee adalah supplement semulajadi..Sebotol Vitalea ni harga runcitnya cuma RM88.75 sebotol, 120 biji dan tahan sehingga 4 bulan bagi seorang pengguna.

*Promosi ini berakhir pada 28 Februari 2014.


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk ini, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, February 06, 2014

Set Shaklee untuk Kanak-kanak

Assalam..

Hari ni saya nak perkenalkan set kanak-kanak yang sangat sesuai untuk anak-anak berumur 1 tahun ke atas.


Apa yang sesuai untuk anak anda?

Kanak-kanak/ bayi berusia bawah 1 tahun TIDAK DISARANKAN apa-apa supplemen dan vitamin. SUSU IBU dah CUKUP! Cuma IBU SAHAJA yang boleh makan supplemen dan berkongsi kebaikannya dengan anak yang disusukan.

1-4 tahun

  • Omega Guard
  • Meal Shakes(1 sudu kecil sahaja)
  • Nutriferon( dijilat sedikit sahaja-bentuk serbuk)
  • Chewable Vita C 100mg
4-12 tahun
  • Omega Guard
  • Meal Shakes(ikut dos pada can)
  • ESP(1 sudu kecil sahaja)
  • Nutriferon
  • Chewable Vita-C 100mg
13 tahun ke atas
 Semua vitamin orang dewasa sesuai untuk 13 tahun ke atas.

*Untuk anak-anak yang sedang sakit, sila dapatkan rawatan dan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum diberikan supplemen kepada anak anda.



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: siti raihana ismail ✐ Blog: Mauceriasokmo ✉ Email: elraihan82@gmail.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 ➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

6 Cara atasi Sembelit cara semulajadi dan berkesan!!

Assalam..

Selalunya ibu-ibu hamil mudah mengalami sembelit. Begitu juga selepas bersalin. Bagi kebanyakan orang yang mengalami sembelit, ianya sangat menyakitkan apabila ingin membuang air besar. Hari ini saya nak berkongsi tentang masalah sembelit. Rasanya hampir semua orang mungkin pernah mengalaminya.


Dari sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar kurang tiga kali seminggu.

6 Bahaya Sembelit 


  • Ya..Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Apabila usus tersumbat anda juga berisiko mengalami kanser usus.
  • Sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. Terdapat seorang penghidap kanser otak juga pernah mengakui kanser otaknya disahkan berpunca daripada sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.
  • Sembelit secara berpanjangan juga menyebabkan bahan bertoksin terkumpul dalam tubuh dan menyebabkan pening-pening dan sakit kepala.
  • Sembelit menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi apabila DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna.
  • Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

  • Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Rujukan:
Sinar Harian:Sembelit usah dipandang ringan


Cara Mengatasi Sembelit

1. Banyakkan minum air kosong, seboleh-bolehnya 3L sehari. Cara yang paling mudah,perhati signal tubuh anda. Minum apabila mula terasa dahaga, dan perhatikan air kencing. Sekiranya mula berwarna kuning pekat, perbanyakkan minum air kosong.


2. Makan lebih banyak serat, termasuk bijirin,roti gandum penuh,nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.




3. Lakukan senaman secara kerap. Di samping mengurangkan stress, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, proses peristalsis juga semakin pantas(mudah buang air besar)


4. Buang air besar dengan bercangkung mudah membantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk. Berbaring dan kaki dijulang ke atas juga merangsang otot-otot untuk membantu elakkan sembelit.


5. Mengambil makanan herba seperti jenis halia dan kunyit yang bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, juga membantu mencegah sembelit.


6. Jauhi rokok!! Perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.



Vitamin untuk Sembelit

Shaklee juga mempunyai vitamin yang mampu membantu mengatasi masalah sembelit ini seperti Herblax, Lecithin, Alfalfa dan Ostematrix.



Herb – lax:

Mengandungi Daun Senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus. Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit serta penting untuk proses detox.

Alfalfa Complex: 

Alfalfa kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan juga mineral. Sifatnya yang kaya dengan mutltivitamin membantu untuk badan yang tinggi acid menjadi beralkali. Di samping itu, alfalfa akan meneutralkan toxin dalam badan serta memberikan lebih banyak protein tanpa lemak tepu daripada product berasaskan haiwan.

Lecithin:

Membantu memecahkan lemak-lemak degil penyebab perut buncit dan kegemukan, dan memudahkan lemak dibawa keluar dengan bantuan herblax dan alfalfa.

Untuk Ibu Hamil, Ostematrix:

Ibu hamil yang menghadapi masalah sembelit disyorkan untuk mengambil Ostematrix, calcium yang merupakan gabungan kalsium, magnesium, Boron dan Vitamin D.

Bagi ibu hamil, Magnesium dalam Ostematrix membantu melawaskan sistem penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya dan selamat untuk ibu hamil. Badan lebih bertenaga dan rasa lebih ringan tubuh untuk bangun pagi.



Jangan biarkan sembelit anda menjadi lebih teruk!! Malu juga jika ada yang terpaksa menunggu anda keluar tandas terlalu lama kerana susah nak membuang!! Menangis nak membuang pun ada..


Saya boleh bantu anda atasi masalah ini dengan cadangan vitamin yang paling sesuai untuk anda. Tak semestinya ambil semua yang di atas yer..


Hubungi saya sekarang!!
SMS/Whatsapp/Call:
Raihana-019-938 7282

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo 
✉ Email: elraihan82@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.