PROMOSI

PROMOSI
Tawaran Istimewa ini SAH SEHINGGA 31 JUN 2017

Sunday, March 30, 2014

Promosi Mac 2014 ESP Beli 6 Percuma 1

Assalam....

Last call Promosi ESP Beli 6 Percuma 1 ESP yang bernilai RM150 per canister. Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2014 sahaja...Cepat2 lah order sebelum promosi tamat esok yer..jangan nanti ada lagi yang mintak ESP promosi ni bulan depan..





Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan 1 Canister ESP Percuma dengan setiap pembelian 6 canisters ESP..Boleh kongsi beli dengan kawan-kawan, dan keluarga untuk sama-sama menikmati kebaikan ESP ini..

Nak lebih lagi  info tentang ESP?? Klik sini

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Vitamin untuk Masalah batu karang

Assalam..


Just nak share testimoni yang diberi oleh downline saya ni..Suaminya mengalami masalah batu karang dalam buah pinggang..Saya cuma mencadangkan B complex+ Alfalfa +Ostematrik...dan alhamdulillah, berhasil untuk suami beliau. Vitamin C juga dicadangkan supaya diamalkan setiap hari bagi mengelakkan batu karang kembali berulang...


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
 ✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
 ✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Cara membuat masker ESP, Vita E dan Vita C

Assalam..

Ramai lagi yang tak tahu produk Shaklee juga boleh dijadikan masker seperti ESP, Collagen Powder, Vitamin E dan Vitamin C...Selain memberi manfaat secara dalaman, vitamin-vitamin ini juga boleh memberikan kesan segera yang sangat positif terhadap luaran terutamanya  luaran wajah..

Hari ni saya nak share cara-cara membuat masker menggunakan ESP, Vitamin C dan Vitamin E..

Cara membuat Masker Vitamin E dan ESP




Cara membuat Masker Vitamin C


SELAMAT MENCUBA!!

Testimoni Bermasker dengan Shaklee




 Dapatkan ESP, Vitamin C dan Vitamin E sekarang untuk kecantikan luaran dan dalaman anda!!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
 ✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Tuesday, March 25, 2014

Pengedar Shaklee UITM Jengka, Pahang

Assalam..

Anda mencari pengedar Shaklee di UITM Jengka Pahang?


Comelnya dia ni, kan?;)

Saya kenalkan sahabat pengedar saya, Cik Norhasima Aziz.
Beliau adalah salah seorang pelajar di UITM Jengka Pahang yang menjalankan bisnes part time sebagai pengedar Shaklee yang sah di sana.

Untuk mendapatkan produk Shaklee daripada beliau bolehlah menghubungi beliau di no berikut:

Shima Aziz: 0199434043
COD available: UITM Jengka, Pahang








Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Friday, March 21, 2014

ESP Shaklee: Koleksi Testimoni Pengguna ESP

Assalam..

Tempoh hari saya dah berkongsi testimoni diri sendiri sepanjang saya consume ESP yang dah 7 canister saya habiskan..

Untuk apa saya ambil ESP?

Untuk naikkan HB ketika hamil sewaktu hamil anak ke 5(Saya tak berapa boleh nak telan pil2 sewaktu hamil)

Alhamdulillah, dengan izin Allah, HB dari bulan sebelumnya 11 jer dah jadi 13-14 sewaktu nak bersalin

Untuk menyusu ekslusif anak ke-5 selepas bersalin

Alhamdulillah, saya berjaya menyusu secara ekslusif untuk 6 bulan pertama susu saya sepenuhnya. Sepanjang mengambil ESP, susu saya tidak cair dan saya still bertenaga bekerja dan menyusukan anak ke-5 yang dah nak masuk 1 tahun 4 bulan sekarang dan belum campur formula milk..saya ambil ESP bersama Alfalfa Complex sebagai milkbooster

Untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik

Yang paling saya suka jeragat selepas bersalin  dah makin pudar..stretchmark makin pudar dan kulit saya bila digaru tiada lagi white scratch..alhamdulillah..saya juga tambah dengan Vita E dan Vita C untuk kesan lebih baik pada kulit..

Bonus!! Dapat turunkan berat badan

Sebelum bersalin, berat saya 75kg..hari kedua selepas bersalin 68kg. Kemudian, sejak saya menyusu ekslusif, dan mengambil set menyusu ESP+ Alfalfa, tanpa sedar aje berat dah jadi 48 kg selepas 6-7 bulan pengambilan..lagipun saya memang gemuk air sebab edema teruk semasa mengandung...Alhamdulillah, sekarang dah lagi ringan dari zaman belum kahwin(51kg)..;)


Hmm..ni pulak perkongsian pengguna-pengguna yang mendapat kesan positif selepas pengambilan ESP..alhamdulillah..Allah izinkan mereka merasai kebaikan ESP ni setelah mencubanya..owh..sila maafkan mereka yang terlalu teruja memberi testimoni..;) apapun, semuanya berlaku dengan izin Allah juga..ESP cuma asbabnya sahaja..jangan lupa tu!!


ESP untuk gastrik dan pedih ulu hati







ESP untuk kulit sihat dan cantik











ESP untuk kesuburan dan kehamilan





ESP untuk masalah parut






ESP untuk berpuasa dan penyusuan










ESP untuk turunkan berat badan







ESP untuk semua!!


Ya..ESP memang untuk semua..juga sesuai untuk mereka yang ada diabetes dan orang-orang berusia yang memerlukan protein dan khasiat ESP ni untuk mantain tenaga seharian. Apapun, sebagus mana sekalipun ESP ni, jangan diambil lebih 3 sudu sehari. Protein berlebihan juga tidak elok untuk kesihatan terutamanya buah pinggang anda..

Untuk lebih info tentang ESP bolehlah rujuk pos-pos yang lalu tentang ESP di bawah:


1 CANISTER ESP SEBERAT 850gm DAN TAHAN HINGGA 2 BULAN..
lebih banyak isian berbanding kebanyakan suplemen minuman di pasaran..dekat 1KG!!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, March 13, 2014

ESP Shaklee: Testimoni saya

Assalam..

Testimoni saya sendiri:

Minum ESP mulanya untuk improve kesihatan diri waktu hamil anak ke-5. Waktu itu belum jadi ahli pun. Saya beli dengan adik yang dah sedia jadi ahli..dulu saya selalu jugak pertikai khasiat ESP ni sebab banyak sangat org cakap minum soya ni tak elok..once saya terbaca perbandingan soya biasa dengan soya ESP ni, hati terus rasa nk mencuba.

Saya ada GDM ketika hamil, sangkut lepas minum air gula(MOGTT), dan saya mula consume ESP bila masuk trimester ke 3..sempatlah saya habiskan setin ESP yang saya minum sebelum bersalin. Nak tau apa resultnya?? Masa tu saya makan obimin jugak, mcam sebelum ni HB xnaik sangat..tapi selepas ambil ESP, HB saya naik mendadak..Bacaan hemoglobin saya amat mengejutkan..last checkup 10-11.1 gitu jer..biasalah tu, sebab dah masuk 8 bulan. Belum sempat masuk 9 bulan, 37 minggu usia kandungan, saya dah bersalin sebab ada komplikasi hypertension akibat masalah uri (jangkaan nurse) dan HB masa nak bersalin yang doc amik last 13-14 something dah..yang saya ingat doktor terkejut sebab katanya anak dah nak masuk 5 dah pun bleh cantik lagi HB lagi katanya..(kebiasaan ibu yang bersalin kerap HB akan makin rendah katanya)

ikuti cerita seterusnya di bawah..



Bagaimana ESP membantu menaikkan HB dan meningkatkan kesihatan anda?

ESP juga mempunyai asid amino perlu yang juga berfungsi sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. ESP juga sesuai bagi ibu menyusu kerana ia juga membantu memberi tenaga dan memekatkan susu badan.

Khasiat kacang soya untuk wanita
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

(Erny Hernani Hashim (2005), Khasiat kacang soya untuk wanita. Majalah Rapi, edisi 1 Disember 2005, bilangan 33)
So, bagi yang rasa susah nak telan pil-pil iron untuk naikkan HB darah, bolehlah mencuba ESP, minuman protein soya yang boleh dibancuh pelbagai cara untuk anda minum. Boleh dapatkan ESP anda sekarang!!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Wednesday, March 12, 2014

6 Cara Mengelakkan Pra-Eklampsia bagi ibu hamil

Assalam..

Anda pernah dengar pra-eklampsia atau pre-eclampsia? Penting untuk para ibu hamil mengetahui serba sedikit tentang ancaman pra-eklampsia yang mungkin berlaku kepada ibu hamil atau selepas bersalin.

Pra-eklampsia dan Eklampsia merupakan salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. Anggaran 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami Eklampsia. Pra-eklampsia adalah keadaan di mana seorang ibu hamil mengalami tekanan darah tinggi yang melebihi bacaan140/90, mengalami pembengkakan pada anggota tubuh atau edema teruk, diikuti mempunyai protein di dalam urin dan mengalami simptom-simptom pra-eklampsia seperti yang akan saya nyatakan di bawah nanti.



Punca Pra-Eklampsia

Walaupun banyak penyelidikan ke dalam punca dan mekanisme praeklampsia telah berlaku , faktor dan punca yang sebenar belum dapat dikenalpasti secara jelas. Beberapa kajian menyokong tanggapan bahawa bekalan darah yang tidak mencukupi ke plasenta menjadikannya melepaskan hormon tertentu atau bahan kimia dan ibu-ibu terdedah kepada keadaan itu. Keadaan ini membawa kepada kerosakan kepada endothelium (lapisan saluran darah) , perubahan dalam metabolisme, keradangan, dan mungkin juga lain-lain tindak balas. Wajarlah ibu-ibu hamil perlu mengelakkan pra-eklampsia berlaku ke atas diri mereka.

Keabnormalan dalam sistem imun ibu dan kekurangan toleransi imun semasa mengandung seolah-olah menjadi sebahagian punca berlakunya pra -eklampsia. Faktor sejarah keluarga yang pernah mengalami pra-eklampsia dan mereka yang berusia di atas 35 tahun dan di bawah 20 tahun juga berisiko mengalaminya.

Siapa yang berisiko mengalami Pra-Eklampsia?
Kredit : Baby Center

Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan.

Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya.

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:

  • berumur 40 tahun atau lebih;
  • tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
  • mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;
  • mengandung kembar or berganda;
  • mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
  • telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali.
Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal.

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera.

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.


Simptom-simptom Pra-Eklampsia

Antara simptom seorang ibu itu mengalami pra-eklampsia ialah:

  • Peningkatan berat badan mendadak
  • Bacaan tekanan darah yang tinggi(140/90 ke atas)
  • Bengkak atau edema (terutamanya di tangan dan muka ) 
  • Mengalami epigastric (pedih ulu hati)
  • Sakit kepala (terutamanya pada bahagian hadapan kepala)
  • Kebas-kebas pada tangan 
  • Mempunyai 0.3 grams atau lebih kandungan protein dalam sampel urin dalam 24 jam
  • Pandangan rasa kabur

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti di atas, silalah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan segera bagi mengelakkan gejala pra-eklampsia berlarutan dan berkemungkinan bertukar menjadi eklampsia(keadaan yang boleh menyebabkan sawan , stroke dan boleh membawa maut kepada si ibu hamil)
----------------------------------------------------------------------------------------
Kredit: Portal Alam Hamil

Pre-Eclampsia(PE) bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.

Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan pesakit tersebut.

Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal didalam rahim. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.

-----------------------------------------------------------------------------------------


6 Cara mengelakkan Pra-Eklampsia
  1. Mengelakkan gejala-gejala hypertension atau tekanan darah tinggi yang mungkin berpunca daripada kekurangan kalsium semasa kehamilan. Terdapat kajian yang menunjukkan dengan cukupnya pengambilan kalsium boleh mengurangkan risiko hypertension yang terjadi semasa kehamilan. Shaklee mempunyai Kalsium Ostematrix yang membekalkan kalsium umpama segelas susu bagi sebiji Ostematrix. Pengambilan 4 biji Ostematrix setiap hari membekalkan 1000mg kalsium yang diperlukan ibu hamil.
  2. Mengambil multivitamin. Sesetengah kajian mendapati, multivitamin sangat membantu mengurangkan risiko pra-eklampsia hingga 50%. Vitalea-Iron Formula merupakan formula multivitamin yang paling lengkap dan ia turut dilengkapi dengan zat  besi yang diperlukan ibu hamil.
  3. Makan makanan berserat. Berdasarkan kajian Universiti Washington, Seattle, AS, makan buah dan sayur akan membantu mengurangkan  risiko Pre-Eklampsia.
  4. Sentiasa membuat pemeriksaan gigi. Bakteria perosak gusi boleh menjadi faktor pendorong berlakunya Pra-Eklampsia. Pemeriksaan gusi dan gigi berkala sepanjang kehamilan boleh membantu mengelakkan serangan bakteria yang boleh merosakkan gigi ibu hamil atau menyebabkan infeksi.
  5. Amalkan berjalan kaki. Kajian menunjukkan, ibu hamil yang menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai rutin, berisiko rendah alami Pra-eklampsia berbanding ibu-ibu hamil yang malas berjalan.
  6. Sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan urin sepanjang kehamilan untuk memeriksa kandungan protein dalam urin. Jika mempunyai simptom, maka rawatan awal dan pemerhatian dan pemantauan ibu hamil boleh dilakukan.
Rujukan:

Preeklampsia pada kehamilan
http://www.ayahbunda.co.id/Artikel/Gizi+dan+Kesehatan/preeklampsia.pada.kehamilan/001/001/560/1/4
Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Pre-eclampsia
Portal Alam Hamil
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/138-darah-tinggi-semasa-hamil.html
BabyCenter
http://www.babycenter.com.my/a1037906/praeklampsia#ixzz2vjbihvC5


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Tuesday, March 11, 2014

Tips cepat pulih selepas bersalin secara pembedahan-Ceasarian


Assalam..

anda ibu yang baru melahirkan secara pembedahan?? Risau luka pembedahan lambat pulih? Hari ini saya nak kongsi tips untuk ibu-ibu yang ingin pulih lebih cepat selepas bersalin secara pembedahan..

Makcik saya pernah melaluinya dan menurut beliau luka jahitan beliau memang sangat cepat pulih dan beliau dapat kembali melakukan kerja menguruskan rumah lebih cepat dari kebiasaan ramai orang. Apa petuanya?

"Harus sentiasa berfikiran positif dan sentiasalah bersedia dengan kemungkinan apapun sejak belum melahirkan dan menerima dengan gembira kehadiran orang baru walaupun secara pembedahan..Sepanjang berpantang, sentiasa positifkan diri dan beranikan diri untuk mencuba melakukan aktiviti harian secara perlahan-lahan dan amalkan pemakanan yang sihat..insyaaAllah, yakinlah kita  akan pulih dengan cepat..."



Saya dapat artikel ni daripada portal Alam Hamil..insyaaAllah semoga ianya memberi panduan berguna buat ibu-ibu yang baru melahirkan melalui pembedahan. Berikut adalah 11 Tips yang diberikan:

1. Bergerak lebih awal

Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang


Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Elak daripada mengambil ubat tradisional

Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.


6. Makan pil penahan sakit

Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih


Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung

Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga

Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.

Vitamin Shaklee untuk membantu menyembuhkan luka dan parut Ceasarian

Set Bersalin dan Pembedahan Shaklee

Sebenarnya vitamin set berpantang Shaklee juga sesuai dan dicadangkan untuk mereka yang bersalin secara pembedahan. Bekalan Vitamin Set Berpantang ini juga tahan sehingga 3 bulan(lebih kurang100 hari) kecuali Ostematrix(untuk sebulan sahaja).


  • Zinc Complex: Membantu luka jahitan cepat sembuh
  • Vita C: Membantu memulihkan parut jahitan dan mengelakkan infeksi pada luka. 
  • Vitalea Iron Formula: Multivitamin yang ditambah dengan 28 jenis vitamin dan mineral juga mengandungi zat besi yang sangat membantu untuk meningkatkan semula hemoglobin darah dan mempercepatkan proses penyembuhan
  • B-Complex: Membantu ibu memulihkan bertenaga, memulihkan kesihatan urat dan saraf dan mengurangkan stress atau mengelakkan simptom meroyan atau kemurungan ketika berpantang
  • Ostematrix: Mengelakkan sembelit selepas bersalin dan membekalkan kalsium untuk membantu menghilangkan lenguh-lenguh badan selepas bersalin akibat kerapuhan tulang. Sembelit boleh memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan luka anda menjadi sakit.

*Gabungan Zinc Complex dan B-Complex amat membantu mengelakkan masalah rambut gugur ibu-ibu selepas bersalin.

Untuk maklumat lanjut tentang set berpantang dan bersalin Shaklee sila rujuk Set Berpantang Shaklee


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Sunday, March 09, 2014

Aneka Resepi Bancuh ESP Shaklee


Assalam..

Anda dah cuba resepi ESP ala saya?
Dah lama nak kongsi resepi-resepi bancuhan ESP ni.. tak susah pun nak minum ESP ni..cara paling mudah, cuma tambahkan air kosong jer dan ESP 2-3 sudu..terus boleh diminum. Tapi macam saya ni..bukannya penggemar soya sangat..so, memang ada jer campur lain2 perasa jugak untuk kurangkan rasa soya..apapun..dah bercanister saya minum ESP..tetap saya suka bancuhan ni.. Boleh cuba ni yer..mudah jer pun..terpulang pada citarasa masing-masing.

        
2 scoops ESP+ Sunquick Mandarin/Mango


RESEPI 1:
ESP Sunquick
  1. Masukkan 2 scoops ESP ke dalam shaker
  2. Tambahkan air kosong 300ml ke dalam shaker
  3. Masukkan sesudu makan sunquick Mandarin atau sunquick Mango ke dalam bancuhan
  4. Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan ESP
  5. Goncang dalam shaker sampai  berbuih macam dalam gambar ni..


RESEPI 2:
ESP Twister


  1. Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam shaker. Tak perlukan banyak ESP..sebab Twister dah kuat manisnya.
  2. Tambahkan air kosong 150ml ke dalam shaker
  3. Masukkan 150ml jus Orange Twister ke dalam bancuhan. Jika anda suka Twister yang manis, boleh lebihkan jus Orange Twister.
  4. Jika anda sukakan ESP Orange Twister sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  5. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..


RESEPI 3:
ESP Soya Plus


  1. Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam shaker. 
  2. Tambahkan air kosong 100ml ke dalam shaker
  3. Masukkan 150ml air soya kotak atau sebaiknya air soya asli ke dalam bancuhan. Jika anda suka yang manis, boleh lebihkan soya tersebut.
  4. Jika anda sukakan ESP soya sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  5. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..


RESEPI 4:
ESP Sunquick+Kurma
(Sesuai untuk berbuka puasa)


Sangat sesuai untuk menu berbuka puasa. Abaikan nasi kerabu dan kuih yang nampak sedap tu. hehe..
  1. Sediakan air kosong 250ml dalam shaker dan tambah sesudu sunquick atau kordial yang anda suka
  2. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya serta koyak-koyakkan isinya ke dalam shaker
  3. Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam bancuhan. Goncangkan.
  4. Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  5. Goncang dalam shaker dan biarkan seketika agar isi kurma lembut sebelum diminum..
  6. Isi kurma memberi tekstur semasa diminum. Juga boleh di kisar bersama  untuk tekstur yang lebih halus dan mudah diminum
*Menambah kurma atau kismis juga membantu memberi tenaga segera sewaktu berbuka puasa.




RESEPI 5:
ESP Bandung
  1. Sediakan air kosong 200ml ke dalam shaker dan masukkan 3 scoop ESP ke dalam shaker. Jika anda menggunakan sirap sedia manis atau sirap kordial, 2 scoops memadai
  2. Masukkan setengah sudu kecil sirap atau sedikit sahaja ibu sirap ke dalam bancuhan tadi
  3. Tambahkan beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  4. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..

RESEPI 6:
ESP Milkshake



  1. Tuangkan 200ml susu ke dalam shaker
  2. Tambahkan 2 scoops ESP ke dalam susu
  3. Goncangkan. Jika anda suka susu bermadu, boleh tambah sedikit madu lebah asli ke dalam susu dan ESP tadi. Boleh juga menggunakan susu segar berperisa. tetapi memadai dengan 1 scoop ESP kerana susu berperisa sudah sedia manis.
  4. Boleh diminum suam atau tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan jika anda suka milkshake sejuk
  5. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..

RESEPI 7:
ESP Milo


  1. Sediakan air suam kosong 200ml ke dalam shaker
  2. Masukkan 3 sudu milo ke dalam air suam-suam panas tadi
  3. Biarkan seketika dan masukkan 2 sudu ESP ke dalam milo suam tadi
  4. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Boleh ditambah ais jika anda mahu

RESEPI 8:
ESP+Mealshakes+Perfomance Drink




  1. Sediakan air kosong 250ml. 
  2. Tambahkan sesudu mealshakes dan sesudu perfomance drink ke dalam bancuhan air. Goncang dalam shaker.
  3. Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  4. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum.

RESEPI 9:
ESP Smoothies




  1. Sediakan 1 gelas air masak atau air sejuk dan tuang ke dalam blender
  2. Masukkan satu scoop ESP Shaklee
  3. Potong 1 biji pisang, 3-4 strawberry, atau raspberry
  4. Blend kesemuanya dalam blender
  5. Setelah selesai, boleh tambah 1 scoop vanila ice cream

*Smoothies ESP sangat sesuai sebagai menu sihat yang mengenyangkan dan untuk detoks juga kerana kaya dengan fiber asli dari buah-buahan. Boleh juga digunakan buah kiwi untuk menggantikan strawberry 


RESEPI 10:
ESP Yogurt Bliss


  1. Tuangkan 200ml yogurt Bliss sebarang perisa
  2. Masukkan 1-2 scoop ESP Shaklee, dan tambah sedikit sahaja air jika anda rasa terlalu pekat
  3. Tambahkan ais, dan goncang dalam shaker.
  4. Sedia untuk diminum.


 Nak lagi resepi???

Boleh cuba mana yang belum anda cuba seperti di bawah ni..

20 resepi bancuhan Shaklee ESP!!



PENTING!!

Jangan mencampurkan ESP dengan air panas, minuman bercafein, berkarbonat dan seeloknya jangan tambah krimer bukan tenusu dan gula ke dalam bancuhan ESP anda untuk mengekalkan khasiat minuman ESP ini..


SELAMAT MENCUBA!!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.