PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA

PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA
Tawaran Istimewa ini SAH HANYA PADA 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA. Jimat sehingga RM40

Tuesday, April 29, 2014

Berapa lama Vitamin Shaklee tahan?

Assalam..

Soalan ini akan dijawab berdasarkan jumlah yang anda ambil setiap hari.

Berapa lama sebotol vitamin Shaklee boleh bertahan??maksud saya, makan sehingga habis sebotol, bukan tempoh sehingga expired yer..

Bergantung samaada anda konsisten atau tidak dalam pengambilan.

Jika anda mengambil shaklee seperti yang dijadualkan, tempoh vitamin anda boleh digunakan adalah seperti berikut:


Hmm..

Jimatkan?
Especially bagi yang mengambil vitamin C, vitamin E, Vitalea, Alfalfa Complex, BComplex dan Herblax..ini adalah antara vitamin yang anda boleh ambil setiap hari tetapi tak perlu dibeli setiap bulan kerana tahan penggunaan lebih lama..apabila dikira purata harga sebiji memang jauh lebih murah harganya..

So, dapatkan vitamin-vitamin yang "Tahan Lama dimakan" ni..

Jangan pulak diperam kerana sayang nak makan sehingga jadi "Tahan Lama diperam" yer..


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo 
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Ibu menyusu..ketahuilah!!

Assalam..


Saya jumpa ni dari forward seorang kawan..

Susu sikit? susu macam ada takde jer? Susu merudum? Jangan cepat down..Rasanya sangat membantu jika anda membaca info ini terutamanya jika anda adalah ibu yang pertama kali menyusu atau masih baru dalam penyusuan

Dinukilkan dengan cara yang kreatif..

Macam sajak pulak..hehe..inilah info yang sangat saya perlukan saat pertama kali berhasrat menyusukan anak pertama..dan sengaja saya kongsikan info yang santai ni sambil mengimbau memori pertama kali menyusu anak sulong saya, Husna..:)

Enjoy it!!

2004 - Pertama kali saya bergelar ibu.

Credit n TQ Ummi PumpOnTheGo..

Tanggapan kebanyakan ibu yang kali pertama menyusukan anaknya pada awal kelahiran yang menyebabkan masalah penyusuan yang lain seterusnya pemberian susu formula:


1. Susu tak ada dan tak keluar
2. Susu lambat keluar, lepas 4-5 hari baru keluar
3. Susu sangat sedikit


FAKTA atau AUTA??


Ianya boleh jadi fakta bagi yang tidak tahu
Ianya adalah auta bagi yang tahu
Tahu apa?


Tahu yang susu ibu itu memang sedikit, pekat dan likat pada awal kelahiran
Tahu yang nama susu itu susu awal atau kolostrum
Tahu yang ia sedikit sebab perut baby hanya sebesar sebiji guli
Tahu yang walaupun warnanya bukan putih, kadang jernih, kadang kuning
Ia penuh dengan antibodi untuk baby
Ia melindungi baby sampai akhir hayatnya
Ia aktifkan perut dan usus baby
Ia imunisasi pertama baby
Supaya baby tak ada jangkitan pada perut, pada usus
Supaya baby tak kena cirit birit
Supaya baby tak cepat sakit
Supaya baby sentiasa sihat


Ibu kena tahu
Kuantiti susu ibu ikut umur baby
Baby yang kecil mestilah makin membesar
Baby kecil, perut pun kecil
Baby besar, perut pun besar
Perut kecil, minumnya sedikit
Perut besar, barangkali minumnya banyak


Makin kerap baby hisap, makin berubah susu ibu
Awal-awal lahir susu awal
Lama-lama lahir susu matang
Susu awal kolostrum, habis kolostrum susu matang pula
Kalau baby tak hisap dari awal, manakan keluar susu matang


Ibu tahu tak
Susu matang warna putih
Mula-mula nampak ada kuning sikit
Lama-lama putih terus
Kadang ada hijau sikit, biru sikit
Jangan risau masih susu yang sama
Cuma warnanya berubah ikut apa ibu makan


Ibu mesti tahu
Susu matang makin lama, makin banyak
Sebab perut baby makin, lama makin besar
Baby minum makin lama, makin kerap
Mula-mula sedikit sebab perut baby kecil
Lama-lama banyak sebab perut baby dah besar


Kalau bagi susu lain, nanti baby tak kerap menyusu dah
Kalau tak kerap menyusu, nanti susu segan nak keluar
Kalau susu segan nak keluar, otak kata 'dah dah.. cukuplah susu yang ada tu..'
Kalau otak dah kata macam tu, badan pun malas dan tutup kilang
Kalau kilang dah tutup, tak ada lah lagi penghasilan
Kalau tak ada penghasilan, makanya susu ibu pun berkuranglah,
Jatuh, drop, merudum, ille, nada, no more


Jangan risau susu sedikit, nanti jadi banyak
Jangan takut susu tak cukup, janji baby kenyang
Jangan mengeluh baby kerap menyusu, sebab banyak stimulasi, banyaklah susu nanti
Jangan cepat putus asa bila kena kerap mengepam, sebab bila pulang dapat bawa 'hadiah' hari-hari untuk buah hati
Jangan risau, lepas hujan mesti ada rainbow


Tak perlu risau ada atau tak ada
Kerana susu ibu pasti ada
Tak perlu bimbang cepat atau lambat
Kerana yang penting memulakan kali pertama
Tak perlu takut sedikit atau banyak
Kerana yang penting kekerapan stimulasi


Mesti ibu tahu kan
Ibulah wanita terhebat
Kekasih ayah, buah hati anak-anak
Bila ibu menyusukan, ibu jadi bertambah hebat
Ibu boleh diamkan baby yang menangis
Ibu boleh kenyangkan baby yang lapar
Ibu boleh hiburkan baby yang gundah
Ibu boleh sihatkan baby yang demam, InshaAllah
Ibu boleh beri kasih sayang dan cinta
Macam tu aje
Dengan menyusukan baby
Nampak mudah
Hakikatnya tidak, tapi memang indah
Kurniaan Allah untuk ibu aje
Alhamdulillah

Ummi, PumpOnTheGo

Monday, April 28, 2014

DTX Complex khas untuk membantu pesakit hati dan hepatitis

Assalam..

Dah lebih 100 pos yg saya upkan di Mauceriasokmo Blog..dan ada satu lagi produk yang belum saya share dengan anda..iaitu DTX Complex..

Harini saya nak kongsi sedikit info mengenai DTX Complex, suplemen untuk hati..

Apakah gejala-gejala yang ada pada mereka yang punya masalah hati?

  1. Keletihan melampau
  2. Mata menjadi kuning
  3. Air kencing berwarna gelap
  4. Rasa loya dan muntah-muntah tanpa sebab
  5. Hilang selera makan
  6. Kulit mengalami gatal/kemerahan
  7. Perut membesar-disebabkan hempedu tidak dapat menghadamkan lemak dan kolestrol
  8. Najis berwarna pucat seperti tanah liat

Golongan yang berisiko mempunyai masalah hati

Secara umumnya...

Satu fakta yang saya perolehi dari seorang nutritionist, katanya mereka yang selalu tidur lewat malam(2 pagi ke atas) cenderung mempunyai masalah hati kerana katanya apabila tidur terlalu lewat setiap malam, hati tidak dapat melakukan proses detox, iaitu proses pembuangan toksin.
Orang yang selalu travel ke merata tempat mudah terkena infeksi(racun/toksin) yang boleh menyebabkan masalah hati.


Penyakit hati juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Hepatitis A, Hepatitis B, Hepatitis C, Hepatitis D

Golongan yang berisiko mengidap penyakit hati (Hepatitis A) ialah:
  • Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
  • Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
  • Hubungan seks sesama lelaki.

Penyakit hepatitis B adalah yang paling banyak dialami di Malaysia. Ia boleh merebak melalui cecair tubuh seperti darah atau air mani.

Mereka yang berisiko mengidap penyakit Hepatitis B ialah:
  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
  • Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Penyakit hepatitis C pula agak jarang berlaku di Malaysia. Ia lebih kurang sama dengan cara merebaknya hepatitis B iaitu melalui darah dan air mani. Walaubagaimanapun, mereka yang berisiko mengidap penyakit hepatitis C ialah:
  • Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
  • Pesakit menggunakan haemodialysis.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)
(Sumber: Myhealth)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

DTX adalah suplemen yang dapat membantu menghasilkan protein yang membantu dalam proses regenerasi sel hati dan mengekalkan pengaliran hempedu yang normal.

Bersihkan hati dengan DTX Complex
Sumber: Mommy Lyna Noh

Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai ‘pusat industri pemprosesan’. Hati adalah organ unik yang mampu membina dirinya sendiri. Oleh itu organ hati boleh didermakan sebahagiannya, kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.

Antara fungsi hati adalah:
  • Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
  • Bertindak sebagai ‘penapis’ dan ejen detoksifikasi.
  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Penting untuk metabolisma lemak.



Namun begitu, dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran, hati kita terpaksa ‘kerja lebih masa’.

Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas ‘wajib’ bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaikpulih dirinya sendiri.

Oleh itu hati kita memerlukan bantuan untuk membersihkan dirinya (detox hati) sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan.



Shaklee DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.
  1. Ekstrak bijj benih pokok susu tisel (milk thistle seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.
  2. Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu
  3. Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit
  4. Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan
  5. Reishi mushroom (Ling Zhi) - membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung
  6. Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin

DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee. Dapatkan DTX hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Wednesday, April 23, 2014

Stretchmark: Cara nak hilangkan??

Assalam..

Anda ada stretchmark??haa..sila jawab sendiri dalam hati aje yer..

Kalau betul anda ada stretchmark, bukannya orang lain tau pun..tapi EN SUAMI atau ISTERI PASTI TAHU, kan??

Sebelum tu, nak cerita sikit mengenai stretchmark.

Apa itu stretchmark??
Rupa stretchmark akibat perubahan dari gemuk menjadi kurus. Maaf, gambar perut ibu hamil kurang sesuai nak display. So, gambar ini memadai menunjukkan stretchmark pada bahagian lengan.
Stretchmark bukan saja berlaku di kalangan ibu hamil, tetapi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Mereka yang gemuk, apabila kembali kurus, mungkin juga akan mempunyai kesan regangan pada kulit atau stretchmark. Rekahan kulit atau dikenali juga sebagai stretch mark ini merupakan parut kecil yang terjadi dipermukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit. Memang satu gambaran yang mencacatkan pandangan apabila pada tubuh kita terdapat kesan regangan kulit ini. Walaubagaimana pun, ada juga ibu-ibu yang langsung tak mempunyai kesan stretchmark sewaktu hamil..Beruntunglah mereka ni yer..

Cara untuk menghilangkan stretchmark??

  • Stretchmark ada 2 jenis iaitu stretchmark berwarna putih dan stretchmark berwarna gelap( Menurut doktor yang pernah saya tanyakan mengenai stretchmark)
  • Menurut beliau, stretchmark berwarna putih adalah stretchmark kekal. Manakala stretchmark yang berwarna kehitaman atau gelap masih boleh dihilangkan, namun bukanlah 100% dapat hilang..
  • Apapun, pengalaman saya sendiri, penggunaan losyen atau krim stretchmark dari awal kehamilan boleh membantu mengurangkan kesan stretchmark. Pengambilan protein yang cukup juga boleh membantu untuk memperbaharui sel kulit kita pada kawasan rekahan dan memudarkan parut stretchmark. Walaubagaimanapun, agak mustahil untuk menghilangkan kesan regangan yang agak teruk 100%..
  • Berikut dicadangkan beberapa cara untuk membantu mengurangkan stretchmark:
    1. Anda boleh menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil. Sebaik-baiknya disapu selepas mandi. 
    2. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.
    3. Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.
    4. Jika terasa gatal, jangan digaru secara kasar. Gunakan losyen dan sapu dengan lembut pada bahagian stretchmark yang gatal itu dan gosok lembut sehingga hilang rasa gatalnya.
    5. Anda boleh juga mengamalkan body scrub atau lulur badan pada bahagian stretchmark supaya sel kulit mati pada bahagian stretchmark dapat ditanggalkan dan parut dapat dikurangkan.

Jika anda inginkan alternatif daripada Shaklee, ada beberapa saranan jika anda  bercadang untuk mengatasi masalah ini:
  1. Mengambil Protein ESP dan Vitamin C setiap hari
  2. Menyapu bahagian stretchmark dengan Vitamin E
  3. Mengamalkan Collagen Powder Shaklee untuk mempercepatkan pembaharuan dan keanjalan kulit dari dalaman..

Jika anda tidak mampu mengambil kesemua yang dicadangkan, boleh lah mencuba sekurang-kurangnya Protein ESP, Vitamin C dan Vitamin E..
Disamping itu, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter untuk memastikan kulit anda juga lembap dan sihat.

insyaaAllah, jika diamalkan dengan konsisten, bukan saja dapat membantu mengurangkan kesan stretchmark, malahan sangat membantu mengekalkan kesihatan kulit anda keseluruhannya.

Berminat nak mencuba?

Hubungi saya sekarang. InsyaaAllah, saya boleh membantu anda!!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo 
✉ Email: elraihan82@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Monday, April 21, 2014

Penyusuan Ekslusif: Apa persediaan saya?

Assalam...

Hari ini saya nak berkongsi mengenai penyusuan ekslusif dengan para ibu dan bakal ibu yang berniat ingin menyusukan bayi mereka secara ekslusif sejak lahir. Alhamdulillah, 4 daripada 5 orang anak saya memang menyusu badan penuh selama 6 bulan pertama. Yang sulong sahaja yang tidak dapat saya susukan sehingga 6 bulan pertama memandangkan saya masih terlalu muda ketika pertama kali menjadi ibu 10 tahun yang lalu, masih belum tamat pengajian di UTM dan masih naif soal penyusuan susu ibu. Oh, ya..waktu itu juga kesedaran tentang penyusuan susu ibu memang agak kurang.

Ramai ibu-ibu mengambil mudah tentang penyusuan terutamanya ibu bekerjaya. Walaubagaimanapun, kesedaran itu mula timbul apabila saya melahirkan anak kedua setahun kemudian. Namun, terus terang saya katakan bukan mudah untuk saya melakukannya. Memandangkan jarak kelahiran anak saya ada juga yang agak rapat menyebabkan saya juga masih menyusu si kakak ketika hamilkan si adik kerana ingin memberi peluang kepada anak saya menyusu selama 2 tahun juga.

Di Malaysia, peratusan ibu menyusu bayi secara eksklusif masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara Asia lain. Untuk pengetahuan, Malaysia adalah negara terendah bagi penyusuan bayi secara eksklusif dan merupakan negara tertinggi dalam penggunaan susu formula.
Sumber: Sinar Harian 
Hmm..membaca fakta di atas, pasti ada yang terkejut dan tidak menyangka betapa ramainya ibu-ibu di Malaysia yang bergantung sepenuhnya kepada susu formula untuk menyusukan bayi mereka..sedih mendengarnya tapi itu lah yang realitinya..

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)




Persediaan Penyusuan Ekslusif


  • Melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Perlu ke saya menghadiri kelas penyusuan?

Kelas penyusuan turut disediakan oleh Klinik Kesihatan Kerajaan
Gambar sumber internet

Terpulang kepada anda. Menghadiri kelas penyusuan, membaca banyak buku dan melayari Internet mengenai kebaikan susu ibu serta mendapatkan pandangan pakar adalah langkah yang bijak supaya ibu bersedia menyusu semasa kelahiran anak ketika dalam tempoh berpantang juga ketika ingin meneruskan penyusuan.

Anda juga perlu tahu kaedah yang betul mampu mengelakkan pembengkakan payudara, mampu merangsang pengeluaran susu dan melancarkan pengaliran air susu seterusnya membuatkan bayi anda kenyang.
Setiap ibu juga harus memahami anatomi dan fisiologi payudara. Hal ini kerana, ketika mengandung, tubuh si ibu sudah bersedia untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Hal ini bermaksud, susu ibu sudah ada sebaik sahaja bayi dan uri dikeluarkan. Tidak ada orang yang tiada susu atau belum ada susu. Tiada sedutan daripada bayi bermakna tiada stimulasi dan boleh mengakibatkan susu tidak keluar. No demand, no supply..jika anda tidak menyusukan kepada bayi, bagaimana susu itu akan keluar sendiri, bukan? Anda juga boleh mencuba teknik urutan yang boleh dipelajari daripada bidan atau jururawat yang arif memberikan kaunseling penyusuan susu ibu.


  • Menyediakan pam susu

Pilihlah pam yang sesuai dengan anda. Jika tidak mampu, tidak salah jika anda menggunakan kaedah marmet sahaja.
Ramai ibu gusar untuk membeli pam susu yang bagus dan mahal kerana bimbang diri tiada susu seterusnya menyebabkan pembaziran. Sekiranya anda membeli pam susu yang mahal biarlah berbaloi dan setanding dengan kualitinya. Pam susu yang baik boleh dinilai dari segi sejauh mana ia mampu melakukan stimulasi dan merangsang pengeluaran susu. Begitu juga jika ia mampu memberi keselesaan kepada anda sewaktu bekerja.

Sebelum melahirkan, para ibu diingatkan supaya bersedia dengan segala kemungkinan seperti bayi atau ibu yang terpaksa di tahan di wad selepas melahirkan. Mungkin seawal hari ketiga ibu sudah boleh mengepam susu untuk anak yang ditahan dalam wad yang berbeza.

Proses kelahiran yang dirancang memberi lebih peluang kepada ibu untuk fokus terhadap keperluan bayi. Anda berhak untuk memberitahu secara bertulis kepada pihak hospital supaya bayi anda tidak disusukan dengan susu formula kerana anda mahu menyusukannya sendiri.


  • Menyediakan aksesori penyusuan


Selain pam, aksesori penyusuan untuk penyimpanan stok susu sewaktu bekerja bagi ibu bekerja juga perlu disediakan

Nursing bra dan bra pad untuk ibu menyusu
Selain pam, aksesori untuk kemudahan penyusuan juga boleh disediakan seperti pad payudara yang boleh dibasuh, nursing bra and pillow, baju yang sesuai dan nursing cover untuk memudahkan penyusuan dilakukan di tempat umum.

  • Menyediakan tempat menyimpan susu

Peti sejuk merupakan salah satu peralatan yang penting anda sediakan khas untuk menyimpan susu anda. Deep freezer dapat memuatkan lebih banyak stok susu dan juga dapat mengelakkan susu cepat rosak akibat selalu dibuka. Susu yang disimpan di dalam deep freezer tahan sehingga 6 bulan lamanya.

Peti sejuk 2 pintu (freezer)
Deep freezer

Bagaimana jika anda perlu menyimpan stok di pejabat bagi ibu bekerja? Sebenarnya sudah terlalu banyak kemudahan seperti cooler bag atau cooler box yang direka khas untuk ibu-ibu menyimpan stok susu yang diperah ketika di pejabat. Anda boleh membelinya di kedai-kedai peralatan bayi yang menyokong penyusuan susu ibu. Begitu juga dari laman web yang menjual segala aksesori untuk penyusuan dan penyimpanan susu ibu.


Cooler bag mampu menyimpan susu perahan sehingga 8 jam bergantung kepada pek ais yang anda gunakan

Cooler box juga boleh digunakan untuk menyimpan susu perahan

Kesimpulannya, penyusuan ekslusif memang memerlukan anda mengeluarkan sedikit wang untuk persediaannya. Selebihnya, mental dan fizikal anda sendiri juga lebih penting dipersiapkan dengan sebarang kemungkinan seperti kehabisan stok, susu merudum atau bayi menolak puting susu selain ibu..

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau..saya pernah menulis beberapa artikel sebelum ini mengenai makanan yang boleh anda ambil untuk menambahkan susu dan juga mengenai Set Shaklee untuk penyusuan atau milkbooster. Terpulang kepada anda untuk memilih cara mana yang sesuai untuk meningkatkan penghasilan susu anda buat bayi anda..

Apapun, bagi yang baru pertama kali ingin melakukannya..saya ucapkan semoga berjaya mengharungi pengalaman menyusu ekslusif untuk 6 bulan pertama anda. Bagi yang pernah melaluinya, jadikanlah fasa penyusuan bagi anak anda yang seterusnya ini lebih baik dengan menambah lebih banyak ilmu mengenai penyusuan. Saya yakin, jika anda mampu melakukannya pada 6 bulan pertama, anda juga boleh meneruskan penyusuan tersebut ke tempoh 2 tahun dengan jayanya..

InsyaaAllah, nanti saya akan kongsikan lebih banyak tips penyusuan untuk anda...Semoga dipermudahkan urusan anda!!Aameen..

"SUSU IBU TETAP YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA"


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, April 17, 2014

Cara nak dapat harga ahli beli Shaklee?

Assalam..

[Sila baca sampai habis..]

Sepanjang saya jual Shaklee ni, ramai juga pelanggan yang sms, call bertanya pada saya..

"Akak jual harga ahli tak?"
"Boleh tak saya guna ID akak?"
"Kalau saya beli sendiri kat branch dapat harga ahli tak?"

dan selalunya saya akan jawab..

"Adik nak harga ahli ke? Kalau jadi ahli ngan akak baru akak bagi harga ahli. Bila dah daftar, adik dapat ID sendiri dan bolehlah akak bagi harga ahli dan adik dapat point UV sekali..Kalau UV adik cukup syarat, siap boleh dapat bonus sekali.."

Sebenarnya...

Saya bukannya kejam apabila saya berkata begitu dengan anda..malah sangat tidak adil jika saya bagi harga ahli pada anda sedangkan ahli di bawah saya bersusah payah mendaftar dan jadi ahli dulu untuk dapatkan harga ahli yang sama, kan? Mungkin anda tidak nampak kelebihannya menjadi ahli..Mengikut pengalaman saya sendiri, setelah customer saya mendaftar jadi ahli, kami bahkan lebih mengenali satu sama lain..siap boleh sharing hal2 family pun..apa kesan setelah makan shaklee pun kami dapat kongsi sesama sendiri..so tak perlu lagi mereka nak susah2 bertanya pada pengedar lain pasal cara makan ke apa..sebab bila dah jadi ahli, boleh dianggap upline itu sebagai "mak" yang akan bantu kita..tempat kita boleh mengadu pasal Shaklee...bahkan kadang2 any topic pun bleh kami share sama2..

Cumanya..

Jika anda berniat untuk menjadi ahli kerana ingin menjadi pengedar, carilah "mak" yang...

  • Tahu dan boleh mengajar anda bagaimana nak bagi konsultasi tentang produk Shaklee..
  • Tahu mengenai plan bisnes Shaklee
  • Tahu mengenai pengiraan bonus dan bagaimana nak mencapainya..
  • Berbisnes Shaklee secara konsisten

InsyaaAllah..
Saya juga boleh membantu anda..alhamdulillah, hampir setahun saya bershaklee dan Allah izinkan saya kini merasa bonus 4 angka..Semoga saya dapat membantu anda juga  menjana pendapatan sampingan melalui Shaklee..walaupun anda hanya surirumah..

Apa kelebihan menjadi ahli di bawah group kami?

Group Pengedar Shaklee kami yang terdiri daripada ibu bekerjaya dan surirumah sepenuh masa. Oh, ya..ada juga dari kalangan husband2 ni yang dah jadi "Working at home dad" pun sebab nak bersama isteri jual Shaklee..Alhamdulillah, most of us here dah merasa bonus 4-5 angka..(upline-upline dan side lines saya)..

Sebagai consumer Shaklee:
  1. Anda akan sentiasa mendapat update tentang promo Shaklee dan pelbagai info dan konsultasi produk melalui group rahsia kami khas untuk ahli yang ingin makan sahaja
  2. Anda pastinya dapat membeli semua produk Shaklee dengan harga ahli
  3. Anda akan diberi ID sendiri dengan keahlian seumur hidup(Jika ada pasangan, anda boleh daftarkan sekali pasangan anda tanpa caj tambahan.
  4. Jika pembelian anda memenuhi syarat minimum UV untuk bonus, anda juga layak diberi bonus sebagaimana pengedar Shaklee yang lain
Sebagai Pengedar Shaklee:
  1. Setelah mendaftar sebagai ahli, secara automatik anda juga layak menjadi pengedar shaklee yang sah di seluruh Malaysia bahkan di luar negara dengan syarat-syarat yang mudah(tak perlu bayar apa-apa). Untuk memantapkan skill anda sebagai pengedar kami, anda akan dimasukkan ke group2 tertutup yang khas untuk susur galur Kumpulan Jutawan Shaklee dan mendapat coaching secara langsung atau tidak langsung daripada Leaders dalam kumpulan kami.
  2. Anda boleh menggunakan produk sambil menikmati pulangan rebat setiap bulan dengan jumlah UV dan belian yang tertentu.
  3. Anda dapat membantu ahli keluarga dan saudara mara yang ingin membeli produk dengan harga ahli sahaja yang jauh lebih menjimatkan. Lagi banyak anda membeli atau kongsi beli, lagi banyak UV yang anda dapat, dan lagi cerah peluang anda mendapatkan rebat/bonus hasil belian anda.
  4. Anda akan berpeluang menyertai kursus atau taklimat motivasi, mendengar perkongsian dan testimoni pengguna lain, menambah ilmu tentang produk Shaklee dan nutrisi melalui ceramah nutrisi yang dianjurkan oleh group Jutawan Shaklee.
  5. Anda boleh menjana pendapatan sampingan dari dua angka ke enam angka melalui pelan pemasaran Shaklee yang sangat adil dan menguntungkan. Hanya akan didedahkan setelah anda mendaftar sebagai ahli Shaklee.
  6. Anda juga mampu untuk mendapatkan 3 ganjaran bonus daripada Shaklee iaitu 3C( Cash Bonus, Car Bonus danConvention) dan pelbagai lagi insentif hebat menanti atas kesetiaan anda bersama Shaklee.


Jika anda berminat untuk menjadi ahli dan mengedar produk Shaklee sebagai wakil pengedar yang sah, ramai yang akan membantu dan akan menyokong anda sepanjang perjalanan anda dalam Shaklee nanti.


Jadi, apa lagi yang anda tunggu..



Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Sunday, April 13, 2014

Jantung berlubang VSD: Kisah anakku sayang


Assalam..

Hari ini 2 orang anak saya masih demam..Saya memang selalu risau bila anak demam..saya masih ingat sewaktu "Kak Ngah"( panggilan manja untuk anak kedua saya) disahkan mengidap jantung berlubang VSD 8 tahun yang lalu.. Semuanya bermula dari peristiwa Kak Ngah selalu demam sewaktu berusia setahun. Kak Ngah kerap demam sewaktu berusia 3 bulan sehingga setahun. Setiap kali pemeriksaan di klinik, Doktor mengatakan itu cuma demam biasa..

Sebagai ibu, saya memang tidak sedap hati tiap kali anak demam. Yang sulong tidaklah demam terlalu kerap, berat badan juga naik normal. Tetapi sepanjang pemerhatian saya sebagai ibu, Kak Ngah memang jauh lebih kecil berbanding kanak-kanak seusianya walhal Kak Ngah lahir agak besar juga..3.4kg...Kak Ngah selalu demam, bernafas lebih laju dan mudah berpeluh..

Kak Ngah sewaktu usia setahun
Disember 2006
Suatu hari, Allah menggerakkan hati saya untuk membawa Kak Ngah ke Klinik Panel tempat saya bekerja..kerana Kak Ngah demam lagi..Doktor lelaki muda yang memeriksa Kak Ngah..seperti prosedur biasa, doktor juga membuat pemeriksaan dada dan belakang Kak Ngah..sewaktu Doc tersebut memeriksa degup jantung Kak Ngah, mukanya seperti kehairanan sedikit..katanya macam ada bunyi heart murmur(bunyi jantung yg abnormal)..bunyinya seperti ada sesuatu yang bocor..terus dia meminta saya merujuk ke Klinik Pakar Hospital Kerajaan untuk kepastian..Taqdir Allah nak tunjuk masa tu..padahal sebelum ni dah berapa kali buat pemeriksaan yang sama takde pulak doktor detect apa-apa..

Setelah berjumpa pakar dan melalui beberapa pemeriksaan, Kak Ngah akhirnya disahkan mempunyai masalah jantung berlubang VSD dengan lubang sebesar 12mm..kata doc lubang pada jantung Kak Ngah agak besar untuk kanak-kanak seusianya..dada Kak Ngah juga agak tinggi dan  bahagian kanan jantung Kak Ngah dah bengkak..patutlah tumbesaran Kak Ngah agak lambat, selalu berpeluh-peluh, Kak Ngah bernafas agak laju dan mudah letih walaupun bermain sekejap.. Allaahuakbar..ibu mana yang tidak rasa sedih apabila anaknya mempunyai penyakit seperti itu..doktor pun ada bagitau maybe simptom dah ada sejak usia 2 bulan lebih..cuma susah nak dikesan jika tidak dilakukan pemeriksaan teliti..dan doc membuat keputusan untuk menunggu sehingga Kak Ngah 4 tahun untuk melihat sejauh mana lubang pada jantung Kak Ngah membesar...

Kami waktu itu merujuk kepada Pakar Pediatrik HSNZ KT, Dato' Jimmy..beliau menyarankan agar kami membuat rawatan susulan di IJN...Kami suami isteri akhirnya pasrah menurut cadangan Dato' Jimmy untuk membawa Kak Ngah ke IJN untuk kebaikan Kak Ngah...dari situ bermulalah episod Kak Ngah sentiasa berulang alik ke IJN selama hampir 3 tahun setiap 6 bulan sekali..Kata doktor, KakNgah hanya akan dilakukan prosedur atau pembedahan apabila dia hampir masuk sekolah sekiranya lubang pada jantung Kak Ngah semakin membesar..Kos setiap kali temujanji juga agak besar iaitu lebih kurang RM300 pada setiap kali sesi bersama doktor pakar...

Setelah Kak Ngah berusia 4 tahun, doktor pakar di IJN memutuskan lubang pada jantung Kak Ngah semakin membesar dan perlu ditutup melalui prosedur cardio cathetherization atau kaedah belon(keyhole), untuk menutup lubang pada jantung Kak Ngah..katanya prosedur itu boleh mengurangkan risiko pembedahan terbuka jantung yang mungkin lebih lama untuk sembuh selepas pembedahan. Kos prosidur ini juga lebih murah sedikit iaitu rm25k-30k berbanding pembedahan terbuka yang menelan belanja lebih kurang rm30k-35k.

Sebelum prosedur tersebut dijalankan, Mei 2010 Kak Ngah terpaksa melalui pembedahan gigi terlebih dahulu untuk dental clearance..semua gigi Kak Ngah yang rosak sebanyak 12 batang terpaksa dikorbankan..kesian Kak Ngah..nak makan punyalah susah..macam baby pulak..tujuan dental clearance ni menurut doktor adalah untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman dari gigi yang rosak sampai ke jantung setelah dilakukan closure prosedur tersebut..
Kak Ngah selepas pembedahan gigi untuk dental clearance di HSNZ Kuala Terengganu

 Oktober 2010:

Alhamdulillah, Kak Ngah akhirnya selamat ditutup lubang pada jantungnya melalui prosidur cardio catheherization di IJN. Menurut doktor, Kak Ngah memang kuat semangat. Alhamdulillah, Kak Ngah tiada sebarang komplikasi selepas menjalani prosedur tersebut dan luka semasa kateter nya juga sembuh dalam 2 minggu sahaja..Alhamdulillah..


Kak Ngah selepas prosedur
  Sekarang, alhamdulillah Kak Ngah boleh dikatakan sihat seperti kanak-kanak lain juga..Kak Ngah dah masuk tahun 3 di SK Bari. Mohon doakan Kak Ngah (Wan Amirah Husni) akan sihat dan ceria selalu...aamen..

"Makcik Pakcik semua, tolong doakan Kak Ngah sihat selalu yer..aameen.."-Kak Ngah


Sayang anak-anak ummi..




Testimoni Pengguna: Ostematrix Shaklee

Assalam..

Ostematrix si kalsium Shaklee ni memang sangat cepat buat orang jatuh hati setelah mencubanya. Termasuklah saya, mak mentua saya, adik saya dan ramai customer saya yang pernah mengambilnya..tak perlu tunggu terlalu lama..asalkan dimakan pada waktu optimum iaitu pada waktu malam sebelum tidur, mengambil air yang secukupnya, memang akan memberikan kesan yang positif seawal 3 hari sahaja...insyaaAllah...lain orang, lain pengalaman..tapi bagi saya memang cepat sungguh kesannya..

Kenapa begitu cepat? Kerana tubuh saya dapat menyerap kalsium yang saya ambil dengan lebih baik dengan adanya magnesium dalam Ostematrix ni..

Masih ingat lagi pos saya sebelum ini? Saya pernah jelaskan bagaimana pengambilan kalsium akan menjadi lebih efektif..

"Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.."



Jemput baca testimoni mereka ni yer..


  • Gabungan B-Complex dan Ostematrix boleh membantu mengurangkan alahan mengandung



  •  Membantu mengurangkan sakit pinggang dan belakang




  • Membantu mengurangkan period pain




  • Membantu mengurangkan sakit gigi dan menguatkan gigi, mengurangkan sakit belakang dan lenguh badan



  • Membantu mengurangkan kekejangan otot




  •  Membantu ibu-ibu semasa kehamilan dan menyusukan ( alahan, lenguh-lenguh, kebas-kebas, cramp, sakit pinggang, sembelit, menampung kalsium ibu hamil dan menyusu)





Macamana rupa Ostematrix ni?

Nak tau harganya?
Cuma RM61 sebotol (120 biji)
untuk penggunaan sebulan (Jika diambil setiap hari 4 biji)

Boleh dapatkan dari saya, Raihana-Pengedar Sah Shaklee anda..SID 911750


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, April 10, 2014

Kenali tanda anda kekurangan Kalsium

Assalam..

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan anda mengalami pelbagai masalah dan penyakit.
Jom kita periksa tanda-tanda di bawah:

Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium
Otot & Saraf:
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm

Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

Jantung
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat

Kulit
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering

Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium

  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Sumber: Old Trafford

------------------------------------------------------------------------------------------------
Macamana? Anda dah periksa semua simptom di atas?
 Jika anda mempunyai kebanyakan simptom yang dimaksudkan, mungkin anda termasuk dalam kategori mereka yang "KEKURANGAN KALSIUM"..

Sebaik-baik kalsium adalah dari sumber pemakanan yang semulajadi seperti di bawah:

Contoh 10 makanan yang kaya dengan kalsium

Adakah anda pasti mengambil kalsium secukupnya setiap hari?
Berapa banyak kalsium yang anda perlukan?


Alhamdulillah jika anda dapat mengambil secukupnya kalsium yang diperlukan dalam diet harian anda.
Sekiranya anda tidak mampu mengambil kalsium yang secukupnya daripada sumber makanan sahaja, mungkin anda boleh mencuba Ostematrix, kalsium suplemen daripada Shaklee..



Jika anda berminat dengan Ostematrix Shaklee, bolehlah berhubung terus dengan saya..



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
 ✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Mencari Pejabat Cawangan Shaklee??

Assalam..

Anda mencari stokis Shaklee??
Harap maaf, Shaklee memang takde stokis. Dan produk Shaklee tidak boleh dijual di mana-mana stokis, premis persendirian atau mana-mana kedai produk, butik kesihatan atau mana-mana third parties location. Menurut Business Manual Direct Selling Rules Shaklee, produk Shaklee hanya boleh diperolehi daripada Branch Shaklee Malaysia di beberapa negeri sahaja dan melalui pengedar Shaklee yang sah. Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, bolehlah mendapatkannya daripada Pengedar Shaklee seluruh Malaysia yang sah atau walk in ke Pejabat Cawangan Shaklee seperti berikut:

Pejabat Cawangan Shaklee Malaysia
Cawangan KamiWaktu PerniagaanPeta Lokasi
Kuala Lumpur
No. 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

Shaklee Kuala Lumpur

Penang
No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Telefon : 604-383 8261
Fax: 604-383 8560
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

Shaklee Penang

Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.

Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m
 
Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188 

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

Shaklee Johor Bharu
Kota Bharu 
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711
Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m
 
Kota Kinabalu 
Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-393 848
Fax: 6088-393 851
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m
 


Anda juga boleh menghubungi saya jika anda berminat nak mendapatkan produk Shaklee. InsyaaAllah, penghantaran Poslaju juga available ke seluruh Malaysia. Bagi yang berada di sekitar Setiu dan Kuala Terengganu, boleh juga menghubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee anda.


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Tuesday, April 08, 2014

Ostematrix Shaklee: Promosi April Beli 6 Percuma1

 Assalam..

Nak tau apa produk promosi Shaklee bulan April 2014 ini??

Ostematrix, kalsium terbaik dari Shaklee..boleh dikatakan inilah produk kedua kegemaran saya selepas ESP..dah berbotol-botol habis saya makan..bila terlupa makan, memang banyak bezanya prestasi harian saya...Banyak kelebihan Ostematrix ni, boleh baca Ostematrix: Kalsium yang hebat!!

Kenapa saya ambil Ostematrix??


  1. Kehamilan anak ke-5 2 tahun yang lalu saya mengalami masalah kekurangan kalsium sejak awal kandungan. Saya memang minum susu, namun mungkin itu masih belum mencukupi kerana saya cuma mengambil segelas susu setiap hari. Akibatnya, gigi saya sangat bermasalah sewaktu kehamilan sehingga 2 batang gigi terpaksa dicabut sepanjang kehamilan yang lalu. Waktu itu saya belum kenal Ostematrix..saya juga kerap alami gusi berdarah setiap kali memberus..
  2. Saya mengambil Ostematrix sejak selepas beberapa bulan melahirkan anak ke-5. Lagipun, saya ibu menyusu yang memerlukan bekalan kalsium secukupnya untuk menyusukan anak bongsu saya, baby Husein yang dah masuk setahun 5 bulan..Oh ya..saya masih belum campur susu formula untuk anak saya..
  3. Saya juga mempunyai masalah migrain sejak dari zaman persekolahan. Kalau dulu saya bergantung kepada panadol untuk melegakan migrain, sekarang gabungan Ostematrix+B-Complex+air kosong memang sangat cepat melegakan sakit kepala yang saya alami. Alhamdulillah, sekarang dah sangat jarang sakit kepala.
  4. Saya memerlukan kalsium mencukupi kerana saya ummi kepada 5 orang anak yang berusia 1-10 tahun yang perlu sentiasa aktif menguruskan rumahtangga di samping kerjaya saya sekarang sebagai pensyarah yang perlu sentiasa berdiri untuk mengajar dan bergerak aktif di kolej.
  5. Apabila memasuki usia30-an saya sering mengalami lenguh-lenguh badan dan sakit pinggang akibat peningkatan usia. Alhamdulillah, sejak amalkan Ostematrix tengah tahun lepas..sakit pinggang dah jarang sangat. Dengan mengambil Ostematrix 4 biji sebelum tidur, tubuh juga rasa lebih ringan waktu bangun pagi.
  6. Saya kadangkala mengalami masalah sukar untuk membuang air besar pada setiap hari sejak lepas bersalin. Dengan izin Allah, Ostematrix memang sangat membantu saya kerana sekarang, saya tiada masalah sembelit lagi..Alhamdulillah..Oh ya, saya selalu cadangkan Ostematrix ni pada rakan-rakan dan customer yang sedang berpantang. Memang tak sembelit langsung selepas bersalin...dengan izin Allah juga..

Kalau dilihat senarai sebab saya ambil Ostematrix ni memang macam banyak sangat masalah saya dulu, kan??Alhamdulillah, sejak amalkan Shaklee memang kesihatan saya lebih banyak improve..

Sekurang-kurangnya saya berikhtiar untuk meningkatkan tahap kesihatan diri dan keluarga..dan jika anda tanya pada saya, apa supplement yang patut diambil semua orang..pastinya Ostematrixlah!!




Sempena bulan promosi Ostematrix ini, jangan lepaskan peluang mendapatkan 1 set 6 botol Ostematrix dengan harga RM366 sahaja dan anda akan dapat percuma 1 botol Ostematrix yang bernilai RM61 bagi setiap botol. Kalau nak beli satu botol juga boleh..

Nak harga ahli?
Boleh..dengan syarat anda mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu dan dapatkan penjimatan 25%-30% dengan keahlian seumur hidup. Lepas dah daftar baru saya terangkan betapa jimatnya anda membeli sebagai ahli...

Semoga anda mendapat info yang bermanfaat dari perkongsian ini dan dapat membantu orang2 yang memerlukannya di sekeliling anda..aameen..

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Raihana Ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Tuesday, April 01, 2014

Pengedar Shaklee di Putrajaya, Bangi, Dengkil


Assalam..

Saya nak perkenalkan seorang lagi rakan pengedar Shaklee saya di Putrajaya iaitu Sahida Wahab. Beliau merupakan kawan saya sejak di sekolah lagi.
Boleh panggil "C-da atau Puan C-da jer"



Blog: http://vita-house.blogspot.com/
sms @ whatsapp @ hubungi 012-9547542
sahida wahab
id no : 962831
"pengedar Shaklee anda"

COD AREA ; Putrajaya, Bangi dan Dengkil


Untuk pertanyaan tentang produk sila hubungi:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Pengedar Shaklee di TATIUC dan Kemaman

Assalam..

Anda mencari pengedar Shaklee di TATIUC dan area berdekatan di Kemaman?
Boleh hubungi rakan partner saya ni..

Puan Raja Siti Adiimah..
Call/sms/whatsapp: 0129522725
Blog: http://umiamar.blogspot.com



Beliau bekerja di TATIUC aje..insyaaAllah, by pos dan COD available
COD area Telok Kalong, dan berdekatan TATIUC..Juga di Dungun pada hujung minggu..

Orang2 kemaman bleh contact beliau yer..



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.