PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL

PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL
Daftar ahli Shaklee secara percuma dengan pembelian sekurangnya 2 botol VIVIX atau belian sekurangnya 200uv. Istimewa buat pembelian VIVIX 2 botol anda akan jimat hingga rm40+ daripada harga ahli apabila anda mendaftar AHLl SHAKLEE. Tawaran Istimewa ini SAH sehingga 30 NOV 2017. Whatsapp 0199387282 sekarang!

Sunday, May 25, 2014

Cara makan Set Berpantang dan Pembedahan Shaklee

Assalam..

Sebelum ini anda mungkin ada pengalaman dengan set berpantang yang lain, namun apa salahnya kali ini anda mencuba set berpantang Shaklee..
Bagaimana Set Berpantang @ Set Pembedahan Shaklee boleh membantu anda? Apakah kelebihan Set Berpantang Shaklee?
Boleh baca selanjutnya di sini

Apa yang ada dalam Set Berpantang Shaklee?


Mungkin anda telah mendapatkan set pantang Shaklee di atas. Bagaimana dengan cara pengambilannya?

Di sini saya sertakan panduan jadual pengambilan bagi Set Berpantang dan Pembedahan Shaklee..


InsyaaAllah, saya menawarkan konsultasi PERCUMA beserta tips ekslusif mengenai cara memilih set berpantang ini, cara makan dan kelebihannya khusus untuk pelanggan yang membeli dari saya, Raihana..


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Set Bajet Kombinasi ESP Shaklee

Assalam..

Anda peminat tegar ESP?
Inginkan ESP dalam setiap set yang anda cuba?

Haa..
Ini adalah saranan set bajet kombinasi ESP yang saya biasa cadangkan kepada peminat setia ESP..
Selalu jugak kalau saya cadangkan sebarang set yang tiada ESP bersamanya, peminat setia ESP ni selalunya akan tanya balik..Set ni tak ada ESP ke??

Jadi, ini adalah alternatif SET BAJET DENGAN KOMBINASI ESP yang saya cadangkan berdasarkan keperluan minimum bagi setiap fungsi set tersebut...




Amacam??

Baru puas hati bila tengok setiap set ni ada ESP, kan?
Nak tau kenapa ESP ni special sangat..Jemput baca ni..


Jika berminat nak order, CALL@Whatsapp@snm SEKARANG!!!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, May 22, 2014

Tips tambah berat badan

Assalam..

Hmm..saya pilih tajuk ini untuk entri kali ini kerana sejak akhir-akhir ini, ramai pula customer yang merisik-risik dan bagitau nak order Set Tambah Berat Badan Shaklee..so, sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya nak kongsi juga beberapa tips mudah yang anda boleh lakukan untuk mempercepatkan lagi proses menaikkan berat badan.



8 Tips menambah berat badan

  1. Makan 5 kali sehari dan meningkatkan pengambilan kalori. Pilih makanan yang tinggi kalori, protein dan mineral pada waktu sarapan pagi terutamanya. Sebagai contoh bagi makanan tinggi kalori anda boleh memilih roti putih atau nasi. Kalori bagi roti adalah lebih tinggi daripada nasi. Pasta (sphagetti dan macaroni), kekacang (atau peanut butter) dan susu juga sesuai diambil untuk menambahkan kalori. Jika mengambil buah, pilihlah buah yg mempunya kalori yg tinggi, contohnya avocado.
  2. Makan dengan lebih kerap, menyediakan makanan yang mudah seperti sandwich untuk minum pagi juga OK.
  3. Perbanyakkan pengambilan protein dalam diet sehari, Protein membantu menjaga otot serta menghindari lemak dari terkumpul apabila berat badan bertambah
  4. Dapatkan tidur yang cukup. Semasa tidur, organ pencernaan kita bekerja dua kali lebih cepat. Makanan yang ada di rongga pencernaan akan segera diproses dan diserap. Oleh sbb itu, apabila kita memperbanyak tidur, maka semakin banyak nutrisi yang diserap tubuh. Itulah alasan mengapa sewaktu bangun dari tidur perut kita mudah terasa lapar semula.
  5. Makan sebelum tidur. Dengan makan sebelum tidur akan meningkatkan serapan nutrien dalam badan tanpa ditukar kepada bentuk tenaga dan dicernakan
  6. Konsistenlah dalam mengawal diet, jika anda mahu menambah berat badan anda juga perlu konsisten dalam pemakanan dan pengambilan supplemen juga boleh membantu untuk menambah berat badan.
  7. Bersenamlah secara teratur. Membuat senaman beban yang dapat meningkatkan dan memejalkan otot. Lebih pejal otot-otot anda, maka berat anda juga semakin meningkat. Pastikan anda meningkatkan otot sahaja dan bukannya mengumpul lemak dalam badan. Anda boleh menggunakan apa sahaja alat untuk senaman beban.  Lakukan latihan bebanan yang bersifat compound iaitu latihan yang melatih banyak otot dalam satu pergerakan. Contohnya seperti squat, bench press, deadlift dan pull up.
  8. Hindari Stress. Kenapa stress boleh menyebabkan anda sukar naikkan berat badan? Ya, stress atau tekanan boleh menyebabkan anda hilang kawalan pemakanan. Anda mungkin boleh hilang selera makan atau makan terlampau banyak.
Set Tambah Berat Badan Shaklee

Shaklee juga mempunyai vitamin yang sesuai untuk menambah berat badan seperti di bawah:


Jika anda berminat nak mencuba alternatif dari Shaklee bolehlah menghubungi saya sekarang!!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Wednesday, May 21, 2014

Wajah baru, semangat baru!!

Assalam..

New Mauceriasokmo!! Untuk makluman, anda memang masih berada dalam Blog Mauceriasokmo kepunyaan elRaihan@Raihana..

Cuma kali ini, saya selaku tuan rumah terasa nak tukar skin blog ini untuk mood yang baru...Blog yang lalu adalah templat asal sejak saya mula-mula menjadi Shaklee Distributor hampir setahun yang lalu..Alhamdulillah, kali ini saya dah upgrade sikit wajah "Mauceriasokmo" sempena new rank saya dalam Shaklee Mac yang lalu sebagai Supervisor Shaklee..alhamdulillah, dapat juga saya naik rank ini dan merasa bonus 4 angka sebelum menyambut ulangtahun pertama saya sebagai pengedar Shaklee Jun ini..

Alhamdulillah..walaupun agak lambat saya naik rank, tapi saya yakin, Allah telah menyediakan peluang yang lebih baik untuk saya pada masa hadapan. Genap setahun Jun nanti, saya akan melepaskan jawatan saya sebagai pensyarah dan meneruskan cita-cita saya untuk menjadi WAHM(Working at home Mom) @ Shaklee Fulltimer..DEMI ANAK DAN SUAMI TERCINTA..doakan yer..semoga tercapai hasrat saya untuk membantu lebih ramai orang untuk sihat dengan Shaklee, untuk menjana pendapatan bersama Shaklee dan membantu suami dan keluarga yang saya sayangi..insyaaAllah, jika Allah meminjamkan saya sedikit kemampuan,  saya juga ingin menjadi salah seorang daripada mereka yang menyumbang untuk jemaah Islam...TAK SALAH MENJADI KAYA untuk meningkatkan kemampuan berinfak dan membantu orang lain yang memerlukan..semuanya telah saya letak dalam wishlist saya..dan saya visualkan pada vision board Shaklee saya yang baru..

Hampir setahun yang lalu jika anda masih ingat dalam pos terawal saya..saya menyatakan rasa kagum dengan adik saya, Ida yang telah menjana pendapatan sampingan 4 angka sebulan setelah setahun berbisnes dengan Shaklee..alhamdulillah, sekarang Ida telah berjaya mendapat partime income 5 angka secara stabil setelah 2 tahun berbisnes Shaklee..sangat mengujakan mendengarnya, bukan? Saya juga tumpang gembira melihat pencapaian beliau..InsyaaAllah, saya juga akan menyusul nanti..asalkan saya kuat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya..mohon doakan saya yer..SEMOGA RAIHANA AKAN MENJADI SEORANG WAHM DENGAN INCOME 5 ANGKA TAHUN 2015. Aaameen..Itulah hasrat saya..

Untuk mencapainya banyak yang perlu saya korbankan buat masa sekarang..masa, wang, tenaga dan air mata menjadi taruhan untuk saya berjaya dalam Shaklee dengan izin Allah..walaubagaimanapun, saya yakin tentang satu hal...

"JIKA SAYA MENJAGA HAK ALLAH, PASTI ALLAH JUGA AKAN MENJAGA HAK SAYA"

"JIKA SAYA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH, SAYA PASTI AKAN BERJAYA"

"SAYA SUDAH SELANGKAH KE HADAPAN..".ANDA??

Semoga rupa baru Mauceriasokmo ini akan menjadikan blog ini lebih baik..rupa luaran memang penting, tetapi isinya adalah lebih penting..Jika ada sebarang topik berkenaan Shaklee, atau tips kesihatan yang anda ingin saya kongsikan di sini, sila2 lah emel saya atau sms cadangan anda kepada saya..Raihana-019-938 7282... insyaaAllah, saya akan cuba menambah lebih banyak info dan tips kesihatan di sini untuk rujukan anda. Sila follow blog ini untuk mendapatkan update entri saya yang terkini.

JIKA ANDA JUGA BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN BERSAMA KAMI, BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA SEPERTI TALIAN DI ATAS..




Sunday, May 18, 2014

Masalah bayi baru lahir

Assalam..

Anda baru pertama kali menjadi ibu? Tentunya panik bila tiba-tiba anak menangis tanpa henti..Bagaimana anda nak mengenalpasti masalah yang berlaku pada bayi anda yang baru lahir dan apakah yang perlu anda lakukan untuk membantu bayi anda??

InsyaaAllah, akan saya jelaskan serba sedikit ilmu yang saya dapat daripada rujukan orang yang lebih berpengalaman (ibu, ibu mertua, nenek, bidan, nurse dan pengalaman sendiri) dan apa yang saya dapat dari bacaan internet yang dapat saya kumpulkan berkenaan masalah bayi baru lahir ini..


Bayi anda ada masalah seperti di bawah?



  • Muntah setelah menyusu




Bayi muntah susu adalah biasa bagi bayi yang baru lepas menyusu. Semua bayi akan memuntahkan sedikit susu ibu setelah menyusu. Biasanya ia kerana belum disendawakan. Terdapat kajian yang pernah saya jumpa menyatakan bayi yang menyusu susu ibu tidak perlu disendawakan kerana sifat susu ibu itu sendiri adalah mudah hadam..apapun, untuk memastikan anak anda tiada masalah setelah minum susu, adalah lebih baik jika anda membantu bayi anda untuk sendawa terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, bagi memastikan bayi dapat sendawa dan lebih selesa, dukung bayi dengan posisi menghadap ke tubuh anda dan biarkan kepalanya di bahu anda. Bantu dengan tepukan ringan di belakangnya. Anda perlu bertemu doktor apabila bayi anda tetap muntah walaupun tidak menghabiskan susu, apatah lagi jika diikuti cirit-birit.


  • Menangis tanpa henti




Menangis merupakan salah satu cara bayi berkomunikasi dengan anda. Anda boleh mengenalpasti  jenis tangisan bayi anda samaada dia sedang lapar, tidak selesa atau rasa terancam atau takut. Bayi sebenarnya ingin memberitahu jika dia lapar, dahaga atau merasa tidak selesa. Ibu harus panik apabila bayi menangis berterusan selama beberapa jam, terutama pada waktu petang. Kemungkinan bayi terkena kolik(kembung perut).

Jika bayi menangis pada waktu tertentu sahaja seperti waktu maghrib atau lewat petang, jika anda adalah muslim, anda digalakkan membacakan alfatihah dan ayat kursi 7x dan menghembusnya pada ubun2 bayi sambil memeluknya...elakkan bayi anda memandang ke atas dan sapulah matanya juga setelah ayat kursi dibacakan..hal ini berkemungkinan bayi anda diganggu oleh "benda ghaib" yang tidak dapat dilihat manusia biasa dan hanya bayi yang Allah izinkan melihatnya.

Petua ini saya dapat daripada NurulAzam

Isikan air kosong ke dalam bekas yang boleh ditutup, bacakan:-
1. surah Al-Fatihah
2. ayat Kursi
3. ayat 3 Qul
4. surah Al-Imran (dari ayat 135 – 138)
5. surah An-Nisaa (ayat 76)
6. surah Al-An’aam (ayat 1 – 3)
7. surah Al-A’raf (ayat 54 & 55)
8. surah Ibrahim (ayat 11 & 12)
9. surah Al-Isra’ (ayat 44 – 46)
10. surah Al-Kahfi (ayat 10 – 13)

Air yang telah dibacakan surah-surah di dalam Al-Quran tu perlu disapukan ke seluruh badan anak termasuk kepala & muka. Kemudian, bagi minum sikit. Azankan ke telinga kanan anak sebanyak 3x. Insha Allah, tangisan akan mulai berhenti. Kalau ada baki air tu simpan untuk kegunaan masa depan, manalah tau jika perkara sama terjadi lagi.


  • Kulit kering dan mengelupas




Ramai bayi yang baru lahir memiliki kulit kering, mengelupas dan tidak kurang juga memiliki tanda lahir. Tidak perlu bimbang kerana ia akan hilang dengan sendirinya. Ini adalah proses "bersalin kulit" yang biasa bagi bayi. Bagaimanapun anda perlu risau jika kulit bayi anda terlalu kering dan mengelupas berubah kemerahan dan membuatkan bayi tidak selesa kerana gatal. Bahagian celah paha bayi juga adalah sangat sensitif dan mudah terkena ruam. Jika bayi anda mengalami kemerahan pada banyak bahagian badan, mungkin bayi anda terkena ekzema atau ruam yang menyebabkannya tidak selesa dan menangis.

Jika bayi anda mengalami ekzema, sila dapatkan nasihat doktor dengan segera untuk rawatan. Jangan mengambil sebarang krim tanpa nasihat doktor kerana mungkin krim tersebut tidak sesuai untuk bayi baru lahir. Anda juga mungkin perlu berpantang makan makanan yang boleh menyebabkan ekzema walaupun anda tidak mengalami ekzema jika bayi anda menyusu dengan susu anda.


  • Najis bayi di luar kebiasaan




Lazimnya najis pertama bayi berwarna hitam kehijauan, melekat dan cenderung berbau seperti susu masam atau basi. Kemudian secara berperingkat akan bertukar warna kekuningan apabila bayi mula menyusu lebih banyak dengan susu badan. Warna najis sangat penting sebagai penunjuk pencernaannya normal atau sebaliknya. Anda harus panik apabila keadaan najisnya seperti itu (berwarna hitam kehijauan dan melekat) berlangsung hingga 48 jam. Kemungkinan terdapat gangguan dalam pencernaannya atau kandungan zat besi yang terlalu tinggi.

Jika bayi membuang air besar bercampur darah, segeralah bawa berjumpa doktor kerana mungkin bayi anda mempunyai masalah dalam perut..


  • Bayi tidak dapat menyusu





Sekiranya bayi tidak dapat menyusu, sila pastikan apakah sebabnya. Bayi yang sumbing lelangitnya mungkin tidak dapat menelan dengan baik, maka doktor akan menunjukkan cara penyusuan yang lebih baik bagi bayi seperti ini. Kemudian, pembedahan yang sesuai boleh dibuat bagi menutup lelangit atau bibir yang sumbing. Bayi yang terlalu lemah juga kerap tidur dan enggan menyusu.

Pemeriksaan darah, penentuan gula dalam darah dan tube feeding (penyusuan menggunakan tiub) perlu dibuat di 'Special Child Nursery' yang ditubuhkan di hospital-hospital). Ibu-ibu yang  mempunyai masalah begini memerlukan khidmat nasihat daripada pakar kanak-kanak kerana penjagaan anak-anak seperti ini tidak sama seperti bayi normal.




Bagi bayi normal yang tidak mengalami masalah sumbing lelangit, tetapi masih tidak dapat menyusu, mungkin di dalam mulut atau tekaknya terdapat kulat susu atau 'thrush'..Thrush ini boleh hilang dengan sendiri..namun masih memerlukan anda membawa bayi anda berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat sapu yang sesuai.

Antara punca berlakunya thrush ialah:
1) payudara ibu telah dijangkiti kulat & ia berpindah ke mulut anak semasa menyusukan.
2) puting botol susu yang tidak bersih.
3) bayi minum sisa susu tepung yang tamat tempoh pada bahagian bawah bekas yang tidak dihabiskan.


  • Bayi tidur terlalu lama




Seronok dapat tengok bayi tidur nyenyak, kan? Tapi awas, jangan biarkan bayi anda tidur terlalu lama tanpa pengawasan. Biasanya, tidur yang melampau berlaku kerana bayi lemah dan kurang gula dalam darahnya. Sesekali, periksalah keadaan bayi anda.

Tidur bayi baru lahir hingga berusia tiga bulan.

Bayi dalam lingkungan usia ini memerlukan tidur antara 16 hingga 20 jam sehari dalam jangka masa antara satu setengah jam hingga lima atau enam jam setiap kali pada siang hari. Ketika ini, waktu makan dan tidurnya akan bersilang. Ada bayi yang tidur sepanjang malam apabila mereka berusia empat atau enam minggu tetapi itu bukan kebiasaannya.

Tidur bayi tiga hingga enam bulan.

Daripada usia tiga hingga 12 bulan ke atas, bayi akan tidur antara 14 hingga 15 jam secara keseluruhannya. Mereka cenderung untuk tidur antara enam hingga lapan jam pada waktu malam dan akan terjaga sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh waktu itu dan perlu ditenangkan, disusui sebelum dia tidur kembali.



  • Bayi Tidak Kencing




Pada awal kelahiran pundi kencing bayi kita masih kosong dan ia tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Pada kebiasaannya bagi bayi yang berusia 6 minggu, ia akan membuang air kecil 20 - 30 kali setiap 24 jam. Namun ini tidaklah bermakna kita perlu menukar lampinnya sekerap itu. Apa yang penting kita perlu pastikan lampinnya tidak terlalu basah dan tidak dibiarkan terlalu lama.
Bayi yang tidak kencing menunjukkan bayi mengalami dehidrasi (kurang cecair dalam tubuh). Sekiranya tidak cukup air, bayi tidak kencing, menjadi resah dan menangis tanpa air mata. Ia cukup berbahaya kerana boleh merosakkan buah pinggang bayi.

Bagaimana kita boleh kenal pasti bayi telah membuang air kecil secukupnya?
Petunjuk terbaik yang dapat membantu anda memonitor lampin bayi ialah berat lampin. Jika selama 3 jam atau lebih lampin bayi anda masih kering bererti bayi anda telah terdehidrat.

Awasi Tanda-Tanda Bahaya Pada Bayi

Secara ringkasnya, jika bayi anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, silalah bawa bayi anda berjumpa dengan doktor dan dapatkan pemeriksaan segera.

  • Berterusan menangis dan sukar berhenti.
  • Terlalu banyak tidur dan enggan bangun.
  • Berat badan tidak bertambah atau makin berkurangan selepas 2 minggu.
  • Buang air besar bercampur darah atau najis kehitaman.
  • Tidak kencing atau buang air besar.
  • Kuning (pada kulit)
  • Muntah terlalu banyak.
  • Perut kembung dan keras.
  • Pusat berbau busuk dan tidak sembuh (berair)
  • Demam panas
Rujukan:

Sebolehnya kita inginkan bayi kita sentiasa dalam keadaan sihat dan cerdas setelah lahir..
Adakah bayi memerlukan suplemen untuk kesihatan?

Tidak, bayi di bawah umur 1 tahun tidak digalakkan diberi suplemen tambahan. Susu ibu dan makanan bayi yang sesuai bagi bayi 6 bulan ke atas sudah memadai. Walaubagaimanapun, bagi ibu yang menyusu anda boleh mencuba Set Penyusuan Shaklee untuk membantu anda menyusu bayi anda dengan lebih baik dan cergas sepanjang tempoh penyusuan. Ramai yang telah mencubanya termasuk saya sendiri..anda juga boleh mendapatkannya daripada saya, Pengedar Shaklee anda..



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, May 08, 2014

Mealshakes tidak selamat untuk kanak-kanak?

Assalam..

Bulan ini semua pengedar Shaklee sibuk mempromosikan mealshakes untuk kanak-kanak..Bagi ibu-ibu yang dah beli mealshakes, sila baca pos ini terlebih dahulu..baca sampai habis ya...


Ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum memberikan mealshakes untuk anak anda..

Awas!! Mealshakes tidak sesuai diberikan kepada anak anda jika...

Anak anda alah pada kacang soya dan susu lembu

Jika anak anda memang alah kepada kacang soya, susu lembu dan lactose intolerance, Mealshake Shaklee memang tidak sesuai untuk anak anda. Hal ini kerana Mealshake Shakle mengandungi sumber kacang soya, susu lembu dan sedikit laktosa. Begitu juga bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah G6PD.

Bagi anak-anak yang tiada masalah alah kepada kacang soya dan susu lembu memang tidak menjadi masalah. hal ini kerana bahan – bahan yang digunakan adalah bahan – bahan yang semulajadi. Kacang soya dan lactalbumin (sejenis susu) adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sel tubuh kita.

Anak anda berumur kurang daripada setahun


Makanan terbaik bagi anak-anak di bawah umur 1 tahun adalah susu ibu..Suplemen Shaklee tidak sesuai diberikan untuk anak-anak di bawah umur 1 tahun. So, jangan sesekali memberikan anak anda meal shakes kerana ia tidak diformulasi untuk anak-anak pada usia ini. Susu ibu adalah makanan terbaik bagi anak-anak di bawah 1 tahun sehinggalah 2 tahun. Walaubagaimanapun, ibu bapa sudah boleh memperkenalkan anak-anak dengan makanan yang sesuai untuk mereka apabila telah masuk 6 atau 7 bulan.





Jika anak anda tidak termasuk dalam kategori di atas, maka meal shakes memang selamat untuk anak anda asalkan tidak diberikan dalam serving size yang berlebihan.

Jadi, janganlah anda risau yer..





Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu, Padang Midin ke Gong Datuk

Assalam..

Hari ni saya nak perkenalkan sepasang suami isteri yang ceria ni..Pengedar Shaklee di area sekitar Padang Midin hingga ke Gong Datuk..memandangkan mereka ni selalu berulang alik dari Padang Midin dan Gong Datuk, maka tiada masalah bagi mereka untuk membuat penghantaran Shaklee di sekitar kawasan tersebut.

Aliffadillah, Aisyah  dan Siti Nadiah

Mereka ni sebenarnya bermula sebagai pengguna Shaklee especially Nadiah, adik saya...Nadiah dah mula makan Shaklee sejak berkahwin, waktu hamil hinggalah tempoh berpantang. So, beliau memang berpengalaman bab cara mengambil Shaklee ni..Owh, yer..yang chumel tu anak saudara saya yang baru, si kecik Aisyah Madihah..baby Shaklee ni tau!!

Kepada anda di kawasan sekitar Kg Padang Midin dan laluan dari Padang Midin ke Kg Gong Datuk yang berminat nak mendapatkan produk Shaklee daripada mereka secara COD atau pos bolehlah berhubung terus dengan mereka ni seperti di bawah:

Tel (Nadiah): 0197000938
emel: sniar11@gmail.com
Blog: 


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.