PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL

PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL
Daftar ahli Shaklee secara percuma dengan pembelian sekurangnya 2 botol VIVIX atau belian sekurangnya 200uv. Istimewa buat pembelian VIVIX 2 botol anda akan jimat hingga rm40+ daripada harga ahli apabila anda mendaftar AHLl SHAKLEE. Tawaran Istimewa ini SAH sehingga 30 NOV 2017. Whatsapp 0199387282 sekarang!

Sunday, June 29, 2014

Cergas berpuasa dengan Set Mighty 3 Gems Shaklee

Assalam..

Ramadhan Kareem..hari pertama puasa yang sangat tenang rasanya..
Macamana puasa anda hari ni? Tetap ceria atau ada yang dah separuh pengsan nak teruskan puasa? Haa..anda harus cuba set Mighty 3 Gems Shaklee ni...kalau nak jadikan sahur segera juga boleh especially bagi yang hampir 'terbabas' dah tu..insyaaAllah, anda masih mampu bertahan dan cergas sepanjang berpuasa.

Saya dan anak-anak memang sukakan set ni..dan insyaaAllah, sangat membantu bagi anak-anak yang baru belajar berpuasa..Ibu hamil dan ibu menyusu juga boleh minum.

Apa dia set Mighty 3 Gems tu?



Meal shakes:

Dengan rasa french vanilla yang lazat, anak-anak pun pasti sukakannya..Meal shakes merupakan minuman dengan multivitamin lengkap untuk kanak-kanak..di samping memberikan tenaga segera  untuk kanak-kanak..disarankan membancuh meal shakes untuk anak-anak yang ingin berpuasa dan sesuai diminum ketika sahur..saya suka membancuhnya dengan milo untuk bancuhan suam atau bancuhan sejuk dengan sunquick atau mealshakes dengan sedikit kordial root beer yang digoncang..umphh..memang rasa ala float A&W dengan ais krim vanila..


ESP:

ESP adalah minuman berprotein soya non gmo. Banyak kelebihan ESP untuk wanita dan golongan ibu terutamanya..pakej bonus untuk para ibu yang digemari ramai adalah kerana ia membantu menyokong penyusuan susu ibu di samping memberikan kulit yang lebih cantik dan sihat. Protein amat diperlukan untuk pembinaan sel baru dengan lebih baik, membantu memudarkan parut dan ESP juga mampu membantu meneutralkan perut yang berasid. Kandungan indeks glisemiknya yang rendah (GI rendah) menjadikannya sangat sesuai juga bagi pesakit Diabetes atau pesakit Gastrik. Apabila indeks glisemik lebih rendah, maka penukaran makanan menjadi tenaga juga berlaku secara perlahan menyebabkan anda berasa kenyang lebih lama setelah meminumnya..


Perfomance Drink:

Percaya atau tidak, Shaklee Performance Drink terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi yang lebih baik berbanding air. Tambahan pula, Performance Drink mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Lagipun ia tidak berkarbonat dan berfungsi memberikan tenaga segera untuk anda sebagaimana anda meminum minuman isotonik.. Cumanya takde lagi risau nak bagi kat anak-anak sebab ianya tidak bergas..Lagipun rasa orennya semulajadi dan sangat sedap dibancuh bersama meal shakes juga. Yang pastinya si ayah juga punya minuman tenaganya sendiri sewaktu berbuka. Boleh bancuhkan segelas Perfomance Drink dan diminum sebelum bersolat terawikh..anda akan dapat rasakan perbezaanya, insyaaAllah..









Anda nak cuba? InsyaaAllah, sangat sesuai untuk sekeluarga..
Boleh hubungi saya seperti di bawah..dengan pembelian set ini, anda layak mendapat konsultasi percuma dan resepi-resepi bancuhan istimewa dengan set 3gems ini..

Anda nak order sendiri terus dari sistem kami?


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Saturday, June 28, 2014

Ahlan wa sahlan yaa Ramadhan..

Assalam..

Lagi beberapa minit kita akan masuk bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya penuh rahmat dan barokah..

Saya ingin mengambil kesempatan ini memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang salah silap tanpa saya sedari melalui penulisan saya dalam blog ini.. Segalanya ikhlas saya lahirkan dari hati berdasarkan ilmu, pembacaan dan pengalaman saya sepanjang menjadi sid shaklee..

Saya doakan semoga dipanjangkan umur untuk terus berkongsi dengan anda..satu keputusan besar telah saya buat bersempena bulan ini..bermula 3 Ramadhan, saya akan bergelar wahm setelah setahun saya bersama shaklee sebagai sid..dan setelah hampir 4 tahun saya sebagai pensyarah di University College Bestari..semuanya kerana saya ingin menumpukan perhatian kepada keluarga dan bisnes shaklee yang sedang saya usahakan..saya juga berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang graphic printing suatu hari nanti..apa yang paling penting, saya inginkan kebebasan bersama keluarga dan masa yang lebih fleksibel..

InsyaaAllah..saya akan melakukan yang terbaik demi suami, anak2 dan keluarga tersayang..mereka adalah push factor saya dalam apa jua yang saya usahakan..

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik buat kita semua..

Anda ingin menjana pendapatan dari rumah dan menjadi wahm working at home mum seperti saya?

Shaklee mungkin salah satu caranya..
Izinkan saya berkongsi pengalaman ini dengan anda..mudah-mudahan Ramadhan ini adalah titik bermulanya anda untuk menjadi wahm setahun akan datang seperti saya..

InsyaaAllah..anda harus yakin anda juga boleh..


..kerana Allah telah menjawab doa2 saya setahun yang lalu...

Baarokallaahulakum..

Set Kecantikan Shaklee yang tahan 4 bulan!!

Assalam..

Set kecantikan Shaklee adalah antara set yang saya suka selain set penyusuan Shaklee..sebenarnya dah hampir 8 bulan sejak saya mula ambil set kecantikan ni..saya ambil vita e, vita c dan esp secara konsisten dan sesekali saya ambil b-complex jika stress dan terlalu letih..

Nak tahu apa berlaku selepas 8 bulan? Antara perubahan yang paling ketara yang saya alami ialah tiada lagi blackhead di hidung dan pori di muka dah makin mengecil, jeragat lama akibat pigmentasi semakin pudar dan bukan saja pada kulit muka, tapi kesan stretchmark sejak melahirkan juga semakin kurang..maklumlah, saya mengalami kenaikan berat badan lebih 20kg daripada 52kg berat asal dan mengalami penurunan yang banyak juga selepas melahirkan..

Apa yang ada dalam Set Kecantikan Shaklee?
Vita-E, Vita-C, B-Complex
Add On ESP Shaklee

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
-Memelihara kesegaran dan keremajaan kulit
-Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
-Menjaga kelembapan kulit
-Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
-Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
-Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen semulajadi kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
-Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
-Sebagai pelembap
-Mencegah pigmentasi
-Melambatkan tanda penuaan
-Mengurangkan stress penyebab jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
-Membantu mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
-Melambatkan kesan penuaan
-Menjadikan kulit lebih kenyal
-Membantu mencerahkan kulit
-Menjaga kulit dari sinaran UV
-Mengurangkan parut jerawat
-Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
-Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan


Nak tau apa kata mereka yang dah cuba?
Boleh baca testimoni mereka ni..

Berminat nak cuba? Anda juga boleh memilih samaada inginkan set lengkap atau set bajet. 
Boleh hubungi saya Raihana-0199387282

Tuesday, June 24, 2014

Koleksi testimoni Set Kecantikan Bajet: Vita-E dan Vita-C Shaklee

Assalam..

Anda jumpa entri ini sebab anda nak tau sejauh mana keberkesanan dan kebaikan Vitamin E ni, kan? Alhamdulillah, hari ini saya nak berkongsi testimoni pengguna-pengguna Vitamin E ni..Owh, sebelum tu..anda dah tau ke rahsia kelebihan Vitamin E ni? Klik dan baca Rahsia Kelebihan Vitamin E dan Vitamin C Shaklee ni dulu yer..

Harini saya nak kongsikan dengan anda testimoni yang telah diberikan oleh pengguna Vitamin E..kebanyakan mereka mengambilnya untuk masalah kulit berjeragat, kulit berparut, kulit berjerawat dan kulit yang bermasalah akibat kecederaan. Alhamdulillah, saya pun suka sangat kalau ambil Vita E ni bersama dengan Vita-C..memang kesannya lebih ketara..pigmentasi lama waktu hamil dulu semakin hilang dan pudar. Kulit rasa lembut n lembap selalu.xpernah lagi menggelupas sejak mengambil Vita-E dan Vita-C...liang pori di hidung memang dah mengecil dan tak nampak mana dah..tambah pulak saya juga amalkan ESP untuk membantu penyusuan..memang sangat puas hati..alhamdulillah, Allah izinkan berkesan dengan saya dan mereka ni...










Alhamdulillah..berkesan bagi mereka..Vita E dan Vita C ni adalah set kecantikan bajet juga yer..
Jika berminat boleh lah berhubung dengan saya seperti di bawah. Khidmat konsultasi percuma khas untuk customer saya..Lagi murah dan jimat sangat banyak jika anda berniat nak beli sebagai ahli..Hubungi saya sekarang!!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Sunday, June 22, 2014

Tanda-tanda kolestrol tinggi dan cara mengatasinya

Assalam..

Kolestrol tinggi memang masalah yang amat ditakuti..kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari..Orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolestrol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..Dalam entri yang lalu saya ada berkongsi mengenai masalah kolestrol tinggi, punca dan bahayanya bagi mereka yang mempunyai kadar kolestrol yang terlampau tinggi dalam darah.


Jom kita periksa tanda-tanda di bawah. Adakah anda sebenarnya mempunyai paras kolestrol yang tinggi tanpa anda sedari?

Berikut adalah panduan untuk mengukur kadar bacaan kolestrol:

Kadar Kolesterol :

Kadar kolesterol NORMAL: jika kolesterol kurang dari atau sama dengan 200 mg/dL.
Kadar kolesterol SEDERHANA TINGGI: jika kolesterol berada pada 200-239 mg/dL.
Kadar kolesterol yang berisiko tinggi atau BERBAHAYA, jika kolesterol lebih dari 240 mg/dL.

Berapa banyak jumlah kolestrol yang selamat untuk anda ambil?

Berapa banyak jumlah kolestrol yang anda telah ambil setiap hari? Ini adalah jumlah kolestrol bagi menu yang biasa diambil rakyat Malaysia.  Bandingkan.

Tanda-tanda Kolestrol Tinggi

Jom periksa samaada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah.

  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.  
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu anda lakukan?

Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Ingin tahu amalan untuk mengurangkan kolestrol anda yang paling mudah?
Menurut satu sumber, cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul. 


Halang Kolestrol Jahat dengan Shaklee!!


Shaklee juga telah mengeluarkan suplemen khas untuk membantu menurunkan dan menghalang kolestrol daripada terkumpul menjadi plak dalam darah dengan fitosterol. Phytocol ST, produk terbaru yang telah dilancarkan pada 7 Jun 2014 yang lepas sewaktu National Conference Shaklee 2014.



Testimoni pengguna Phytocol ST yang menjadi sebahagian daripada mereka yang telah mencuba sendiri produk ini sebelum dilancarkan.

 Untuk maklumat lanjut mengenai produk Phytocol ST, akan saya kongsikan dalam entri saya pada masa akan datang. Anda juga boleh mendapatkan Phytocol ST secara terus melalui saya, Pengedar Shaklee anda yang sah..

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Set Kesuburan Lengkap dan Set Kesuburan Bajet Shaklee

Assalam..

Anak adalah anugerah terindah bagi setiap pasangan suami isteri..Alhamdulillah, Allah mempermudahkan saya untuk mendapat cahaya mata..dapat bergelar ibu dalam usia saya masih 22 tahun..namun saya juga masih punya kawan-kawan yang belum hamil walaupun dah bertahun-tahun kahwin..Selepas beberapa orang customer saya berjaya hamil setelah mencuba set ini, saya memang sangat-sangat menggalakkan kawan-kawan dan customer saya yang ada masalah ini turut mencuba..alhamdulillah, ada yang telah berjaya hamil..dan ada yang dah selamat bersalin pun..alhamdulillah..seronok dapat berkongsi mengenai set ini kepada mereka..

Set Kesuburan Shaklee terdiri daripada beberapa item seperti berikut:

Set Kesuburan Shaklee


Bagaimana set kesuburan Shaklee membantu pasangan yang berhasrat untuk memiliki cahayamata?



Walaubagaimanapun, bagi mereka yang agak low budget dan berhasrat nak mencuba set bajet pun boleh:

Set Kesuburan Bajet

Saranan Doktor:



Tak tahu nak pilih produk yang mana? Saya boleh bantu anda..pemilihan set lengkap juga bergantung kepada masalah kesuburan anda. Boleh rujuk entri saya yang lalu berkenaan set kesuburan ini..juga disediakan panduan cara makan yang sesuai dengan masalah anda.

Lain-lain entri mengenai kesuburan:


Sebarang info lanjut bolehlah berhubung terus dengan saya yer, Raihana..

Nak Order Sekarang??Boleh KLIK di sini..setelah barang sampai, saya akan menghubungi anda untuk konsultasi cara makan bagi vitamin yang anda ambil..insyaaAllah..

Anda boleh mandapat set ini dengan harga yang lebih murah jika anda mendaftar sebagai ahli. Untuk keahlian segera, sila hubungi saya sebelum melakukan order..insyaaAllah, harga ahli yang jauh lebih jimat anda akan dapat sebagai ahli sahaja..

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
a✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, June 19, 2014

Testimoni pengguna Vita-E Shaklee untuk kulit berjerawat

Assalam..

Tempoh hari saya dah ceritakan Rahsia 25 kebaikan mengambil Vita-E Complex Shaklee, hari ni nak kongsilah sikit testimoni daripada pengguna Vitamin E ni..Vitamin E ni kebanyakannya pengguna ambil untuk masalah kulit.. tapi akhirnya dapat jugak extra advantages..siap jadi "Vitamin Cinta" bagi suami isteri..

Testimoni Pelanggan saya: Vita-E Complex

Puan A ni customer saya merangkap rakan lama di sekolah...beliau mintak pandangan saya untuk vitamin yang boleh bantu beliau kecutkan jerawat batu yang selalu menyerang di bahagian dagu dan muka.. masa tu beliau memang sangat risau sebab jerawat semakin banyak tambah pulak time raya..so, saya cadangkan Vitamin E ni dulu untuk beliau..Beliau sanggup datang ke rumah saya sendiri time minggu raya tu untuk ambil Vita-E ni..

So, ini adalah testimoni beliau sendiri. Mula2 saya tengok gambar yang di whatsapp kepada saya selepas 2 seminggu makan pun saya terkejut dah..memang lain sangat dengan masa saya tengok muka dia masa datang ke rumah..katanya serasi dengan beliau..boleh nampak jerawat yang keluar di dagu tu dah kecut dan hilang walaupun gambar selepas mkn tu di close up lagi..so, bolehlah beliau sambung beraya dengan lebih confident dan ceria..

Sebotol Vita E Complex berharga RM149 dan mengandungi 120 biji kapsul ( Sebiji sehari-tahan hingga 4 bulan)

Alhamdulillah, perubahan yang beliau dapat memang cepat..bagi mereka yang ada masalah kulit sangat berminyak, tak digalakkan ambil vitamin E yer, tapi jika perlukan juga Vitamin E Shaklee ni untuk tujuan lain tu, anda boleh mengambil Vitamin E bersama Vitamin C atau ESP untuk membantu menyeimbangkan kulit berminyak anda..Vitamin E juga boleh dijadikan sapuan atau masker untuk membantu memudarkan parut jerawat anda..

Mahukan cadangan vitamin yang sesuai dengan kulit anda?
Hubungi saya sekarang yer..

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Monday, June 16, 2014

Koleksi 20 petua kempiskan perut buncit yang berkesan!!

Assalam..

Bulan ni tema entri saya semuanya kebanyakannya mengenai kecantikan, penampilan diri dan tips suami isteri. Hari ini saya nak kongsikan pula tips dan petua untuk mengempiskan perut bagi lelaki dan wanita. Anda nak petua kempiskan perut?

Hihi..kenapa nak kempiskan pulak..bukan ke mereka yang perut buncit tu penyayang orangnya?

Macam info ni..

Bukan saya yang kata yer.. ini adalah hasil kajian. ;)


Takpelah jika anda berperut buncit, tetapi masih sihat dan tiada penyakit serius. Tapi jika anda tidak menjaga pemakanan anda, bukan sahaja perut menjadi buncit, tetapi kesihatan anda juga terjejas.
Saya nak kongsi satu fakta..
* Perempuan dengan lemak ekstra di perut, memiliki kemungkinan 30% lebih besar mengalami migrain daripada perempuan tanpa kelebihan lemak ekstra di perut, bahkan setelah memperhitungkan kegemukan secara keseluruhan.
* Lemak perut juga telah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes. Sekarang, penelitian terbaru menunjukkan, lemak perut juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mengalami migrain, paling tidak sampai usia pertengahan.
Hmm..risau jugak bila baca fakta ni..Apapun, ini adalah koleksi petua dan tips mengempiskan perut yang saya kumpulkan dari banyak sumber yang sesuai bagi lelaki dan wanita..

Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit

(Secara tradisional)

#PETUA 1 (Asam Jawa)

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


#PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

#PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

#PETUA 4 (Limau nipis, air)
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

#PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

#PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

#PETUA 7 (minyak kelapa)
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

#PETUA 8 (kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)
Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa.

Rujukan: 
Haa..yang ni pulak rutin yang perlu anda amalkan setiap hari jika anda benar-benar nak kempiskan perut.

Rakan saya juga ada beritahu, main hola hop pun insyaaAllah, boleh membantu kempiskan perut juga..katanya berkesan baginya dan mungkin juga bagi anda..so, ini adalah #PETUA 9 Kempiskan perut yer..di bawah adalah lagi 10 petua/ tips yang boleh membantu anda mengempiskan perut melalui aktiviti dan amalan anda pula...cubalah!!



#PETUA 20 Kempiskan perut dengan suplemen Shaklee

Kempiskan perut buncit dan detox dengan Herblax
RM52.50  sahaja 120 biji sebotol. Tidak perlu diambil setiap hari. Memadai 2-3x sahaja seminggu. Jimat, kan??

KEBAIKAN HERBLAX
  1. Pembersihan najis yang tersekat
  2. Merangsang usus untuk mempercepatka proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  3. Membantu masalah sembelit
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  5. Membantu mengempiskan perut dengan cara semulajadi, namun berkesan.
  6. Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba


HERBLAX  (120 biji): RM52.50
LECITHIN (180 biji): RM52.50
TOTAL HARGA SET KEMPISKAN PERUT: RM105.00

*Untuk kesan optimum, boleh diambil bersama LECITHIN untuk membantu memecahkan lemak juga pada perut dan seluruh tubuh. Setelah lemak diuraikan..ia lebih mudah disingkirkan semasa detox dengan Herblax..Anda pasti lebih teruja jika berat badan pun mula turun juga setelah pengambilan HERBLAX dan LECITHIN ini..


Hasil gabungan HERBLAX dan LECITHIN:

Melawas, toksin dan lemak degil juga boleh disingkirkan dari tubuh anda!!

Tubuh akan rasa lebih ringan, perut lebih kempis dan BONUS!! Berat pun boleh turun juga..

Jemput baca testimoni TERKINI JANUARI 2015==> Pinggang kurang seinci, berat turun 3kg dalam 3-4 minggu saja!!




PERHATIAN!!! 
Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan menghadapi cirit-birit pada peringkat awak pengambilan Herblax. Boleh mulakan ambil untuk 3 hari berturut-turut untuk permulaan sebelum mula mengambil mana-mana suplemen(untuk detox), dan kemudian memadai 2-3 x sahaja seminggu 2-4 biji setiap kali pada waktu malam sebelum tidur.  Biasanya, Herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12jam selepas pengambilan. Lebih baik diambil pada waktu malam. 
Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8biji dan boleh kembali kepada doa biasa setelah proses penghadaman/pembuangan kembali normal.

Nak lebih tips?

InsyaaAllah, akan saya kongsikan dalam entri-entri saya pada masa akan datang..Semoga anda berjaya dalam misi mengempiskan perut anda..Yang pastinya, anda juga boleh dapatkan HERBLAX SHAKLEE dan LECITHIN daripada saya, Pengedar sah shaklee anda secara COD di area Setiu@ Kuala Terengganu atau secara pos ke seluruh Malaysia..

Jika anda mempunyai kad debit atau kredit mastercard atau visa boleh juga order dari sistem shaklee terus dengan klik link di bawah ya..boleh hubungi saya 019-9387282 untuk konsultasi setelah membuat pembelian.






Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 
✐ Blog: Mauceriasokmo 
✉ Email: elraihan82@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Sunday, June 15, 2014

Tanda-tanda anda dah kurang kolagen!!

Assalam..

Sejak masuk usia 30-an ni memang kulit pun rasa dah tak "mecing" macam time anak dara dulu..(kamus teganu hari ini, "mecing"=tegang..)  opps..mungkin itulah tandanya saya perlu topup kolagen saya. Sebenarnya tiada ubat untuk "penuaan" ni..tetapi ada cara untuk memastikan anda "kelihatan lebih muda dari usia sebenar" atau dengan kata lain ada cara untuk menangguhkan kesan penuaan..Apa pulak kaitannya penuaan dengan kolagen ni?

Peningkatan usia juga menyebabkan kolagen semakin berkurang
Haa..Kolagen membentuk 70% daripada kulit dan menyokong strukturnya. Apabila kita dah berumur 25 tahun ke atas, secara perlahan-lahan badan kita akan mula kehilangan kolagen dan menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti mempunyai kedutan halus, liang-liang kulit yang membesar dan kulit dan otot mula mengendur. Kenapa penting sangat kolagen ni? Hmm..kolagen memang penting untuk kita kerana ia adalah komponen utama untuk membina blok-blok protein dalam tubuh kita. Secara semulajadinya, tubuh kita mampu membina kolagen sendiri tetapi pada masa yang sama kita juga kehilangan 1.5% setiap tahun apabila usia kita mencecah 25 tahun ke atas. So kalau kita ni jenis yang kurang jaga kesihatan dan pemakanan, selalu terdedah kepada pencemaran dan radikal bebas yang menyerang tubuh, mungkin menyebabkan kadar kehilangan kolagen juga semakin tinggi. Itulah yang selalu berlaku pada mereka yang nampak lebih tua daripada usia sebenar.

Untuk entri saya pada hari ini, saya nak kongsi info ini sebagai panduan untuk anda. Boleh rujuk tanda-tanda di bawah untuk periksa sendiri samaada anda juga dah mula mengalami kekurangan kolagen.

Tanda-tanda anda kekurangan kolagen


  1. Rambut menjadi kering, bercabang di hujung, serta keguguran rambut. Kesihatan rambut dan folikel rambut adalah berkait dengan kolagen. Kekurangan kolagen akan melemahkan rambut dan folikel rambut dan mengakibatkan keguguran rambut.
  2. Munculnya tanda penuaan seperti  garisan halus pada kulit wajah, kulit dan otot semakin mengendur serta liang roma semakin membesar
  3. Kulit muka kelihatan kusam, berjeragat, berpigmentasi, liang pori-pori juga terbuka
  4. Kuku mudah pecah dan rapuh, rosak dan kekuningan, berbintik-bintik putih.
  5. Otot-otot payudara dan punggung mula kendur
  6. Kulit semakin hilang keanjalan, lebih kering dan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
  7. Penglihatan semakin merosot (rabun)Oleh kerana kolagen adalah komponen utama kornea, kekurangan kolagen akan menyebabkan kemerosotan penglihatan.
  8. Mempunyai masalah kardiovaskular akibat kurangnya keanjalan salur darah.
  9. Mempunyai masalah sendi, arthritis atau osteoporosis. Kolagen adalah unsur utama dalam sendi dan struktur tulang untuk mengekalkan aktiviti biasa tulang, sendi, ligamen dan urat. Kekurangan kolagen akan mengakibatkan penyakit sendi, arthritis & osteoporosis. 
  10. Gusi mudah berdarah, gusi mengendur hingga boleh dilihat akar gigi.
  11. Kelihatan lingkaran gelap pada mata (mata panda..hehe), terdapat pengumpulan lemak kecil berwarna kuning pada bahagian putih mata..
Anda ada tanda-tanda di atas? Jangan risau..Shaklee pun ada produk kolagen, iaitu Shaklee Collagen Powder..

Jom berkolagen dengan Shaklee Collagen Powder!!

Tanpa perisa dan pewarna tambahan. Betul-betul yang paling halus dan ringan iaitu 1000 dalton untuk kadar penyerapan maksimum. Boleh dibancuh dengan sebarang minuman.
Testimoni Pengguna:

Ini adalah wajah pengguna ini tanpa make-up yer..Selepas pengambilan 3 kotak Shaklee Collagen Powder, ibu muda anak 3 ini berjaya memudarkan pigmentasi pada mukanya.

Gabungan Shaklee Collagen Powder dengan Vitamin C Shaklee. Perhatikan, jeragat pada bahagian pipi dan mata serta hidung semakin pudar setelah mengambil Shaklee Collagen Powder

Yang ada jerawat pun takde masalah nak ambil SCP

Saya pun baru cuba untuk kotak kedua..tapi memang cepat perubahannya..kulit rasa lembut sangat especially masa sapu muka nak amik wudu'..tapak kaki pun tak kasar lagi dah(kes suka dok dapur xpakai sandal), rasa lebih halus. Bahagian kewanitaan pun ada perubahan positif..tapi malu la nak detailkan kat sini..just saya rasa jika anda mampu, inilah pilihan kolagen terbaik untuk anda..saya pernah cuba beberapa produk collagen lain, tapi memang xseketara yang ni perubahannya..mahal sedikit kerana proses nak mendapatkan dan memproses kolagennya pun high cost..tapi yang paling natural tanpa perisa dan pewarna tambahan..dan pentingnya yg paling ringan dan halus supaya mudah diserap dan kesannya paling efektif pada 1000 dalton..owh, ya..boleh dibuat masker juga yer...Juga dicadangkan diambil bersama Vitamin C untuk membantu merangsang penghasilan kolagen semulajadi anda juga..

Yang berminat nak topup collagen, bolehlah berhubung dengan saya..insyaaAllah, boleh saya share testimoni sendiri juga secara personal..
Masa untuk saya topup collagen saya..yang ini saya bancuh dengan jus roselle aje..

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.