Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 30, 2014

Promo berkembar Mealshakes dan Collagen Powder: Last Call dengan hadiah misteri!!

Assalam..

Istimewa untuk pelanggan bertuah saya yang berminat nak mendapatkan Mealshakes atau Collagen Powder atau mana-mana Set Lengkap Shaklee pada malam ini juga!!

Rasa nak berikan "hadiah misteri" khas untuk 5 pelanggan terakhir saya malam ini..
30 September 2014 sahaja yang berjaya order dan buat pembayaran sebelum jam 11 malam ini!!

Syarat:
Khas untuk setiap pembelian Set Shaklee, Mealshakes atau Collagen Powder Shaklee sahaja..

Ada sesuatu yang istimewa menanti anda..insyaaAllah hanya mereka yang berjaya membuat pembayaran sebelum jam 11 malam sahaja yer..apa dia?

Namanya pun hadiah misteri, kan..
Nilainya??
InsyaaAllah berbaloi untuk anda..

Apa lagi??

SMS/Whatsapp saya Raihana, di 019-9387282 dan ORDER SEKARANG!!



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Tip murah rezeki: Pemberian bukan sekadar duit semata!!

Assalam..

Rezeki  akan datang dalam pelbagai bentuk..
Allah dah janjikan rezeki buat kita dengan banyakkan memberi..
Tangan yang menghulur pastinya lebih baik..

Diberi 1, 10 kali ganda Allah akan balas..
Nak sedekah kat siapa?
Nak sedekah apa?

Salah satu cara saya sejak jadi Pengedar Shaklee ni adalah bagi  vitamin..

Tak semestinya bagi duit..
Saya mulakan dengan orang yang terdekat dengan saya, ibu dan ayah serta adik beradik..


Kadang-kadang saya juga ada masanya agak 'kesempitan'..duit takde di tangan..especially masa awal-awal berniaga dulu..so, dengan stok vitamin yang ada serba sedikit..saya bawa pulang untuk mak ayah..untuk adik-adik..mereka pun gembira sebab saya bawa sesuatu yang boleh memberikan kesihatan yang baik untuk mereka..walaupun sekadar vitamin!!


Satu kegembiraan yang tak ternilai buat saya bila ayah saya cakap kesihatannya makin baik setelah mengamalkan vitamin yang saya berikan!!

Satu kegembiraan juga apabila dapat membantu adik-adik dan pengasuh saya improve kesihatan mereka dengan vitamin yang saya berikan....


Kemudian di pejabat!!

Ada kawan-kawan yang ada masalah kesihatan..atau anak ada masalah, boleh dihulurkan beberapa paket nutriferon atau berikan jer vitamin yang sesuai untuk anak mereka...tak semestinya sebotol atau sekotak...memadai untuk membantu melegakan atau memulihkan pun tidak mengapa...insyaaAllah..dengan membantu orang di sekeliling kita yg sedang dalam masalah juga merupakan satu cara untuk memberi..

Jika kita sudah makin meningkat kemampuan,

bolehlah menyumbang dalam bentuk kewangan atau seumpamanya pula..

So, bila nak mula??

Sekarang pun boleh..

Berikan vitamin atau suplemen yang boleh membantu ibu ayah anda lebih sihat!!
Tunjukkan kasih sayang anda..
Dengan membantu mereka lebih sihat...Sangat besar nilai kesihatan mereka buat kita sebenarnya..
dengan izin Allah,  kegembiraan mereka menjadi doa yang paaaling berkat dalam hidup kita..

Nak bantu lebih ramai orang??
Boleh juga nak join saya..

Ikhlaskan hati membantu lebih ramai sihat pun satu cara juga..insyaaAllah Allah akan berikan rezeki yang melimpah ruah untuk anda pula..

Bantu orang lain dan akhirnya membantu diri sendiri juga..insyaaAllah..

Lagi amalan penambah rezeki, insyaaAllah.




Monday, September 29, 2014

4 Petua rawat kulit "sunburn" cara semulajadi

Assalam..

Dah hampir 3 bulan saya jadi surirumah sepenuh masa..rumah saya memang dekat dengan pantai..walaupun terlindung di balik semak, tapi angin pantai dan sesekali udara panas dari laut menerjah juga ke muka bila berada di rumah..memang tak boleh nak elak la, muka pun dah agak nampak sunburn sekarang..hehe..dulu masa kerja 8 jam duk dalam air cond jer..sekarang betul2 rasa duk pantai..hihi..

Tadi berjaya google beberapa petua nak hilangkan sunburn..dan jumpa beberapa cara nak menghilangkan sunburn ni..so hari ni saya share di sini je..bolehla saya rujuk balik time nak guna petua ni nanti..

Petua 1:
Tomato

Tomato memang terkenal dengan khasiatnya untuk kulit.. tomato kaya dengan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Caranya:


Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Kenapa kita campurkan yogurt?? Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat sunburn dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

InsyaaAllah, selain mengilangkan sunburn, cara ini juga membantu menyejukkan kulit yang bermasalah..Tomato juga boleh dicampurkan dengan jus timun untuk mengawal minyak dan jerawat pada kulit.

Paling mudah, belah dua saja buah tomato. Gosokkan bahagian isi buah tomato pada bahagian kulit yang terbakar. Biarkan hingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam hingga bersih.

Pun boleh..



Petua 2:
Aloe Vera


Ambil lendirnya dan simpan dalam peti sejuk juga boleh!!


Anda boleh juga menyejukkan kulit yang merengsa akibat sunburn dengan gel aloe vera..terpulang samaada anda ingin mendapatkan aloe vera fresh atau membeli gel aloe vera daripada farmasi.

Caranya:
Sapukan gel aloe vera atau lendir aloe vera fresh ke seluruh muka atau bahagian sunburn, dan biarkan sehingga kering..Lakukan untuk beberapa hari sehinggalah sunburn hilang. Cara ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan pijar pada kulit.



Petua 3: 
Madu lebah, gandum, putih telur dan limau nipis

Sebaik-baiknya elakkan menggunakan sudu besi apabila minum atau mencedok madu lebah.

Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering barulah dibilas dengan air. Amalkan selalu.


Petua 4: 
Timun


Kisar 6 biji timun dan campurkan dengan 2 sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengan air suam.

Shaklee takde ke suplemen untuk masalah sunburn ni?

Ada...


Akak ni pun dah cuba...dan hasilnya memang cepat juga..belum habis sekotak dah pulih dah muka dia..
Kedutan, mata panda, jerawat, sunburn, semuanya boleh diatasi dengan Shaklee Collagen Powder ni..dengan izin Allah..



* Shaklee Collagen Powder ni boleh buat masker juga yer..

2. Vita C plus



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Letih badan melampau?? Stress?

Assalam..

Pernah tak ini terjadi dalam hidup anda?

Letihnya, stressnya!

Kerja pejabat belum habis, balik rumah nak buat kerja rumah pulak.
Anak pulak balik je sepah-sepahkan rumah..mana nak masak lagi, nak basuh baju, lipat kain..
Suami nak suruh layan dia pulak..
Allaahuakbar..

Banyaknya kerja..penatlah hari-hari macam ni..

Inilah antara dilema ibu bekerja. Belum lagi yang kerjanya outstation je..
Balik outstation duk melayan penat anak ke mana, suami ke mana..
Stress je memanjang..

Hmm..
Anda sedang mencari penyelesaian untuk masalah macam ni?

  • Letih badan melampau dan lesu
  • Stress dengan kerja yang tak pernah habis
  • Tak cukup tidur dan mudah mengantuk
  • Cepat marah dan moody
  • Tak sempat makan
  • Sibuk sepanjang hari dan perlukan tenaga sepanjang hari
  • Sakit kepala dan migrain

Semua ini menunjukkan anda memerlukan lebih daripada sekadar makanan harian anda. Anda mungkin memerlukan suplemen untuk membantu anda menangani semua masalah di atas.




Akak ni selalu travel..dengan family sekali..buat backpack travel dan macam-macam aktiviti lasak pulak tu...tak penat ke?





Nak saya cadangkan suplemen yang boleh membantu anda menangani semua masalah di atas?

Boleh cuba SET KESIHATAN OPTIMUM SHAKLEE

Set Kesihatan Optimum terdiri daripada:
Vita-C Plus 180 biji RM92.50
Vitalea Iron Formula 120 biji RM88.75
B-Complex 120 biji RM53.75
Set Kesihatan Optimum Shaklee juga dikenali sebagai set asas..Set ini sesuai untuk lelaki dan wanita terutamanya yang mempunyai gaya hidup aktif dan berkerjaya.

Set ini biasanya digabungkan bersama Set Penyusuan, Set Ibu Hamil, Set Berpantang/Bersalin dan Set Pembedahan.

Bagaimana Set Kesihatan Optimum membantu menangani masalah-masalah di atas??

Vitamin C:

Kenapa anda memerlukan Vitamin C?

  • Vitamin C membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi, untuk mengukuhkan sistem imun, membantu memulihkan sistem badan dengan lebih baik.
  • Vitamin C juga diperlukan untuk membantu mengatasi masalah sukar tidur (insomnia), stress, dan masalah berkait mental dan keresahan.
  • Adakah anda perokok? Jika anda adalah perokok, anda harus sedar bahawa 1 batang rokok yang anda hisap mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C dalam tubuh anda. Simptom keresahan dan stress juga menyebabkan anda mengalami penyusutan Vitamin C dari tubuh anda. Begitu juga bagi mereka yang bergantung kepada ubat penahan sakit. Ubat penahan sakit akan menyusutkan Vitamin C anda sangat banyak!!


Jika anda termasuk kategori di atas, anda memang sangat-sangat memerlukan Vitamin C daripada suplemen kerana mungkin anda kekurangan Vitamin C akibat masalah di atas juga.


Vitalea Iron Formula:

Kenapa anda memerlukan Vitalea Iron Formula?


  • Vitalea membekalkan 12 Vitamin dan 7 mineral penting untuk menyeimbangkan nutrisi anda yang mungkin tidak lengkap. Sebab itulah ia digelar multivitamin. Multivitamin perlu untuk penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan membantu anda fokus pada  aktiviti harian dan kerja harian anda. 
  • Sangat disarankan bagi mereka yang masih belajar juga!!



B-Complex:


Kenapa anda memerlukan B-Complex?


  • B-Complex sangat membantu untuk menukarkan makanan yang dimakan kepada tenaga. Memang sangat sesuai buat mereka yang sering mengalami keletihan. Ia juga membantu penghadaman dan menukarkan nutrisi yang dimakan seperti karbohodrat, protein, dan lemak menjadi tenaga.
  • B-Complex juga baik untuk mata. Bagi mereka yang selalu menggunakan komputer pasti akan mengalami masalah keletihan mata. B-Complex membantu menangani masalah keletihan mata, meningkatkan kualiti penglihatan, menguatkan memori dan daya tumpuan/ fokus.
  • Bagi yang mengalami migrain juga B-Complex amat membantu merangsang peredaran darah dan mengelakkan sakit kepala, pening, keletihan dan migrain.
  • Selain itu, ia juga dikenali sebagai suplemen anti-stress yang membantu melawan tekanan, dan memastikan kesihatan fungsi saraf dan sakit kepala.

*Set Kesihatan Optimum ini tahan penggunaan sehingga 4 bulan!!


JIKA ANDA SUKAR MENELAN PIL VITAMIN..

Anda boleh cuba minuman penambah tenaga segera, PERFOMANCE DRINK atau CINCH ENERGY TEA MIX. Boleh hubungi saya untuk tahu lebih lanjut mengenai kedua-dua minuman ini juga!!






Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Sunday, September 28, 2014

Shaklee Collagen Powder hanya di pasaran Malaysia!!

Assalam..

Semalam saja saya blogwalking ke blog my super grand nanny, PM Cery Mamafaiz..baru terbaca entri beliau pasal Shaklee Collagen Powder..rupa-rupanya produk Shaklee Collagen Powder ni katanya hanya dipasarkan di Malaysia!! Sampaikan SID di US pun jealous sebab kat tempat diorang takde SCP ni..

Kenapa hanya di Malaysia?? Kenelah bertanya pada saintis Shaklee yang dah formulasikan SCP ni..memang pun kebanyakan produk untuk kecantikan ni tak semuanya sesuai dengan kulit orang Asia..dan di Malaysia dah banyak bukti menunjukkan SCP benar-benar serasi dengan penggunanya..mungkin juga atas faktor jenis kulit dan keperluan pengguna di Malaysia yang tidak sama dengan pengguna di US..

Sama juga halnya dengan packaging beberapa produk..ada sesetengah suplemen Shaklee hanya dijual di US dan tidak di Malaysia. Hal ini pastinya telah dikaji sepenuhnya oleh para saintis Shaklee untuk menghasilkan produk mengikut ciri optimumnya berdasarkan pengguna yang bersesuaian..mungkin produk yang dijual di US ada juga yang tidak sesuai di Malaysia...



Siapa yang perlukan Shaklee Collagen Powder ni?

Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut:
  1. Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  2. Gusi yang tidak sihat
  3. Rambut kering dan bercabang di hujung
  4. Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  5. Garis halus pada leher
  6. Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  7. Payudara dan punggung kelenturan
  8. Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  9. Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
Apapun..Shaklee Collagen Powder memang sangat dinantikan sebagai produk promosi di Malaysia...


Kenapa? Sebab setakat ini hasil testimoni pengguna amat memberangsangkan.
Setelah disahkan secara ujian klinikal, Shaklee sendiri menyatakan pengguna SCP akan mula mendapat kesan optimum setelah 8 minggu mengamalkannya secara konsisten. 8 minggu bermaksud anda harus consume sekurang-kurangnya 4 kotak untuk mendapatkan kesan terbaik sebagaimana yang telah diperakui oleh saintis Shaklee..selepas itu, mengambil sekali sekala sahaja sudah memadai untuk mantain kesan yang positif..


Jadi, masa yang terbaik untuk anda mendapatkan SCP dengan harga termurah adalah pada bulan promosi sahaja. Anda boleh berkongsi membeli 1 set 6 kotak SCP dan mendapat percuma 1 kotak SCP hanya pada bulan promosi.
Bila tu??

BULAN PROMOSI SEPTEMBER 2014..
Sehingga 30 September 2014 sahaja..

Apa istimewanya membeli 1 set 6 kotak terus?


  • Mendapat percuma sekotak SCP bernilai RM298 sekotak
  • Mendapat keahlian percuma seumur hidup(xperlu mantain beli tiap bulan)
  • Membeli dengan harga ahli yang jauh lebih murah(1 kotak bukan lagi bernilai RM298)
  • Mendapat cashback bonus rm100+ pada pertengahan Oktober 2014


Jadi, ambillah peluang ini untuk mencuba SCP dengan harga yang termurah dan ambillah peluang ini untuk menjadi ahli dan menikmati bonus hasil belian satu set SCP ini..

Macamana nak buat?

Anda boleh berpakat dengan rakan atau keluarga untuk mendapatkan SCP dengan harga satu set dan percuma 1 kotak ini..

Bagaimana nak beli 1 set (6 kotak)??
Boleh hubungi saya untuk membantu anda..insyaaAllah saya boleh bantu anda mendaftarkan keahlian secara percuma dengan pembelian 1 set SCP ini..

Saya juga pertama kali membeli SCP sewaktu promosi SCP pada Disember 2012 yang lalu..waktu itu saya belum jadi ahli Shaklee..selepas meyakininya dan menggunakan beberapa lagi produk, hati makin yakin untuk menjadi ahli dan pengguna tetap....semoga Allah memurahkan lagi rezeki anda dan diberi kemampuan kepada anda untuk mendapatkan SCP ini untuk membantu diri anda dan orang2 di sekeliling anda..aamiin..


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 ➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Pengalaman bersalin: Hari tsunami ku bergelar "ummi"

Assalam..

Hampir 10 tahun berlalu sejak peristiwa itu..26 Disember 2004 merupakan tarikh yang amat kuingat..kelahiran puteri sulong Husna..kata orang memang seronok bergelar ibu..tapi tarikh kelahiran Husna pasti tidak akan dilupakan sejarah..hari lahir husna akan diingat sampai bila-bila..hari banyaknya nyawa yang pergi..alhamdulillah, Husna selamat lahir pada hari berlakunya peristiwa Tsunami...

Ummi simpan kisah ini untuk anak Ummi, Husna..
Kisah hampir 10 tahun yang lalu..

26 Disember 2004
1 a.m..
Dari jam 10 semalam memang tak boleh nak tidur..mata cuba nak lelap..tapi bila terbayang bakal di"induce" esok buat mata langsung tak boleh nak pejam. hmm.. kene tahan di wad pun sebab serah diri..dah overdue nak masuk 10 hari..esok kalau "jalan" tak terbuka lagi or langsung tak sakit memang akan kene induce lepas subuh..malam yang sangat panjang..dalam wad dapat dengar ada suara ibu2 yang mengerang menahan sakit..Ya Allah, makin risau jadinya..selesai solat hajat, tak putus-putus berdoa agar dipermudahkan kelahiran..anak sulong, memang macam2 yang tak terfikir dalam bayangan..



4.50 a.m..
Mata baru rasa nak lelap..tetiba pulak rasa macam nak terkencing dan...akhirnya turun juga air ketuban..lencun kain batik yang kupakai..cepat2 bagitau akak sebelah bed..katanya turun air dah..kene report ngan nurse bertugas..cepat-cepat tukar kain batik dan ke kaunter nurse..bila bagitau dah turun air, nurse tanya dah sakit ke? Baru perasan, tak rasa sakit mana lagi..baru nak mula rasa contraction...nurse minta berehat di katil dulu..katanya lepas subuh nanti doktor akan cek bukaan..



7.00 a.m..
Alhamdulillah, selesai solat subuh, doktor cek bukaan. Katanya dah 3cm..so, dah tak payah induce..alhamdulillah...doktor kata tunggu bukaan 5cm ke atas barulah akan ke labour room..doktor nasihatkan berehat dan makan dulu untuk dapatkan tenaga..



8.00 a.m..
Sakit dah mula terasa 20 minit sekali..sempat call En.Suami supaya datang dan standby apa yang patut..Punyalah ramai dalam wad menunggu bersalin hari tu..akhirnya katilku ditolak ke tengah lorong wad..katanya sekejap jer sebab nak tambah katil dan bersihkan wad..tengah sakit makin kuat terpaksa tahan dari buat muka sakit..sambil-sambil makan sesuap dua bihun goreng sarapan pagi yang disediakan..tekak dah hilang selera..tapi paksa jugak..sebab lapar sangat..



9.00++ a.m..
Memandangkan bukan waktu melawat, suami tak dibenarkan masuk. kesian kat abang..ku mintak suami tunggu sebentar di luar wad..cleaner cakap lepas doktor round bolehlah masuk sekejap..tengah-tengah baring tahan sakit tiba-tiba rasa macam katil bergerak..bila cuba bangun rasa macam pening dan penglihatan rasa berpusing sebentar..10 minit kemudian terdengar bunyi siren kecemasan hospital..kulihat nurse berbisik sesama sendiri..dan ada pengumuman meminta semua staf dan doktor turun ke padang kecemasan..hati mula rasa cemas..apa dah berlaku??


tiba-tiba ada pengumuman dari pihak hospital..semua pesakit diminta bertenang..katanya ikut semua arahan yang dikeluarkan pihak hospital..kene tinggalkan bangunan hospital sekarang juga..kene ikut lorong kecemasan..lif pun tak dibenarkan guna..


Ya Allah..apa yang dah berlaku ni..dalam hati memang tak henti2 istighfar..teringat en suami masih di luar..dalam sakit, ku kuatkan semangat turun dari bed dan bagitahu nurse suami ada di luar bahagian depan wad..nurse menenangkanku..katanya semua kene keluar ikut jalan belakang...satu barang je dibenarkan bawa iaitu beg duit..lain2 semua diminta tinggalkan jer termasuk beg pakaian..


Kami diminta beratur dalam barisan..kiri kanan kami ada nurse..riuh juga yang ada suami dapat curi masuk siap rebut awal2 wheelchair dan ambik stroller untuk wife masing2..hanya suamiku yang tak sempat masuk wad masa dibenarkan sekejap td..dalam sakit ku ikut je arahan nurse..tanya jugak apa yg berlaku tapi nurse tak jawab pun...mungkin takut kami risau..dari jauh, abang bagi isyarat yg dia akan ke belakang..kami jumpa di pintu belakang..alhamdulillah..rasa macam diselamatkan heroku ini..huhu..abang pimpin turun ke bawah..mujurlah turun 1 tingkat jer..tapi dalam sakit dah 15 min sekali  dan panik tu, rasa macam makin kuat dan kerap contraction nya..



waktu keluar, nampak bomba semua dah ambil alih untuk bawa keluar pesakit..ada yang guna wheelchair, ada yg guna katil beroda..yang paling kesian..ada ibu baru lepas melahirkan terpaksa turun tangga sambil dukung baby masing2..owh..kesiannya ku tengok..mana suami mereka..mungkin belum sampai..nurse dan staf yang ada tak cukup untuk bantu setiap pesakit..nasib baik suamiku ada.. berjalan 5 minit kene stop sbb tengah contraction..air mata pun dah mula mencurah..mengenangkan bagaimana nasibku nak melahirkan nanti..Ya Allah..perasaan berserah yang sangat padaMu saat itu..mudah-mudahan dapat melahirkan dengan selamat..kami terpaksa berjalan kaki ke Kompleks Rawatan Harian yang baru dibina bersebelahan hospital waktu itu..dalam kesakitan menahan contraction..Apabila sampai di sana, nasiblah ada wheelchair yang diberikan staf..ku ditolak masuk ke dalam kompleks tersebut..tiba di sana yang ada cumalah kerusi menunggu..sbb kompleks tu memang tempat temujanji dengan pakar sahaja di bahagian bawah..terpaksa duduk di situ sambil membongkok menahan sakit....



Ku cuba bertenang sekejap..tak lama kemudian..mak dan ayah pun sampai..tenang sikit bila mak ada bersama..poklang dan maklang yang kerja di hospital pun ada sekali..air mata masih menitik..bukan kerana sakit..tapi kerana risau mengenangkan bagaimana nak bersalin dengan kelengkapan semuanya tiada di situ..dalam hati tak henti berdoa minta semuanya dipemudahkan..



Semasa menunggu, ada soalan saringan ditanya pula..katanya yang benar2 sakit sahaja akan dibawa masuk ke bilik pemeriksaan yang ada katil pemeriksaan..kulihat ada akak yang senasib denganku..rasa macam masih boleh tahan, akhirnya bagi akak tu masuk dulu..lepas beberapa minit, maklang yang berada di situ  bertanya samaada boleh tahan lagi ke tak..dia kesian melihatku menahan sakit...lastly terpaksa jugak cakap tak boleh tahan dah nk duduk di kerusi menunggu..akhirnya aku dibenarkan masuk ke dalam bilik doktor dan dibenarkan berbaring seketika di bilik pemeriksaan..bilik tu bukannya bilik untuk bersalin..cuma bilik menunggu bahagian radiologi kalau tak silap..so, aku diminta berbaring sementara tunggu sampai masa..kata maklang..hanya yg tengah operate dan yang dalam labour room nak bersalin jer tinggal dalam bangunan hospital td..yang lain semua dah dipindahkan..



Sakit terasa makin kerap..kuminta maklang bagitau doktor untuk cek jalan..bila diperiksa katanya dah 5cm..dah boleh masuk labour room..cumanya sebab baru anak sulong, katanya mungkin 5 jam lagi baru bukaan penuh..katanya bawa berehat dulu..sebab nurse kene naik atas wad balik dan cari fail dan buku kesihatanku sebelum dibawa ke labour room..



Lama juga menunggu..sakit dah hampir 3 jam bertahan di kompleks rawatan tu saja..akhirnya ada sorang doc yang arahkan kudibawa ke labour room terus..katanya aku  dah sakit lama..waktu tu jam dah 12 tengahari..apa yang berlaku di sekeliling tak boleh nak fikir dah..cuma fikir bilalah boleh masuk labour room..



Akhirnya jam 12.30 tghri barulah kuditolak dengan wheelchair ke bangunan hospital..waktu dibawa masuk ke dalam labour room rasanya cuma kusorang aje patient yang ada...aku diminta tukar baju dan berbaring..tak lama lepas tu barulah ada lagi patient ditolak masuk..hati masih risau sebab suami belum boleh masuk..akhirnya air ketuban dipecahkan dan selepas tu barulah suamiku dibenarkan masuk..terima kasih untuk abang sebab temankan sampai melahirkan..cuma time solat je abg minta keluar sebentar utk solat zuhur dan asar..suamiku memang banyak membantu..sakit pinggang makin kuat..dia jugalah yang tolong urutkan dan tak henti2 membacakan yaasin untukku..aku juga tak henti2 baca doa nabi yunus dan istighfar..


Apa yang berlaku sepanjang di labour room tu banyak juga kisahnnya..ada kumpulan pelatih bidan sempat lagi buat latihan periksa bukaan jalan dan kira contraction...huuuish...geram yang amat rasanya..tapi Allah je yang tahu sakitnya diperlakukan begitu..sangat tak hormat keadaanku waktu itu..tapi tak perlulah dipanjangkan cerita tu..cumanya nasib baik pelatih bidan semuanya perempuan saja...dan mujurlah lepas tu datang mak saudara abang..dia banyak membantu menenangkanku..failku yang tak jumpa dari pagi dia juga yg usahakan tolong cari di wad..alhamdulillah..Allah datangkan seseorang membantu..Oleh kerana sewaktu dimasukkan di labour room sakitku dah terlalu lama..doc suggest disuntik ubat tahan sakit..rasa sakit berkurang sekejap dan entah masa bila aku terus tertidur..



Jam dah 7 mlm..aku dikejutkan dari tidur..Allah, lamanya tidur..dari jam 2 lebih rasanya..sepatutnya doc jangka jam 5 ptg sepatutnya dah boleh lahirkan..tapi sebab bacaan jantung baby masih normal dan aku dilihatnya terlalu letih dari pagi menahan sakit, beliau decide nk tunggu betul2 bukaan jalan 10cm baru kejutkan..alhamdulillah..waktu dikejutkan rasa sakit tak terlalu kuat..cumanya mengantuk sangat2..aku sempat minta air..tapi kene marah dengan staff nurse pulak..aku cakap just nak basuh muka sebab ngantuk sangat2..lepas basuh muka doc dah ready dan mintak aku push time contraction datang...



Alhamdulillah, jam 7.15pm Husna selamat dilahirkan..dengan 3x push...kene hold seketika lepas teran kali pertama sebab ada masalah sikit kata doktor..Husna lahir tanpa tangisan..Doktor kata bayiku lemas sedikit..akibat terbelit tali pusat satu lilitan..Allahuakbar..risaunya hatiku..namun Alhamdulillah selepas disedut lendir dan dirawat doktor, terdengar juga tangisannya..puteri sulongku..



Alhamdulillah..selepas 4 hari di hospital barulah boleh discaj..Husna dipantau 3 hari kerana masalah ketika dilahirkan tersebut..apapun syukur sangat..sehari selepas melahirkan barulah ku tahu apa yang berlaku di luar sana..abang membawa akhbar berita Tsunami  yang penuh di muka depan keesokannya selepas melahirkan..aku beristighfar dan terkejut membacanya...dan tidak menyangka sekali..rupanya rasa pening seketika yang kualami adalah akibat gegaran Tsunami..Hospital Kuala Terengganu hanya sebelah Pantai Batu Buruk..dan memang kuat gegarannya bagi mereka yang berada di tingkat 8 hospital..sampai bergegar semua rak dan stretcher di tingkat 8 menurut seorang staf..apapun..alhamdulillah...dalam ramai2 hamba Allah, Husna dipilih untuk lahir pada hari itu...hari yang sama berlaku peristiwa yang meragut ribuan nyawa...ibarat pengganti yang hilang...benar-benar menginsafkan apa yang berlaku....



Husna...
Hari lahirmu pasti dikenang selamanya anakku..14 jam menempuh sakit yang mudah-mudahan jadi kaffarah buat ummi....kerana ada pengajaran dan hikmah yang sangat besar di sebalik setiap yang berlaku pada hari kelahiranmu..hari bersejarah yang pasti diingati di seluruh dunia...Ummi doakan Husna lahir sebagai penyelamat ummi suatu hari kelak..amanah besar yang ummi pikul sebagai ibumu..mudah-mudahan Husna jadi contoh buat adik-adikmu..anak solehah ummi dan abah..insyaaAllah..aamin..

Bawak Husna jalan-jalan tengok pantai kat belakang umah je..lepas 40 hari.

With Love, UMMI ANA

(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Resepi pancake mudah dan ringkas

Assalam..

Sarapan apa pagi tadi? Mungkin masih sempat lagi nak try resepi ni untuk minum petang pulak. Haa..saya suka buatkan pancake untuk anak-anak..mungkin ada yang biasa beli tepung pancake segera tu kan..tapi semalam saya bancuh pancake homemade sendiri aje..khas untuk anak-anak..


Nak resepi? Boleh..mudah-mudahan membantu anda nak sediakan sarapan segera untuk sekeluarga..resepi ni dah saya ubah sikit ikut cara saya...


OK. Kalau nak buat hari kerja pun sempat lagi..cuma ambil masa beberapa minit jer nak masak..asalkan ada non stick pan..saya takde non stick pan..so, saya cuma pakai pemanggang ajaib jer..non stick jugak..


Nilah rupa pancake saya..maafla, tak nampak menarik sbb tak siram apa-apa sebagai kuah..ada yg siram madu dan ada yg buat sos coklat untuk dimakan bersama..saya prefer tunjukkan yg basic ni jer..sbb tak sempat nak buat sos apa-apa..cumanya saya dah adjust perisanya secukupnya bagi saya dan mudah bagi anak-anak saya nak makan walaupun sambil main..


Resepinya ini sahaja!!

RESEPI PANCAKE MUDAH MAUCERIASOKMO

(Sukatan cawan xkisah saiz cawan apa yang anda guna..cumanya gunakan cawan yang sama untuk sukat semua. Adunan ini untuk hasilkan 7-9 keping sahaja bergantung kepada saiz anda ceduk. Kalau nak banyak lagi boleh gandakan je bahan-bahan ni..)

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar(kalau nak guna susu tepung dibancuh/susu isian sejat/susu pekat manis bancuh pun boleh)
  • 1 biji telur(asingkan kuning dan putih telur)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan gula(kalau nak tambah terpulang)
  • 1 sudu minyak jagung atau minyak sayuran (supaya tak melekat)


Cara-caranya:

  1. Pukul gula, kuning telur dengan  susu. Just kacau-kacau dengan senduk pun takpe. Kacau sehingga gula larut semuanya.
  2. Dalam mangkuk berasingan pukul putih telur hingga kembang. Nak mudah pakai garfu je pun boleh.
  3. Sediakan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan baking powder dan digaul rata. (Jika ada meal shakes boleh masukkan sekali masa ni)
  4. Masukkan tepung gandum+baking powder tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan susu+kuning telur+gula yang telah dibancuh tadi. Kacau sehingga tidak berketul lagi..
  5. Masukkan putih  telur yang telah dipukul kembang tadi. Jika ingin meletakkan sedikit pewarna atau perisa seperti saya juga boleh. Yang ni saya letak perisa pandan sikit.
  6. Kacau adunan dan masukkan sedikit minyak sayuran tadi ke dalam adunan untuk mengelakkan adunan melekat ke kuali semasa dimasak.
  7. Setelah kuali dipanaskan, boleh lah sendukkan adunan pancake dalam sukatan lebih kurang macam ni jer..

Satu senduk ni cukup dah untuk sekeping pancake
Masak dalam non stick pan pun boleh..saya gunakan pemanggang ajaib saya jer..AJAIB LA SANGAT!!

Bila dah berbuih macam ni dah bolehla terbalikkan..api sederhana je tau!

Tambahan:
Boleh gunakan 2-3 sudu makan meal shakes untuk rasa vanila..
Jika tiada boleh letakkan sesudu teh esen vanila jika anda suka rasa vanila dalam pancake anda..
Saya letakkan juga sedikit pewarna hijau epal untuk cantikkan pancake dan kadang-kadang saya letak perisa pandan juga..terpulang apa perisa yang anda mahu..jika anda suka plain saja pun boleh..

OK, mudah sangat kan..bolehlah buat sendiri je daripada beli tepung pancake segera tu..menu sihat untuk sekeluarga.

SELAMAT MENCUBA !!


Majlis Hari Raya Shaklee 2014 di TH Hotel Terengganu

Assalam..

Hari ni nak cerita santai aje..

Another event Shaklee yang sempat saya dan family pergi hujung minggu 26 September lepas..alhamdulillah..dapat juga pergi walaupun mulanya macam banyak halangan..Jarak dari rumah lebih kurang 35km la jugak..Tahun lepas sambutan raya Shaklee di Terengganu dibuat di Tanjung Vista Hotel..tahun ni di TH Hotel (Tabung Haji Hotel) pula..satu family boleh bawak..saya ajak sekali adik saya Nadiah@SID Siti Nadiah Ismail ke majlis tu dengan baby aisyah, anak saudara saya yang bam bam tu..


Antara pengisian majlis selama hampir 3 jam tu:

  • Raya Nutrition Talk
  • Perkongsian Testimoni daripada Pengguna Set Kanak2
  • Motivation Talk daripada Master Nurzahirah
  • Best Dress
  • Lucky Draw
  • Raya Game
  • Jamuan Raya


Punyalah excited Shaklee beraya..dah nak masuk raya haji pun still tak habis beraya syawal..apapun..anak-anak memang enjoy jer..seawal kami sampai di Dewan Baiduri, tempat program, kami adalah orang yang ke 82 mendaftar..saya ambil no daftar suami aje..sbb dia paling awal isi form..program start jam 3 petang..tapi jam 2.55 ptg kami dah sampai..punyalah excited nak pegi..


Seawal sampai anak-anak dah dapat upah ni..Kertas bergambar untuk mewarna dan colour pencils 1 box sorang...haha..upah supaya semua anak-anak behave sepanjang program berjalan..excited anak-anak saya 5 orang ni..

1,2 3, 4, dan 5..haa..cukup kan..Kakak husna jadi kepala yg ajar adik2 mewarna..bila ada yang habis kertas mewarna, ambil kertas yg lain pulak..haha...

Husein pun nak colour jugak!!

Me with my sis, nadiah n her daughter Aisyah yg sedang lena tidur dlm Boba 4G..first time saya pakai ala shawl..tak pernah pakai sebab malu sebenarnya..bila dah pakai OK jer..sebab risau jugak abang ustaz saya marah kalau bergaya lebih-lebih..pashmina ni pemberian adik saya juga..Ida Iar..TQ Ida..berguna akhirnya..

Tekun mendengar penerangan nutritionist Shaklee, Pn Sarah mengenai produk Shaklee khas untuk kesihatan sepanjang perayaan..maklumla..time raya makan banyak n berjalan pun lebih..

Yeayy..Aisyah dah bangun..anak saudara saya yang bam bam..baby Shaklee ni yer..daripada usaha utk hamil, pregnant, dan penyusuan semuanya ummi dia consume Shaklee..

The best part..Lucky Draw..saya dapat la jugak bawak balik satu ni..alhamdulillah..memang kegemaran saya juga ni..Alfalfa si Vitamin Cinta..yang tak tahan jeles ialah bila tengok ada yang lain dapat Collagen Powder dan Vivix..hai..bertuahnya..harga banyak ratus tu..

Tumpang selfie ngan Nadiah..ada yang cakap muka kami hampir sama..emm..ada la sikit2 jer..dah namanya adik beradik, kan..owh lupa nak bergambar dengan kawan baik saya di UCB dlu, Diyana Zahari..dia pun ada sekali saya ajak..

Rasa macam ada gambar yang tertinggal, kan..

hihi..macamanalah kami boleh terlupa nak snap hidangan raya yang disediakan..Takpelah..janji kami kenyang juga akhirnya..seronok anak-anak dapat makan kat hotel..bukannya selalu boleh bawak ramai-ramai ni...insyaaAllah..next event jika ada saya akan update lagi..banyak dah event lepas yang tak tercerita..termasuklah NDT-New Distributor Training dan Nutrition Workshop-Bengkel Nutrisi Shaklee yang telah saya sertai..


Yang pastinya..saya enjoy all the event sebab hampir semua event yang saya pergi saya dapat bawak anak sama-sama..memang betul2 namanya Family Business..Dalam Shaklee, anak-anak bukanlah penghalang..bahkan pembakar semangat kami untuk terus berbisnes..yang bagi talk sambil gendong anak pun itu perkara biasa dalam keluarga Shaklee...dan biz Shaklee ni pun boleh diwarisi juga yer.. dari mak ayah boleh diperturunkan kepada anak-anak..


So far, dah setahun lebih ni anak-anak pun dah familiar dengan nama produk dan Vitamin Shaklee di rumah..sebab mereka selalu dengar disebut dalam event dan di rumah juga..
Mereka tau saya sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk mereka..

Anda bagaimana?

Masih mencari bisnes untuk Family Woman seperti saya?
Nak saya bantu anda dalam bisnes Shaklee?
Takde modal? InsyaaAllah pasti ada jalannya..

ANDA BOLEH BERMULA DENGAN MODAL RM75 SAHAJA!!

Bagaimana??
InsyaaAllah..saya boleh bantu anda..
Samaada anda nak lakukan secara part time atau sepenuh masa seperti saya..



Boleh hubungi saya seperti di bawah:

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Saturday, September 27, 2014

Menu alternatif untuk anak kurang selera makan

Assalam..

Actually entri ni adalah sambungan dari entri saya yang sebelum ni...13 Punca Anak Hilang Selera Makan..dah tau punca, mestilah nak tau apa cara mengatasinya..cumanya dalam entri ni saya khaskan untuk ibu-ibu yang ada masalah nak bagi anak makan nasi..

Kenapa saya khaskan untuk anak yang tak makan nasi? Sebab saya pun ada masalah yang sama dengan anak saya sendiri Amir Hasan yang saaangat Picky Eater...tak kene lauk memang tak makan nasi langsunglah jawabnya...selalunya hasan pilih lauk..cuma makan nasi jika ada lauk ikan singgang, sup ayam, sup ikan atau masak lemak serai jer...yang lain memang dia tolak dengan nasi sekali..

So, sejak duduk rumah dan jadi surirumah ni saya mula jadi kreatif sikit bab masak..selalu fikir macamana nak buat dia dapat zat daripada makanan yang dihidang seolah dia masih makan dengan kalori secukupnya..macamana tu?? OK..ini antara cadangan daripada saya..terpulang kepada ibu-ibu sekalian macamana nak olah menu ni supaya dapat memenuhi selera anak-anak kita..

Banyak mana kalori yang kanak-kanak perlukan?

UmurLelaki (Kalori Sehari)Perempuan (Kalori Sehari)
1-3 tahun12301165
4-617151545
7-1017901740
11-1422201845
15-1827552110

IBU HARUS KREATIF DAN INOVATIF UNTUK MELAKUKAN MODIFIKASI KE ATAS MENU ANAK-ANAK

Benar,

Kalau anak-anak sukar makan nasi, apakah yang boleh ibu-ibu hidangkan sebagai pengganti nasi?


  1. Roti
    • Contoh menu: Roti bakar, puding roti bakar, roti burger, roti kentang
  2. Jagung
    • Contoh menu: sup jagung, bertih jagung, jagung bakar, jagung rebus, jagung mentega.
  3. Kentang
    • Contoh menu: Kentang lecek, kentang bakar, sup kentang, kentang goreng.
  4. Pasta
    • Contoh menu: Makaroni sup, makaroni bakar, spagetti carbonara, spagetti goreng.


Cukupkah hidangan pengganti nasi sahaja?

Tak cukup..oleh itu, kenalkan mereka dengan snek homemade anda sebagai tambahan yang jauh lebih berkhasiat daripada snek yang dijual di kedai...

Kanak-kanak memang sukakan hidangan berwarna warni..hidangan manis, dan mudah dimakan atau dipegang especially ketika bermain. Sesekali tidak mengapa memberikan anak makanan manis daripada mereka tidak makan langsung. Tetapi sebaiknya biarlah ia dalam jumlah yang anda sendiri telah kawal iaitu semestinya anda sendiri yang menyediakan hidangan tersebut. So, apa contoh menu snek untuk sarapan atau minum petang yang boleh menarik selera makan anak-anak?

Antara menu snack yang berkhasiat untuk anak-anak ialah:

1. Kek: 



Boleh campurkan serbuk minuman coklat dan biskut oat atau biskut kegemaran anak-anak dan tambahkan susu formula ke dalam kek yang anda hasilkan. Contohnya kek batik. Ini menjadikan kek anda berkalori tinggi tetapi masih menyihatkan. Kurangkan manis susu pekat manis dengan menggantikannya dengan susu formula sahaja bersama sedikit madu lebah atau sedikit sahaja gula..

2. Puding buah-buahan:



Puding buah-buahan boleh diinovasi dengan mencampurkan susu segar dan tambahkan buah-buahan berserat selain buah-buahan tin yang anda gunakan. Kismis membekalkan tenaga yang sangat membantu anak-anak di samping menjadi makanan minda untuk anak-anak. Boleh juga dicampurkan bersama,

3. Donut:


Donut juga boleh diadun dengan campuran susu formula, kismis dan diletakkan topping kekacang tumbuk atau hirisan badam yang jauh lebih berkhasiat daripada krim coklat yang berlemak semata-mata.

4. Aiskrim:



Jika anak anda sukakan aiskrim, apa kata anda buat homemade aiskrim daripada bancuhan susu formula anak-anak yang dibekukan. Boleh juga menambah sedikit tekstur dengan biskut kegemaran mereka, jagung atau kacang merah atau cuma diletak sedikit perisa buah-buahan.

5. Burger:



Jika anak-anak sukakan roti atau burger apa salahnya anda hidangkan mini burger homemade anda sendiri untuk anak-anak. Gunakan daging cincang dan campurkan dengan sedikit sayuran ke dalam daging burger anda..Potong kecil-kecil sayuran seperti daun bawang, daun sup, atau saderi dan masukkan ke dalam daging burger homemade anda.

6. Cucur/lempeng@pancake




Ini adalah antara favourite anak-anak saya. Kami panggil jemput-jemput. Sangat mudah dibuat dan anak-anak boleh makan sambil bergerak. Boleh ditambah sedikit susu untuk rasa lemak dan tambahkan tekstur dengan udang atau ikan kukus. Contohnya: Cucur udang, cucur jagung, cucur sayur, cekodok pisang, lempeng nyor(inti kelapa). Boleh dihidang bersama aiskrim homemade anda juga.

Apapun..ibu-ibu memang harus menjadi kreatif dalam memberikan variasi pada makanan anak-anak. InsyaaAllah dengan sedikit doa yang dibaca semasa memasak, anak-anak akan mendapat bukan saja makanan berkhasiat, tetapi kasih sayang dalam setiap makanan yang dihidangkan. Selamat mencuba!!



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: siti raihana ismail ✐ Blog: Mauceriasokmo ✉ Email: elraihan82@gmail.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 ➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Friday, September 26, 2014

Pengalaman sendiri ambil Shaklee Collagen Powder

Assalam..

Ada masalah jeragat? Kulit nampak lebih tua dari usia? Warna kulit tak sekata dan ada tompok-tompok pada kulit? Itu mungkin tandanya anda dah kekurangan kolagen..



Pengalaman saya, setiap kali hamil selalu jer ada pigmentasi..menyebabkan warna kulit kelihatan tak sekata dan sedikit bertompok di area hidung dan pipi..Semasa hamil anak ke-5 yang lalu, saya tak perasan sangat hingga lah selepas bersalin..saya terkejut tengok muka sendiri..Ya Allah, tompok pigmentasi sangat ketara kelihatan..masa hamil takla nampak sangat sebab kulit tegang dan tubuh berisi sangat sebab saya ada edema teruk jugak masa tu..tapi selepas bersalin bila tubuh kembali normal barulah nampak semuanya..huhu..rasa malu nak jumpa orang..

Dalam tempoh berpantang, saya mula berfikir nak buat macamana nak hilangkan..duit gaji masa tu tak luak lagi sebab gaji tetap masuk ketika cuti bersalin..hehe..waktu paling best sebab ada duit lebih untuk diri sendiri..masa tu Disember 2012 ada promo Shaklee Collagen Powder nih..saya tengok harganya memang agak mahal..tapi saya  tolak tepi dulu pasal harga sebab saya yakin, mahal mungkin sebab kualitinya bagus..

Saya pun mula usha kebaikan SCP tu melalui adik saya, Ida Iar Pengedar Shaklee di Kuantan..waktu itu produk Shaklee yang pernah saya cuba cuma ESP, Mealshakes dan Omega Guard je..itu pun sewaktu hamil je..dan sebab belikan Mealshakes tu untuk anak saya jer..Tapi bila saya tengok #shakleeeffect pada diri saya selepas consume Shaklee dengan 3 produk tu pun dah buat saya  yakin untuk teruskan dengan Shaklee Collagen Powder pulak..terutamanya bila promo tu datang time saya berpantang tu pulak..dan ketika masalah tompok di muka makin ketara..dan.......

Akhirnya saya grab jugak sekotak Shaklee Collagen Powder..ruginya tak jadi ahli lagi masa tu, kalau tak pasti dah banyak point belian saya dan maybe dah boleh dapat bonus walaupun beli untuk makan je..Saya benar-benar berharap masalah pigmentasi waktu hamil tu akan berakhir lepas habis sekotak tu..

Alhamdulillah, saya dapat rasa kesannya seawal 3 hari ambil..mula-mula tak perasan juga..cumanya sewaktu saya cuci muka, saya dapat rasa kulit lebih lembut daripada biasa...kene air rasa licin jer...tapak kaki makin lembut, tumit yang ada crack pun mula improve...walaupun awalnya 3 hari pertama saya lihat tompok masih ada..tapi kulit saya dah rasa lebih lembut, dan tapak kaki pun sama..ni saya ambil gambar ketika mula-mula makan..kononnya nak bandingkan kesan sebelum dan selepas makan..

huhu..malu jugak nak tunjuk sebenarnya..masa ni baru 3 hari makan SCP..lupa plk nak snap gambar selepas habis sekotak tu..maklumlah masa tu belum jadi pengedar Shaklee...just ambil untuk tengok sendiri jer..boleh nampak tompok2 kecil pigmentasi  dan warna kulit tak sekata lepas bersalin dulu..alhamdulillah sekarang tompok tu dah takde lagi..

Alhamdulillah..sekarang tompok-tompok tu dah hilang dan warna kulit pun dah makin sekata..tahi lalat tak hilangla yer..ni gambar masa keje dulu..

Hmm..Masalah kulit saya dulu lebih kurangnya macam adik ni jugak..
See?? dah cantik dah adik ni sekarang..jeragat dah hilang lepas beliau ambil SCP dengan Vita-C Shaklee..



Yang ni lagi best..gambar diambil tanpa make up langsung..ibu muda ni dah dapat hasil macam ni setelah penggunaan 3 kotak SCP..Beliau mengambil SCP bersama ESP Shaklee atau horlicks.


Kulit auntie ni pun dah makin cantik selepas mengambil SCP..Jeragat tebal dan kulit kusam pun boleh hilang dengan izin Allah...dah nampak lebih muda...Alhamdulillah..



Sungguh saya tak menyesal walaupun terpaksa keluarkan sedikit kos untuk memulihkan kulit saya..
Lagipun sangat banyak kebaikan SCP ni untuk kita..ibu-ibu yang berpantang dan alami masalah kulit akibat pigmentasi macam saya janganlah risau yer..ada caranya kalau nak ambil SCP ni semasa berpantang dan menyusu..so far baby saya takde masalah sepanjang saya consume SCP ni...haa..nak tau cara makan saya kenelah dapatkan SCP dari saya, dan saya akan bantu anda dan ajar cara makan yang saya apply juga..insyaaAllah jika berkesan untuk saya, kenapa tidak anda??



Bila masanya yang sesuai nak dapatkan Shaklee Collagen Powder ni?

SEKARANGLAH!!

PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1 KOTAK untuk SEPTEMBER 2014 akan berakhir pada 30hb September 2014..

Pakat2 lah dengan kawan-kawan, jiran dan ahli keluarga yang turut sama nak rasa kebaikan SCP ni dan dapatkan sekotak SCP percuma..Anda juga boleh mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan keahlian PERCUMA dengan pembelian satu set 6 kotak dan Percuma 1 kotak..dan bonus cash pada pertengahan Oktober hadapan..best kan? Beli untuk makan pun boleh dapat bonus macam para pengedar jugak..


Nak 1 kotak je dulu? pun BOLEH JE..

Bagaimana nak order??

Jika anda ingin order SCP, boleh hubungi saya seperti di bawah:

RAIHANA-0199387282

Nak order sekarang juga??
Jika anda mempunyai kad debit atau kad kredit, boleh juga order dari sistem E-Sell Shaklee..
Sila klik


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 ➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Thursday, September 25, 2014

Petua mengatasi masalah luka puting susu ibu

Assalam..

Seringkali ibu-ibu menghadapi masalah seperti ini..saya juga pernah melaluinya sepanjang menyusukan kelima-lima anak saya. Adakah masalah ini disebabkan ibu tidak menyusukan dengan teknik yang betul? Boleh jadi juga. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan puting susu ibu mudah luka. Antaranya:

  1. Kulit pada bahagian puting susu yang sensitif
  2. Puting susu ibu terlalu kering dan merekah hingga menyebabkan luka
  3. Digigit bayi sewaktu menyusu (terutamanya bayi yang mula gatal gusi)
  4. Cara lekapan bayi ketika penyusuan yang tidak betul

Oh, ya..saya juga pernah berkongsi tips bagaimana nk buat ketika digigit bayi semasa menyusu di sini.

Alaahai..concernnya kat mama yer..hihi

Memandangkan terdapat ibu-ibu yang risau mengenai keadaan ini, di sini saya kongsikan hasil carian petua yang saya kutip daripada cadangan/pengalaman sebenar ibu menyusu yang pernah berhadapan dengan masalah ini. Terpulanglah kepada anda untuk memilih cara yang mana..


  1. Sapu luka pada puting susu dengan susu ibu sendiri  kerana susu ibu juga ada ciri antibiotiknya sendiri (Cara saya)
  2. Sapu puting yang luka dengan minyak zaitun
  3. Sapukan puting yang luka dengan minyak kelapa dara
  4. Sapukan puting yang luka dengan menggunakan Krim Vaselin
  5. Sapukan puting yang luka dengan Krim Madela
  6. Menggunakan nursing butter yang memang dibuat khas untuk disapukan pada bahagian puting
  7. Menyapu madu lebah pada puting yang luka, diikuti selawat 3x.
  8. Memakai bra pad agar puting yang luka tidak terlalu kering dan merekah
  9. Meletakkan sehelai kubis dan ditekap ke atas breast dan puting yang luka
  10. Boleh juga menggunakan nipple shield untuk mengurangkan rasa sakit pada luka ketika menyusu. Nipple shield ialah pelapik pada bahagian puting yang boleh mengalas bahagian puting yang kesakitan akibat digigit bayi ketika menyusu.

Nipple shield

Selamat mencuba!!
Semoga ibu-ibu tetap meneruskan penyusuan susu ibu walau apapun cabaran yang dihadapi..
Stay cool mama!!Ibu!!Ummi!!


25 istilah penyusuan yang ibu menyusu perlu tahu

Assalam..

Fuuhh..akhirnya berjaya juga mengumpulkan sebanyak mungkin istilah penyusuan yang setiap ibu menyusu perlu tahu untuk lebih memahami dunia penyusuan. Maaf, saya terpaksa menyampaikan istilah-istilah ini sepertimana yang selalu disebut secara umum melalui penggunaan singkatan dan istilah bercampur dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu...Sekurang-kurangnya dapat juga dijadikan rujukan buat diri saya sendiri sebagai salah seorang ibu menyusu. Semoga bermanfaat juga untuk anda!!

Istilah-istilah Penyusuan

  1. BF: Breastfeeding
  2. Laktasi:Keseluruhan proses menyusu susu ibu
  3. Prolaktin: Hormon yang meningkatkan pengeluaran susu ibu
  4. EBM: Expressed Breast Milk
  5. FM:Formula Milk
  6. Marmet: Teknik perahan susu menggunakan tangan
  7. Pumping/ Mengepam: Proses mengeluarkan susu menggunakan pam
  8. Tandem pumping: Teknik perahan atau pengepaman sambil menyusukan bayi
  9. Power pumping: Teknik pengepaman kedua belah susu selama beberapa minit setiap sebelah sesecara bergilir berterusan sehingga ke satu jam proses dilakukan
  10. Demand and Supply: Konsep ada permintaan susu dari bayi@apabila breast dikosongkan, maka akan adalah juga bekalan susu berdasarkan permintaan bayi atau susu baru berdasarkan ruang kosong tersebut.
  11. Milkbooster: Agen/ sebarang pemakanan yang membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu
  12. Fresh EBM: Susu ibu yang baru diperah
  13. Chilled EBM: Susu ibu yang telah diperah dan disejukkan(bukan beku)
  14. Frozen EBM: Susu ibu yang telah dibekukan
  15. Lekapan: Cara puting susu ibu dimasukkan ke mulut bayi
  16. Penyusuan Ekslusif/ Exclusive Breastfeeding: Bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa susu formula atau air.
  17. Penyusuan Penuh/ Full Breastfeeding: Bayi mendapat susu ibu bersama makanan lain dan air tetapi tanpa susu formula atau susu alternatif yang lain.
  18. Penyusuan Separa/ Half Breastdfeeding: Bayi diberi susu ibu bersama makanan tambahan lain
  19. Penyusuan Lanjutan/ Extended Breastfeeding: Bayi masih diberi susu ibu setelah melebihi usia 2 tahun
  20. Direct Feeding: Penyusuan secara terus dengan ibu
  21. Bottle Feeding: Penyusuan menggunakan botol susu
  22. Suction: Hisapan susu bayi
  23. Stimulation: Stimulasi atau rangsangan terhadap puting susu
  24. Relaktasi: Proses menyambung semula penyusuan susu ibu setelah berhenti seketika untuk suatu tempoh.
  25. Areola: Kawasan berwarna gelap pada puting susu ibu
InsyaaAllah, jika ada tambahan istilah boleh juga cadangkan di ruangan komen. InsyaaAllah saya akan menambahnya lagi..Cadangan anda amat-amat saya hargai..


Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282

Tuesday, September 23, 2014

Simptom dan Masalah Asma Kanak-kanak

Assalam..

Tidak mudah bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengidap asma..banyak perhatian perlu diberikan kepada anak yang mengidap asma kerana selalunya anak-anak ini sangat mudah jatuh sakit, apatah lagi apabila mendapat serangan asma dan sukar bernafas, situasi yang sangat ditakuti ibu bapa.

Memandangkan penyakit ini dikatakan tiada ubatnya, jika dapat mencegahnya, itu pastinya lebih baik daripada merawat..

Walaubagaimanapun penting untuk ibu bapa mengetahui beberapa simptom anak-anak yang punya asma. Antaranya ialah:


  • Batuk berpanjangan dari malam ke pagi
  • Berkahak
  • Mudah berhingus dan hidung berair
  • Pernafasan berbunyi(seperti bersiul)
  • Mudah semput ketika bermain atau melakukan aktiviti
  • Cepat penat apabila melakukan aktiviti fizikal


Apa itu penyakit Asma?
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Sumber:Wikipedia

----------------------------------------------------------------------------------------------

OK..itu adalah serba sedikit mengenai Ashtma@Asma..saya cuma nak berkongsi mengenai suplemen yang sesuai untuk membantu anak-anak yang mengalami Asma..iaitu Set Asma untuk kanak-kanak..

Apa yang ada dalam SET ASMA SHAKLEE untuk kanak-kanak?

Set ini juga dikenali sebagai set kanak-kanak. Cadangan pengambilan minimum adalah Meal shakes dan Omega Guard.

Apa pandangan ibu-bapa yang telah memberikan anak mereka set ini?





Alhamdulillah, ramai  ibu bapa yang telah mencubanya untuk anak-anak mereka dan alhamdulillah, dengan izin Allah ianya berhasil dan sangat membantu mengatasi masalah ini. Anda ingin mencuba set ini? InsyaaAllah, mudah-mudahan ia dapat membantu.

Produk yang dicadangkan adalah dihasilkan daripada bahan semulajadi sahaja. Konsultasi percuma mengenai cara makan yang betul akan diberikan bagi setiap pelanggan yang membeli daripada saya. Jika anda memerlukan set ini untuk anak anda atau orang tersayang, bolehlah menghubungi saya seperti di bawah:

Raihana-0199387282


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Monday, September 22, 2014

Jerawat atau Resdung?


Assalam..

Bulan ini ramai pula yang bertanya suplemen untuk jerawat..Sebelum mencadangkan suplemen yang sesuai selalunya saya bertanyakan mereka jenis masalah jerawat yang mereka hadapi dan simptom-simptom yang mereka alami.. Tetapi tak ramai yang benar-benar tahu jenis jerawat mereka..dan akhirnya sukar untuk mereka memilih set jerawat atau set resdung yang lebih sesuai dengan masalah mereka..

Sebagai panduan, di sini saya kongsikan serba sedikit perbezaan jerawat dengan resdung..semoga ianya menjadi panduan untuk anda supaya lebih mudah untuk ditentukan samaada anda memerlukan Set Jerawat atau Set Resdung




Apa beza jerawat dengan resdung:

Jerawat (Acne):
  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.

Resdung (Sinusitis)
  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.


Rujukan:
Blog Dr Hasseenah
So, jika anda dah kenalpasti anda punya masalah jerawat atau resdung, bolehlah order set yang sesuai dengan anda dengan anda berdasarkan masalah anda. Untuk mengenalpasti masalah anda lebih jelas, boleh juga merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan. Memang ada suplemen yang sama dalam kedua set jerawat dan resdung ini iaitu Bcomplex dan Vitamin C...penambahan mana-mana item dalam set juga boleh dilakukan berdasarkan simptom pada jerawat anda..

Panduan vitamin Set Jerawat dan Set Resdung

Set Jerawat Shaklee terdiri daripada:

  1. Zinc Complex
  2. Garlic Complex
  3. Vita C

Tambahan:
Jika jerawat ada kaitan dengan hormon bagi wanita, boleh add on GLA Complex
Jika jerawat ada kaitan dengan masalah stress, boleh add on B-Complex
Untuk menghilangkan parut jerawat, boleh ditambah Vitamin E @ ESP


Set Resdung Shaklee pula terdiri daripada:

  1. Alfalfa Complex
  2. B-Complex
  3. Vitamin C

Tambahan:
Jika ada masalah jerawat bersama simptom resdung bolehlah add on Zinc Complex

Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Penafian

Penafian
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit...Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, ingatlah bahawa dengan izin ALLAH juga segala penyakit anda sembuh..bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen. Suplemen Shaklee adalah suplemen semulajadi yang selamat dan halal dengan kelulusan ISA, badan yang diiktiraf oleh JAKIM