Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 30, 2016

Landmark Study Shaklee satu pendedahan berani

Assalamualaikum..

Pernah dengar pasal landmark study?

Hmm..sebenarnya Landmark Study ni adalah kajian mendalam mengenai sejauh mana keberkesanan sesuatu produk dalam jangka masa panjang...maksudnya bagus ke tidak kalau kita ambil konsisten sesuatu produk ni dalam jangka masa yang lama?
.
.
Kenapa ramai sangat orang duk canang pasal landmark study ni?
Bagus sangat ke ada landmark study untuk produk?

.

Bagus jika hasilnya benar-benar dapat
membuktikan kebaikan produk. Dan sebaliknya jika ia terbukti punya kesan buruk akan bertukar menjadi punca kejatuhan sesuatu produk. Hal ini kerana hasil kajian landmark study akan dipaparkan kepada umum..
.
.
Pendek kata hanya company yang benar2 yakin dan berani saja akan buat landmark study ni.
.
.
Hari ni makin banyak company buat kajian terhadap keberkesanan produk mereka juga..namun cuma utk short term saja hasil pengujiannya dan hanya bagi kesan vitamin tertentu sahaja..
.
.
Shaklee juga ada buat landmark study mengenai perbandingan mengenai usage pattern, tahap kesihatan dan nutritional status kesan jangka masa panjang melalui penggunaan 3 jenis kumpulan iaitu:

1) Yang langsung tak ambil supplement

2) Yang ambil single supplement sahaja

3) Yang ambil beberapa jenis supplement. Ahli kumpulan ni dari kalangan mereka yang dah lama ambil shaklee(cth: 20 tahun) dan diorang ni ambil bukan setakat satu atau dua vitamin shaklee tau tapi 17-25 jenis vitamin setiap hari)
.
.
Apa hasil kajian Landmark Study Shaklee yang diperolehi?
.
.
Agak mengejutkan..walaupun pengguna shaklee usianya lebih tua, tapi tahap kesihatan mereka lebih bagus dari dua kumpulan yg lain..
Antara hasil kajian yang diperolehi..


Kumpulan yang tak ambil supplement pula mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dari kumpulan yang ambil single supplement sahaja dari jenama lain. Kalau macam tu je lebih baik xpayah ambil kan..
Pengguna shaklee yang ambil suplimen shaklee menunjukkan tahap kesihatan terbaik

Penyakit sebenarnya telah mula ada dlm diri seseorang sejak awal lagi..dan ia mengambil masa 10-30 tahun untuk berkembang menjadi "serius"..semuanya bergantung pada bagaimana pemakanan dan gaya hidup kita hari ini yang menentukan bagaimanakah kita 10 atau 30 tahun akan datang..jika masih dipanjangkan usia kita dengan izin Allah..

.
Saya pilih untuk konsisten dengan shaklee dan kini telah masuk tahun ke 4 mengamalkannya..anda?

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#landmarkstudy
#lifeamazing



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

 ✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Monday, November 28, 2016

10 tanda anda perlu detox!


Assalamualaikum..


Pernah buat detox tak? Kenapa ramai sangat duk suruh buat detox ni?
Apa itu DETOX?

DETOX

DETOX ialah proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan kita ada sistem detox sendiri melalui organ kita iaitu hati, usus dan ginjal. Detox berlaku sewaktu kita berpuasa atau kita tidur.

Organ-organ tadi melakukan detox supaya sistem penghadaman kita dapat bekerja dengan baik, memastikan kulit bersih, dan sistem buah pinggang dapat berfungsi dengan baik. Jika tubuh tidak dapat melakukan detox, toksin dan bahan buangan terkumpul lama dalam badan.

Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox secara semulajadi. Toksin yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan badan tidak dapat menyerap nutrien dengan baik, dan mengakibatkan badan menjadi cepat letih, darah kotor, mudah terkena jangkitan penyakit. Sistem imun tubuh juga akan lemah.


10 TANDA PERLU DETOX!

Anda mungkin pernah ambil suplimen tapi macam tak berkesan langsung?
Tak semestinya silap suplimen-suplimen tu..cuba cek dulu ada tak masalah-masalah ni..

✔Tengah lidah warna putih dan mulut berbau tak?
✔Perut makin buncit?
✔Asyik mengidam nak makan yang manis-manis?
✔Kuat berpeluh dan badan berbau?
✔Keluar jerawat dan badan ada gatal-gatal?
✔Sukar turunkan berat badan walaupun dah banyak cara buat?
✔Susah nak tidur malam?
✔Selalu sembelit?
✔Selalu sakit kepala?
✔ Cepat letih dan lesu


Kalau ada kebanyakan masalah di atas itu tandanya anda perlu detox sebenarnya..

Selagi tak detox, makan vitamin atau suplimen banyak-banyak pun still lambat berkesan juga..sebab tubuh dah terlalu banyak toksin..menyebabkan nutrien sukar diserap..

Tambah pula selalu makan makanan segera dan persekitaran tercemar lagilah bertambah toksin tu..cacing dan parasit pun makin banyak menumpang dalam badan..

Kenelah buat sesuatu..takkan nak biarkan toksin dan parasit tu lama-lama dalam badan kan..

Cara terbaik ialah DETOX

Dah tu nak detox macamana?
Jangan risau..
Anda boleh pilih apa saja cara yang anda mahu untuk detox..

Nak detox dengan cara Shaklee pun boleh..
Shaklee ada program detox yang sangat best dengan cadangan meal plan sekali.
Bukan sekadar ambil suplimen untuk detox, tapi dicadangkan eat clean juga ya..


Set Detox Shaklee

Set Detox Shaklee pun boleh membantu.
Saya boleh bantu anda Detox cara Shaklee..
InsyaaAllah..bukan saja boleh bantu dapatkan berat badan ideal..1001 kebaikan anda akan dapat..

1001 kebaikan buat detox ni..dah xtersenarai dah sebab panjang sangat..😄
Saya pun slowly dah kene detox walaupun bru lagi bersalin dan still menyusu baby.

Ada caranya nak soft detox untuk ibu menyusu ya..boleh PM saya untuk bf mom..019.9387282


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
 ✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Sunday, November 27, 2016

Vitamin C shaklee percuma 1 Malaysia?

Assalamualaikum..

Kalau saya mampu bagi percuma kat setiap keluarga 1 vitamin saya akan pilih Vitamin C.

Shaklee sebenarnya ada 2 jenis Vitamin C.

2 Jenis Vitamin C Shaklee

Yang label biru adalah SR Vita C Plus pilihan orang dewasa macam saya. Setiap biji ada 500mg kandungan Vitamin C.

Sebotol berharga RM92.50 ada 180 biji. Banyak dan murah sangat tu. Boleh makan untuk 3-6 bulan juga.

Yang label hijau tu Chewable Vita C yang boleh dikunyah. Rasanya macam lemon+oren. Sangat sesuai untuk kanak-kanak.

Adik saya Aimi yang duk kat U pun suka yang ni..hilang mengantuk nak study katanya.. 😄 juga sesuai untuk ibu2 yang nak hilangkan rasa mual ketika morning sicknes. Harganya rm37.50 sebotol ada 90 biji. Setiap biji ada 100mg kandungan vitamin C.


KENAPA saya nakkk sangat setiap rumah ada vitamin C?

Sebab Vitamin C vitamin asas yang jadi KEPERLUAN kepada setiap orang. Baik dewasa atau kanak2.

Banyak kebaikan vitamin c ni..

✔Membantu kuatkan sistem imun. Jika selsema cepat reda dan jika demam dapat bantu pulihkan lebih cepat dengan izin Allah.

✔Membantu rangsang pembentukan kolagen semulajadi. Makin lama diamal makin tegang aje kulit ni rasa 😁

✔Membantu masalah gusi berdarah dan kulit yang mudah lebam jika terhantuk atau cedera.

Mencantikkan kulit dengan menyekat pigmentasi dan jeragat dan boleh bantu cerahkan kulit. Bukan memutihkan yer.

✔Membantu jika ada masalah insomnia atau keresahan.

Memerangi kanser kerana sifatnya antioksidan tinggi boleh menghapuskan radikal bebas sebelum sel diserang.

Tak seperti vitamin c biasa, Sustained Release Vita C Plus shaklee ni dibebaskan ke dalam tubuh secara berterusan jam demi jam dalam masa 5 jam.

Vitamin c yang takde sustained release ni biasanya tahan sekejap je dalam badan dan lebihannya terus keluar dari urin. Sayangnya kalau beli vit c yg dos tinggi smpai 2000mg tapi sikit je dapat bagi manfaat kat kita sebab tak sustained release. Selebihnya terbuang..

SR Vita C ni juga ada Bioflavonoid yg diekstrak dari kulit buah. Bioflavonoid ni mampu meningkatkan keberkesanan vitamin c lebih baik.

Haa..Sebab tu lah vitamin C shaklee ni wajib ada setiap rumah..😉

Berminat nak cuba?

Boleh hubungi saya terus di sms atau whatsapp 019.938.7282

#tsunamishaklee
#greatsid
#amazingseventeen
#vitaminc



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
 ✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

Friday, November 11, 2016

Resepi Kek Marble Noxxa gebu dan ringan

Assalamualaikum..

Dah lama juga saya tak share resepi baru. Kali ni macam teruja nak share sejak dah ada periuk Noxxa sendiri. Dah banyak juga bereksperimen dengan noxxa..insyaaAllah lepas ni boleh search tag Noxxa untuk resepi khas dibuat menggunakan noxxa ya..


Kali ni nak share resepi kek marble ni dulu..baru first try, tapi alhamdulillah menjadi.
Saya rujuk resepi ni dari blog CekguNorazimah

Alhamdulillah..menjadi rupanya buat kek marble dengan noxxa ni
Bahan-bahannya:

4 biji telur gred A
1 cwn gula halus/gula castor (x suka manis kurangkan 3/4 cwn)
1/2 sudu besar ovalette
3/4 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
1 sudu esen vanilla
secubit garam
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko


Cara-cara:

1. Pukul telur ,gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dlm 5-10 minit. Nak guna blender je pun boleh tau.
2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum ,garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yg diayak.
3. Adunan dah kembang tadi masukkan susu pekat dengan mixer speed perlahan. Kemudian, masukkan pula esen vanilla dan minyak.
4. Masuk bahan diayak sikit-sikit. Step ni jgn pukul lama sangat. Tutup mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik.
5. Pastu asingkan adunan kepada dua bahagian, warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko dan kacau rata.
6. Sapu minyak pada inner pot. Ambik senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko dan diulang sampai habis.
8. Tekan butang 'STEAM' 25 minit dan halakan tombol pada steam. Semasa tempoh memasak ni memang akan keluar bunyi bising, jangan risau, itu normal ye.
9. Setelah masak, biarkan sejuk dulu dan barulah dikeluarkan.
10. Tara ! Dah siap kek marble minyak yang gebu !


p/s : Kalau nak kukus tambah 1 sudu kecil baking soda dan kukus 40-45 minit. Balut tudung kukus atau tutup loyang dengan plastik untuk elak air kukusan masuk ke dalam kek

Hasilnya!!

Pandangan atas setelah masak

Pandangan tepi. Lembut je tepinya ni ya..
Selamat mencuba!!

Ummi Ana

Penafian

Penafian
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit...Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, ingatlah bahawa dengan izin ALLAH juga segala penyakit anda sembuh..bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen. Suplemen Shaklee adalah suplemen semulajadi yang selamat dan halal dengan kelulusan ISA, badan yang diiktiraf oleh JAKIM