PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA

PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA
Tawaran Istimewa ini SAH HANYA PADA 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA. Jimat sehingga RM40

Monday, June 10, 2013

Semoga hari esok lebih bersinar..

Assalamualaikum...

Alhamdulilllah bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikanNya kepada saya...mempunyai anak-anak  ceria seramai 5 orang cukup menguji mental dan fizikal saya...sebagai ibu dan isteri, banyak tugas yang harus saya sempurnakan setiap hari bagi memastikan orang yang saya kasihi mendapat perhatian dan sentuhan saya secukupnya..setiap hari adalah hari yang berbeza..dan sebagai seorang Islam, sudah tentu kita mengharapkan hari ini lebih baik daripada semalam dan begitu juga hari seterusnya....

Kenapa saya berjinak-jinak dengan SHAKLEE? Hmm...satu pertanyaan yang sering keluar daripada mulut sahabat-sahabat dan suami saya sendiri..saya sendiri tidak pasti kenapa saya memilih untuk menceburi bidang MLM..namun saya memang berniat untuk memperbaiki hidup saya supaya lebih baik dari  hari ke hari...Berniaga sebenarnya sesuatu yang di luar kebiasaan saya..dari segi kewangan, saya bukanlah terlalu terdesak untuk mengejar kekayaan...namun Allah membukakan hati saya untuk melihat kejayaan yang diperolehi oleh orang-orang di sekeliling saya..adik saya, Ida@ MamaLutfi adalah salah seorang inspirasi saya untuk menceburi bisnes SHAKLEE...selama setahun lebih sahaja dia telah berjaya mencapai matlamatnya dalam bisnes ini..dan kini bonus bulanannya dalam Shaklee juga lebih banyak dari gajinya sendiri sebagai pensyarah..dan saya tumpang gembira melihatnya dan kagum dengan usahanya...sejak kecil dia memang sangat berbakat dalam berniaga...

Me with my sis, Ida

Saya masih ingat ketika kami masih di sekolah rendah lagi, kami memang jauh berbeza..sering bercanggah pendapat dan selalu gaduh2 sayang.. :) ..apapun kami memang sepakat dalam satu perkara...mencari duit poket..hmm..bermula dengan menjual aiskrim dengan harga seposen sebatang kami mula berniaga seawal darjah dua(ketika itu Ida baru darjah 1)..hasrat kami dibantu dengan modal dari ibu yang membelikan plastik aiskrim dan asam masin untuk kami buat aiskrim...biasanya saya akan jadi tukang rasa dan bancuh sementara Ida akan membantu saya membungkus aiskrim kami...nak tau aiskrim apa yang kami jual?hmm..banyak jenis juga...aiskrim milo, jagung, asam masin, sirap, bandung, n special skali aiskrim nangka..(erm...masih ingat lagi rasanya yang sangat sedap)..aiskrim teh susu pun ada(haa...yang ni bila milo dah habis..huhu)..Kami berniaga dari rumah dan pada hari sekolah kami akan membawa sebahagian aiskrim yang telah dipesan kawan-kawan ke balai mengaji pada waktu petang..so, sebelum ngaji, kami akan keluarkan dlu aiskrim kami dan jual masa tu....hmm...masa tu memang tak malu pun...sebab budak2 lagi..asyik fikir nak collect duit je..bila tok guru mengaji naik balai, smua dah selesai makan aiskrim, dan sambung mengaji..apapun itu adalah salah satu kenangan berniaga masa kecik yang sangat indah dikenang..macam-macam yang kami cuba jual, gelang n cincin manik pun ada..kami belajar untuk  buat semua tu daripada orang dewasa...Sewaktu di sekolah menengah pula, saya mencadangkan warden membenarkan kami berkebun di belakang asrama sebagai aktiviti riadah kami petang-petang..hasil sayur yang kami tanam kami jual pada guru-guru yang tinggal di rumah guru dan sebahagiannya kami bagi juga pada tukang masak asrama supaya masakkan untuk kami... itulah antara kenangan dulu yang sangat sukar saya lupakan...berniaga memang seronok...dan mendapat hasil daripada perniagaan (yang halal) adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi kami...kami belajar menghargai titik peluh kami sendiri...

Akhirnya saya sedar yang saya juga punya kemampuan untuk melakukannya kerana saya pernah melakukannya dulu  tanpa saya sedari...Ida tidak pernah memaksa saya untuk turut serta dalam SHAKLEE...sejak tahun lepas, saya sekadar pengguna biasa yang mencuba produk ini sekadar untuk suka2 pada mulanya...namun setelah banyak kebaikan yang dapat saya rasai sendiri setelah mengambil produk ini selama lebih 6 bulan, saya akhirnya tidak lagi ragu untuk mendaftar sebagai ahli kerana ingin mendapatkan harga ahli dan bermula bulan lepas, saya akhirnya nekad untuk menyebarkan dan berkongsi kebaikan produk ini dengan orang di sekeliling saya pula...dengan menjadi pengedar sah SHAKLEE.

Mungkin atas dasar itulah akhirnya saya berani berbisnes dengan SHAKLEE ...dengan bermodalkan yuran keahlian RM65 seunur hidup rasanya sangat berbaloi dengan apa yang saya akan dapat nanti...insyaaAllah...rezeki itu akan datang pada mereka yang berusaha...saya ada menyimpan niat untuk bekerja dari rumah sahaja suatu hari nanti...mungkin setelah saya stabil saya akan berhenti kerja dan meluangkan lebih masa untuk anak-anak dan suami di rumah dan menjalankan perniagaan SHAKLEE hanya dari rumah...itu adalah salah satu impian saya..dan anda mungkin saksinya..

Kerjaya sekarang sebagai pensyarah memang sesuatu yang saya sangat saya sukai...namun bersama keluarga tetap pilihan no.1 saya...Mohon anda semua mendoakan semoga saya akan berjaya suatu hari nanti..ameen..semoga saya dapat menyaksikan setiap jatuh bangun anak-anak saya dan sentiasa berada di samping orang-orang yang saya kasihi...soal rezeki, Allah menentukan segalanya...semoga Allah merestui niat saya untuk membantu keluarga dan orang-orang di sekeliling saya.

Jika anda juga  mempunyai cita-cita seperti saya, apa salahnya jika kita sama-sama melakukannya...insyaaAllah, kita boleh saling menyokong satu sama lain untuk melangkah dengan lebih baik dalam bidang ini...saya juga masih bertatih dalam bidang ini dan tidak sabar rasanya untuk berkongsi kejayaan mereka yang berada di belakang saya dan menyokong saya saat ini...Banyak yang boleh dikongsikan dan lebih banyak usaha yang diperlukan untuk mencapai kejayaan...dan kenapa tidak bermula dari sekarang??Semoga Allah merestui perjalanan saya dalam apa jua yang saya lakukan..Wang bukanlah segalanya, redha Allah adalah hal yang paling utama...Allah sukakan mereka yang berusaha...untuk dunia dan akhirat juga..insyaaAllah...


Sekadar perkongsian:
Jika berminat untuk menjadi ahli dan mendapatkan produk Shaklee, bolehlah menghubungi saya ya..sms/whatsapp sahaja.

Saya pengedar Shaklee anda,
Raihana@ elRaihan..
0199387282..
elraihan82@gmail.com

0 komen terkini:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.