PROMOSI

PROMOSI
Tawaran Istimewa ini SAH SEHINGGA 31 JUN 2017

Tuesday, August 04, 2015

Penawar Leptospirosis@kencing tikus ini jadi asbab suami sembuh dengan izinNya

Assalamualaikum..


Anda pernah dengar penyakit leptospirosis?
Leptospirosis lebih dikenali sebagai penyakit kencing tikus. Beberapa bulan lepas ia pernah menyerang orang yang paling hampir dengan saya iaitu suami saya sendiri.


Suami saya bermula dengan simptom seperti sakit kepala yang kuat, demam panas, sakit dan lenguh seluruh badan, sakit-sakit sendi dan cirit birit. Asbabnya berkemungkinan kerana terdapatnya luka pada tangan yang terdedah atau terkena pada air kencing binatang yang dijangkiti virus ini semasa sedang berkebun.


Kebetulan suami saya sibuk mengusahakan kebunnya beberapa hari sebelum mendapat tanda tersebut. Menurut doktor suami saya menjadi kes ke 18 pesakit kencing tikus di hospital tersebut.


Alhamdulillah.
Suami saya berjaya sembuh sepenuhnya tak lama kemudian dengan izin Allah. Apa rahsianya? Akan saya kongsikan nanti.


Terlebih dahulu anda jangan panik apabila ia menimpa ahli keluarga yang anda sayangi. Selalunya ia dapat dikesan jika pesakit menjalani ujian darah. Demam panas berlarutan adalah salah satu tandanya. Terlebih dahulu dapatkan info mengenai penyakit ini dan berusahalah membantu pesakit. InsyaaAllah setiap penyakit ada penawarnya.


Di sini saya kongsikan beberapa info yang anda perlu tahu mengenai penyakit kencing tikus.



Ajaibnya Allah memberikan kesembuhan yang cepat kepada suami saya. Suami saya mengamalkan mengambil madu lebah kelulut setiap hari. Sepanjang ditahan di hospital juga saya memberikan suami saya suplimen Shaklee dan dia juga mengamalkan makan madu lebah kelulut setiap hari di hospital. Alhamdulillah usaha ini membuahkan hasil. Doktor sendiri hairan kerana suami saya sembuh lebih cepat berbanding pesakit lain yang mengalaminya.

Beberapa hari sebelum dijangkiti suami saya sering ke sini. Kawasan ini memang banyak air bertakung dan kedudukannya berhampiran dengan pinggir hutan.

Saya yakin semuanya kerana izin Allah. Kami hanya berusaha dengan suplimen shaklee dan madu lebah kelulut di samping rawatan di hospital. Alhamdulillah Allah izinkan suami saya sembuh sepenuhnya dalam seminggu sahaja. 


Menurut doktor selalunya pesakit mengalami simptom dan dirawat sehingga 2 minggu atau berkemungkinan lebih dari itu jika tidak dirawat terlebih awal. Bahkan tidak kurang juga ada pesakit yang koma dan meninggal dunia kerana tidak mengetahui lebih awal mengenainya dan mendapatkan rawatan. 


Baru-baru ini saya mendapat tahu terdapat seorang pekerja asing yang bekerja di kawasan kebun yang sama dengan suami saya telah pun meninggal dunia akibat penyakit yang sama. Allaahuakbar...syukur Allah masih memanjangkan usia suami saya.


Apapun demam dan semua tanda di atas janganlah diambil mudah. Kerana jika ia berpunca daripada virus yang berbahaya. Simptomnya juga hampir sama dengan demam denggi. Apapun hanya ujian darah yang dapat mengesahkannya.


Jika tidak dirawat segera ia hanya mengambil masa beberapa hari sahaja untuk menjadi lebih teruk. Segeralah melakukan pemeriksaan lanjut dan ketahuilah puncanya. Anda mungkin tidak tahu apa yang sedang anda hadapi..namun anda mungkin masih punya masa untuk mendapatkan rawatan sepatutnya.


Jika anda berminat untuk mendapatkan madu lebah kelulut asli seperti yang diamalkan suami saya bolehlah menghubungi Ustaz Wan Anuar melalui call atau whatsapp di talian 019.984.1282. Sebotol(botol sos) madu lebah kelulut yang asli ini cuma berharga rm60 sahaja.

Alternatif rawatan kencing tikus:

*Minum air rebusan serai
*Minum sup ketam nipah
(Saya juga ada memberikan suami minum sup ketam nipah semasa di hospital)


Jika anda berminat untuk mendapatkan suplimen Shaklee untuk membantu pesakit leptospirosis ini anda juga boleh dapatkan daripada saya pengedar Shaklee yang sah. Saya sedia membantu anda dan berkongsi pengalaman kami. 


Mudah-mudahan Allah memberikan kesihatan yang baik untuk kita semua. Ameen.


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

 ✍ FB: siti raihana ismail
✐ Blog: mauceriasokmo.blogspot.com
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)



1 comment:

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.