Nak cari tentang apa?

Puasa Ramadhan: Hukum, syarat sah puasa dan tips cergas puasa

Assalamualaikum..


Hari ni dh masuk 9 Ramadhan.
Elok juga kita ulangkaji sikit bab puasa ni..dirujuk dari buku Indahnya Hidup Bersyari'at tulisan Ust Ismail Kamus. Mudah-mudahan panjang pahalanya bagi penulis.


Alhamdulillah,  banyak yang boleh kita refresh balik mengenai ilmu, hukum hakam dan syarat2 bab puasa ni. Yang paling penting niat kita adalah utk menunaikan salah satu fardhu yang wajib ke atas kita kerana Allah Taala..

Anak saya sendiri seawal malam pertama Ramadhan dah berkali-kali duk baca lafaz niat puasa Ramadhan. Excited semuanya. 


Puasa Ramadhan
================

Boleh niat samaada untuk sebulan terus atau niat setiap hari.

Niat puasa Ramadhan

Imam syafie meletakkan syarat niat setiap hari utk puasa keesokannya..tetapi pd hal ini kita diharuskan mengikut imam hanafi(kalau tak silap) yg mana imam hanafi meletakkan Niat puasa boleh pada mlm pertama puasa utk sebulan..

Namun eloklah ditambah dgn niat setiap hari jika ingat...
Wallahu a'lam..

Niat Puasa - "Shj aku bpuasa pd esok hari bagi menunaikan fardu bulan Ramadan pd thn ini krn Allah Taala"


Syarat Wajib Puasa:-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (x musafir)
6. Suci (dr haid & nifas)


Syarat Sah Puasa:-


1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dari haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan


Rukun-rukun Puasa:-

1. Org yg puasa
2. Berniat
3. Menahan diri drp perkara-perkara yg membatalkan puasa


Perkara Yg Membatalkan Puasa:-

1. Makan & minum dgn sengaja
2. Memasukkan dgn sengaja benda ke dlm rongga yg terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dgn sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )


Perkara Sunat Ketika Puasa:-

1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dgn kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dr percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak mbawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sblm masuk waktu subuh


Makruh Ketika Puasa:-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dlm rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yg berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah


Golongan Yg Wajib Qada' Puasa:

1. Org sakit yg ada harapan sembuh
2. Org yg musafir (bukan krn maksiat)
3. Org yg kedatangan haid & nifas
4. Org yg meninggalkan niat puasa
5. Org yg sengaja melakukan pkr2 yg membatalkan puasa
6. Org yg pitam / mabuk
7. Org yg sangat lapar & dahaga


Golongan yang dikenakan membayar fidyah puasa:

1. Mereka yg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)

2. Org sakit yg tidak ada harapan sembuh

3. Org yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa

4. Org yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )

5. Perempuan yg mengandung / yg menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yg ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pd dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.


Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:

*Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-

1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)

2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)

3. Memberi makan kpd 60 org fakir/ miskin.
Bgmnpun, jika persetubuhan itu dilakukan krn terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.


Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak

2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki drp melakukan dosa selain menahan diri drp perkara-perkara di atas

3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati drp semua keinginan lahir & batin.


Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa

1. Org yg hilang daya upaya spt sakit 9yg apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran

2. Org musafir

3. Org yg terlalu tua & amat lemah

4. Org yg tersangat lapar & dahaga

5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yg apabila berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu..

Selamat berpuasa dan beribadah..mudah2an diterima segala amalan kita Ramadhan ini..ameen

Nak tips berpuasa tapi masih cergas?




No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox