PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL

PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL
Daftar ahli Shaklee secara percuma dengan pembelian sekurangnya 2 botol VIVIX atau belian sekurangnya 200uv. Istimewa buat pembelian VIVIX 2 botol anda akan jimat hingga rm40+ daripada harga ahli apabila anda mendaftar AHLl SHAKLEE. Tawaran Istimewa ini SAH sehingga 30 NOV 2017. Whatsapp 0199387282 sekarang!

Thursday, June 12, 2014

7 Punca jerawat dan cara mengatasinya

Assalam..

Anda salah seorang yang ada masalah jerawat teruk? Anda tidak berseorangan..Dah kenalpasti kenapa anda ada masalah jerawat? Memang banyak sebab kenapa jerawat boleh tumbuh..insyaaAllah, saya kongsikan mengenai masalah ini dan petua yang boleh membantu anda mengatasinya..

Fuhh..tension jugak kan bila ada jerawat walaupun ada sebijik jer macam ni..hilang keyakinan diri dibuatnya..


"1/5 orang daripada golongan umur 12-15 akan mengalami masalah jerawat. Dan ia membuat kan satu-satu nya masalah kulit yang amat sukar untuk di rawati. Jerawat terbentuk dalam liang kulit seseorang. Liang adalah pembukaan di muka kulit, di mana rambut yang sangat halus selalu tumbuh. Kemudian kelenjar minyak disambungkan ke liang untuk menghasilkan bahan yang dipanggil sebum. Sebum pula benda yang melincirkan rambut dan kulit itu."
Sumber: Myjerawat


Sebelum saya bagi petua yang saya janjikan, kita cek dulu apa punca sebenar jerawat ni..

Punca Masalah Jerawat

1. Masalah hormon


Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.


Dah tau puncanya, kan? So, kalau boleh elak, kita elakkan. Kalau dah ada jerawat, bagaimana pula cara nak mengatasinya atau menghilangkan jerawat dengan berkesan?


Cara menghilangkan jerawat dengan Shaklee

Jika anda berminat nak cuba produk Shaklee untuk membantu mengatasi masalah jerawat, saya cadangkan kepada anda  5 produk di bawah. Jika jerawat anda beserta dengan masalah resdung, saya cadangkan anda rujuk juga pada entri ini..

Resdung atau Jerawat?
Set Resdung Shaklee

dan lihat juga testimoni terkini..(updated Disember 2014)
Rahsia kulit cantik selepas 7 tahun dihantui jerawat.

Tidak semestinya anda cosume semua ini..konsultasi dan cadangan akan disesuaikan dengan masalah anda. Jika mempunyai masalah resdung juga, mungkin alternatif lain juga dicadangkan.

Tak tahu nak pilih mana yang sesuai?

Anda perlukan pengedar yang mampu memberikan konsultasi berdasarkan masalah jerawat anda..Tidak semua jerawat sama cara menanganinya..


Anda boleh hubungi saya untuk konsultasi bagaimana untuk memilih produk yang sesuai berdasarkan masalah dan punca jerawat anda. InsyaaAllah, lebih banyak tips akan saya kongsikan bagaimana untuk mengatasi masalah anda.


Shaklee juga mempunyai produk skincare Enfuselle yang mempunyai cleanser yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Info lanjut anda boleh dapatkan ekslusif dari saya, Raihana.


*Menjadi ahli sangat disarankan bagi mereka yang berminat  untuk mendapat harga yang termurah sepanjang consume set ini..


Hubungi sekarang!!

Whatsapp/SMS/Call:
Raihana-019-938 7282

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

13 comments:

  1. nice blog..
    singgah la blog sy..:)

    http://annabellebeauty92.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana share info berguna ini tuan :-)

    ReplyDelete
  3. Info menarik..^_^
    Jemputlah singgah blog sy ye.. supplimentcenter.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Vitamin ape sesuai kalau jerawat selalu keluar bahgian dagu?

    ReplyDelete
  5. Singgah blog saya www.mygoldempire.com
    Thanks

    ReplyDelete
  6. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    ReplyDelete
  7. Hello admin thanks for the share. I mmg guna produk traditional je skrg. mmg berkesan brbanding produk2 yg dipasaran tu. Anyway, free2 jemput dtg ke blog i utk info2 kekal fit dan slim.

    >>>Info Fit & Slim Semula Jadi! <<<

    ReplyDelete
  8. Wah. Info memang menarik. Saya suka baca info pasal jerawat ni. Saya ni dah lama rasa nya berperang dengan jerawat. Saya ada juga buat entri yang berkaitan jerawat. Sila la jemput ke blog saya. ☺ http://journeyans.com/pilihan-selamat-vit-c-bahan-pencerah-kulit/

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.