PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA

PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA
Tawaran Istimewa ini SAH HANYA PADA 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA. Jimat sehingga RM40

Friday, March 24, 2017

Resepi apam beras kukus dengan kelapa parut

Assalamualaikum..

Dah lama saya tak share resepi kan? Actually buat ni dah lama. Cumanya baru berpeluang nak share. Alhamdulillah menjadi walaupun ini adalah gambar hasil pertama kali saya buat.

Saya gunakan acuan lompang plastik yang warna merah untuk saiz ni..

Sebenarnya dengan satu adunan ni saya dapat buat hingga 35-40 biji apam juga (bergantung saiz acuan dan letak banyak mana).


Yang last tinggal hanya 2 biji ni je sempat diselamatkan untuk saya ambil gambarnya..huhu..Yang lain dah selamat dimakan anak-anak.. :D


Ada banyak versi resepi apam beras sebenarnya..ada yang lebih tradisional menggunakan ragi dan memerlukan penapaian sehari dua untuk hasil yang lebih cantik.


Saya membuatnya dengan merujuk beberapa sumber resepi juga. Tapi bagi cara yang lebih mudah boleh rujuk resepi ni..kredit kat tuan punya resepi..

Resepi ni saya rujuk dari blog resepi bonda

Resepi apam beras kukus

Bahan-Bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering – mauripan
Kelapa parut putih dikukus – gaul dengan sedikit garam

Cara Membuat:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, masukkan gula dan blend sehingga sebati.

2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.

3. Masukkan campuran nasi dan gula tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.

4. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.

5. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.

6. Angkat dan hidang bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.


Kejadiannya yang saya dah buat macam kat atas la..senang je sebenarnya..pastikan bancuh dalam bekas adunan besar ya..sebab lepas perap 3 jam tu adunan tu akan mengembang dengan jayanya..

Ok.
Itu saja cara membuat apam beras kukus ni..menggunakan bahan-bahan yang senang nak cari..kalau ada lebihan nasi tak habis tu bolehla buat apam kukus ni ya..mesti anak-anak pun suka.


Selamat mencuba..


~Ummi Ana~





0 komen terkini:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.