Nak cari tentang apa?

Resepi kuih lompat tikam yang mudah dan sedap

Assalamualaikum

Dah buat kuih untuk berbuka petang ni?
Saya nak share satu lagi resepi kuih tradisi kesukaan kami sekeluarga iaitu resepi Kuih Lompat Tikam. 

Asal resepi ini google tapi saya modified ikut sukatan yang saya suka. So ini adalah hasil cubajaya adjust sendiri sukatan ikut cawan saya. Setakat ni baru 3x buat dan minggu lepas buat yang ni untuk berbuka bersama keluarga.

Saya suka sangat lapisan atas lebih tebal dari bawah. Lemak-lemak manis!

Resepi Kuih Lompat Tikam
(Untuk satu loyang)

BAHAN-BAHAN:

Bahagian bawah:
3 cawan air perahan daun pandan(saya blend 10 helai daun pandan bersama 3 cawan air dan tapis)
1/2 sudu garam
1 cawan tepung beras
1 sudu makan air kapur pekat(kalau nk tak nak letak boleh juga kalau tak mau rasa pahit)
Pewarna makanan(hijau)


Bahagian atas:
4 cawan santan sederhana pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam@secukup rasa lemak masin


Air manisan:
3 keping gula nisan
2 helai daun pandan 
2 cawan air


1. Sediakan kuali dan panaskan. Letakkan bancuhan air daun pandan, air kapur serta tepung beras. Masukkan garam dan pewarna hijau sedikit saja. Kacau selalu hingga pekat. Hati-hati jangan sampai berkerak. Dah pekat dan berkilat terus matikan api dan tuang dalam loyang@bekas hidang. Sejukkan di bawah kipas.

2. Untuk lapisan atas pula, masukkan santan sederhana pekat yang telah dibancuh bersama tepung beras. Masukkan garam. Kacau hingga pekat berkilat dan matikan api. Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi. Ratakan dan sejukkan di bawah kipas.

3. Untuk air gula manisan, panaskan 2 cawan air dalam periuk. Masukkan nisan tadi bersama daun pandan yang telah disimpul. Masak hingga gula nisan cair kesemuanya.

4. Sebelum dihidang, simpan di dalam peti kuih lompat tikam bersama air manisannya untuk beberapa jam. Enak dihidang dan dimakan ketika sejuk.

Jangan lupa tuang air manisan ke dalam kuih sebelum makan ya..

Selamat mencuba..


*lapisan atas lebih banyak jika ikut resepi ini.

Masak dari hati,
Ummi Ana



3 comments:

  1. sedapnya.. kalau kat kelantan, kuah santanya pekat.. nyumm nyumm

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. kalau kat kelantan, kuah santanya pekat.. nyumm nyumm

    ReplyDelete
  3. Kuah santan? Kuah manisan atau nisse kan sis..santan biasanya saya panggil kepala santan..biasanya ada pulut pink tu skali..tapi xbuat yang ni..tryla sis..

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox