Nak cari tentang apa?

3 Tips tambat hati pasangan melalui pujian dan kata positif


Assalamualaikum..

Anda pernah memuji pasangan?
Kalau tak pernah, anda sememangnya sangat rugi.

Saya kongsikan tips ini daripada tips Dr Azizan (DAO) beserta tips yang saya perolehi daripada pembacaan buku motivasi rumahtangga dan melalui pengalaman sendiri dan orang lain.


Tips pertama:

Melafazkan kata-kata seronok atau pujian kepada pasangan. 



Apabila sering memuji dan melafaz kata-kata yang seronok kepada pasangan, keyakinan diri mereka akan meningkat. Menurut Dr. Azizan, apabila sifat positif ditanam di minda, maka kejayaan juga akan menyusul dan membawa kekayaan dan kebahagiaan.

Akhirnya anda juga yang rasa bahagia.

Hmm..apapun, jika baru nak belajar memuji, boleh jadi pujian anda juga sukar diterima. Almaklumlah, mungkin dah 10 tahun berkahwin, tiba-tiba saja anda memuji pasangan. Tapi langkah pertama itulah yang akan memecahkan tembok keegoan anda yang selama ini sukar memuji.


Menurut Dr Azizan lagi kita harus memulakannya kerana inilah sebenarnya kunci kepada menaikkan semangat kita dan pasangan dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan.

Pujilah dengan ikhlas hati dan tidak berlebihan sehingga terasa tak logik pada pasangan.

Contoh pujian untuk pasangan(melalui pengalaman ):

"Sedap sayang masak hari ni..alhamdulillah"
"Untung saya ada suami smart macam abang..alhamdulillah"

* yang terbaik ialah apabila memuji anda lafazkan juga rasa syukur..insyaaAllah ia menambah rasa ikhlas di hati ketika memuji. Pujilah kerana Allah. Dengan penuh rasa syukur.


Tips 2:

Menulis kata-kata seronok dan bacakan kepada pasangan dalam 21 hari



Dr. Azizan selalu menasihatkan pasangan suami isteri menulis kata-kata seronok atau impian mereka.

Contohnya:
Suami tulis kenyataan positif seperti..
Saya kacak
Saya kaya
Saya berjaya
Saya suami soleh
..

Sama halnya dengan isteri.
Contohnya:

Saya cantik
Saya kurus
Saya berjaya
Saya isteri solehah
..

Tulis 5-10 kenyataan.
Kemudian minta pasangan tukarkan kenyataan tersebut dan membacakannya seperti pujian sambil mengusap kepala kita. Lakukan dengan niat mendoakan pasangan..

Contoh:
Suami katakan..
Sayang cantik
Sayang kurus
Sayang isteri solehah
..

Isteri juga lakukan hal yang sama kepada suami.
Sebaiknya ini dilakukan sebelum tidur selama 21 hari.

Kenapa 21 hari?

Menurut Dr. Azizan, kitaran lengkap sel di dalam minda lengkap selama 21 hari. Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan. Sekiranya dilakukan selalu, insya-Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti dan hubungan suami isteri lebih rapat, kurang bergaduh dan lebih memahami.


Menurut Dr Azizan lagi kenyataan positif ini penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Apabila kita menyatakan perkataan yang gembira, serotonin ini akan mengeluarkan sel-sel yang padu yang boleh menerima kenyataan bagi disimpan di dalam minda. Waktu tidur dipilih kerana pada masa inilah alpha brain wave berada pada tahap tenang dan maksimum.


Tips 3 (Melalui pengalaman sendiri):

Menukar ayat-ayat negatif kepada positif terhadap pasangan ketika krisis

Suami atau isteri mungkin sering melakukan kesilapan dan membuat anda marah. Jika selalunya anda mungkin memarahi pasangan dengan ayat yang negatif, bertukarlah kepada ayat yang positif dan boleh mengelakkan pasangan anda rasa lebih terluka. Jika tidak mampu berkata positif, diam lebih baik buat sementara waktu.


Pengalaman saya yang baru hampir 12 tahun berumahtangga, mengucapkan rasa sayang  dan dan mengucapkan maaf (tidak kira anda atau pasangan yang bersalah) adalah ayat terbaik untuk melembutkan hati pasangan.


Ucapkanlah seikhlas yang mungkin. Jika tidak berpeluang mengucapkannya secara berdepan, menghantar pesanan ringkas melalui sms dan menyatakan maaf adalah kunci alternatif menambat semula hati pasangan.

Apapun yang berlaku..ucapkanlah..

"Saya sayang awak kerana Allah"


Sentiasalah ingat, bahawa ajal boleh menjemput bila-bila masa. Sentiasa memaafkan dan redha kepada pasangan serta sering mendoakan pasangan adalah jalan terbaik menambat semula hati pasangan.



Anggaplah bahawa setiap kata-kata kita itu mungkin adalah kata-kata positif terakhir kepada pasangan sebelum kita atau pasangan kita pergi buat selamanya. Jika negatif yang diucapkan, bersegeralah memohon maaf..


Saya tidak gembira dan tidak mampu berkata positif? Nak memuji lagilah tak boleh..


Menurut Dr. Azizan, jika tidak gembira, minda akan mengeluarkan ceretin. Bila keluar ceretin negatif, dia menarik situasi negatif. Sebagai contoh, bangun pagi dah terlambat, kelam kabut, pergi pula gosok baju, bocor pula, ada sahaja yang tidak kena sepanjang hari. Ini kerana bangun pagi pada frekuensi alpha, minda kita sudah negatif lalu akan menarik lebih banyak perbuatan menjadi huru hara.


Sebab itulah kita kena bertenang, sentiasa berselawat dan istighfar untuk lebih redha walau apapun masalah yang dihadapi. Setiap ujian Allah pasti ada hikmahnya


Ingatlah..
Allah ada dan Allah jugalah sebaik-baik tempat mengadu. Sentiasalah meletakkan Allah juga sebagai matlamat utama dalam rumahtangga kita. Tunaikanlah hak-hak Allah, maka Allah akan menjaga hak kita. InsyaaAllah.


Di akhirnya..jangan dilupa,
Selepas krisis berakhir, teruskan memuji pasangan anda. InsyaaAllah, pujian anda juga akan menjadi doa buat mereka.. tak rugi pun jika memuji..


Mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada pasangan anda kerana telah menerima diri kita seadanya dan hargailah diri mereka..






Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo 
✉ Email: elraihan82@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox