Nak cari tentang apa?

Hospital Rakan Bayi seluruh Malaysia: pilihan ibu-ibu yang cintakan penyusuan

Assalamualaikum

Baru saja dapat panggilan daripada misi di KD klinik desa berdekatan rumah.


Katanya saya dipilih untuk sertai ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di Hospital Setiu, salah satu Hospital Rakan Bayi di sini.


Alhamdulillah terujanya rasa. Bagi saya, inilah peluang untuk saya berkongsi ilmu dan menambah ilmu penyusuan saya.


Katanya saya dipilih kerana berjaya menyusukan 5 orang daripada 6 anak saya dengan susu badan sepenuhnya.


Tak sangka juga sebenarnya dapat peluang ni. Apapun pernah saya kongsikan pengalaman menyusu 5 anak saya 3 tahun lepas DI SINI

Pahit dan manis semuanya ada tau!
😄

Sedikit mengenai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan untuk pengetahuan ibu-ibu sekalian..


Kredit: Saya salin dari blog pama.karangkraf (maaf, lupa pautannya) yang dirujuk dari sumber artikel Kementerian Kesihatan Malaysia



Tahukah anda, Malaysia mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? 

Polisi ini menyatakan semua ibu digalakkan untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan dan meneruskannya sehingga anak itu berumur dua tahun.

Makanan pejal hanya perlu dimulakan semasa anak berumur enam bulan.
Usaha di peringkat kebangsaan tidak berakhir dengan polisi sahaja. Pelbagai garis panduan telah disediakan bagi hospital-hospital yang menjayakan usaha Penyusuan Susu Ibu.
Terdapat beberapa langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu sebagai Hospital Rakan Bayi yang perlu anda ketahui.

1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
2. Melatih semua kakitangan mengenai kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Membantu ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
4. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
5. Menunjukkan cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu walaupun terpaksa dipisahkan daripada anaknya.
6. Tidak memberikan bayi baru lahir, makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (rooming-in) dengan membenarkan ibu dan anak bersama-sama sepanjang 24 jam sehari.
8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
9. Tidak memberikan puting tiruan kepada bayi yang menyusu susu ibu.
10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu agar dapat dijadikan sebagai rujukan kepada ibu selepas keluar dari hospital.
11. Susu formula dan botol susu tidak boleh dibawa ke wad bersalin atau wad bayi.
12. Ceramah individu atau kumpulan mengenai penggunaan susu formula tidak dibenarkan kecuali pada kes-kes tertentu.

Ini pula senarai Hospital Rakan Bayi yang mengamalkan Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan.


Senarai Hospital Rakan Bayi Di Malaysia

Perlis
1. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar
Kedah
2. Hospital Sultanah Bahiyah
3. Hospital Sultan Abdul Halim
4. Hospital Kulim
5. Hospital Langkawi
6. Hospital Baling
7. Hospital Sik
8. Hospital Yan
9. Hospital Jitra
10. Hospital Kuala Nerang 

Pulau Pinang
11. Hospital Pulau Pinang
12. Hospital Seberang Jaya
13. Hospital Bukit Mertajam
14. Hospital Kepala Batas
15. Hospital Sungai Bakap
16. Hospital Balik Pulau


Perak
17. Hospital Raja Permaisuri Bainun
18. Hospital Taiping
19. Hospital Teluk Intan
20. Hospital Seri Manjung
21. Hospital Slim River
22. Hospital Batu Gajah
23. Hospital Kuala Kangsar
24. Hospital Tapah
25. Hospital Parit Buntar
26. Hospital Kampar
27. Hospital Sungai Siput
28. Hospital Selama
29. Hospital Gerik
30. Hospital Changkat Melintang


Selangor
31. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
32. Hospital Kajang
33. Hospital Banting
34. Hospital Kuala Kubu Baru
35. Hospital Tanjung Karang
36. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
37. Hospital Selayang
38. Hospital Serdang
39. Hospital Ampang


Kuala Lumpur 
40. Hospital Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
41. Hospital Putrajaya
42. Hospital Labuan


Negeri Sembilan 
43. Hospital Tuanku Jaafar
44. Hospital Tuanku Ampuan Najihah
45. Hospital Tampin
46. Hospital Port Dickson
47. Hospital Jelebu


Melaka 
48. Hospital Melaka
49. Hospital Alor Gajah
Johor
50. Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
51. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
52. Hospital Batu Pahat
53. Hospital Kluang
54. Hospital Segamat
55. Hospital Kota Tinggi
56. Hospital Pontian
57. Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai (HSTSTI)
58. Hospital Tangkak
59. Hospital Mersing


Pahang

60. Hospital Tengku Ampuan Afzan
61. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
62. Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland
63. Hospital Kuala Lipis
64. Hospital Bentong
65. Hospital Raub
66. Hospital Jerantut
67. Hospital Jengka
68. Hospital Muadzam Shah
69. Hospital Pekan
Terengganu
70. Hospital Sultanah Nur Zahirah
71. Hospital Kemaman
72. Hospital Dungun
73. Hospital Besut
74. Hospital Hulu Terengganu
75. Hospital Setiu


Kelantan
76. Hospital Raja Perempuan Zainab II
77. Hospital Kuala Krai
78. Hospital Pasir Mas
79. Hospital Tanah Merah
80. Hospital Tumpat
81. Hospital Tengku Anis, Pasir Putih
82. Hospital Machang
83. Hospital Gua Musang
84. Hospital Jeli


Sarawak 
85. Hospital Umum Sarawak
86. Hospital Sibu
87. Hospital Miri
88. Hospital Bintulu
89. Hospital Kapit
90. Hospital Sarikei
91. Hospital Sri Aman
92. Hospital Saratok
93. Hospital Kanowit
94. Hospital Limbang
95. Hospital Serian
96. Hospital Daro
97. Hospital Betong
98. Hospital Bau
99. Hospital Mukah
100. Hospital Simunjan
101. Hospital Marudi
102. Hospital Lundu
103. Hospital Lawas


Sabah 
104. Hospital Likas
105. Hospital Duchess of Kent
106. Hospital Tawau
107. Hospital Keningau
108. Hospital Lahad Datu
109. Hospital Beaufort
110. Hospital Kudat
111. Hospital Kota Belud
112. Hospital Sipitang
113. Hospital Tenom
114. Hospital Ranau
115. Hospital Papar
116. Hospital Kinabatangan
117. Hospital Kota Marudu
118. Hospital Semporna
119. Hospital Beluran
120. Hospital Tambunan
121. Hospital Kunak
122. Hospital Pitas
123. Hospital Kuala Penyu


Kementerian Pertahanan Malaysia 
124. Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak
125. Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka


Kementerian Pendidikan Malaysia 
126. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan
127. Pusat Perubatan Universiti Malaya
Hospital Swasta
128. Ipoh Specialist Hospital, Ipoh
129. KPJ Damansara Specialist Hospital, KL
130. KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor
131. KPJ Pusat Perubatan Pantai, KL
132. KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
133. Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


Apapun, insyaaAllah akan saya kongsikan juga sedikit ilmu yang disampaikan dalam taklimat ahli kumpulan sokongan penyusuan hospital yang akan saya hadiri nanti.

Jangan lupa follow blog mauceriasokmo ya..

Ummi Ana






No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox