PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA

PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA
Tawaran Istimewa ini SAH HANYA PADA 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA. Jimat sehingga RM40

Tuesday, December 03, 2013

Masalah Kolestrol Tinggi?

As-salam...


Isu hari ni..

Orang gemuk dikatakan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.
Orang kurus tak ada masalah kolestrol ke?


Orang kurus kalau dah makan pun ikut sedap je..makan banyak lemak tapi tak gemuk pun boleh ada masalah kolestrol dan berisiko dapat penyakit jantung tanpa disedari..

Kolesterol yang tinggi tidak hanya berlaku pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan, malah ia boleh berlaku kepada orang yang bertubuh kurus.

Kandungan kolesterol yang tinggi boleh menjadi punca untuk mendapat pelbagai penyakit kerana ia terdiri daripada kandungan bahan berlemak.

Bahan berlemak ini atau ‘lipid’ merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan yang kita makan dan juga ditemui dalam pengaliran darah manusia.

Menurut kajian, dua sumber utama dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati kerana hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah serta merembeskan kolesterol kembali dalam darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.



Perbandingan pembuluh darah yang sihat dan tidak sihat(tersumbat dengan plak kolestrol jahat LDL)

Keburukan kolesterol ialah ia tidak boleh larut dalam darah kecuali jika bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Lipoprotein juga dipanggil lemak protein.

Jenis Kolestrol
  • Secara am, lipoprotein ini terbahagi kepada dua jenis utama iaitu HDL dan LDL.
  • Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL). 
  • Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik. 

Punca masalah kolestrol

Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.


Bahaya Kolestrol

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL iaitu "Kolestrol Jahat" yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL iaitu "Kolestrol Baik".

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”. 




Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung). 

Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri juga menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Zarah kolesterol HDL(Baik)  menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL(Jahat). 


Kenapa plak perlu disingkirkan?
Sumber: Kevin Zahri

Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

Cara mengelakkan masalah kolestrol

  • Mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.
  • Contoh: Lemak daging, lemak ayam
  • Dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi di dalam badan supaya mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari. Nasihat lanjut perlu anda dapatkan dari doktor dan pakar untuk tindakan seterusnya.


Supplement untuk mengurangkan kolestrol
  • Banyak supplement yang telah ada di pasaran untuk membantu mengurangkan kolestrol. Antaranya ialah minyak ikan.
  • Shaklee juga mempunyai produk yang boleh membantu mengurangkan kolestrol seperti Omega Guard dan Lecithin. Omega Guard adalah minyak ikan Shaklee yang mampu memecahkan molekul lemak dalam darah bagi memudahkan lemak dibawa keluar dan membantu mengeluarkan kolestrol tidak baik dalam darah. 

Kenapa Omega Guard?

Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan nutrien utama untuk membantu mencegah masalah pembuluh darah tersumbat, mengurangkan kolestrol dan dan mencegah kolestrol daripada mengeras di bahagian organ dan pembuluh darah. Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard juga penting untuk mencegah penyakit jantung koronori.



Sumber: Kak Cery
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen. 
  • Teknologi ini dapat menyingkirkan bahan2 berbahaya yg terdapat dlm ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri,etc. Kebanyakan brand lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk mengekstrak minyak ikan. kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesiahatn seperti plumbun,merkuri,etc . (Info tambahan yg sy dapat daripada nutrionist Shaklee, katanya tak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul, Kalau ada pun hanya penyulingan 1x atau2x...Kenapa? sebab penyulingan proprietari tiga molekul ni merupakan satu proses yang mahal..Shaklee sahaja yg melalui penyulingan 3x sbb nak berikan yg terbaik utk pembeli2nya.. yer tak) Wahhh ..Shaklee mmg terbaekk...sbb tu harganya setara dgn kualiti bukan jauh melampau mahal yer.. masih mampu milik.
  • Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana dihati kandungan toksik tinggi
  • Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kalau kita rujuk jenis2 ikan dan tahap merkurinya. ikan2 yg digunakan oleh Shaklee adalahikan yg tahap merkurinya terendah.. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain..Ditambah dgn proses penyulingan 3x.. walla.. terbaekkk lagiii..hihi
  • Omega guard (minyak ikan ) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak perlu ni utk proses metabolisme,etc.. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan suplement EPA
  • Satu sajian Omega guard Shaklee (Recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak omega 3 yg perlu ie EPA dan DHA. Berdasarkan jadual dibawah, kandungan EPA dan DHA didalam Omega Shaklee antara yg tertinggi berbanding jenama lain


Jika anda berminat untuk mendapatkan Omega Guard, bolehlah menghubungi saya, Pengedar Shaklee anda!! Sebotol Omega Guard mempunyai 90  kapsul dan tahan sehingga 3 bulan dengan pengambilan sebiji sehari untuk membantu mengawal tahap kolestrol anda...







0 komen terkini:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.