PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL

PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL
Daftar ahli Shaklee secara percuma dengan pembelian sekurangnya 2 botol VIVIX atau belian sekurangnya 200uv. Istimewa buat pembelian VIVIX 2 botol anda akan jimat hingga rm40+ daripada harga ahli apabila anda mendaftar AHLl SHAKLEE. Tawaran Istimewa ini SAH sehingga 30 NOV 2017. Whatsapp 0199387282 sekarang!

Wednesday, December 18, 2013

7 Punca rambut gugur sampai botak?

Assalam..


Anda mungkin pernah menghadapi masalah rambut gugur seperti ini..memang menakutkan bukan?
Hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang masalah rambut gugur. Since saya sendiri juga pernah mengalaminya setiap kali selepas bersalin.



Jenis-jenis Keguguran Rambut
(Sumber: Mommy Lyna)

Keguguran Rambut Kekal

Androgenetik alopecia


Bagi lelaki, corak kebotakan boleh bermula dari awal, walaupun pada usia remaja atau awal 20-an. Ia biasanya dicirikan oleh garis rambut yang mulai surut surut di sisi dahi dan botak di bahagian atas kepala. Hasil akhir boleh botak separa atau botak terus.

Bagi wanita, biasanya mempunyai keguguran rambut bermula dengan penipisan di bahagian depan, sisi atau bahagian atas . Wanita biasanya mengekalkan garis rambut depan mereka dan jarang mengalami kebotakan lengkap.

Cicatricial alopecia

Keadaan ini jarang berlaku apabila berlaku keradangan terhadap folikel rambut. Parut yang terhasil menyebabkan keguguran rambut yang berkekalan. Kadang-kadang ia bermula dengan penyakit dengan gatal-gatal atau sakit lain.

Keguguran Rambut Sementara

Alopecia areata



Keguguran rambut jenis ini biasanya berlaku setempat. Ia boleh menyebabkan kehilangan rambut setengah-setengah di mana-mana kawasan yang mempunyai rambut, termasuk kening, bulu mata dan janggut. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia boleh maju menyebabkan keguguran rambut di seluruh badan. Jika kehilangan rambut termasuklah kulit kepala anda, keadaan ini dipanggil alopecia totalis. Jika ia melibatkan seluruh badan anda, ia dipanggil alopecia universalis. Kesakitan dan gatal-gatal boleh menjadi penyebab kehilangan rambut, tetapi gejala yang selalunya minimum.

Effluvium Telogen

Jenis keguguran rambut yang sementara ini berlaku secara tiba-tiba, paling kerap selepas penyakit yang ketara atau tekanan perasaan. Segenggam rambut boleh keluar apabila menyikat atau membasuh rambut anda atau mungkin akan jatuh walaupun diusap dengan lembut. Keguguran rambut jenis ini biasanya menyebabkan keseluruhan penipisan rambut dan tidak sampai botak.

Traction alopecia

Kesan botak boleh berlaku jika anda sering memakai gaya rambut tertentu, seperti pigtails, tocang atau cornrows, atau jika anda menggunakan penggelek yang ketat. Kehilangan rambut biasanya berlaku antara baris atau pada bahagian di mana rambut ditarik ketat.

Effluvium Anagen

Keguguran rambut jenis ini disebabkan oleh kimoterapi.


Punca Rambut Gugur

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.

Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

  • Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

  • Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

  • Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

  • Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

  • Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

  • Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

  • Masalah kekurangan hormon (Sumber: AristonS)
          Hormon yang mempengaruhi rambut wanita
    • Penurunan hormon progesterone dan penukaran esrtadiol yang banyak kepada testosterone mempengaruhi kadar pertumbuhan rambut wanita. Selain itu masalah kekurangan hormon tiroid membuatkan rambut tidak dapat tumbuh dengan baik.
           Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki
    • Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki adalah kesan penukaran testosterone kepada hormon-hormon lain akibat aromatization. Aromatization terjadi kerana kesan toksik dalam badan seseorang.

Kesan Rambut Gugur

  • Rambut kelihatan menipis dan berkurangan. Ini juga boleh dilihat pada banyaknya rambut yang gugur apabila disikat.


  • Botak pada bahagian tertentu sahaja. Kebanyakan lelaki berusia mengalami masalah botak sebahagian sahaja.


  • Botak keseluruhan. Ini berlaku apabila rawatan mengelakkan rambut gugur tidak diambil dan akhirnya semua rambut gugur degan sendirinya mengakibatkan botak keseluruhan.



Vitamin Shaklee untuk rambut gugur

Berikut adalah produk yang disarankan jika anda mengalami masalah rambut gugur.

Energizing Soy Protein-ESP
Berfungsi sebagai protein yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat, pembinaan sel baru dan baik untuk membaiki sel atau kulit

Zinc Complex penting untuk mengekalkan kesihatan kelenjar dan merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut

B-Complex
Vitamin B-Complex mengandungi beberapa sumber vitamin B yang penting untuk kesihatan rambut:

  • Vitamin B3(Niasin): Membantu melancarkan peredaran darah di kulit kepala
  • Vitamin B6(Pridoksin): Membantu mengelakkan rambut gugur dan menghasilkan melanin untuk mengelakkan rambut beruban
  • Vitamin B12(Sianokobalamin): Nutrien untuk mengatasi masalah keguguran rambut
  • Biotin: Untuk menghasilkan keratin dan juga membantu atasi keguguran rambut


  

Syampu Revitalizing atau Purifying dan serum rambut Nourishing Scalp Treatment juga membantu masalah rambut gugur secara luaran. Nourishing Scalp Treatment terutamanya sangat membantu menyelesaikan masalah rambut dengan serum yang mudah diserap oleh kulit untuk melancarkan peredaran darah di kulit kepala, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan membekalkan khasiat pada kulit kepala.



Ikuti pengalaman ibu ini yang telah mengalami masalah rambut gugur yang kronik.
Apakah yang telah beliau ambil? Rambutnya kini dah tak gugur macam dulu lagi.





BERMINAT NAK CUBA SET YANG SAMA BELIAU GUNAKAN?
BOLEH HUBUNGI SAYA, RAIHANA

SMS/WHATSAPP/CALL:

019.938.7282


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

*produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

0 komen terkini:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.