Nak cari tentang apa?

Jangan minum ESP Shaklee!!

Assalam..

Eh, kenapa pulak tak boleh minum ESP ni?
Bahaya ke ESP ni?
Yer..ini serius..bukan main-main..ESP memanglah produk hot Shaklee, tapi ada sesetengah orang yang DILARANG MINUM ESP..Walaupun betapa banyaknya kebaikan ESP Shaklee ni pada kebanyakan orang..Ada yang belum tahu kebaikan ESP? Boleh baca di sini.

So, bagi mereka dalam kategori di bawah ni..JANGAN MINUM ESP!!

SIAPA??

Pesakit Cyst
Kenapa pesakit Cyst tak boleh ambil ESP?
Memandangkan ESP boleh meningkatkan kadar hormon estrogen, ianya adalah tidak sesuai bagi mereka kerana peningkatan hormon estrogen boleh menyebabkan cyst semakin membesar..Peningkatan hormon estrogen itu sendiri tidak digalakkan bagi mereka yang mempunyai cyst.

Pesakit Buah Pinggang
Pesakit buah pinggang selalunya mengalami masalah untuk menapis protein dan cecair dalam tubuh. Pengambilan ESP yanng berprotein tinggi boleh menjejaskan fungsi buah pinggang pesakit buah pinggang yang telah rosak. Mereka hanya boleh menerima protein dalam jumlah yang sedikit sahaja.

Pesakit Hipotiroid
Apa kaitan ESP dengan pesakit hipotiroid? Pesakit hipotiroid adalah mereka yang mengalami masalah kekurangan hormon tiroid. ESP selalunya dicadangkan untuk mereka yang mempunyai masalah hipertiroid atau terlebih hormon tiroid. Bagi mereka yang kekurangan hormon tiroid, ia akan merendahkan lagi pengeluaran hormon tiroid yang menyebabkan ianya kurang sesuai bagi pesakit hipotiroid yang dah sedia kekurangan hormon  tiroid.

Anak-anak bawah 1 tahun
Bukan saja ESP, bahkan anak-anak bawah 1 tahun tidak dibenarkan mengambil sebarang suplemen Shaklee..pada usia ini, susu yang terbaik buat mereka adalah susu ibu sepenuhnya.


Dah tu, ESP ni sebenarnya untuk siapa??
  • Mereka yang ada masalah gastrik
  • Ibu hamil
  • Mereka yang mempunyai masalah rahim lemah atau mudah keguguran
  • Ibu menyusu
  • Mereka yang ingin menurunkan berat badan
  • Mereka yang berpuasa
  • Mereka yang ingin mencantikkan kulit dan memudarkan parut


Berminat nak mencuba??.ESP sememangnya terbaik untuk semua..dengan protein soya non gmo yang ditanam dan dihasilkan secara semulajadi... Pelbagai cara anda boleh membancuh ESP mengikut kegemaran anda..
Akan saya kongsikan resepi khas untuk pelanggan saya yang mendapatkan ESP daripada saya..


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo 
✉ Email: elraihan82@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox