Nak cari tentang apa?

Produk kecantikan dan pemutihan kulit merbahaya di Malaysia?


Assalamualaikum..


Benarkah produk kecantikan mengandungi merkuri boleh memutihkan kulit?
Jika benar sesuatu produk itu berjaya memutihkan kulit dalam masa yang singkat tetapi mengandungi bahan yang mendatangkan kesan sampingan yang buruk dalam jangka masa panjang adakah anda masih akan menggunakannya?

Ngeri bila difikirkan kesannya setelah saya membaca kata-kata Dr Zubaidi ni..

Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad

Entri kali ini saya tidak mahu highlight kepada mana-mana jenama produk. Mungkin atas suatu sebab pengeluar produk sendiri terlepas pandang akan hal ini. Apapun sebagai pengguna kitalah yang harus bijak memilih produk yang selamat untuk diri kita.


Berikut saya kongsikan sebahagian artikel yang telah dikongsi oleh seorang ahli farmasi, Rahman Baco berkenaan bahaya penggunaan merkuri dalam produk kecantikan hari ini. Saya sengaja tidak highlight pada mana-mana jenama produk yang disebutkan di dalam artikel tersebut.

Sumber: https://m.facebook.com/rahmanbaco.my/
.
.
.
BAGAIMANA MERCURY PUTIHKAN KULIT?

Mercury ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil Raksa biasa digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segara. Raksa ini bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses penghasilan melanin yang memberikan warna gelap pada kulit.


Melanin adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit. Melanin ini adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi kulit dari sinaran UV Matahari, walaubagaimanapun, penghasilan melanin yang berlebihan menyebab warna kulit menjadi gelap ataupun tidak sekata.


Selain Raksa, ada beberapa bahan lain lagi yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon. Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).


Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kalli boleh terkumpul kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan dan masuk ke salur darah. Raksa mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.

=====
KESAN BURUK MERCURY
=====

Apabila raksa ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration) dan juga parut. Terdedah kepada raksa untuk jangka yang lama membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.

WHO memberi amaran penggunaan raksa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang dan gangguan Sistem Saraf. Raksa yang tinggi dalam badan juga menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak-kanak.


TANDA-TANDA KERACUNAN MERCURY
*********

Tanda-tanda keracunan raksa termasuklah ganguan emosi, letih, hilang ingatan, mudah lupa dan sakit kepala. Keracunan raksa ini juga boleh menyebabkan perubahan tingkah laku seperti cepat terasa, kurang keyakinan diri dan kurang selesa semasa bergaul. Raksa yang berlebihan dalam badan menyebabkan gangguan buah pinggang (membranous nephropathy), badan menggigil dan kekejangan otot.

.
.
.

*******
"Jadilah Pengguna Yang Bijak Memilih"
*******

RAHMAN BACO, Pharmacist
Herbal Choice
Your Halal Trusted Pharmaci


50 Senarai produk kecantikan diharamkan KKM

Sekadar panduan untuk kita bersama,
Berikut adalah senarai produk-produk kosmetik dan kecantikan yang disahkan mengandungi bahan-bahan beracun yang telah diharamkan oleh KKM:

1. Khazanah White Pembersih Wajah
2. Gloskin Krim Malam & Siang
3. Reena's Astringen Lanjutan
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk
5. EETYE Whitening Cream
6. O'Lynn Skin Lightening Cream
7. Hans Beauty Flawless Day Cream
8. Hans Beauty Flawless Night Cream
9. Hans Beauty Treatment Toner
10. AS Beauty Night Cream
11. AS Beauty Day Cream
12. Golden Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden Horse Bio C omplex Cream
14. Dermaceutic Spot Cream
15. Dermaceutic Spot Peel Cream
16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng)
17. Dnars Magic Gold Foundation
18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM
19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream
20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap
21. White Complex
22. SS Pearl Cream
23. SS Vita C Night Repair
24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
25. Natural 99 Night Cream
26. Natural 99 Day Cream
27. SF Beauty Night Cream (Facial)
28. SF Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana Night Revival Cream
30. Blemished Skin Ampoules
31. Golden Horse B&W Cream
32. Felisa Gentle Peeling Solution
33. Krim Malam Rahsia Rimba
34. Eriesya Spa Beauty Cream
35. Natasya Krim Herba
36. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
37. Ratna Sari Whitening Night Cream
38. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
39. Chantique - Whitening Night Cream
40. NV Toner Treatment No 1
41. Zara Rejuvenation Cream
42. Natasya Gold Krim Herba
43. De Putih Night Cream
44. BML HB LOTION
45. Yoko Whitening Cream
46. Sensual Whitening Cream
47. Derma-Rx Arbutin-R Cream
48. EZEE SUNBLOCK CREAM
49. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
50. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute

Senarai penuh produk kosmetik yang diharamkan KKM rujuk di www.bpfk.gov.my


Anda adalah salah seorang mangsa salah guna produk dengan bahan kimia yang merbahaya?

Mereka ini juga antara mereka yang pernah mengalami masalah kulit dan antaranya disebabkan produk kecantikan yang pernah digunakan dan alhamdulillah telah pulih semula setelah mengamalkan suplemen shaklee.


Rujuk perkongsian beliau di sini

Jika anda perlukan bantuan dan mengalami masalah seperti mereka, saya boleh membantu anda. Boleh menghubungi saya melalui sms@whatsapp di talian 019-938 7282

InsyaaAllah..produk shaklee selamat dan diperbuat daripada 100% bahan semulajadi serta diiktiraf oleh KKM.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

1 comment:

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox