Jemputan ke tanah suci adalah satu pengalaman yang paling manis buat saya dan suami..meskipun keadaan ketika itu sedang sarat hamil namun bagi saya Allah telah memilih saat terbaik untuk saya ke sana..
Rombongan kumpulan kami. Tak ramai orang muda dan saya satu-satunya yang sedang hamil. Bertuahnya terpilih menjadi tetamu Allah. |
Alhamdulillah..Mac 2016 yang lalu adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke tanah suci..dalam keadaan hamil 6 bulan.
Sebelum umrah, pelbagai persediaan mental, fizikal dan kerohanian diperlukan dan saya jadikan pengalaman ibu-ibu hamil lain yang pernah melakukan umrah sebagai panduan. Apapun jujur saya katakan setiap orang unik dengan kisah mereka sepanjang berada di tanah suci. Ada yang menempuhi pelbagai ujian dengan masalah kesihatan dan sebagainya, dan ada yang sangat-sangat dipermudahkan bagi mereka walaupun berumrah ketika sakit atau usia tua. Bagi saya, Subhanallah.. Allah telah mempermudahkannya buat saya..
InsyaaAllah akan saya kongsikan sedikit pengalaman saya pula ketika menunaikan umrah yang lalu sebagai ibu hamil.
Saya yakin, inilah antara persoalan yang bermain di fikiran ibu hamil yang baru pertama kali nak menunaikan umrah ketika hamil.
Bolehkah ibu hamil menunaikan umrah?
Ya boleh. Tapi dengan syarat tertentu juga..seperti tahap kesihatan yang baik dan tidak melebihi tempoh kehamilan yang dibenarkan iaitu bawah 7 bulan. Tapi ada juga ibu hamil yang telah masuk 7 bulan ke atas tapi masih dibenarkan. Mungkin atas faktor-faktor tertentu. Anda perlu rujuk agen umrah dari pakej yang akan membawa anda.
Lain halnya dengan ibadat haji. Ibu hamil tidak dibenarkan untuk melakukan ibadat haji mungkin atas banyak faktor.
Antaranya tempoh haji yg agak panjang dan keadaan jemaah yang mungkin lebih sesak kerana haji dilakukan serentak pada musim yang sama, dibimbangi boleh memudaratkan ibu hamil dan membahayakan kandungan mereka.
Bolehkah ibu hamil menaiki penerbangan antarabangsa?
Boleh jika usia kandungan anda ketika itu masih selamat dan disahkan fit oleh doktor untuk menaiki penerbangan antarabangsa yang memakan masa yang agak lama. Anda boleh mendapatkan surat pengesahan doktor untuk tempoh kehamilan dan status kesihatan anda samaada masih sesuai atau tidak untuk menaiki penerbangan.
Penerbangan ke Jeddah biasanya memakan masa antara 9-10 jam atau lebih. Anda perlu mempertimbangkan banyak perkara termasuklah kesan ke atas kandungan anda.
Anda mungkin memerlukan prosedur tertentu seperti mengisi borang pelepasan tanggungjawab dari pihak penerbangan jika sebarang masalah berlaku sepanjang penerbangan. Tempoh kehamilan yang dibenarkan menaiki penerbangan bagi setiap syarikat penerbangan tempatan atau internasional mungkin tidak sama.
Jika anda dibenarkan untuk menaiki penerbangan, Dicadangkan ketika dalam penerbangan anda bangun setiap sejam atau 2 jam untuk berjalan-jalan dan cuba melakukan regangan dan melepaskan ketegangan pada kaki dan perut anda..jika tidak anda akan mudah mengalami kekejangan otot jika hanya tidur dan duduk dalam posisi yang sama dalam penerbangan.
Jika anda masih mengalami alahan atau muntah-muntah, pastikan anda telah bersedia dengan plastik untuk sebarang kecemasan dan membawa bekal ubat-ubat yang perlu di dalam beg tangan anda.
Alhamdulillah..saya tiada sebarang masalah ketika dalam penerbangan. Sesekali saya akan bangun dan ke tandas serta berjalan-jalan di lorong tempat duduk untuk meredakan ketegangan.
Apakah saya mampu beribadat seperti orang lain ketika di sana?
Anda biasa berjalan jauh ketika hamil? Saya ke tanah suci dengan pakej travel yang dipilih lebih murah.
Ini bermakna di Mekah jarak hotel saya ke masjidil haram juga agak jauh. Lebih kurang 700m. Setiap kali masuk waktu solat saya perlu berjalan 700m pergi dan 700m pulang atau sejauh 1.4km perjalanan pergi berulang alik ke masjid.
Ketika di Madinah hotel-hotelnya kebanyakannya lebih dekat dengan Masjid Nabawi. Hotel kami ketika di Madinah kira-kira 150-200m sahaja.
Hotel Al-Wissam tempat kami menginap di Mekah |
Jika anda rasa tidak mampu untuk berjalan jauh, anda boleh menyewa kerusi roda dari pihak hotel yang turut menyediakan khidmat membantu anda melaksanakan umrah dengan bantuan kerusi roda.
Alhamdulillah..
Sepanjang berada di sana saya belum pernah menggunakan khidmat tersebut. Dengan izin Allah saya masih mampu berjalan kaki berulang alik ke masjidil haram dari hotel. Apapun perbanyakkan doa mohon pertolongan Allah untuk membantu anda sepanjang beribadat di sana. Boleh jadi orang yang sihat dan kelihatan gagah juga adakalanya diuji ketika berada di sana.
Apa yang boleh saya katakan, jangan bersangka yang tidak baik tentang kemampuan kita dan orang lain juga. Yakinlah, dengan rahmat Allah kita juga mampu melakukan ibadat di sana.
Saya melihat sendiri nenek dalam rombongan kami yang berusia hampir 80 tahun mampu berjalan kaki dan melakukan umrah dengan cepat melebihi orang muda di kalangan kami. Subhanallah.. Berdoalah mudah-mudahan dipermudahkan juga urusan ibadat kita.
Persediaan fizikal dan mental
Apapun, jika anda berkemampuan dan inginkan hotel yang lebih dekat dan selesa juga ada dengan jarak terdekat hanya 50m-200m sahaja daripada masjidil haram. Bergantung kepada bajet anda dan pakej yang ditawarkan kepada anda. Selalunya pilihan hotel sekitar Clock Tower dan Safwa Tower adalah yang terdekat. Dan harganya agak boleh tahan juga mahalnya. Jika anda mampu, apa salahnya.
Dalam ibadat umrah sendiri anda perlu bertawaf dan melakukan saei. Tawaf memerlukan anda berjalan kaki mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan dan diikuti saei iaitu berjalan kaki berulang alik dari safa ke marwah dan marwah ke safa sehingga cukup 7x berulang alik.
Keadaan jemaah ketika tawaf |
Ruang saei |
Jarak perjalanan ketika bersaei lebih kurang 3km jaraknya. Tetapi jangan terlalu risau ya..anda masih boleh berhenti dan rehat seketika selepas bertawaf sebelum melakukan saei dan minum air zam-zam yang disediakan. Sepanjang bersaei juga anda boleh berhenti seketika dan minum air zam-zam untuk mendapatkan tenaga anda semula.
Subhanallah..kuasa Allah yang telah meminjamkan saya kekuatan untuk melangkah dan berjalan. Saya cuba untuk tidak memikirkan berapa jaraknya.. kami tidak berhenti rehat lama sekadar minum air zam-zam dan dapat meneruskan saei sehingga habis dan terus bertahalul.
Terpulang kepada anda berapa kali anda ingin melakukan umrah di sana. Kebiasaanya pakej hanya menawarkan 3x umrah sepanjang 12-13 hari di sana. Selebihnya anda juga boleh melakukannya sendiri mengikut kemampuan anda.
Alhamdulillah, sepanjang berada di sana..saya masih dapat bertahan meskipun byk berjalan..sesekali ada juga lenguh-lenguh kaki biasa yang dialami oĺeh kebanyakan jemaah. Namun saya ingat pesan ibu saya supaya tidak merungut dan banyakkan sabar.
Bila dicongak pernah satu hari saya berjalan hingga hampir 10km dalam sehari pada hari umrah dan ziarah dilakukan serentak. Subhanallah..kekuatan luar biasa yang Allah berikan. Walhal jika di Malaysia 1km pun sudah cukup memenatkan apatah lagi bagi ibu hamil 6 bulan seperti saya. Syukur kerana dipinjamkanNya sedikit kekuatan. Pesan ibu saya sentiasa di ingatan. Minta tolonglah dari Allah.. semuanya kerana izin Allah. Di sana tiada apa yang mustahil.
Alhamdulillah..walaupun ketika berada di Mekah suhunya tidak menentu sehingga pernah mencecah 42 celcius dan berlaku ribut pasir selama 2 hari di sana saya dan suami masih dipinjamkan kesihatan yang baik. Tidak batuk, selsema, sakit tekak mahupun demam sehinggalah kami kembali ke Malaysia. Semuanya bagi kami adalah pertolongan dari Allah. Mengambil suplemen serta sentiasa berdoa supaya Allah mempermudahkan segala urusan juga adalah sebahagian usaha yang kami lakukan.
Alhamdulillah ya Allah..atas kekuatan yg dipinjamkanNya buat saya..meskipun terpaksa 'membawa perut'..mudah-mudahan anak yang dibawa dalam kandungan juga turut merasai nikmat dan beroleh rahmatNya sepanjang berada di sana.
Persediaan ibu hamil sebelum umrah
1. Membawa pakaian keperluan atau pakaian umrah sekadarnya sahaja. Jangan bebankan diri anda dengan pakaian yang terlalu banyak kerana anda mungkin perlu membawa beg atau luggage anda sendiri tanpa bantuan orang lain. Saya sekadar membawa 2 helai baju malam, 3 telekung solat dan 4 helai jubah untuk dipakai sepanjang berada di sana(12 hari). Tudung labuh mudah solat adalah satu kelebihan. Jadi anda tidak perlukan banyak telekung solat untuk bersolat. Stokin 3 pasang sudah memadai. Lagipun anda boleh membasuh pakaian di sana jika perlu dan terdapat kedai dobi yang turut menyediakan servis cucian pakaian.
2. Jika cuaca dijangkakan sejuk, bawalah baju sejuk yang sesuai untuk dipakai sepanjang berada di sana. Jika cuaca agak panas, pilihlah pakaian dari material yang senang bernafas supaya anda lebih selesa ketika melakukan ibadat.
3. Dinasihatkan anda membawa topeng perlindungan sebagai perlindungan diri sekiranya berlaku ribut pasir atau untuk protection ketika anda tidak sihat atau orang sekeliling anda mengalami gejala tertentu yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan.
Para jemaah memakai topeng ketika ribut pasir untuk mengelakkan habuk dan pasir yang berterbangan di udara. Kelihatan Clock Tower juga agak kabur dek ribut pasir yang melanda. |
4. Bawa suplemen atau ubat-ubatan yang mungkin anda perlukan sepanjang berada di sana.
Suplemen shaklee yang saya amalkan sepanjang umrah |
ESP:
Memberi tenaga segera dan mengekalkan ibu hamil bertenaga lebih lama untuk mengerjakan ibadat umrah. Jika terpaksa skip meal kerana terlewat makan saya minum ESP untuk memastikan saya dapat bertahan dari rasa lapar lebih lama. Sangat sesuai diambil bagi mereka yang ada gastrik atau mereka yang ingin berpuasa.
BComplex:
Meredakan ketegangan saraf akibat berjalan kaki yang banyak sepanjang berulang alik ke masjid dan melancarkan peredaran darah serta menukarkan makanan yang dimakan kepada tenaga.
Ostematrix:
Meredakan lenguh-lenguh badan dan sakit pinggang, mengelakkan sembelit dan mengelakkan kekejangan otot akibat banyak berjalan.
Vita C:
Membantu meredakan demam dan selsema dengan segera. Memberi perlindungan imun kepada tubuh daripada penyakit dan membantu melembapkan kulit dalam cuaca kering dan panas. Membekalkan kulit dengan antioksidan untuk mengelakkan radikal bebas penyebab jeragat dan jerawat.
Garlic Complex:
Sejenis antibiotik semulajadi dari khasiat bawang putih. Membantu mengurangkan keputihan ketika hamil dan mencegah jangkitan kuman. Juga membantu membuang angin berlebihan dalam badan punca badan menjadi lemau dan letih.
Nutriferon:
Mempunyai 30 sachet di dalamnya. Saya mengambilnya setiap hari untuk membantu melindungi diri daripada penyakit berjangkit yang mungkin berisiko dialami memandangkan saya tidak divaksin meningistis seperti jemaah yang lain kerana hamil. Nutriferon membantu memberi perlindungan dengan interferon semulajadi yang membantu mengaktifkan sel badan untuk melawan penyakit dan melindungi diri daripada sebarang penyakit.
Herbal Blend Cream:
Untuk membantu meredakan ketidakselesaan kulit akibat perubahan cuaca, meredakan ruam pada kulit dan melembapkan kulit yang kering. Rasanya yang sedikit dingin membantu menyejukkan kulit yang kepanasan. Saya jadikan krim ini sebagai losyen harian sebelum keluar.
5. Perbanyakkan doa, solat sunat taubat untuk bersihkan diri dan niatlah umrah semata-mata kerana Allah.
Saya juga banyak melakukan dosa. Apa saja kebaikan dan keburukan yang diterima anggaplah ianya ujian dan kaffarah untuk membersihkan diri kita dari dosa. Banyakkan bersabar dan elakkan merungut walau apapun ujian yang anda hadapi. Bersangka baiklah dengan Allah setiap masa.
Membawa diri kita ke sana dengan niat untuk membersihkan dosa dan mendapat redha Allah dan umrah yang mabrur itu adalah tujuan yang paling utama.
Jangan takut melakukan umrah kerana Allah itu Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang..Dialah satu-satunya tempat pergantungan kita dan tempat untuk memohon pertolongan. Amat besar ganjarannya bagi mereka yang mampu melakukannya. Apa sekalipun masalah yang kita hadapi apatah lagi ketika di sana, sentiasalah kembali kepadaNya.
Bagi saya, berasingan dari suami(tidak tinggal sebilik di hotel) sangat banyak mengajar kita untuk tidak bergantung kepada orang lain dan sentiasa berharap dari Allah semata-mata. Saya juga mendapat ramai kenalan baru daripada jemaah di sana. Berdoalah anda dipertemukan dengan orang yang baik untuk sebarang urusan di sana. Kadang-kadang teman yang baik juga salah satu bantuan dari Allah untuk mempermudahkan urusan kita.
Antara teman baik kami ketika di sana. Kenangan menaiki kaki Bukit Uhud |
Apapun semua ini adalah perkongsian dari pengalaman dan pandangan saya semata. Bagi saya tidak mustahil ibu hamil juga mampu melakukan umrah bahkan saya amat menggalakkanya. Betapa besarnya rahmat Allah buat seorang ibu hamil. Apatah lagi yang melakukan umrah dalam keadaan demikian. Anak yang dikandung juga pasti mendapat hikmahnya.
Saya doakan mudah-mudahan kami dapat menjejakkan kaki lagi ke sana suatu hari nanti..mungkin bersama baby baru atau anak-anak kami pula dan keluarga.
Doakan saya selamat melahirkan cahaya mata ke 6 kami tak lama lagi..
in syaaAllah. Ameen.
Kenangan selepas selesai umrah |
*Entri ini bukan bertujuan untuk bermegah atau sebagainya. Sekadar perkongsian yang mudah-mudahan membantu memberi semangat dan sebagai panduan ibu-ibu hamil yang bakal menunaikan umrah khususnya buat kali pertama.
Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee yang saya amalkan sepanjang umrah bolehlah menghubungi saya melalui sms@whatsapp untuk maklumat lanjut ya..
Raihana,
019.938.7282
assalammualaikum...nak tanya..boleh tak ibu hamil yg hendak pergi umrah mengambil suntikan meningitis
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Dari pendapat doktor klinik swasta yang saya temui katanya tak digalakkan walaupun ada yang ambil.
DeleteAssalamu'alaikum...sy dh book utk g umrah pd awal sept yg lalu & bakal ke sana 5.12.2016. Dlm masa menyiapkn urusan dokumentasi dgn travel agent sy disahkan hamil & skrg usianya 7 mggu. Jd pd waktu sy berada di sana kndngan sy berusia 12w+. Sy masih menangguhkan suntikan & sy skrg dlm dilema. Bole x puan beri nasihat sm ada utk terus pergi atau sebaliknya.
ReplyDeleteSalam sis..kebetulan sy terbaca komen sis ni. Kita berada dalam keadaan y sama dimana sy disahkan hamil sewaktu merancang menunaikan umrah. Jadi sy nak tnya, adakah sis masih pergi tahun lepas atau sis tangguhkan? tqia
DeleteAlhamdulillah, masih diizinkan Allah pergi masa hamil tu
DeleteBergantung pada tahap kesihatan puan juga macamana. Boleh juga dapatkan pandangan dan nasihat doktor yang merawat puan
ReplyDeletesalam. kalau tak buat suntikan meningitis, kena ganti dengan sunntikan lain ke? kalau xbuat ape2 suntikan boleh lepas ke pergi umrah?
ReplyDeleteAlhamdulillah, beri semangat utk saya yg tgh fikir keadaan d sana nnt.. alhamdulillah..hilang kerunsingan
ReplyDelete