Assalamualaikum
Resepi ni memang dah selalu saya buat di rumah untuk anak2 saya.
Kenapa saya kata citarasa Melayu?
Haa..sebab rasa makaroni ni rasanya ala kari pun ada.. Saya ubahsuai makaroni bakar ni ikut citarasa sendiri.. Terpulanglah pada citarasa masing-masing juga..
Rupa makaroni bakar ni nampak macam sama je dengan makaroni bakar yang biasa. Cumanya ramuan sosnya je yang berbeza. Dan yang ni saya masak dalam noxxa.
Dalam 15 minit dah siap ya..
Bahan-bahan:
400gm makaroni pasta(siap direbus bersama sedikit mentega, toskan)
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan untuk inti:
2-3 biji bawang putih
200gm ayam cincang
2 sudu serbuk kari
3 sudu sos tomato@sos spagetti
1 biji lada benggala dipotong dadu
Garam secukup rasa
Bahan sos putih:
4 biji telur gred B
1 tin susu cair
3 sudu mentega dicairkan
2 sudu tepung gandum
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Topping:
Beberapa keping cheese chesdale(Kalau nak ganti dengan mozarela cheese pun boleh)
Langkah-langkah:
1. Setkan stir fry ON untuk memasak inti terlebih dahulu. Masukkan sedikit saja minyak masak
Tumiskan bawang putih yg dah diketuk hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari. Tunggu rempah garing dan naik bau dan masukkan sos tomato@sos spagetti.
3. Masukkan isi ayam cincang dan lada benggala yg dipotong dadu. Gaulkan sekejap hingga rata dan terus OFF mode stir fry.
4. Masukkan makaroni yg dah direbus dan ditos tadi. Gaulkan bersama inti sekadar nk sebati dengan makaroni.
5. Untuk sediakan sos putih, pecahkan semua telur ke dalam mangkuk besar dan tuangkan susu cair serta mentega.
6. Tambahkan gandum dan kacau sebati. Kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam.
7. Tuangkan sos putih tadi ke dalam makaroni yang dah digaul inti.
8. Hiaskan bahagian atas dengan beberapa keping cheese chesdale atau parutan mozarela
9. Setkan noxxa ke mode STEAM untuk 7 minit. Setelah masak, biarkan seminit dua sebelum tudung dibuka. Setelah itu bolehla keluarkan dan hidangkan ya..😀
Selamat mencuba ya..
Jangan lupa tinggalkan komen setelah anda mencuba..
Ummi Ana
😘
019.938.7282
No comments:
Post a Comment
Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..