Assalamualaikum..
Lama kan saya tak share resepi..😁 Kali ni saya nak share resepi bahulu untuk yang tak ada acuan bahulu.
Rata-rata ramai ada pemanggang ajaib tapi tak ramai yang tau pemanggang ajaib pun boleh buat bahulu. Tak perlu beli acuan tembaga bahulu tu dah. Kalau anda tak kisah rupanya macamana boleh cuba resepi ini dan cara membuatnya menggunakan pemanggang ajaib di rumah anda sahaja.
Resepi bahulu pemanggang ajaib
Bahan-bahan:
3/4 cawan gula pasir@castor(kalau suka manis boleh guna 1 cawan)
5 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum(sebaiknya ayak dahulu)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan Ovalet (tambahan je ni untuk gebukan bahulu, tak letak pun tak apa. Pastikan ovalet halal ya)
Cara-caranya:
1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian tambahkan esen vanila. Kalau nak blend guna blender pun boleh.
2. Setelah adunan kembang masukkan gandum sedikit demi sedikit dan kacau sebati cara kaup balik menggunakan spatula saja. Tak perlu blend adunan ni ya.
3. Masukkan pewarna atau perisa jika mahu. Saya gunakan perisa strawberi ni ya. Anak request. 😁 Perisa pandan atau plain lagi sedap bagi saya.
4. Panaskan pemanggang ajaib terlebih dahulu dan sapu sedikit mentega atau marjerin pada pemanggang supaya tak melekat pada bahulu setelah masak. Setelah itu tuang semua adunan ke dalam pemanggang. Pastikan adunan tidak terlalu banyak sebab nanti boleh melimpah keluar.
5. Gunakan api sederhana kecil sahaja semasa membakar ni ya. Terbalikkan pemanggang setelah 5 minit pertama. Kemudian terbalikkan semula dan bakar sebelah lagi selama 3-4 minit.
Masa ni memang dah semerbak baunya dalam rumah tau. 😂 Setelah masak boleh terus pindahkan dalam pinggan. Memang tak lekat pun kat pemanggang tu ya.
Tips:
Jangan buka pemanggang sehingga 8 minit pertama ni ya. Takut nanti adunan belum betul-betul masak. Setelah 8 minit baru anda dibenarkan buka sekejap untuk lihat tahap keperangan bahulu anda. Yang nak lagi perang boleh biar lama sikit. Tapi jangan sampai hangit ya.
Ini dia hasilnya setelah dibakar. Selamat mencuba ya..
~Ummi Ana~
*Mohon tinggalkan kredit untuk menyalin resepi ya. 😊

Sebelah bawah |
Sebelah atas |
~Ummi Ana~
*Mohon tinggalkan kredit untuk menyalin resepi ya. 😊
No comments:
Post a Comment
Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..