Nak cari tentang apa?

Blog bukan sekadar untuk bisnes, ia juga amal jariah

Assalamualaikum..

Pagi ni rasa nak flashback memori lama.


Pelanggan pertama saya

Duk fikir-fikir balik siapala customer pertama saya dulu. Tapi dah lupa la pulak..

Tapi saya tak lupa customer dari blog yang pertama..antara ahli shaklee saya yang paling lama.. Adik manis dari Setiu. Dia juga regular cust saya yang paling hampir dengan saya, tapi kami jumpa melalui blog ini.

Dari 2013 sampailah sekarang dia masih setia dengan Shaklee. Saya masih ingat,
waktu tu dia order set slimming dan terus daftar ahli..

Sampai sekarang masih setia dia order dari saya walaupun dah 4 tahun lebih..

Walaupun sekarang keahlian shaklee kene renew setiap tahun, dia still terus renew dan jadi active member under saya.

Bila diingat balik, 2013 tu saya baru lagi bina blog ni..hampir putus asa nak dapat customer dari blog.

Menulis blog tanpa ilmu, membuatkan sukarnya nak masuk first page di google..
lama saya tunggu nak dapat first customer dari blog ni tau..😅

Dah masuk 1k views barulah dapat customer pertama. Rasa syukur sangat-sangat bila dah makin bertambah follower dan viewers sekarang.😁

Nak tau dah berapa entri baru saya dapat first customer dari blog?
Selepas 50 entri saya published.

Agak-agak kalau saya dah give up dan berhenti menulis di blog selepas entri ke 49...saya jumpa tak first customer ni?



Apapun, alhamdulillah dari hanya puluhan saja yang singgah di blog mauceriasokmo ni, kini dah cecah sejuta kali ia disinggah.

Saya sayang blog mauceriasokmo. Terima kasih sudi baca

Menulis perlu dari hati juga.

Bukan semata-mata nak orang baca, tapi yang lebih memuaskan hati adalah sejauh mana hasil penulisan kita membantu ramai orang di luar sana.

Saya bersyukur sebab sering mendapat feedback yang pelbagai dari pembaca. Dan semuanya yang positif saja. Selalunya melalui mesej dan emel dari pembaca blog.

Ada yang berkongsi pengalaman makan shaklee..dan sejauh mana shaklee dah merubah kesihatan mereka dan keluarga dengan izin Allah. Alhamdulillah.

Ada yang cakap mereka dah cuba resepi yang saya kongsikan di blog dan siap dapat jual dan tambah pendapatan. Alhamdulillah.

Ada yang dah cuba tips2 yang dikongsikan dan dapat result yang positif hasil amalan tersebut. Alhamdulillah.

Ada yang rasa makin semangat nak buat umrah setelah baca pengalaman umrah saya ketika hamil. Alhamdulillah.

Ada yang berkongsi kesyukuran mereka dengan kelahiran anak pertama saya di tengah peristiwa tsunami 2004

Ada yang berkongsi kesukaran mereka dan bertanya bagaimana saya lalui 9 tahun berulang alik ke IJN ketika anak kedua saya disahkan mengalami jantung berlubang.

Kisah anak kedua saya ini juga paling mendapat perhatian sehingga turut dimuatkan dalam majalah Jelita 2015. Terima kasih atas doa anda semua.

Momen-momen ini adalah sebahagian daripada kisah hidup saya juga yang saya dapat kongsikan dengan anda. Tak semua kita mampu ceritkan. Namun mudah-mudahan ianya sedikit sebanyak membantu anda mengenali diri saya.

Doakan saya masih mampu menulis sehingga akhir hayat saya. Blog ini mudah-mudahan menjadi sumber jariah saya andaikata saya telah pergi nanti.

Oh ya, rasa nak sangat kongsi ilmu blog ni dengan anda. Kalau ada yang sudi la ya..saya nak bantu mereka yang nak buat bisnes shaklee melalui blog. Long term investment ni ya.

Boleh whatsapp saya dulu ya.
Terima kasih sudi baca.
😊

Ikhlas,

Ummi anak 6,
Siti Raihana
Owner@writer blog mauceriasokmo 

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox