Nak cari tentang apa?

Jantung berlubang ASD: Kisah anakku sayang


Assalam..

Hari ini 2 orang anak saya masih demam..Saya memang selalu risau bila anak demam..saya masih ingat sewaktu "Kak Ngah"( panggilan manja untuk anak kedua saya) disahkan mengidap jantung berlubang ASD 8 tahun yang lalu.. Semuanya bermula dari peristiwa Kak Ngah selalu demam sewaktu berusia setahun. Kak Ngah kerap demam sewaktu berusia 3 bulan sehingga setahun. Setiap kali pemeriksaan di klinik, Doktor mengatakan itu cuma demam biasa..

Sebagai ibu, saya memang tidak sedap hati tiap kali anak demam. Yang sulong tidaklah demam terlalu kerap, berat badan juga naik normal. Tetapi sepanjang pemerhatian saya sebagai ibu, Kak Ngah memang jauh lebih kecil berbanding kanak-kanak seusianya walhal Kak Ngah lahir agak besar juga, 3.4kg. Kak Ngah selalu demam, bernafas lebih laju dan mudah berpeluh.

Kak Ngah sewaktu usia setahun







Disember 2006
Suatu hari, Allah menggerakkan hati saya untuk membawa Kak Ngah ke Klinik Panel tempat saya bekerja. Kak Ngah demam lagi. Kali ini doktor lelaki muda yang memeriksa Kak Ngah. 

Seperti prosedur biasa, doktor juga membuat pemeriksaan dada dan belakang Kak Ngah. Sewaktu doktor tersebut memeriksa degup jantung Kak Ngah, mukanya seperti kehairanan sedikit.  Katanya macam ada heart murmur (bunyi jantung yg abnormal seperti ada sesuatu yang bocor), terus dia meminta saya merujuk ke Klinik Pakar Hospital Kerajaan untuk kepastian. Takdir Allah nak tunjuk masa tu, walhal sebelum ni dah beberapa kali buat pemeriksaan yang sama tak ada pulak doktor kesan apa-apa.

Setelah berjumpa pakar dan melalui beberapa pemeriksaan, dipendekkan cerita Kak Ngah akhirnya disahkan mempunyai masalah jantung berlubang ASD dengan lubang sebesar 12mm. Menurut doktor,  lubang pada jantung Kak Ngah agak besar untuk kanak-kanak seusianya. Dada Kak Ngah juga agak tinggi dan  bahagian kanan jantung Kak Ngah dah bengkak..patutlah tumbesaran Kak Ngah agak lambat, selalu berpeluh-peluh, Kak Ngah bernafas agak laju dan mudah letih walaupun bermain sekejap.. Allaahuakbar..ibu mana yang tidak rasa sedih apabila anaknya mempunyai penyakit seperti itu..doktor pun ada bagitau maybe simptom dah ada sejak usia 2 bulan lebih..cuma susah nak dikesan jika tidak dilakukan pemeriksaan teliti..dan doc membuat keputusan untuk menunggu sehingga Kak Ngah 4 tahun untuk melihat sejauh mana lubang pada jantung Kak Ngah membesar...

Kami waktu itu merujuk kepada Pakar Pediatrik HSNZ KT, Dato' Jimmy..beliau menyarankan agar kami membuat rawatan susulan di IJN...Kami suami isteri akhirnya pasrah menurut cadangan Dato' Jimmy untuk membawa Kak Ngah ke IJN untuk kebaikan Kak Ngah...dari situ bermulalah episod Kak Ngah sentiasa berulang alik ke IJN selama hampir 3 tahun setiap 6 bulan sekali..Kata doktor, KakNgah hanya akan dilakukan prosedur atau pembedahan apabila dia hampir masuk sekolah sekiranya lubang pada jantung Kak Ngah semakin membesar..Kos setiap kali temujanji juga agak besar iaitu lebih kurang RM300 pada setiap kali sesi bersama doktor pakar...

Setelah Kak Ngah berusia 4 tahun, doktor pakar di IJN memutuskan lubang pada jantung Kak Ngah semakin membesar dan perlu ditutup melalui prosedur cardio cathetherization atau kaedah belon(keyhole), untuk menutup lubang pada jantung Kak Ngah..katanya prosedur itu boleh mengurangkan risiko pembedahan terbuka jantung yang mungkin lebih lama untuk sembuh selepas pembedahan. Kos prosidur ini juga lebih murah sedikit iaitu rm25k-30k berbanding pembedahan terbuka yang menelan belanja lebih kurang rm30k-35k pada masa itu (2010).

Sebelum prosedur tersebut dijalankan, Mei 2010 Kak Ngah terpaksa melalui pembedahan gigi terlebih dahulu untuk dental clearance..semua gigi Kak Ngah yang rosak sebanyak 12 batang terpaksa dikorbankan. Kesian Kak Ngah..nak makan punyalah susah..macam baby pulak..tujuan dental clearance ni menurut doktor adalah untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman dari gigi yang rosak(walaupun hanya sedikit karies) sampai ke jantung setelah dilakukan closure procedure tersebut..
Kak Ngah selepas pembedahan gigi untuk dental clearance di HSNZ Kuala Terengganu.
Lepas muntah bercampur darah (tertelan tanpa sedar waktu operation) hampir 10x barulah k.ngah ok sikit dan boleh mula makan bubur.

 Oktober 2010:

Alhamdulillah, Kak Ngah akhirnya selamat ditutup lubang pada jantungnya melalui prosidur cardio catheherization di IJN. Menurut doktor, Kak Ngah memang kuat semangat. Alhamdulillah, Kak Ngah tiada sebarang komplikasi selepas menjalani prosedur tersebut dan luka tunya juga sembuh dalam 2 minggu sahaja..Alhamdulillah..


Kak Ngah selepas prosedur
  Sekarang, alhamdulillah Kak Ngah boleh dikatakan sihat seperti kanak-kanak lain juga..Kak Ngah dah masuk tahun 3 di SK Bari. Mohon doakan Kak Ngah (Wan Amirah Husni) akan sihat dan ceria selalu...aamen..

"Makcik Pakcik semua, tolong doakan Kak Ngah sihat selalu yer..aameen.."-Kak Ngah


Sayang anak-anak ummi..




9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. as'kum kak..anak sye bru 1 10..doktor bru scan hari ni bgtaw sahkan jantung berlubang jenis ape dan berape besar belom taw lagi..boley mintk no tipon akk x?
    saye nk tnye degn lebih lanjut pengalamn cara menjaga..dan cara akk atasi hal ni..sye amat terkejut bile diberitahu..sebb anak sebelom ni sihat je..
    plz ye share ngn saye..skrg pon sye tgh tggu due anak yg ketiga pada 13/9 ni..emosi pon x berape stabil bile dgr pasal ank yg no 2 ni..byk menangis sedih

    013-

    ReplyDelete
  4. Salam Anak sy umur 11 bulan lbh mngalami masalah PDA.Ada cdgn rawatan alternatif tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf encik. Saya tak tahu mengenai mslh PDA..saya hanya berkongsi pengalaman daripada masalah anak saya saja.

      Delete
  5. Anak kedua saya pun mengalami masalah jantung berlubang type VSD dan dah jalani operation masa umur 3 bulan dengan lubang sebesar 12mm. Akibat pembedhan tu, anak saya alami komplikasi left diaphragma paralysis dan sekarang..baru selesai jalani pembedahan untuk mengikat diafragma dan tarik usus (sebab usus dah masuk bahagian paru-paru).

    Apapun, anak2 jantung ni semuanya hebat dan kuat-kuat. Alhamdulillah atas permata berharga ni :)

    ReplyDelete
  6. Pn ummuAyyash..
    Mudah-mudahan anak puan sembuh dan sihat semula seperti anak2 yang lain.

    Setuju puan..
    Memang anak2 pesakit jantung ni kuat2 semuanya..
    Anak saya yang ni paling aktif, petah dan berani berbanding adik beradiknya..

    Waktu di wad ijn hampir semua orang dia tegur dan ajak berbual :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum puan.. nak tnya, anak sy umur 2 tahun 9 bulan baru 10 hari buat pembedahan jantung, sekrng dah berada di wad biasa, tp masalah sekrng ni anak sy mcm kemurungan, x ceria, kita panggil nama dia pun, kurang respon, kita bg mainan dia pun dia buat xtau, mcm protes, mcm merajuk, mcm marah, adakah anak puan mcm tu?

    ReplyDelete
  8. hai kak, berapa lama akak admit di ijn masa tu. Anak saya akan menjalani pembedahan hujung tahun ni. Nak rancang untuk apply cuti.

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox