Nak cari tentang apa?

Penyusuan Ekslusif: Apa persediaan saya?

Assalam...

Hari ini saya nak berkongsi mengenai penyusuan ekslusif dengan para ibu dan bakal ibu yang berniat ingin menyusukan bayi mereka secara ekslusif sejak lahir. Alhamdulillah, 4 daripada 5 orang anak saya memang menyusu badan penuh selama 6 bulan pertama. Yang sulong sahaja yang tidak dapat saya susukan sehingga 6 bulan pertama memandangkan saya masih terlalu muda ketika pertama kali menjadi ibu 10 tahun yang lalu, masih belum tamat pengajian di UTM dan masih naif soal penyusuan susu ibu. Oh, ya..waktu itu juga kesedaran tentang penyusuan susu ibu memang agak kurang.

Ramai ibu-ibu mengambil mudah tentang penyusuan terutamanya ibu bekerjaya. Walaubagaimanapun, kesedaran itu mula timbul apabila saya melahirkan anak kedua setahun kemudian. Namun, terus terang saya katakan bukan mudah untuk saya melakukannya. Memandangkan jarak kelahiran anak saya ada juga yang agak rapat menyebabkan saya juga masih menyusu si kakak ketika hamilkan si adik kerana ingin memberi peluang kepada anak saya menyusu selama 2 tahun juga.

Di Malaysia, peratusan ibu menyusu bayi secara eksklusif masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara Asia lain. Untuk pengetahuan, Malaysia adalah negara terendah bagi penyusuan bayi secara eksklusif dan merupakan negara tertinggi dalam penggunaan susu formula.
Sumber: Sinar Harian 
Hmm..membaca fakta di atas, pasti ada yang terkejut dan tidak menyangka betapa ramainya ibu-ibu di Malaysia yang bergantung sepenuhnya kepada susu formula untuk menyusukan bayi mereka..sedih mendengarnya tapi itu lah yang realitinya..

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)




Persediaan Penyusuan Ekslusif


  • Melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Perlu ke saya menghadiri kelas penyusuan?

Kelas penyusuan turut disediakan oleh Klinik Kesihatan Kerajaan
Gambar sumber internet

Terpulang kepada anda. Menghadiri kelas penyusuan, membaca banyak buku dan melayari Internet mengenai kebaikan susu ibu serta mendapatkan pandangan pakar adalah langkah yang bijak supaya ibu bersedia menyusu semasa kelahiran anak ketika dalam tempoh berpantang juga ketika ingin meneruskan penyusuan.

Anda juga perlu tahu kaedah yang betul mampu mengelakkan pembengkakan payudara, mampu merangsang pengeluaran susu dan melancarkan pengaliran air susu seterusnya membuatkan bayi anda kenyang.
Setiap ibu juga harus memahami anatomi dan fisiologi payudara. Hal ini kerana, ketika mengandung, tubuh si ibu sudah bersedia untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Hal ini bermaksud, susu ibu sudah ada sebaik sahaja bayi dan uri dikeluarkan. Tidak ada orang yang tiada susu atau belum ada susu. Tiada sedutan daripada bayi bermakna tiada stimulasi dan boleh mengakibatkan susu tidak keluar. No demand, no supply..jika anda tidak menyusukan kepada bayi, bagaimana susu itu akan keluar sendiri, bukan? Anda juga boleh mencuba teknik urutan yang boleh dipelajari daripada bidan atau jururawat yang arif memberikan kaunseling penyusuan susu ibu.


  • Menyediakan pam susu

Pilihlah pam yang sesuai dengan anda. Jika tidak mampu, tidak salah jika anda menggunakan kaedah marmet sahaja.
Ramai ibu gusar untuk membeli pam susu yang bagus dan mahal kerana bimbang diri tiada susu seterusnya menyebabkan pembaziran. Sekiranya anda membeli pam susu yang mahal biarlah berbaloi dan setanding dengan kualitinya. Pam susu yang baik boleh dinilai dari segi sejauh mana ia mampu melakukan stimulasi dan merangsang pengeluaran susu. Begitu juga jika ia mampu memberi keselesaan kepada anda sewaktu bekerja.

Sebelum melahirkan, para ibu diingatkan supaya bersedia dengan segala kemungkinan seperti bayi atau ibu yang terpaksa di tahan di wad selepas melahirkan. Mungkin seawal hari ketiga ibu sudah boleh mengepam susu untuk anak yang ditahan dalam wad yang berbeza.

Proses kelahiran yang dirancang memberi lebih peluang kepada ibu untuk fokus terhadap keperluan bayi. Anda berhak untuk memberitahu secara bertulis kepada pihak hospital supaya bayi anda tidak disusukan dengan susu formula kerana anda mahu menyusukannya sendiri.


  • Menyediakan aksesori penyusuan


Selain pam, aksesori penyusuan untuk penyimpanan stok susu sewaktu bekerja bagi ibu bekerja juga perlu disediakan

Nursing bra dan bra pad untuk ibu menyusu
Selain pam, aksesori untuk kemudahan penyusuan juga boleh disediakan seperti pad payudara yang boleh dibasuh, nursing bra and pillow, baju yang sesuai dan nursing cover untuk memudahkan penyusuan dilakukan di tempat umum.

  • Menyediakan tempat menyimpan susu

Peti sejuk merupakan salah satu peralatan yang penting anda sediakan khas untuk menyimpan susu anda. Deep freezer dapat memuatkan lebih banyak stok susu dan juga dapat mengelakkan susu cepat rosak akibat selalu dibuka. Susu yang disimpan di dalam deep freezer tahan sehingga 6 bulan lamanya.

Peti sejuk 2 pintu (freezer)
Deep freezer

Bagaimana jika anda perlu menyimpan stok di pejabat bagi ibu bekerja? Sebenarnya sudah terlalu banyak kemudahan seperti cooler bag atau cooler box yang direka khas untuk ibu-ibu menyimpan stok susu yang diperah ketika di pejabat. Anda boleh membelinya di kedai-kedai peralatan bayi yang menyokong penyusuan susu ibu. Begitu juga dari laman web yang menjual segala aksesori untuk penyusuan dan penyimpanan susu ibu.


Cooler bag mampu menyimpan susu perahan sehingga 8 jam bergantung kepada pek ais yang anda gunakan

Cooler box juga boleh digunakan untuk menyimpan susu perahan

Kesimpulannya, penyusuan ekslusif memang memerlukan anda mengeluarkan sedikit wang untuk persediaannya. Selebihnya, mental dan fizikal anda sendiri juga lebih penting dipersiapkan dengan sebarang kemungkinan seperti kehabisan stok, susu merudum atau bayi menolak puting susu selain ibu..

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau..saya pernah menulis beberapa artikel sebelum ini mengenai makanan yang boleh anda ambil untuk menambahkan susu dan juga mengenai Set Shaklee untuk penyusuan atau milkbooster. Terpulang kepada anda untuk memilih cara mana yang sesuai untuk meningkatkan penghasilan susu anda buat bayi anda..

Apapun, bagi yang baru pertama kali ingin melakukannya..saya ucapkan semoga berjaya mengharungi pengalaman menyusu ekslusif untuk 6 bulan pertama anda. Bagi yang pernah melaluinya, jadikanlah fasa penyusuan bagi anak anda yang seterusnya ini lebih baik dengan menambah lebih banyak ilmu mengenai penyusuan. Saya yakin, jika anda mampu melakukannya pada 6 bulan pertama, anda juga boleh meneruskan penyusuan tersebut ke tempoh 2 tahun dengan jayanya..

InsyaaAllah, nanti saya akan kongsikan lebih banyak tips penyusuan untuk anda...Semoga dipermudahkan urusan anda!!Aameen..

"SUSU IBU TETAP YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA"


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox