Nak cari tentang apa?

Tips tambah berat badan

Assalam..

Hmm..saya pilih tajuk ini untuk entri kali ini kerana sejak akhir-akhir ini, ramai pula customer yang merisik-risik dan bagitau nak order Set Tambah Berat Badan Shaklee..so, sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya nak kongsi juga beberapa tips mudah yang anda boleh lakukan untuk mempercepatkan lagi proses menaikkan berat badan.



8 Tips menambah berat badan

  1. Makan 5 kali sehari dan meningkatkan pengambilan kalori. Pilih makanan yang tinggi kalori, protein dan mineral pada waktu sarapan pagi terutamanya. Sebagai contoh bagi makanan tinggi kalori anda boleh memilih roti putih atau nasi. Kalori bagi roti adalah lebih tinggi daripada nasi. Pasta (sphagetti dan macaroni), kekacang (atau peanut butter) dan susu juga sesuai diambil untuk menambahkan kalori. Jika mengambil buah, pilihlah buah yg mempunya kalori yg tinggi, contohnya avocado.
  2. Makan dengan lebih kerap, menyediakan makanan yang mudah seperti sandwich untuk minum pagi juga OK.
  3. Perbanyakkan pengambilan protein dalam diet sehari, Protein membantu menjaga otot serta menghindari lemak dari terkumpul apabila berat badan bertambah
  4. Dapatkan tidur yang cukup. Semasa tidur, organ pencernaan kita bekerja dua kali lebih cepat. Makanan yang ada di rongga pencernaan akan segera diproses dan diserap. Oleh sbb itu, apabila kita memperbanyak tidur, maka semakin banyak nutrisi yang diserap tubuh. Itulah alasan mengapa sewaktu bangun dari tidur perut kita mudah terasa lapar semula.
  5. Makan sebelum tidur. Dengan makan sebelum tidur akan meningkatkan serapan nutrien dalam badan tanpa ditukar kepada bentuk tenaga dan dicernakan
  6. Konsistenlah dalam mengawal diet, jika anda mahu menambah berat badan anda juga perlu konsisten dalam pemakanan dan pengambilan supplemen juga boleh membantu untuk menambah berat badan.
  7. Bersenamlah secara teratur. Membuat senaman beban yang dapat meningkatkan dan memejalkan otot. Lebih pejal otot-otot anda, maka berat anda juga semakin meningkat. Pastikan anda meningkatkan otot sahaja dan bukannya mengumpul lemak dalam badan. Anda boleh menggunakan apa sahaja alat untuk senaman beban.  Lakukan latihan bebanan yang bersifat compound iaitu latihan yang melatih banyak otot dalam satu pergerakan. Contohnya seperti squat, bench press, deadlift dan pull up.
  8. Hindari Stress. Kenapa stress boleh menyebabkan anda sukar naikkan berat badan? Ya, stress atau tekanan boleh menyebabkan anda hilang kawalan pemakanan. Anda mungkin boleh hilang selera makan atau makan terlampau banyak.
Set Tambah Berat Badan Shaklee

Shaklee juga mempunyai vitamin yang sesuai untuk menambah berat badan seperti di bawah:


Jika anda berminat nak mencuba alternatif dari Shaklee bolehlah menghubungi saya sekarang!!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox