Nak cari tentang apa?

Tanda-tanda anda dah kurang kolagen!!

Assalam..

Sejak masuk usia 30-an ni memang kulit pun rasa dah tak "mecing" macam time anak dara dulu..(kamus teganu hari ini, "mecing"=tegang..)  opps..mungkin itulah tandanya saya perlu topup kolagen saya. Sebenarnya tiada ubat untuk "penuaan" ni..tetapi ada cara untuk memastikan anda "kelihatan lebih muda dari usia sebenar" atau dengan kata lain ada cara untuk menangguhkan kesan penuaan..Apa pulak kaitannya penuaan dengan kolagen ni?

Peningkatan usia juga menyebabkan kolagen semakin berkurang
Haa..Kolagen membentuk 70% daripada kulit dan menyokong strukturnya. Apabila kita dah berumur 25 tahun ke atas, secara perlahan-lahan badan kita akan mula kehilangan kolagen dan menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti mempunyai kedutan halus, liang-liang kulit yang membesar dan kulit dan otot mula mengendur. Kenapa penting sangat kolagen ni? Hmm..kolagen memang penting untuk kita kerana ia adalah komponen utama untuk membina blok-blok protein dalam tubuh kita. Secara semulajadinya, tubuh kita mampu membina kolagen sendiri tetapi pada masa yang sama kita juga kehilangan 1.5% setiap tahun apabila usia kita mencecah 25 tahun ke atas. So kalau kita ni jenis yang kurang jaga kesihatan dan pemakanan, selalu terdedah kepada pencemaran dan radikal bebas yang menyerang tubuh, mungkin menyebabkan kadar kehilangan kolagen juga semakin tinggi. Itulah yang selalu berlaku pada mereka yang nampak lebih tua daripada usia sebenar.

Untuk entri saya pada hari ini, saya nak kongsi info ini sebagai panduan untuk anda. Boleh rujuk tanda-tanda di bawah untuk periksa sendiri samaada anda juga dah mula mengalami kekurangan kolagen.

Tanda-tanda anda kekurangan kolagen


  1. Rambut menjadi kering, bercabang di hujung, serta keguguran rambut. Kesihatan rambut dan folikel rambut adalah berkait dengan kolagen. Kekurangan kolagen akan melemahkan rambut dan folikel rambut dan mengakibatkan keguguran rambut.
  2. Munculnya tanda penuaan seperti  garisan halus pada kulit wajah, kulit dan otot semakin mengendur serta liang roma semakin membesar
  3. Kulit muka kelihatan kusam, berjeragat, berpigmentasi, liang pori-pori juga terbuka
  4. Kuku mudah pecah dan rapuh, rosak dan kekuningan, berbintik-bintik putih.
  5. Otot-otot payudara dan punggung mula kendur
  6. Kulit semakin hilang keanjalan, lebih kering dan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
  7. Penglihatan semakin merosot (rabun)Oleh kerana kolagen adalah komponen utama kornea, kekurangan kolagen akan menyebabkan kemerosotan penglihatan.
  8. Mempunyai masalah kardiovaskular akibat kurangnya keanjalan salur darah.
  9. Mempunyai masalah sendi, arthritis atau osteoporosis. Kolagen adalah unsur utama dalam sendi dan struktur tulang untuk mengekalkan aktiviti biasa tulang, sendi, ligamen dan urat. Kekurangan kolagen akan mengakibatkan penyakit sendi, arthritis & osteoporosis. 
  10. Gusi mudah berdarah, gusi mengendur hingga boleh dilihat akar gigi.
  11. Kelihatan lingkaran gelap pada mata (mata panda..hehe), terdapat pengumpulan lemak kecil berwarna kuning pada bahagian putih mata..
Anda ada tanda-tanda di atas? Jangan risau..Shaklee pun ada produk kolagen, iaitu Shaklee Collagen Powder..

Jom berkolagen dengan Shaklee Collagen Powder!!

Tanpa perisa dan pewarna tambahan. Betul-betul yang paling halus dan ringan iaitu 1000 dalton untuk kadar penyerapan maksimum. Boleh dibancuh dengan sebarang minuman.
Testimoni Pengguna:

Ini adalah wajah pengguna ini tanpa make-up yer..Selepas pengambilan 3 kotak Shaklee Collagen Powder, ibu muda anak 3 ini berjaya memudarkan pigmentasi pada mukanya.

Gabungan Shaklee Collagen Powder dengan Vitamin C Shaklee. Perhatikan, jeragat pada bahagian pipi dan mata serta hidung semakin pudar setelah mengambil Shaklee Collagen Powder

Yang ada jerawat pun takde masalah nak ambil SCP

Saya pun baru cuba untuk kotak kedua..tapi memang cepat perubahannya..kulit rasa lembut sangat especially masa sapu muka nak amik wudu'..tapak kaki pun tak kasar lagi dah(kes suka dok dapur xpakai sandal), rasa lebih halus. Bahagian kewanitaan pun ada perubahan positif..tapi malu la nak detailkan kat sini..just saya rasa jika anda mampu, inilah pilihan kolagen terbaik untuk anda..saya pernah cuba beberapa produk collagen lain, tapi memang xseketara yang ni perubahannya..mahal sedikit kerana proses nak mendapatkan dan memproses kolagennya pun high cost..tapi yang paling natural tanpa perisa dan pewarna tambahan..dan pentingnya yg paling ringan dan halus supaya mudah diserap dan kesannya paling efektif pada 1000 dalton..owh, ya..boleh dibuat masker juga yer...Juga dicadangkan diambil bersama Vitamin C untuk membantu merangsang penghasilan kolagen semulajadi anda juga..

Yang berminat nak topup collagen, bolehlah berhubung dengan saya..insyaaAllah, boleh saya share testimoni sendiri juga secara personal..
Masa untuk saya topup collagen saya..yang ini saya bancuh dengan jus roselle aje..

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox