Bagi saya, selagi saya masih punya susu badan yang mencukupi, kenapa saya perlu menidakkan keperluan anak saya. Walaupun anak saya tidaklah termasuk dalam kategori chubby, namun asalkan dia sihat dan mendapat nutrisi yang cukup dalam pemakanannya, itu adalah lebih baik bagi saya...Selagi berat badannya sentiasa naik setiap bulan dan aktif dalam perkembangan fizikalnya, itu adalah petanda bayi kita masih sihat dan aktif.
Untuk memastikan ibu mempunyai susu yang cukup untuk bayinya, seorang ibu itu harus mengambil makanan yang mempunyai 2000-2200 kalori sehari. Apakah makanan yang sesuai untuk ibu menyusu?
Oh, ya..tadi saya ada google tentang diet bagi ibu menyusu dan saya nak kongsikannya dengan anda juga.
Di sini, saya sesuaikan fakta yang ada dengan beberapa soalan.
- Saya menyusukan anak , tetapi ingin menurunkan berat badan. Apakah diet yang sesuai untuk saya supaya tidak menjejaskan penyusuan bayi saya?
- Saya ada masalah susu tidak cukup. Apakah diet yang sesuai untuk saya supaya saya dapat meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun.
- Saya suka makan. Tetapi bimbang makanan yang saya ambil boleh menjejaskan penyusuan untuk anak saya. Ada cadangan?
Cadangannya:
Ibu menyusu perlu menjaga pemakanan harian mereka. |
Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.
Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).
Makanan seimbang
ibu menyusu
Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.
Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda. Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum. Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).
Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.
Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.
Dapatkan zat besi yang banyak. Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan.
Ramai wanita telah mengurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.
Jika anda hanya mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Sumber: Baby Center
Hmm..namanya pun vitamin2 ni makanan tambahan, so, anda kena makan dulu mengikut keperluan asas anda. Dan mungkin vitamin tambahan boleh membantu memberi kecergasan untuk anda meneruskan penyusuan. Zat besi tambahan sangat penting untuk keperluan ibu menyusu. Begitu juga protein dan kalsium sangat penting dalam diet harian ibu menyusu.Yang paling penting..selain diet ibu menyusu, anda juga perlu mempraktikkan konsep apply & demand untuk memastikan susu sentiasa ada untuk bayi anda..

Kalau tak dikeluarkan susu anda, macamana nak ada susu yang baru, kan??
Semoga sukses dalam penyusuan anda!!
*Jika anda memerlukan makanan tambahan @ set penyusuan untuk memastikan anda sentiasa cergas semasa menyusukan, Shaklee juga menyediakan Set Penyusuan. Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk mengambil makanan yang seimbang juga..
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Diet Seimbang Ibu Menyusu
ReplyDelete