Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang mungkin mengalami masalah yang sama..iaitu sakit ibu menyusu..Oh, jangan salah faham ya..bukan bermaksud menyusu itu sangat menyakitkan, tetapi ini adalah situasi biasa yang dialami ibu yang menyusu badan anak mereka iaitu:
- Digigit semasa menyusu
- Bengkak susu
Digigit semasa menyusu??Ouch, sakitnya..
Berikan teether untuk anak anda ketika gigi baru tumbuh |
Memang ini adalah perkara biasa yang dilalui ibu menyusu ketika menyusukan bayi yang berusia 6 bulan ke atas. Anda harus berdepan dengan situasi ini melainkan anda tidak mahu anak anda tumbuh gigi comelnya..takkanlah, kan? Bayi yang berusia 6 bulan ke atas cenderung menggigit ketika sedang disusukan. Hal ini kerana gigi sudah mula tumbuh pada usia ini..dan bayi anda akan terasa "gatal gusi" atau ingin mengacip gigi atau gusinya dengan sebarang makanan atau apa saja yang disuakan ke mulutnya kerana bayi sudah mula rasa sakit atau tidak selesa pada giginya. Dalam peringkat gigi mulai tumbuh, ibu-ibu harus bersedia menghadapi situasi ini dengan tenang dan bukan dengan memarahi bayi anda yang mungkin masih belum mengerti apa-apa.
Pengalaman saya sendiri, sepertimana diajarkan ibu, setiap kali hal ini berlaku, saya akan memicit sedikit dagunya supaya mulutnya kembali terbuka dan gigitan dilepaskan. Kaedah kedua ialah memicit hidung bayi anda yang sedang menggigit ketika menyusu. Kebiasaannya, bayi akan melepaskan gigitan apabila dirasakan susah nak bernafas...Awas ya..jangan picit terlalu lama..cukup sekadar picit main-main sahaja. Ini hanya boleh dipraktikkan ketika bayi anda dalam keadaan sedar, bukannya tidur.
Ramai ibu yang merasa takut digigit dan serik apabila menghadapi situasi ini sehingga ada yang membuat keputusan menghentikan penyusuan gara-gara tidak tahan sakit digigit bayi. Bagi mengelak situasi ini, ikuti beberapa panduan di bawah.
Sumber: PaMa
Menghisap dengan teknik yang salah adalah penyebab utama timbulnya rasa sakit pada payudara.
Menghisap dengan teknik yang salah adalah penyebab utama timbulnya rasa sakit pada payudara.
Teknik Menghisap Yang Tepat
1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara
2. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
3. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
5. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.
Jika anda mengalami luka akibat digigit bayi anda, boleh rujuk beberapa petua merawat luka puting susu ibu.
3. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
5. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.
Jika anda mengalami luka akibat digigit bayi anda, boleh rujuk beberapa petua merawat luka puting susu ibu.
Bengkak susu adalah suatu keadaan di mana susu terhasil melebihi keperluan bayi. Bagi ibu-ibu yang mengalami bengkak susu, jangan mudah panik. Saya ada terbaca info yang menyalahkan supplement milkbooster kerana menyebabkan bengkak susu sehingga boleh merosakkan kelenjar susu. Dari banyak sumber yang saya baca, dan dari pengalaman saya sendiri menyusukan 5 orang anak, bengkak susu itu adalah perkara biasa. Supplement milkbooster cuma merangsang hormon prolaktin untuk mengeluarkan susu atau membantu memberikan tenaga dan nutrien untuk ibu meneruskan penyusuan. Soal banyak atau sedikit, itu bergantung juga pada pengambilan air dan pemakanan ibu itu sendiri. Susu akan bengkak apabila tidak diperah atau dikeluarkan atau diberi minum kepada bayi. Bengkak susu tidak boleh dibiarkan kerana boleh menyebabkan rasa sakit kepada ibu dan juga menyebabkan ibu boleh demam bengkak susu.
Di sini saya kongsikan beberapa tips:
Sumber: PaMa
Mengatasi bengkak susu
- Uncang Teh: Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu badan kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.
- Mengepam Susu Badan: Jika si ibu terlebih dahulu mengepam susu badannya sebelum memberi si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara si ibu
- Tuam: Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Sambil itu bolehlah cuba diperah secara perlahan.
- Mandi air suam: Boleh juga mandi dengan air suam sambil memicit dan mengurut payudara anda bagi melancarkan pengeluaran susu yang mungkin tersumbat.
- Menyikat/urut: Menyikat payudara dari atas hingga ke puting untuk melancarkan lagi peredaran susu.
- Mengambil Lecithin: Lecithin boleh didapati dari farmasi atau klinik. Sesetengah lecithin boleh menyebabkan pengeluaran susu drop. Biasanya kami pengedar Shaklee menyarankan pengambilan Lecithin Shaklee untuk mengelakkan susu bengkak. Lecithin boleh memecahkan lemak dalam salur darah dan membersihkan sebarang unsur yang tersumbat dalam salur darah. Dari pengalaman pengguna, pengeluaran susu mereka tidak terjejas walaupun mengambil Lecithin Shaklee. Walaubagaimanapun, anda juga masih perlu mengeluarkan susu yang menyebabkan bengkak tadi melalui perahan atau diberi minum kepada bayi.
Mungkin banyak lagi cara yang dilakukan untuk mengatasi masalah bila terjadinya bengkak susu.
Bagi anda yang belum mengalami bengkak susu, sebagai persediaan, anda boleh mengikuti tips berikut:
Tip Elak Bengkak Susu
• Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.
• Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.
• Bayi anda perlu menghisap susu dengan kaedah yang betul.
• Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut buah dadanya perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
• Jika kesakitan yang dialami agak kuat, ada sesetengah doktor menyarankan supaya mengambil paracetamol.
**Bagi saya, paracetamol tidak banyak membantu dan tidak elok jika diambil dengan kerap.
Cara Alternatif
Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa. Antara pad gel yang boleh anda cuba ialah :
Contoh Gel Pad |
1. Therapy Gel Pads
Produk pelbagai guna ini boleh digunakan untuk melegakan masalah saluran susu tersumbat, mastitis dan mengurangkan pembengkakan payudara.
Produk ini boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas, sangat lembut dan fleksibel demi memberi keselesaan kepada si pemakai. Diperbuat daripada material yang selamat dan diluluskan oleh FDA.
2. Jingle Jungle Reusable Warm
Hangatkan pad terlebih dahulu dan letakkan pada payudara sebelum menyusukan bayi. Ia membantu melancarkan aliran susu. Jika anda mengalami pembengkakan atau rasa tidak selesa, sejukkan pad gel ini terlebih dahulu dan letakkan pada payudara di antara waktu penyusuan.
3. Feme Pad Natural Pain
Produk ini membantu untuk mengurangkan pembengkakan atau rasa tidak selesa selepas melahirkan. Pad ini sangat lembut digunakan walaupun selepas dibekukan dan ia mengikut bentuk tubuh si pemakai. Bagaimanapun, pad ini hanya sesuai untuk kegunaan suhu sejuk sahaja dan tidak sesuai untuk dipanaskan.
Semoga anda terus sukses dengan penyusuan anda. insyaaAllah, anak-anak anda akan menjadi anak-anak yang sangat rapat dengan anda hanya kerana dia mendapat yang terbaik dari ada.
Untuk mendapatkan lebih lagi tips penyusuan melalui produk Shaklee, bolehlah menghubungi saya seperti berikut:
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips atasi masalah susu merundum.
ReplyDelete