Nak cari tentang apa?

Vitamin E Shaklee dengan ekstrak biji anggur

As-salam..

Hari ni saya nak kongsikan tentang satu lagi produk Shaklee iaitu Vitamin E..hmm..bagi mereka yang mementingkan kecantikan biasanya akan mengambil Vitamin E untuk luaran dan dalaman mereka. Vitamin E memang dikatakan vitamin yang banyak khasiat dan kelebihannya terutamanya untuk kulit.

Dari mana kita boleh dapatkan Vitamin E?

Sumber Makanan Yang Mengandungi Vitamin E
  • Avokado
  • Biji bunga matahari
  • Kacang soya
  • Buah zaitun
  • Badam
  • Labu
  • Kacang buncis
  • Ubi keledek
  • Sayuran hijau
  • Minyak sayuran, minyak zaitun, minyak jagung dan minyak matahari

Kebaikan Vitamin E



  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak
  • Membantu mengecutkan jerawat.(Bagi mereka yang kulitnya berminyak tidak digalakkan)

Gejala Kekurangan Vitamin E?

Masalah kekurangan Vitamin E biasanya berkait rapat dengan sel badan yang tidak boleh menyimpan lemak sedangkan Vitamin E adalah bersifat larut lemak dan perlukan lemak untk bergerak ke bahagian yang diperlukan dalam badan.

Kekurangan Vitamin E alpha-tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.

Masalah kekurangan Vitamin E:
  • Anemia (kurang bilangan sel darah merah atau haemoglobin)
  • Masalah berkaitan system pembiakan
  • Susah mengamdung
  • Senang keguguran
  • Tanda penuaan pada kulit (age spots)
  • Katarak
  • Hilang nafsu seksual(Dingin)
  • Rambut kering & gugur
  • Kelemahan otot (myopathy)
  • Luka lambat sembuh
  • Kebas kaki (cramps)
  • Penyakit berkaitan usus
  • Mati pucuk
  • Prostat membesar.

Jika terlebih Vitamin E?

Vitamin E bertindak sebagai antokoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran dalam badan adalah lancer.
Terlebih dos Vitamin E mungkin menyebabkan mudahnya berlaku pendarahan seperti hidung berdarah.

Vitamin E Shaklee

Ini adalah produk Vitamin E Shaklee.Dulunya Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium.




Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Formulasi baru Vitamin E Shaklee telah ditambah dengan Ekstrak biji anggur. Warnanya juga lebih gelap kemerahan.

Sebotol Vitamin E Shaklee mengandungi 120 biji dan tahan sehingga 4 bulan dengan pengambilan sebiji sehari. Selain dimakan, Vitamin E Shaklee juga boleh dibuat masker untuk kecantikan luaran dan juga memperbaiki parut.


Apakah Perbezaan Vitamin E Shaklee Dan Vitamin E Biasa di pasaran?


Vitamin E Shaklee:

  • Bersumber semulajadi
  • Pada label ada huruf 'd' (ini bermakna ia adalah sumber asli)
  • Lebih mudah diserap oleh badan
Vitamin E Biasa :
  • Vitamin Sintetik
  • Pada label ada huruf 'l' (ini bermakna sumber tiruan atau sumber kimia)
  • Tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudian hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Kenapa ditambah Ekstrak biji anggur?

Kerana banyak kebaikan biji anggur ni..
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan


Siapa yang Perlukan Vitamin E?

  • Lelaki dan wanita.
  • Mereka yang ingin kelihatan muda
  • Mempunyai masalah jantung atau kolestrol
  • Sukar mengandung
  • Dingin untuk melakukan hubungan kelamin
  • Mengalami masalah kulit dan parut
Jika anda juga termasuk dalam kategori mereka yang memerlukan Vitamin E, silalah jangan segan silu menghubungi saya untuk konsultasi tentang produk ini dan dapatkannya daripada saya jika berminat.




No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox