Nak cari tentang apa?

6 Cara Mengelakkan Pra-Eklampsia bagi ibu hamil

Assalam..

Anda pernah dengar pra-eklampsia atau pre-eclampsia? Penting untuk para ibu hamil mengetahui serba sedikit tentang ancaman pra-eklampsia yang mungkin berlaku kepada ibu hamil atau selepas bersalin.

Pra-eklampsia dan Eklampsia merupakan salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. Anggaran 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami Eklampsia. Pra-eklampsia adalah keadaan di mana seorang ibu hamil mengalami tekanan darah tinggi yang melebihi bacaan140/90, mengalami pembengkakan pada anggota tubuh atau edema teruk, diikuti mempunyai protein di dalam urin dan mengalami simptom-simptom pra-eklampsia seperti yang akan saya nyatakan di bawah nanti.



Punca Pra-Eklampsia

Walaupun banyak penyelidikan ke dalam punca dan mekanisme praeklampsia telah berlaku , faktor dan punca yang sebenar belum dapat dikenalpasti secara jelas. Beberapa kajian menyokong tanggapan bahawa bekalan darah yang tidak mencukupi ke plasenta menjadikannya melepaskan hormon tertentu atau bahan kimia dan ibu-ibu terdedah kepada keadaan itu. Keadaan ini membawa kepada kerosakan kepada endothelium (lapisan saluran darah) , perubahan dalam metabolisme, keradangan, dan mungkin juga lain-lain tindak balas. Wajarlah ibu-ibu hamil perlu mengelakkan pra-eklampsia berlaku ke atas diri mereka.

Keabnormalan dalam sistem imun ibu dan kekurangan toleransi imun semasa mengandung seolah-olah menjadi sebahagian punca berlakunya pra -eklampsia. Faktor sejarah keluarga yang pernah mengalami pra-eklampsia dan mereka yang berusia di atas 35 tahun dan di bawah 20 tahun juga berisiko mengalaminya.

Siapa yang berisiko mengalami Pra-Eklampsia?
Kredit : Baby Center

Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan.

Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya.

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:

  • berumur 40 tahun atau lebih;
  • tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
  • mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;
  • mengandung kembar or berganda;
  • mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
  • telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali.
Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal.

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera.

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.


Simptom-simptom Pra-Eklampsia

Antara simptom seorang ibu itu mengalami pra-eklampsia ialah:

  • Peningkatan berat badan mendadak
  • Bacaan tekanan darah yang tinggi(140/90 ke atas)
  • Bengkak atau edema (terutamanya di tangan dan muka ) 
  • Mengalami epigastric (pedih ulu hati)
  • Sakit kepala (terutamanya pada bahagian hadapan kepala)
  • Kebas-kebas pada tangan 
  • Mempunyai 0.3 grams atau lebih kandungan protein dalam sampel urin dalam 24 jam
  • Pandangan rasa kabur

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti di atas, silalah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan segera bagi mengelakkan gejala pra-eklampsia berlarutan dan berkemungkinan bertukar menjadi eklampsia(keadaan yang boleh menyebabkan sawan , stroke dan boleh membawa maut kepada si ibu hamil)
----------------------------------------------------------------------------------------
Kredit: Portal Alam Hamil

Pre-Eclampsia(PE) bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.

Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan pesakit tersebut.

Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal didalam rahim. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.

-----------------------------------------------------------------------------------------


6 Cara mengelakkan Pra-Eklampsia
  1. Mengelakkan gejala-gejala hypertension atau tekanan darah tinggi yang mungkin berpunca daripada kekurangan kalsium semasa kehamilan. Terdapat kajian yang menunjukkan dengan cukupnya pengambilan kalsium boleh mengurangkan risiko hypertension yang terjadi semasa kehamilan. Shaklee mempunyai Kalsium Ostematrix yang membekalkan kalsium umpama segelas susu bagi sebiji Ostematrix. Pengambilan 4 biji Ostematrix setiap hari membekalkan 1000mg kalsium yang diperlukan ibu hamil.
  2. Mengambil multivitamin. Sesetengah kajian mendapati, multivitamin sangat membantu mengurangkan risiko pra-eklampsia hingga 50%. Vitalea-Iron Formula merupakan formula multivitamin yang paling lengkap dan ia turut dilengkapi dengan zat  besi yang diperlukan ibu hamil.
  3. Makan makanan berserat. Berdasarkan kajian Universiti Washington, Seattle, AS, makan buah dan sayur akan membantu mengurangkan  risiko Pre-Eklampsia.
  4. Sentiasa membuat pemeriksaan gigi. Bakteria perosak gusi boleh menjadi faktor pendorong berlakunya Pra-Eklampsia. Pemeriksaan gusi dan gigi berkala sepanjang kehamilan boleh membantu mengelakkan serangan bakteria yang boleh merosakkan gigi ibu hamil atau menyebabkan infeksi.
  5. Amalkan berjalan kaki. Kajian menunjukkan, ibu hamil yang menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai rutin, berisiko rendah alami Pra-eklampsia berbanding ibu-ibu hamil yang malas berjalan.
  6. Sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan urin sepanjang kehamilan untuk memeriksa kandungan protein dalam urin. Jika mempunyai simptom, maka rawatan awal dan pemerhatian dan pemantauan ibu hamil boleh dilakukan.
Rujukan:

Preeklampsia pada kehamilan
http://www.ayahbunda.co.id/Artikel/Gizi+dan+Kesehatan/preeklampsia.pada.kehamilan/001/001/560/1/4
Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Pre-eclampsia
Portal Alam Hamil
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/138-darah-tinggi-semasa-hamil.html
BabyCenter
http://www.babycenter.com.my/a1037906/praeklampsia#ixzz2vjbihvC5


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

2 comments:

  1. saya sendiri dulu pernah alami pre eklamsia masa mengandung. Masa pegi check up, doktor cakap ada protein dalam air kencing dan tekanan darah tinggi. Terus doktor admit suruh beranak. nasib la masa tu dah cukup bulan hehe

    ReplyDelete
  2. Ya puan. Biasanya jika alami sembap teruk dan berat naik mendadak serta tekanan darah tinggi dan kencing kotor itupun dh jelas simptom pre eklampsia. Sy pernah alami semasa anak ke 5. Alhamdulillah sbb ia tak berulang semasa anak ke 6. Kene pastikan cukup nutrisi yang diperlukan semasa hamil dan kawal bp dan berat badan juga.

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox