Promosi Shaklee bulan ini memang amat mengujakan saya..Kenapa??
Sebab ESP Shaklee memang kegemaran saya..
Memandangkan bulan ini (Mac 2014) Shaklee membuat Promosi Beli 6 Percuma 1 bagi ESP Shaklee, eloklah kiranya saya ceritakan sebab-sebab kenapa ramai yang memilih ESP Shaklee sebagai sumber protein tambahan mereka untuk pemakanan harian. Kenapa protein tambahan? Kerana anda masih memerlukan protein dari sumber makanan harian seperti daging, ikan, dan telur dalam diet harian anda walaupun anda telah mengambil ESP.
Seperti saya katakan tadi, ESP hanyalah makanan tambahan untuk melengkapkan protein harian anda. Ramai yang mengambil protein tambahan untuk melengkapkan protein harian kerana protein yang diambil setiap hari kadangkala tidak mencukupi sekiranya anda tidak mengamalkan menu yang sihat..
Kenapa memilih ESP Shaklee?
Apa kelebihan mengambil ESP?
Mungkin anda pernah mengambil vitamin, tetapi setelah beberapa hari mengambilnya, bagi anda vitamin yang diambil kurang berkesan dan tidak menunjukkan perubahan positif bagi diri anda. Saat ini, mungkin salah satu faktornya adalah kerana anda kekurangan protein. Ini tandanya anda memerlukan protein untuk membantu memperbaharui sel-sel tubuh anda dengan lebih baik. Protein yang mencukupi sangat membantu penyerapan vitamin-vitamin lain yang anda makan. Termasuklah membantu melengkapkan pemakanan harian anda! Kenapa ESP sangat membantu penyerapan vitamin lain yang anda perlukan? Kerana ia mengandungi 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita melainkan anda mendapatkannya melalui makanan tambahan seperti ESP.
2- Protein ESP untuk membantu pesakit Gastrik
Terdapat sesetengah orang yang sering menghadapi masalah gastrik. Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Selalunya yang berlaku, pesakit gastrik memang tidak boleh menahan lapar lebih lama kerana ini akan menyebabkan gastrik menyerang dan akhirnya mengalami simptom seperti mudah masuk angin, sakit kepala, loya, mual dan perut rasa sebu dan pedih ulu hati. ESP sebenarnya boleh membantu perut kita untuk lebih relax, mengurangkan rasa sebu dan pedih perut.
Bagaimana ESP membantu pesakit gastrik?
Sebenarnya indeks glisemik ESP yang rendah menjadikan penukaran glukos dalam badan kepada tenaga juga berlaku lebih perlahan. Hal ini menjadikan mereka yang mengambil ESP dapat bertahan dari rasa lapar lebih lama. Walaubagaimanapun, disiplin waktu makan tetap perlu kerana anda dinasihatkan makan mengikut waktu bagi mengelakkan gastrik berulang.
3- ESP untuk menjadikan kulit lebih cantik, dan menambah tenaga
Bagi mereka yang mengalami masalah kulit, pengambilan protein sangat penting untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak. Mengambil vitamin E saja tidak cukup untuk membaiki sel- sel kulit yang terjejas dalam masa yang singkat. Apabila anda menambah protein dalam badan, vitamin E yang diambil tadi akan lebih mudah diserap dan dapatlah fungsi Vitamin E akan lebih cepat. Dari pengalaman saya sendiri, jika ada jerawat di muka, jerawat tersebut akan kering dan kecut dengan cepat apabila saya mengambil ESP bersama Vitamin E. ESP bukanlah ubat jerawat, tapi protein yang berkemampuan membantu badan memperbaiki sel- sel yang rosak dengan cepat. Lepas jerawat kecut, parut pun tiada..alhamdulillah. Pada masa yang sama, ESP membantu juga menjadikan anda lebih bertenaga dalam melakukan tugas harian kerana indeks glisemiknya yang rendah dapat membantu mengekalkan tenaga dalam tempoh yang lebih lama.
4- ESP dan masalah alahan
Bagi mereka yang mengalami masalah resdung dan eczema pula, gabungan ESP bersama- sama vitamin C, b- complex, dan alfalfa adalah yang terbaik bagi mendapatkan kesan yang optimum. Bagaimana ESP boleh membantu pesakit eczema dan alahan? Dengan cara menyingkirkan tisu-tisu tidak sihat yang menyebabkan resdung dan eczema dan mambantu mempercepatkan penghasilan sel-sel baru untuk menggantikan tisu-tisu yang tidak sihat tersebut.
5- ESP dan sokongan penyusuan susu ibu
Sebagai ibu menyusu badan, saya juga turut merasai kelebihan ESP dalam penyusuan ekslusif anak saya yang ke 5 (Mula minum semasa hamil anak ke 5 hingga sekarang) . ESP membantu ibu menyusu seperti saya untuk mengekalkan tenaga untuk bekerja dan juga membantu memekatkan lagi susu perahan saya secara tidak langsung. Apabila susu lebih pekat, maka anak yang disusukan juga akan lebih cepat kenyang. Sebagaimana ia boleh membantu memberikan khasiat kepada ibu menyusu, sebanyak itu jugalah ia boleh menyalurkan kelebihannya buat bayi yang disusukan. Ini tidak bermaksud ESP menjadikan susu ibu itu lebih berkhasiat, kerana sudah kita maklum khasiat susu ibu sendiri tiada tandingnya sebagai anugerah semulajadi dari Allah kepada setiap ibu. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, ESP memang sangat membantu si ibu dalam usaha untuk menyusukan dengan lebih baik.
Itulah antara sebab kenapa ramai memilih ESP..;)
Kenapa Saya Sukakan ESP Shaklee??
Antara kelebihan-kelebihan lain ESP kerana kandungan proteinnya dan kemampuannya membantu pembinaan sel baru untuk tisu dan organ yang lebih sihat. |
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk ini, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)
No comments:
Post a Comment
Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..