PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL

PROMOSI DAFTAR AHLI PERCUMA dengan pembelian VIVIX 2 BOTOL
Daftar ahli Shaklee secara percuma dengan pembelian sekurangnya 2 botol VIVIX atau belian sekurangnya 200uv. Istimewa buat pembelian VIVIX 2 botol anda akan jimat hingga rm40+ daripada harga ahli apabila anda mendaftar AHLl SHAKLEE. Tawaran Istimewa ini SAH sehingga 30 NOV 2017. Whatsapp 0199387282 sekarang!

Tuesday, June 03, 2014

10 makanan yang mampu mengurangkan stress atau tekanan

Assalam..

Memandangkan dalam entri sebelum ini saya ada bincangkan cara-cara mengawal tekanan dan stress, kali ini saya nak kongsi cara mengurangkan stress melalui makanan yang diambil..

Berikut adalah 10 contoh makanan yang boleh membantu meredakan stress anda mengikut kajian pakar.


1. Ikan



Menurut buku The Anxiety Book dari Jonathan Davidson and Henry Dreher, Omega-3 yang terkandung di dalam ikan tidak hanya membantu perkembangan otak tapi juga mampu memberikan ketenangan kepada fikiran..Hmm..tak sangka, kan??

2. Teh Hijau



Jika stress menyerang, minumlah teh hijau berbanding soft drink atau minuman beralkohol. Kandungan di dalam teh hijau sangat baik untuk kesihatan seperti adanya catechin yang dapat mencegah radikal bebas dan menyehatkan mata.

Di dalam teh hijau juga ada asid amino thenine yang dipercaya dapat menenangkan otak. Dr. Kaijun Niu dari Tohoku University Graduate School of Biomedical Engineering Jepun telah menemui fakta bahawa mereka yang mengambil 3-4 gelas teh hijau sehari sangat jarang mengalami tekanan perasaan. 

3. Brokoli



Saya dan anak-anak memang sukakan brokoli. Menurut seorang ahli gizi dari India yang bernama Maithili Kelkar, brokoli adalah sayuran yang mengandungi banyak antioksidan sehingga dapat mengurangkan stress. Selain itu ,Vitamin B, terutama Folic Acid yang terkandung di dalamnya juga terbukti tidak hanya dapat meredakan stres, tapi juga sindrom panik, gelisah, dan tekanan perasaan.

4. Susu



Bukan sahaja bayi atau kanak-kanak perlu minum susu, tetapi orang dewasa juga amat memerlukannya. Meskipun kita sudah dewasa, mengambil susu dalam diet harian dapat membantu mengurangkan stress yang dialami. Hal ini sendiri disimpulkan oleh penelitian Mary Dallman, PhD, profesor fisiologi di University of California, San Fransisco, yang membuat kesimpulan bahwa kandungan kalsium sangat baik untuk menenangkan hati kerana dapat mengurangkan ketegangan otot dan menenangkan saraf. Namun, jika usia sudah semakin meningkat, pilihlah susu rendah lemak yang lebih sesuai untuk mereka.

5. Bluberry



Jika anda sukakan buah-buahan berry, bolehlah masukkannya dalam hidangan jus atau makanan keluarga anda. Keluarga buah berry ini adalah salah satu pengurang stress Menurut data dari Nurses’ Health Study, buah yang banyak tumbuh di Amerika Serikat ini memiliki antioksidan dan flavonoid yang dapat mencegah penuaan otak yang disebabkan oleh stress berat.


6. Ice Cream



Agaknya ada ke yang tak suka makan aiskrim?? Jika anda sedang serabut berfikir terlalu banyak masalah, bolehlah mengambil aiskrim untuk membantu menenang dan menyejukkan kembali diri anda. Dari kajian para penyelidik dari University of California, susu dan krimer yang banyak terkandung dalam ice cream diyakini memiliki banyak asid amino tryptophan yang dapat menenangkan otak kita. Apapun awas yer..jangan sampai berlebihan kerana jika anda berterusan makan aiskrim, boleh jadi anda menambah satu lagi masalah kesihatan anda juga.


7. Soya



Tempe, tahu, atau sususoya juga boleh membantu anda untuk meredakan stres. Menurut Prevention Magazine’s Nutrition Advisor, kadar protein, Vitamin B, kalsium, dan magnesium yang terkandung di dalam soya mampu menghilangkan stress malahan merupakan menu yang sihat juga . 


8. Dark Chocolate



Anda sukakan coklat? Menurut penelitian yang dilakukan ACS’ Journal of Proteome Research, memakan 1 oz dark chocolate sehari selama 2 minggu dapat membantu meredakan stress Anda. Hal ini kerana kandungan polyphenol yang terdapat di dalamnya. Tapi awas..pilihlah coklat yang sesuai yer..;)..Lagipun sekarang banyak isu mengenai coklat di Malaysia.

9. Gandum

Jika anda memilih roti, pilihlah roti yang berasaskan gandum atau  whole grain. Hal tersebut disarankan oleh Elisa Zied, penulis buku Nutrition at Your Fingertips, yang menemukan fakta bahwa kandungan vitamin B pada gandum dapat menstimulasi produksi hormon serotonin yang mampu menenangkan fikiran. Gandum juga termasuk dalam kategori makanan rendah kalori, yang tentunya tidak akan menambah lemak dan gula di  dalam tubuh.

10. Badam



Menurut Carolyn Chambers Clark dalam bukunya Holistic Assertiveness Skills for Nurses, badam adalah kekacang yang sangat menyihatkan. Selain memiliki kandungan Vitamin B yang sangat baik untuk membantu mengurangkan stress, badam juga memiliki kandungan zat besi dan Vitamin E yang mampu melawan stress sekaligus radikal bebas di dalam tubuh kita.

So, pilihlah makanan mana yang sesuai dengan anda untuk membantu anda mengatasi stress..
walaubagaimanapun makan bukanlah satu-satunya cara meredakan stress anda.


Suplemen shaklee membantu meredakan stress??

Ya, terdapat juga suplemen Shaklee yang boleh membantu anda meredakan stress dan menenangkan fikiran anda berdasarkan teori kajian pakar di atas..antaranya ialah:

B-Complex : Vitamin B, terutama Folic Acid yang terkandung di dalamnya serotonin juga terbukti tidak hanya dapat meredakan stres, tapi juga sindrom panik, gelisah, dan tekanan perasaan.

ESP: Minuman protein soya non GMO. Menurut Prevention Magazine’s Nutrition Advisor, kadar protein, Vitamin B, kalsium, dan magnesium yang terkandung di dalam soya mampu menghilangkan stress.

Omega Guard: Menurut buku The Anxiety Book dari Jonathan Davidson and Henry Dreher, Omega-3 yang terkandung di dalam ikan tidak hanya membantu perkembangan otak tapi juga mampu memberikan ketenangan kepada fikiran di samping menggalakkan kecerdasan otak.

Selalunya, vitamin yang amat dicadangkan untuk anda yang mengalami stress adalah Vitamin B-Complex.. Sebab itulah Vitamin B juga disarankan di dalam set berpantang bagi membantu ibu-ibu menghadapi tempoh berpantang yang mudah stress, cenderung mengalami simptom meroyan dan kemurungan semasa berpantang. Oh, ya..mereka yang mengalami masalah keguguran rambut akibat depresi juga boleh mencubanya..


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

0 komen terkini:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.