Nak cari tentang apa?

Resepi bubur lambuk Terengganu tradisi turun temurun

Assalam..

Hah..macam salah blog ajer, kan..eh, taklah..hari ini saya memang nak kongsi resepi turun temurun daripada mak saya sendiri iaitu bubur lambuk Terengganu.

Saya belajar buat bubur lambuk Terengganu ni since saya sekolah menengah lagi. Mulanya jadi tukang tanak bubur nasi je..then saya belajar buat sendiri atas kepercayaan yang diberikan ibu saya.

Apa yang istimewanya bubur lambuk Terengganu ni?

Haa..bubur lambuk Terengganu ni menggunakan daun pucuk midin (atau ada orang panggil pucuk paku merah), daun kesum, dan daun kaduk sebagai ramuan ulamannya..pendek kata kalau takde pucuk midin ni, tak dipanggil bubur lambuk Ganu kite la..boleh juga nak tambah kacang panjang atau daun lain. SAWI, LOBAK MERAH, KANGKUNG kurang sesuai digabungkan dalam ramuan bubur lambuk Terengganu ni..nanti hilang keaslian rasa dan rupanya. Ok, jom tengok apa bahan dan cara membuatnya.

Atas kiri daun kaduk, bawah kanan pucuk midin@ pucuk paku merah
RESEPI BUBUR LAMBUK TERENGGANU


Bubur lambuk Terengganu

Bahan-bahan :

1 1/2 cawan beras (Untuk 6 orang makan)
5 ekor ikan selayang @ ikan kembung( Isi ikan selayang paling manis)
Ikan bilis siap belah
3 cawan santan sederhana pekat ( 1 cawan santan pekat + 2 cawan air )
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Daun pucuk midin
Daun kesum
Daun kaduk
1@2 biji ubi keledek@ubi steler
1 keping Asam keping
2 sudu lada hitam ditumbuk
2 sudu kerisik/nyior gula (Kalau tak letak pun takpe, tapi kalau letak, lebih aromanya)
3 sudu budu asli Terengganu (bahan rahsia penambah perisa "Ganu" asli..hehe)
Garam secukupnya
Serbuk perasa jika suka.
Limau nipis dan lada jeruk sebagai bahan iringan untuk hidangan.

Penyediaan bahan:
  1. Masakkan beras dengan air yang banyak hingga jadi bubur. 
  2. Hiris halia dan ketuk.
  3. Sementara menunggu beras jadi bubur, rebus ikan dan asingkan isi dan tulang ikan tersebut (masukkan sedikit garam dan beberapa asam keping semasa merebus ikan)
  4. Kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi dan tapis. (ketepikan)
  5. Kisar semua bawang-bawang itu tadi. (ketepikan)
  6. Kupas ubi keledek tadi dan potong dadu.
  7. Daun-daun tadi dikoyakkan dan diambil pada bahagian yang lembut dan pucuk sahaja
  8. Lada hitam ditumbuk siap

Langkah-langkah membuatnya:
  1. Setelah bubur masak, masukkan halia, ubi keledek dan semua bahan yang telah dikisar tadi, air rebusan ikan dan isi ikan rebus yang telah ditumbuk ke dalam bubur. 
  2. Biarkan sebentar hingga mendidih.
  3. Masukkan kerisik@ nyior gula dan kacau sehingga naik baunya.
  4. Masukkan santan dan daun-daun yang telah dikoyakkan itu tadi.
  5. Masukkan lada hitam yang telah di tumbuk.
  6. Kacau sentiasa supaya tidak berkerak di bawah periuk.
  7. Biarkan bubur mendidih dan tunggu ubi keledek msk
  8. Masukkan budu asli terengganu (terpulang. Ikut citarasa)
  9. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Perahkan asam limau nipis dan jika mahu pedas, boleh juga dimakan bersama lada jeruk.
  10. Sedia untuk di makan.

Selamat Mencuba!!

*Oh ya, lepas makan bubur ni memang perut berangin sikit bagi yang tak biasa..maklumlah banyak daun berangin..

Bagi yang ada Peppermint Ginger Shaklee, bolehlah ambil 3 biji selepas makan..insyaaAllah, lawas jer anginnya atas bawah nanti..hehe

6 comments:

  1. Sedapnya...macam teringin lak bubur lambuk terengganu ni

    ReplyDelete
  2. Bubur lambuk terengganu memang best makan tambah lagi buat berbuka puasa. Suami suka penyet cili padi sikit dlm bubur..dia suka pedas sikit.

    ReplyDelete
  3. Sedap sgt bubur lambuk Ganu ni. Kalau akak mesti ada daging bakar... fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging bakar tu potong kecik2 ya..hmm..mcm best jugak tu..boleh add on..

      Delete
  4. Terima kasih sharing resepi... semoga Allah bagi pahala sebab sharing ilmu ni... alhamdulillah hari rasa nak makang sangat bubur lambuk tranung ni, ader pucuk midin, kira beres selalu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala saya ni..nampak je pucuk miding brase nak buat slaluh la..tambah bulan puasa ni

      Delete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox