Assalam..
Anda mencari resepi mudah untuk pot luck atau makanan kegemaran kanak2 untuk majlis tertentu?
Boleh cuba buat apam kukus ni ya. Selalunya orang panggil apam polkadot.
Sebenarnya saya ada juga merujuk beberapa resepi, tapi yang ni saya customize sikit ikut bahan-bahan sedia ada di rumah..hasilnya tetap sedap dan saya dapat apam yang sangat gebu dan lembut.
Rahsianya pada jumlah gula dan tepung yang dimasukkan..mengurangkan tepung gandum dan gula dalam adunan adalah lebih baik untuk mendapatkan apam kukus yang gebu dan lembut..
Berikut adalah resepi yang saya customize mengikut kesesuaian bahan sedia ada di rumah..Saya namakan apam ni Apam polkadot ceria sebab warna-warnanya yang ceria..
Resepi Apam Polkadot Ceria
Bahan:
Telur gred B 3 biji
220gm gula kaster@ gula halus
1 sudu teh ovalet
150ml susu segar(bancuh susu tepung dengan air pun boleh)
275gm tepung gandum
2-3 sudu baking powder(ayak sekali dgn tepung gandum)
1 sudu esen vanila( nk hilangkan bau telur)
Filling jam- rasberry@strawberry@ blueberry( jem biasa pun boleh)
Pewarna makanan
Cara membuatnya:

- Telur, gula, ovalet, susu disejukkan dlu dlm peti( tujuan bila nk pukul kembang elok adunan).
- Bila dah sejuk, keluarkan dan mula dengan pukul telur, masukkan gula, ovalet, esen vanila dan pukul sampai likat mcm adunan nk buat bahulu.
- Masukkan susu sikit demi sikit sambil pukul. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder tadi sikit demi sikit dan pukul sampai sebati adunan..
- Asingkan kepada beberapa bahagian dan campurkan dengan pewarna makanan.
- Untuk piping, boleh guna piping bag atau letak dalam plastik, ikat dan gunting bucu jer sikit. Kene sediakan cup kertas kecil dan sarang untuk letak cup tadi.
Saya guna plastik macam ni je pun. 😉 - Mulakan piping sikit bahagian bawah 2/4 cup. Kemudian piping sikit jem@ filling membulat (sikit je tau!!) di bahagian tengah dan tutup jem dengan piping adunan lagi di atasnya hingga 3/4 cup..jangan penuh sangat ya.
- Dah siap piping design adunan (terpulang nk buat design angry bird ke, polkadot ke, strawberry ke), masukkan dlm pengukus yang dah sedia dipanaskan dengan api sederhana. Kalau tak panaskan dulu pengukus nanti apam jadi bantat or lambat naik..
- Kukus selama 10-15 minit dan periksa. Jika dah masak( tak melekat kat garfu) boleh keluarkan dan rehatkan. Kalau boleh lapik tudung dgn kain bersih supaya wap air tak menitik atas apam sepanjang mengukus.
- Dah sejuk baru simpan..insyaaAllah tahan kalau simpan 2-3 hari dalam bekas kedap udara.
Kat rumah saya tahan sehari saja sebab semuanya habis dimakan..hihi..
Alhamdulillah..senyum lebar anak-anak saya ke sekolah bawak Apam Ceria ni..hehe..
Alhamdulillah..senyum lebar anak-anak saya ke sekolah bawak Apam Ceria ni..hehe..
SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment
Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..