Nak cari tentang apa?

Kelebihan Surah Al-Kahfi dibaca pada hari Jumaat

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat. Seperti biasa malam jumaat atau hari Jumaat kita digalakkan membaca surah al-Kahfi. Surah al-Kahfi memang agak panjang. Ada 110 ayat semuanya. Dan hampir sejuzuk panjangnya.

Jika kita benar- benar mendalami kelebihan surah ini..pasti kita tidak akan sekali kali meninggalkannya. Apapun tidaklah bermaksud hanya surah ini yang baik diamalkan. Namun surah al-Kahfi adalah antara surah yang sangat banyak fadhilatnya jika diamalkan selain al - Faatihah dan surah 4 Qul..

Sayangnya saya baru mengamalkannya sejak suami memberitahu tentang fadhilatnya ketika kami baru berkahwin 11 tahun yang lalu. Sejak itu, saya mula mengamalkannya bersama suami. Sangat rugi jika terlepas membacanya. Jika keuzuran, saya akan mendengar bacaan surah tersebut daripada suami. Terima kasih kepada suami saya yang telah banyak membimbing saya.

Kenapa kita digalakkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat?

Terdapat beberapa hadith yang telah menyatakan kelebihan surah al-Kahfi dibaca dan dijadikan amalan terutamanya pada hari Jumaat.

Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat:

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)

2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,

“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

Imam Nawawi berkata,

“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."

Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)

Sumber : Bersama Dakwah

Hmm..
Dah tau kelebihan surah al-Kahfi ni mesti rasa rugi sangat jika tak amalkan. Walaupun agak panjang..jika biasa diamalkan ia akan berasa lebih mudah. Sebaik-baiknya bacalah dan hayatilah juga maksud setiap ayat dalam surah al-Kahfi.

Biasanya kita cuma perlu memperuntukkan sejam pada malam Jumaat untuk membacanya. Bagi mereka yang berasa terlalu panjang dan jika tidak dapat dihabiskan membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, bolehlah disambung bacaannya keesokan harinya pada siang hari Jumaat.

Semoga dapat kita jadikan bacaan amalan selepas kita mengetahui fadhilatnya. Pernah saya dengar kuliah seorang ustaz mengenai surah ini. Kata ustaz, jika suami sering mengamalkan surah al-Kahfi, namun tidak bagi isterinya atau keluarganya, si suami masih tidak mampu untuk menyelamatkan ahli keluarganya  dari fitnah dajjal jika anak isteri mereka sendiri juga tidak mengamalkannya. Allahua'lam.

Sebaik-baiknya kita galakkan  setiap ahli keluarga termasuklah anak-anak kita untuk turut mengamalkan membaca surah al-Kahfi ini.


10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi


Sekurang-kurangnya cubalah kita dan ahli keluarga untuk menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir dari surah al-Kahfi ini. Mudah-mudahan kita dan orang tersayang dilindungi Allah daripada fitnah Dajjal dan diampunkan juga segala dosa-dosa kita yang lalu.

InsyaaAllah.


No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox