Nak cari tentang apa?

Tenanglah dirimu di sana..

Assalamualaikum..

Minggu ini memang masih suram terasa. Ada 2 kesedihan dalam minggu ini bagi saya. Namun saya redha. Mati itu pasti bagi setiap manusia. Kita sendiri tidak tahu bila kita akan pergi..


Sedihnya masih terasa..

Pemergian satu-satunya datuk saya..
Mohamed Nor bin Muda.


Perginya beliau meninggalkan nenek saya dan kami semua pada pagi Sabtu 7 Februari yang lepas.

Sangat mudah dan cepat. Sebelum ni beliau tiada masalah kesihatan yang kronik. Telah ditaqdirkan Allah sampai ajalnya hari itu. 

Bermula dengan sesak nafas pada jam 3 pagi, terus dibawa ke HSNZ jam 8 pagi dan ahirnya menghembuskan nafas terakhir di sana jam 11 pagi. Alhamdulillah, Tokki(panggilan manja datuk) selamat dikebumikan selepas asar hari yang sama juga.

Saya sempat pulang ke kampung namun tak sempat menatap wajahnya kali terakhir kerana kain kafan telah diikat sebaik tiba di kampung. Mak saya kata mintalah pakcik bukakan. Tapi tak mengapalah..saya masih ingat rupanya dalam ingatan dan hati saya. Biarlah rupanya ketika hidup sebagai ingatan terakhir saya. Saya redha.

Tiap kali lepas solat akan saya titipkan doa untuknya..dan untuk ahli keluarga kami yang terdahulu pergi..

Semoga Allah merahmati arwah dan diampunkan segala dosa-dosanya...
Tokki tetap dalam ingatan saya..



Lagi kesedihan..

Ini bukanlah kesedihan saya seorang. Bahkan kesedihan ramai umat Islam. Tanggal 12 Februari 2015 5 hari selepas pemergian Tokki, perginya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat idola ramai ini pula..dan perginya bermaksud hilangnya seorang lagi ulamak dan murabbi yang dikagumi.

Kata orang..orang yang baik perginya pasti diingati dan dikenang. Besar jasa beliau sepanjang hidupnya yang hanya diperhambakan untuk perjuangan Islam. 

Ramai yang sayangkan Tok guru..diri ini juga tidak dapat menahan diri turut menitiskan air mata. Yang mengenalinya lebih lagi merasainya..kehilangannya tiada ganti sepertinya lagi..Allaahuakbar..idola umat Islam akhir zaman..

Dikhabarkan kanser prostat menjadi asbabnya..namun taqdir Allah bagaikan rahmat baginya menjemputnya pada malam Jumaat. mudah-mudahan Allah memberikan kerehatan dan ketenangan buat Allahyarham Tok Guru Nik Aziz..setelah berpenat di dunia berjuang untuk mendaulatkan Islam lebih setengah abad..semoga sejahtera dan dirahmati Allah di alam sana..ameen.


Kami pasti merinduimu Tok Guru..hilangnya sebutir permata perjuangan Islam.


Alfaatihah untuk kedua-duanya..
Semoga Allah merahmati mereka yang telah pergi..diampunkan segala dosa mereka dan sejahterakanlah mereka di sana..

Allaahummaghfirlahu warhamhu..
wa'aafihi wa'fuanhu.



No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox