Nak cari tentang apa?

5 Kelebihan menjadi guru. Jika anda ikhlas dan amanah.

Assalamualaikum..

Saya lahir dalam keluarga guru. Ibu bapa saya guru. Pakcik makcik saya pun ada yang jadi guru. Adik saya juga guru dan pensyarah. Alhamdulillah dapat bersuamikan seorang guru juga.


Alhamdulillah saya juga sempat bergelar guru sekolah selama hampir 2 tahun berkhidmat secara sambilan dan kontrak dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah. Saya rindu saat saya jadi guru dan pensyarah..


Sejak kecil memang salah satu cita-cita saya adalah menjadi guru. Setiap hari melihat rutin seorang guru dan saya amat teruja apabila dapat bercuti rehat di rumah bersama mak dan ayah saat cuti persekolahan yang panjang. Seronok bila cikgu dapat cuti panjang, kan?


Tapi guru sekarang dah tak sama macam dulu. Kasihan saya lihat adik saya yang bekerja sebagai guru. Tidak cukup hari bekerja, hujung minggu juga masih perlu ke sekolah. Masih ada tugas belum selesai dan kelas tambahan katanya. Inilah cabaran guru-guru masa kini..kata adik saya, kadang-kadang rasa macam tak ada life..dia mengajar di sekolah berprestasi. Memang kerjaya sebagai guru sepertinya tidak semudah yang difikirkan.


Apa kelebihan menjadi seorang guru?


1. Guru mempunyai hari cuti lebih panjang daripada kerjaya lain kerana cuti sekolah adalah mengikut waktu cuti bagi pelajar sekolah juga. Part ni memang jealous dibuatnya. Tapi guru juga kadangkala perlu mengorbankan cuti mereka demi tugas.

2. Bagi muslim, seorang guru pahalanya mengalir tanpa henti selagi mana ada orang  mengamalkan ilmu yang diajarkannya. Ilmu yang baik saja ya..

"Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)

"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi, Katanya Hadis Gharib)


 3. Guru kata-katanya lebih mudah diterima kanak-kanak berbanding ibu bapa mereka sendiri. Biasa juga mengajar sendiri anak-anak di rumah. Pening jadinya bila si anak hanya mahukan cara seperti gurunya sahaja. Katanya gurunya yang betul. Jadi awas ya cikgu..jangan mengajar yang tidak baik pula.

4. Guru contoh terbaik anak-anak ketika di sekolah. Oleh itu mereka menjadi ikutan kepada anak murid atau pelajarnya. Jika baik dilihatnya pakaian guru, akhlak seseorang guru pasti muridnya juga akan mengikut yang baik-baik saja.

5. Guru sangat dihormati kerana tinggi ilmunya dipandang mulia di mata masyarakat. Gelaran "Cikgu" takkan hilang sampai bila-bila. Guru juga mendapat gaji yang dianggap agak besar bagi kebanyakan orang.


Apapun. Saya amat menghormati mereka yang bergelar guru. Tugas guru memang berat, namun sebenarnya jika ikhlas ganjarannya amat besar bagi seorang guru. Guru yang baik akan melahirkan pelajar dan murid yang baik juga.


Apapun sempena hari guru (16 Mei 2015), saya ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI GURU cikgu

Terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar saya sejak kecil hingga sekarang. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.



No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox