PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA

PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA
Tawaran Istimewa ini SAH HANYA PADA 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA. Jimat sehingga RM40

Wednesday, March 25, 2015

Pengidap SLE ambil Vivix. Boleh sembuhkah?

Assalamualaikum..


2 hari lepas saya dapat mesej di Whatsapp daripada seorang pesakit SLE berusia 18 tahun yang telah mencuba Vivix pada awal Februari yang lepas. Alhamdulillah, katanya beliau dapat perkembangan yang positif setelah mengambil Vivix.


Daripada dos steroid 6 biji sehari doktor dah kurangkan kepada 5 biji. Doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif beliau. Walaupun doktor pernah mengatakan penyakit ini tiada ubatnya, namun sekurang-kurangnya beliau merasakan masih ada peluang untuk hidup sihat sebagaimana mereka yang lain. Asbabnya mungkin Vivix, namun kesembuhan itu semuanya dari Allah..insyaaAllah akan saya kongsikan lebih lanjut perkembangan saudari ini dalam entri saya akan datang.




Testimoni dari pengunjung blog Mauceriasokmo@pengidap SLE


Apa itu SLE?

Rujukan:
LupusMalaysia


Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
SLE boleh merebak ke organ lain dan boleh menyebabkan kematian.
Statistik

  • Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
  • Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
  • Ratio pengidap SLE:
  • Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
  • Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
  • Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.



Pengidap SLE boleh sembuhkah ambil Vivix?

.
Bolehkah saya sembuh?
Itulah soalan yang pernah ditanyakan  kepada saya. Jawapannya tiada pada saya. Saya tidak pernah memberi jaminan Vivix boleh menyembuhkan pengidap SLE sepenuhnya. Begitu juga dengan penyakit-penyakit lain. Namun telah banyak Testimoni Vivix yang menunjukkan Vivix sangat membantu pesakit bagi penyakit kronik yang lain juga. Walaupun doktor sering menegaskan penyakit ini tiada ubatnya, namun saya percaya kuasa Allah mengatasi segalanya.

Dengan izin dan kuasa Allah, apa pun boleh berlaku. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk pengidap SLE hidup lebih baik di luar sana.



Sedikit perkongsian daripada salah seorang pengidap SLE
yang telah mengambil Vivix
Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains). 
Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa: 
Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
 
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways). 
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..

Ya..mungkin itu yang lebih diperlukan Iffa..iaitu peluang untuk hidup seperti orang normal dan masih boleh melakukan aktiviti harian walaupun masih mengidap SLE.


Banyak juga kisah yang pernah saya baca. Bagaimana Vivix membantu pengidap SLE semakin pulih dengan izin Allah. Saya juga punya seorang rakan di FB yang telah kematian ahli keluarganya akibat SLE dan kini dia juga sedang berhadapan dengan penyakit yang sama. Namun dia masih kuat dan bertahan dengan segala ujian Allah. Semangat yang kuat untuk teruskan hidup demi keluarga tercinta.


Persoalannya. Bolehkah pesakit SLE sembuh sepenuhnya?



Buat masa ini menurut kebanyakan doktor penyakit Lupus hanya boleh dikawal dan belum dapat disembuhkan sepenuhnya. 


Kesan Vivix juga bergantung kepada pesakit. Pesakit yang mengalami simptom ringan seperti sakit sendi, ruam, demam dan keletihan mungkin boleh diatasi dengan Vivix. InsyaaAllah dengan pengambilan Vivix secara konsisten juga SLE dapat dikawal daripada menjadi lebih teruk dengan izin Allah.


Anda ingin berikhtiar dengan Vivix?

Saya boleh membantu anda mendapatkan Vivix sebagai ahli dengan harga ahli Vivix.
InsyaaAllah  POS PERCUMA ke seluruh semenanjung dan Sabah Sarawak juga.


Hubungi saya sekarang ya..

SMS/Whatsapp/Call:
Raihana
019.938.7282

0 komen terkini:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.