Nak cari tentang apa?

Petua mengatasi masalah luka puting susu ibu

Assalam..

Seringkali ibu-ibu menghadapi masalah seperti ini..saya juga pernah melaluinya sepanjang menyusukan kelima-lima anak saya. Adakah masalah ini disebabkan ibu tidak menyusukan dengan teknik yang betul? Boleh jadi juga. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan puting susu ibu mudah luka. Antaranya:

  1. Kulit pada bahagian puting susu yang sensitif
  2. Puting susu ibu terlalu kering dan merekah hingga menyebabkan luka
  3. Digigit bayi sewaktu menyusu (terutamanya bayi yang mula gatal gusi)
  4. Cara lekapan bayi ketika penyusuan yang tidak betul

Oh, ya..saya juga pernah berkongsi tips bagaimana nk buat ketika digigit bayi semasa menyusu di sini.

Alaahai..concernnya kat mama yer..hihi

Memandangkan terdapat ibu-ibu yang risau mengenai keadaan ini, di sini saya kongsikan hasil carian petua yang saya kutip daripada cadangan/pengalaman sebenar ibu menyusu yang pernah berhadapan dengan masalah ini. Terpulanglah kepada anda untuk memilih cara yang mana..


  1. Sapu luka pada puting susu dengan susu ibu sendiri  kerana susu ibu juga ada ciri antibiotiknya sendiri (Cara saya)
  2. Sapu puting yang luka dengan minyak zaitun
  3. Sapukan puting yang luka dengan minyak kelapa dara
  4. Sapukan puting yang luka dengan menggunakan Krim Vaselin
  5. Sapukan puting yang luka dengan Krim Madela
  6. Menggunakan nursing butter yang memang dibuat khas untuk disapukan pada bahagian puting
  7. Menyapu madu lebah pada puting yang luka, diikuti selawat 3x.
  8. Memakai bra pad agar puting yang luka tidak terlalu kering dan merekah
  9. Meletakkan sehelai kubis dan ditekap ke atas breast dan puting yang luka
  10. Boleh juga menggunakan nipple shield untuk mengurangkan rasa sakit pada luka ketika menyusu. Nipple shield ialah pelapik pada bahagian puting yang boleh mengalas bahagian puting yang kesakitan akibat digigit bayi ketika menyusu.

Nipple shield

Selamat mencuba!!
Semoga ibu-ibu tetap meneruskan penyusuan susu ibu walau apapun cabaran yang dihadapi..
Stay cool mama!!Ibu!!Ummi!!


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Mohon izin daripada tuan punya blog.

    Kepada sesiapa yang memerlukan Krim Medela Tender Care untuk merawat puting susu luka, boleh whatsapp/SMS 01152370397 untuk dapatkan krim ini daripada kami.
    Kami ada ready stok insyaallah.

    Boleh lawati FB page:
    https://www.facebook.com/medelatendercaremurahmujarab/

    Thanks tuan blog :)

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox