Nak cari tentang apa?

Masalah dan jenis-jenis keputihan

Assalam..

Hari ini saya nak berkongsi tentang masalah yang dialami oleh kebanyakan wanita iaitu lelehan keputihan pada faraj. Ramai sahabat-sahabat wanita yang mempunyai masalah keputihan dan mereka tidak pasti adakah keputihan yang mereka alami itu berbahaya atau tidak. Saya pernah mengalaminya dan alhamdulillah, sejak mengamalkan Alfalfa Complex Shaklee untuk milkbooster, walaupun asalnya cuma untuk meningkatkan pengeluaran susu, saya dapati masalah keputihan juga telah berjaya diatasi dan tiada lagi masalah keputihan yang memudaratkan atau keputihan terlalu banyak.


Punca Masalah Keputihan

Sumber: Oh Belog

  • Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
  • Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
  • Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
  • Keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
  • Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Bagaimana kita nak mengenalpasti keputihan yang dialami itu adalah normal atau sebaliknya?
Hari ini saya nak berkongsi  info mengenai panduan bagaimana ingin mengenalpasti keputihan yang dialami itu adalah normal atau tidak berdasarkan warna, dan kepekatannya.

Sumber: PaMa

Anda boleh mengetahui penyakit yang mungkin dialami melalui warna lelehan faraj. Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal dari Hospital Umra, Shah Alam ada maklumat lanjut.

Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

Warna-warna keputihan

1. Jernih

Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk.

Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

Sumber Internet: Jangkitan kulat Candida Albicans pada dinding vagina boleh menyebabkan masalah keputihan

3. Putih pekat

Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat

Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Warna-warna lain

1. Kelabu


Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia bekemungkinanan petanda awal kanser.

2. Kuning kehijauan

Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

3. Kuning

Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.

Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.

Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Daripada info yang saya baca pada laman Dr Zubaidi, beliau menegaskan bahawa masalah keputihan yang dialami oleh isteri yang berpunca daripada kulat candida ini juga boleh menjangkiti suami jika tidak dirawat. Lelaki yang mempunyai daya tahan tubuh yang rendah juga lebih mudah dijangkiti selepas mengadakan hubungan intim. Hal ini boleh menyebabkan suami mengalami masalah seperti ruam dan bengkak pada kepala zakar, keluar lendiran berbau daripada saluran kencing, rasa pedih dan sakit ketika membuang air kecil atau ketika melakukan hubungan intim dan juga boleh menyebabkan kulit zakar menjadi berkerak.

Oleh itu, suami haruslah memainkan peranan juga dalam hal ini dan membantu isteri merawat masalah ini untuk kebaikan mereka bersama.

Tips merawat keputihan

Petua Tradisional:

Cara Pertama

1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.

2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.

3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.

4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.

5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.

6. Minum air tersebut 2 kali sehari.

7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.


Cara Kedua

1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.

2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.

3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.

4. Tapislah air tersebut.

5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.

6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.

7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.


Perhatian: Petua tradisional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.

Rawatan lain:
  • Menggunakan ubat antikulat.
  • Elakkan penggunaan sabun atau perfume pada bahagian faraj untuk mencegah iritasi
  • Patikan agar bahagian sulit tetap bersih dan kering
  • Elak pakaian dalam yang ketat dan tidak dapat menyerap peluh.
  • Terapi ubat-ubatan antikulat seperti klotrimazol, mikonazol, ekonazol, nystatin, ketokonazol, itrakonazol, dan flukonazol, boleh didapati di klinik-klinik dan farmasi. Ubat-ubatan tersebut dapat digunakan secara oral, diminum atau digunakan langsung pada bahagian faraj mengikut arahan atau preskripsi daripada doktor
  • Hendaklah berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
  • Elak menggunakan bahan pencuci kerana bahan tersebut boleh memusnahkan normal flora yang ada disekitar vagina.
Rawatan Alternatif daripada Shaklee:

Masalah keputihan juga boleh diatasi dengan Shaklee Alfalfa Complex. Kebanyakan pengguna Alfalfa Complex yang pada mulanya mengamalkan Alfalfa Complex untuk tujuan detox, slimming atau kesuburan mendapati masalah keputihan mereka juga telah hilang sama sekali setelah mengamalkan Alfalfa Complex. Hanya dengan pengambilan 2-6 biji Alfalfa Complex sehari juga boleh membantu mengatasi masalah keputihan ini. Walaubagaimanapun, ibu  hamil dan pesakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa Complex.





INFO

Antibiotik yang diambil ketika sakit akan menghapuskan sekali gus bakteria baik dan jahat. Untuk mengembalikan kewujudan bakteria baik dalam tubuh, anda digalakkan untuk mengambil yogurt atau minuman berkultur yang mengandungi banyak lactobacilus.


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail ✐
Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

2 comments:

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox