Nak cari tentang apa?

Tips legakan mual dan alahan ketika hamil

Assalam..

Ada satu kisah yang dikongsikan suami saya sendiri. Suami saya waktu itu masih dalam tempoh nak mendalami ilmu rawatan alternatif Darussyifa. Katanya Ustaz Dr Harun Din pengasas Darussyifa selalu didatangi ibu-ibu dan bakal ibu yang meminta dirawat alahan ketika mengandung. Lalu apa jawapan beliau??

ALAHAN BUKAN PENYAKIT. IA TIADA UBAT. SETIAP IBU SEBAIKNYA HARUS MELALUINYA DENGAN KESABARAN..

..kerana itulah nikmat ketika hamil yang mana tak semua orang mengalaminya. Ibarat melengkapkan proses untuk anda bergelar seorang ibu. Cabaran yang hebat untuk wanita daripada ALLAH..dan sangat besar pahalanya bagi seorang IBU HAMIL jika dia bersabar.

Walaupun begitu, tidaklah bermakna ibu-ibu yang mengalaminya tidak perlu berbuat apa-apa untuk membantu meredakan alahan.

Kenapa ibu-ibu hamil mengalami alahan mengandung?

Hal ini disebabkan kehadiran hormon hCG yang dikeluarkan lebih banyak pada awal kehamilan. Tempoh alahan selalunya bermula seawal minggu ke 6 hingga ke minggu ke 16. Kadangkala bagi sesetengah orang, ianya boleh berlarutan hingga ke akhir kehamilan.

Apakah jenis alahan yang dialami ibu hamil?

  • Mual dan muntah-muntah
  • Pening-pening
  • Bau busuk


15 tips mengurangkan mual dan alahan semasa hamil
Sumber: bayi-ibu.com
  1. Anda boleh makan craker ataupun makanan ringan kesukaan anda sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah.
  2. Cuba makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari anda untuk memastikan perut anda tidak kosong dari mengisi asid mencetuskan loya.
  3. Jangan lupa snek sebelum tidur anda! Ia merupakan salah satu cara mengatasi muntah.
  4. Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti buah avocado; protein; keju; susu; yogurt; mentega, kacang disapu di craker dan roti; pasta dan lain-lain.
  5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon atau minum jusnya, ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dapat perut.
  6. Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
  7. Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti gula-gula, coklat, kek dan lain-lain.
  8. Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.
  9. Elakkan meminum sejumlah besar air atau minuman lain semasa makan.
  10. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.
  11. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon ibu hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.
  12. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah.
  13. Anda boleh cuba menarik nafas yang panjang.
  14. Tidur untuk mengelakkan keloyaan.
  15. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan pil mencegah muntah sekiranya keloyaan anda teruk.

Shaklee juga mempunyai vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami alahan mengandung.


Set Alahan Mengandung Shaklee


Ini adalah cadangan vitamin untuk alahan ketika hamil. Tidak semestinya mengambil ketiga-tiganya. Jika anda mengalami alahan teruk, dicadangkan mengambil ketiga-tiganya. Untuk set alahan bajet dicadangkan Peppermint Ginger Plus dan B-Complex sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox