Nak cari tentang apa?

6 Cara atasi Sembelit cara semulajadi dan berkesan!!

Assalam..

Selalunya ibu-ibu hamil mudah mengalami sembelit. Begitu juga selepas bersalin. Bagi kebanyakan orang yang mengalami sembelit, ianya sangat menyakitkan apabila ingin membuang air besar. Hari ini saya nak berkongsi tentang masalah sembelit. Rasanya hampir semua orang mungkin pernah mengalaminya.


Dari sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar kurang tiga kali seminggu.

6 Bahaya Sembelit 


  • Ya..Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Apabila usus tersumbat anda juga berisiko mengalami kanser usus.
  • Sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. Terdapat seorang penghidap kanser otak juga pernah mengakui kanser otaknya disahkan berpunca daripada sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.
  • Sembelit secara berpanjangan juga menyebabkan bahan bertoksin terkumpul dalam tubuh dan menyebabkan pening-pening dan sakit kepala.
  • Sembelit menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi apabila DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna.
  • Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

  • Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Rujukan:
Sinar Harian:Sembelit usah dipandang ringan


Cara Mengatasi Sembelit

1. Banyakkan minum air kosong, seboleh-bolehnya 3L sehari. Cara yang paling mudah,perhati signal tubuh anda. Minum apabila mula terasa dahaga, dan perhatikan air kencing. Sekiranya mula berwarna kuning pekat, perbanyakkan minum air kosong.


2. Makan lebih banyak serat, termasuk bijirin,roti gandum penuh,nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.




3. Lakukan senaman secara kerap. Di samping mengurangkan stress, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, proses peristalsis juga semakin pantas(mudah buang air besar)


4. Buang air besar dengan bercangkung mudah membantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk. Berbaring dan kaki dijulang ke atas juga merangsang otot-otot untuk membantu elakkan sembelit.


5. Mengambil makanan herba seperti jenis halia dan kunyit yang bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, juga membantu mencegah sembelit.


6. Jauhi rokok!! Perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.



Vitamin untuk Sembelit

Shaklee juga mempunyai vitamin yang mampu membantu mengatasi masalah sembelit ini seperti Herblax, Lecithin, Alfalfa dan Ostematrix.



Herb – lax:

Mengandungi Daun Senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus. Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit serta penting untuk proses detox.

Alfalfa Complex: 

Alfalfa kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan juga mineral. Sifatnya yang kaya dengan mutltivitamin membantu untuk badan yang tinggi acid menjadi beralkali. Di samping itu, alfalfa akan meneutralkan toxin dalam badan serta memberikan lebih banyak protein tanpa lemak tepu daripada product berasaskan haiwan.

Lecithin:

Membantu memecahkan lemak-lemak degil penyebab perut buncit dan kegemukan, dan memudahkan lemak dibawa keluar dengan bantuan herblax dan alfalfa.

Untuk Ibu Hamil, Ostematrix:

Ibu hamil yang menghadapi masalah sembelit disyorkan untuk mengambil Ostematrix, calcium yang merupakan gabungan kalsium, magnesium, Boron dan Vitamin D.

Bagi ibu hamil, Magnesium dalam Ostematrix membantu melawaskan sistem penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya dan selamat untuk ibu hamil. Badan lebih bertenaga dan rasa lebih ringan tubuh untuk bangun pagi.



Jangan biarkan sembelit anda menjadi lebih teruk!! Malu juga jika ada yang terpaksa menunggu anda keluar tandas terlalu lama kerana susah nak membuang!! Menangis nak membuang pun ada..


Saya boleh bantu anda atasi masalah ini dengan cadangan vitamin yang paling sesuai untuk anda. Tak semestinya ambil semua yang di atas yer..


Hubungi saya sekarang!!
SMS/Whatsapp/Call:
Raihana-019-938 7282

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: siti raihana ismail 
✐ Blog: Mauceriasokmo 
✉ Email: elraihan82@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282 
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

No comments:

Post a Comment

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox