PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA

PROMOSI VIVIX SEHARI 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA
Tawaran Istimewa ini SAH HANYA PADA 16 SEPTEMBER 2017 SAHAJA. Jimat sehingga RM40

Sunday, December 07, 2014

Vitamin C Shaklee bahaya untuk ibu hamil??

Assalam..

"Ni kenapa pulak bahaya ambil vitamin c untuk ibu hamil?""..Betul ke bahaya?? Dah tu kenapa klinik pun selalu berikan vitamin c untuk ibu hamil?"

Sebenarnya yang bahaya bukanlah sebab ibu hamil ambil vitamin c..tetapi sebab vitamin c yang diambil tu berlebihan..tak kiralah vitamin c brand apapun..termasuklah SR Vita C Shaklee..


Menurut Babymed.com vitamin C boleh membahayakan ibu hamil hanya jika diambil secara berlebihan. Berlebihan tu banyak mana?


Ibu hamil hanya perlukan sebanyak 85mg vitamin c setiap hari. Walaubagaimanapun, mengambil vitamin c di bawah 2000mg masih selamat asalkan vitamin c tersebut adalah vitamin c yang telah disahkan oleh pakar obstetrik sebagai vitamin harian(selamat diambil setiap hari walaupun dos agak tinggi).


Sebiji SR Vita C Shaklee mengandungi 500mg kandungan vitamin c dan masih lagi selamat diambil ibu hamil..lagi pulak SR Vita C Plus Shaklee ni tak sama macam kebanyakan vitamin c lain di pasaran..nak tau kenapa..nanti saya terangkan..


Kenapa ibu hamil perlukan vitamin c?


  1. Untuk bantu penyerapan zat besi yang lebih baik
  2. Membantu ibu hamil yang selsema dan demam pulih lebih cepat
  3. Membantu ibu hamil memelihara kecantikan kulit sepanjang kehamilan
  4. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan ibu hamil
  5. Membantu membina kolagen semulajadi(Pengambilan konsisten membantu mengurangkan kesan stretchmark ketika hamil)
  6. Untuk memperbaiki simptom pendarahan dan pemulihan luka
  7. Menghapuskan radikal bebas yang menyerang sel (Penyebab jeragat dan pigmentasi ketika hamil)


Sebab itulah ibu hamil perlukan vitamin c ni..

Mana nak dapatkan vitamin c? Sebaiknya daripada pemakanan harian kita..namun adakalanya kita tidak mendapat secukupnya vitamin c daripada pemakanan dan sebab itulah perlunya mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk mencukupkan kandungan vitamin c yang diperlukan.





Betul ke bahaya kalau terlebih Vitamin C?



Menurut Babymed.com kesan sampingan seperti cirit birit boleh berlaku jika seseorang mengambil vitamin c terlalu banyak sehingga 3000mg sehari. Ini bersamaan anda mengambil 6 biji sehari vitamin c yang mempunyai dos 500mg setiap sebiji. Jika ia mampu memberi kesan negatif kepada orang normal, apatah lagi kepada ibu hamil. Bahaya  jika ibu hamil kene cirit birit apa lagi jika berlarutan..


Apabila ibu hamil mengalami cirit birit yang teruk ini akan menyebabkan dehidrasi atau kekeringan air dalam tubuh. Lebih bahaya jika ibu hamil mengalami dehidrasi dan selalu muntah pula..


Pengalaman saya dehidrasi akibat alahan teruk awal kehamilan menyebabkan saya hilang 5 kilogram pada awal kehamilan dan dimasukkan ke hospital untuk pengawasan.


Dehidrasi boleh menimbulkan ancaman besar kepada bayi dan risiko kesihatan kepada ibu..


Jika si ibu mendapat dehidrasi semasa mengandung, paras cecair amnion dalam ketuban akan berkurangan. Cecair amnion adalah talian hayat untuk bayi yang berperanan melindungi bayi dalam ketuban. Tanpa cecair ini, bayi tidak akan dapat survive sehingga tempoh melahirkan. Boleh jadi menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang juga..


Haa..itulah kaitannya bagaimana terlebih vitamin C boleh bahayakan ibu hamil..walaupun mulanya hanya cirit birit, namun kesan dehidrasi selepas cirit birit yang teruk membahayakan ibu hamil dan anak dalam kandungan juga..


Rujukan: Babymed.com

Banyak mana vitamin c yang ibu hamil boleh makan??


Jika anda ibu hamil yang mengambil vitamin c Shaklee, memadailah anda mengambil sebiji SR Vita C Plus sahaja setiap hari. 500mg masih lagi dos yang selamat untuk ibu hamil. Dos ini sudah memadai untuk membantu ibu hamil yang ingin mengatasi masalah kulit, anemia, atau masalah lain juga.

Lagipun, mungkin anda juga telah mengambil vitamin c daripada pemakanan harian juga. Suplemen vitamin c sekadar membantu anda melengkapkan keperluan vitamin c harian anda sahaja.

Untuk vitamin c lain yang anda makan, perlulah merujuk kepada doktor apakah dos yang sesuai untuk anda.




FAKTA tentang SR Vita C Shaklee yang ibu-ibu patut tau..




Apa bezanya vitamin c Shaklee dengan vitamin c lain?

SR Vita C Shaklee sebenarnya diperbuat daripada ekstrak jagung. Oleh itu SR Vita C Shaklee lebih rendah keasidannya berbanding vitamin c yang diekstrak daripada buah oren atau anggur.

Walaupun ramai SID yang claim sebiji vitamin c Shaklee bersamaan kandungan vitamin c bagi 7 biji setengah buah oren. Namun anda tidak perlu risau  mengambilnya..kerana ia tidak akan mengganggu perut anda. Jika anda ibu hamil yang ada masalah gastrik, SRVita C Shaklee adalah vitamin c yang paling sesuai untuk anda!!


Apapun..

Bukan vitamin c sahaja yang diperlukan ibu hamil..Ibu hamil juga memerlukan nutrisi tambahan yang lain seperti asid folik, zat besi, kalsium dan protein yang cukup untuk membantu mengekalkan kesihatan mereka sepanjang kehamilan..Boleh juga anda lihat Set Ibu Hamil ni..

Jemput baca juga:

Vitamin yang BOLEH dan TIDAK BOLEH DIAMBIL ibu hamil
Tips legakan mual dan alahan ibu hamil


Pastikan anda mendapat konsultasi yang tepat daripada pengedar Shaklee anda.
InsyaaAllah saya juga boleh membantu anda dengan pengalaman sendiri telah melalui fasa hamil sebanyak 5kali (Alhamdulillah selamat melahirkan kelima-limanya dan sihat)..dengan izin ALLAH..


Jika anda berminat untuk order vitamin c atau vitamin untuk ibu hamil bolehlah menghubungi saya seperti di bawah yer..

SMS/Whatsapp/Call:
Raihana | 019-938 7282



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

3 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.