Nak cari tentang apa?

Pengalaman tumpah darah selepas bersalin..suatu kisah di labour room..

Assalam...

Terpanggil untuk berkongsi tentang Postpartum Bleeding atau tumpah darah selepas bersalin. Saya mengalaminya sendiri kali akhir melahirkan baby Husein, anak ke 5 saya akhir  Nov 2012 yang lepas..Masih terbayang rasa sakit diseluk berkali-kali untuk mengeluarkan darah beku yang sangat banyak selepas bersalin..nasib baik saya punya Hb yang sangat cantik sebelum bersalin..dan tiada jahitan luka diperlukan selepas bersalin..alhamdulillah...

Sangat menakutkan peristiwa tersebut walaupun nurse kata saya nampak cam rileks je nampak walaupun dah tumpah darah..xde rasa cemas langsung!! Takkan saya nak gelabah kot..ingat mati?? Allahuakbar..itulah sebenarnya yang bermain di fikiran saya waktu itu...

Dalam hati saya hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya waktu tu..doktor sendiri tak dapat nak kenalpasti puncanya.. Bermacam telahan doktor termasuklah uri lekat, uri expired dan sebagainya..setelah uri diperiksa, katanya dah complete keluar..lastly, doc kata rahim saya lambat mengecut dan saya diberi suntikan untuk bantu kecutkan rahim selepas bersalin..650 cc darah saya tumpah termasuk darah beku..tapi itu hanya pada anggaran yang tumpah di pad (anggaran nurse penuh 6 keping pad)..3x pakaian saya ditukar sewaktu kejadian kerana lencun dengan darah di belakang saya sepanjang berbaring 6 jam di labour room walaupun dah dibuang darah beku tu banyak kali kerana bleeding yang belum berhenti..sakit 'rengat' ala contraction nk bersalin semula dan sakit semasa diseluk untuk buang darah beku tu tak tercerita rasanya..ngeri pun ada..semoga jadi kaffarah buat saya..

Allaaahuakbar..sungguh!! Waktu itu saya berserah padaNya..doktor dan nurse berkali-kali meminta saya terus istighfar dan berdoa semoga selamat semuanya..andai saya mati selepas melahirkan, saya redha demi memberikan zuriat ini buat suami saya..saya mohon Allah berikan kesudahan yang baik buat saya..mohon Allah jaga anak2 dan suami saya..waktu itu juga, teringat pelbagai cerita yang pernah saya baca sebelum tu..antara punca utama ibu meninggal selepas bersalin adalah tumpah darah selepas bersalin..tak henti2 saya berdoa dalam hati semoga pendarahan berhenti dan saya selamat...

Alhamdulillah, selepas 6 jam, doc periksa last time sebelum ditolak ke wad..katanya, perut dah ok, contraction dah stop dan darah pun dah berhenti, tandanya rahim telah mengecut kembali..suami saya waktu itu memang tak tau apa yang berlaku di dalam kerana dah diminta keluar selepas azankan baby..lama dia menunggu saya di luar wad bersalin..6 jam lebih...dari lepas bersalin jam 2 a.m lebih, hampir jam 9 a.m barulah saya ditolak keluar wad bersalin..walaupun nurse dah jelaskan sikit2 condition saya pada suami, namun suami saya tak tau ianya adalah antara hidup dan mati...

Selepas dimasukkan ke wad biasa, doktor datang melawat saya..waktu itu, doktor beritahu, ada kemungkinan peristiwa tersebut boleh berulang pada kelahiran akan datang. Saya terdengar doc bersembang dengan nurse dengan suara perlahan..katanya 3 hari lepas, mereka dah kehilangan seorang patient akibat pendarahan selepas bersalin..innaalillaah..saya sangka itu mungkin jarang berlaku..tapi kuasa Allah semuanya..dah sudah sampai masa ibu tersebut..bagaimana pula agaknya jika itu yang berlaku pada saya..na'uzubillaah..saya berserah...saya bersyukur kerana masih diberi peluang menatap wajah orang-orang yang saya sayangi...alhamdulillah Ya Allah..besar sungguh nikmatMu pada hambaMu ini...

Doktor mintak saya planning betul-betul untuk akan datang..means jika saya nak hamil dan bersalin lagi..saya kene pastikan Hb saya tinggi sebelum hamil lagi dan kesihatan saya pada tahap yang sangat baik..dan doc mintak saya jarakkan tempoh untuk  hamil seterusnya..untuk memastikan saya benar-benar pulih lepas kejadian tersebut..alhamdulillah, doktor kata kali ini saya memang sangat bernasib baik kerana last bacaan Hb saya sebelum bersalin adalah 13-14 g/dl (gram/deciliter)..lepas tumpah darah, Hb saya still dalam bacaan selamat walaupun drop sampai jadi 10 g/dl lebih sikit jer bacaan Hb selepas kejadian tersebut..bayangkan kalau Hb saya waktu itu cukup2 makan jer..11 something ker..maybe saya dah kene transfer darah kalo drop sampai 6/7 g/dl..alhamdulillah, doc cakap Hb still Ok walaupun drop..dan saya tak perlukan darah tambahan..cuma kene berehat secukupnya dan ambil iron vitamin untuk upkan balik Hb darah lepas bersalin..

Ramai yang tanya, termasuk doktor sendiri apa yang saya makan or ambil sampai dapat Hb secantik tu sebelum bersalin walaupun dah masuk anak ke 5...dari situlah sebenarnya bermulanya cinta saya dengan Shaklee..saya pun tak sangka itu hasilnya setelah saya consume Shaklee pada saat2 akhir..2 bulan terakhir sebelum bersalin saya terdetik nak consume ESP, mealshake dan Omega Guard..tiada paksaan dari sesiapa..sekadar nak mencuba memandangkan Hb saya agak rendah awal kehamilan..waktu itu saya belum jadi ahli pun..sebab rasa dah untung beli dengan ID adik saya sendiri, Ida Iar...bulan2 seterusnya saya mula rasa nak tahu lebih tentang Shaklee..selepas bersalin sewaktu pantang, saya mula mencuba set B untuk bantu penyusuan ekslusif baby Husein..sedikit demi sedikit saya mula yakin Allah izinkan saya dapat kebaikan produk Shaklee dan berhasil usaha saya mencuba...hampir 8 bulan consume, barulah terdetik di hati saya untuk berkongsi kebaikan Shaklee dan saya convert diri menjadi ahli serta pengedar Shaklee pada bulan seterusnya...

Semuanya perancangan dariNya..saya pun tak sangka boleh terjebak dengan Shaklee ni..apapun, sangat berbaloi mencuba daripada mendengarnya dari pengalaman orang lain semata...

Saya dah rasa, saya dah cuba dan saya yakin Allah izinkan Shaklee serasi dengan diri saya..
Semoga sedikit perkongsian saya ini dapat dijadikan info berharga buat anda yang masih tercari-cari suplemen yang serasi dengan anda...

Saya amat menggalakkan anda untuk mencuba sendiri dan merasa terlebih dahulu kebaikan Shaklee..tak kenal maka tak cinta..jika anda juga ingin berkongsi kebaikan Shaklee sebagai pengedar pula, insyaaAllah, tiada masalah bagi anda kerana anda sendiri sudah merasai kebaikannya sendiri... insyaaAllah, saya boleh membantu anda dari langkah yang pertama...

Yang baik itu semuanya datang dari Allah..yang kurang baik adalah dari kelemahan saya sendiri...
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda..

"Buat ibu2 hamil di luar sana, jaga kesihatan diri sepanjang kehamilan, dan ambillah supplemen yang benar2 dapat memberi kebaikan untuk anda..Jaga Hb, jaga BP dan level glucose anda sepanjang hamil..semoga anda selamat melahirkan cahaya mata anda...buah cinta anda..aameen. :)"

Baby Husein fresh hari pertama dilahirkan..buah cinta hati saya..

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

6 comments:

  1. salam, saya sharekan kisah puan di fb saya ye, terima kasih

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. syukur.. banyak kali juga dengar pasal orang tumpah darah tapi tak tahu betapa seriusnya kes gini... Alhamdulillah... syukur sis.. Senang-senang jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Allah bergenang air mata saya baca.. Syukur sebab HB cantik.. Saya pun tengah pregnant.. So saya kan pastikan HB saya cantik hingga akhir kelahiran.

    terima kasih for sharing.

    ReplyDelete
  4. Takutnya bila baca, apatah lagi puan yang mengalami.

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Sangat berharga. =)

    ReplyDelete
  5. lebih kurang pengalaman kita ne... huhu,kak beranak kul 5.15 pagi... bleeding & beberapa kali jahit & tetas... hanya Allah yg tahu. kul 8 lebih br keluar laborroom... syukur amalkan set hamil shaklee, bayi seberat 4.74kg kak diberi tenaga untuk teran n bsalin normal. kak mohon halalkan kak share kisah awk d fb kak ye... jemput ke blog kak marvellousmommy.blogspot.com

    ReplyDelete

Assalam..sekiranya anda berminat untuk bertanya atau order, boleh juga tinggalkan komen, order dan pertanyaan anda di sini..saya sedia menghubungi dan membantu anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN@ DISCLAIMER

PENAFIAN@ DISCLAIMER
* Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Bagi muslim, jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan Shaklee, semuanya dengan izin ALLAH jua.Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tertentu, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen anda.
Adbox